Isnin, 15 September 2008

Surah Isa Putera Amno

Isa - dia ni memang putera ajaib. Ops, ini bukan cerita nabi Isa ataupun Jesus Kristus ya. Ini cerita Isa. Okeh, Isa - dia ni memang putera ajaib. Kelahirannya secara mengejut dan menggemparkan ramai orang. Bapak dia 'mat saleh', mak dia melayu. Kelahirannya telah menyusahkan ramai orang.

Ada yang cakap dia lahir pada tahun 1948. Ada yang cakap dia lahir awal lagi dari itu. Tapi yang pasti dia lahir di sinilah, di mukabumi Malaya ni yang hari ini dah jadi Malaysia. Lantaklah dia lahir tahun bila pun yang penting, dia ni betul-betul 'power'.

Yang buatkan dia ni lebih 'power', dia ni dijaga oleh... Hah, ini yang keliru sikit ni - sama ada Siti Amnah ataupun Siti Amno. Tapi dalam surat beranak ditulis Siti Umno. Tak kiralah apapun...

Siti Amno ni memang celakalah. Dia ni tamak. Kalau boleh, dia nak bolot semua yang ada kat negara Malaysia tercinta ni. Hanya dialah saja pilihan Tuhan yang layak memerintah umat melayu dan hanya umat melayu sahajalah yang layak memerintah kerana umat melayu ni ada al quran. Kawan baik yang juga anak murid Siti Amno ni ialah Awang Pekida atau lebih dikenali sebagai 'lampu isyarat'! Kenapa dipanggil lampu isyarat sebab Awang Pekida ni suka warna yang ada pada lampu isyarat tu. Hahahaha...

Manusia yang tamak ni memang hidup tak senang. Siti Amno ni ada ramai musuh. Sebab itulah dia mintak kat 'mat saleh' ni supaya berikan dia zuriat dan zuriat yang dilahirkan itu diberi nama Isa.

Kejam memang kejam Isa ni. Sejak lahir lagi dia dah kejam. Dah berapa ramai orang yang dah dia merengkan. Dah berapa ramai manusia yang dia gilakan. Ada juga manusia yang tak makan saman. Tak tahulah apa yang Isa ni buat sampai manusia yang tak tahu mengucap pun pandai mengucap dan manusia yang tahu mengucap terus tak tahu nak mengucap! Gilalah Isa ni.

Isa ni ada juga samanya dengan Nabi Isa - menegakkan kebenaran. Hahahaha, tapi masing-masing punya kebenaranlah. Siti Amno dan Awang Pekida ni pun ada juga persamaannya dengan Bani Israel ketika zaman Nabi Isa tu - hanya mereka bangsa terpilih. Hahahaha!

Kalau betul Isa ni lahir tahun 1948, maknanya dah 60 tahun dah usia dia. Walaupun dah tua, tapi masih lagi mengganas. Tapi, ganas Isa hari ini langsung sikitpun tidak menakutkan manusia-manusia yang menjadi musuh Siti Amno. Malah Isa hari ini tengking saja lebih tapi bila tengok gigi - TAK ADA! Hahahaha, mana tak kena gelak.

Sudah lah Isa. Kubur kata mari. Rumah kata pergi. Siti Amno pun dah tak lama lagi hidupnya. Awang Pekida pun dah dapat kerja baru - 'bouncer kelab malam' (jadi kuli cukong Cina lagi untung dari jaga ini bangsa melayu).