Khamis, 22 Januari 2009

SembangSumbang

Aku jatuh teruk kali ini. Jatuh hingga susah aku nak bangun. Badan jadi kebas, tak tahu sama ada darah dah habis terpancut keluar ataupun rangka tulang aku habis patah seribu. Sakitnya sikit pun tak terasa. Dan bila lori melintasi mata, tayarnya memercikkan batu-batu kecil dan kejam lalu merejam seluruh tubuh aku, tak sedikit pun aku meraung! Aku dah jadi batu! Seluruhnya!

Kehidupan, sama ada di bandar atau di kampung, sama saja. Bukanlah persekitaran tapi apa yang ada dalam otak - apa yang kita fikirkan. Apa bezanya dapat hidup bebas ke sana ke mari tapi menyedut udara yang kotor, dengan menyedut udara segar bersih tapi hidup terhalang itu dan ini?

Masa terus bergerak – bagi mereka yang mengira masa, masa bergerak pantas!. Bagi aku, masa tetap sama – siang dan malam, dan bumi burpusing pada paksinya, tawaf mengelilingi matahari selama 365 hari. Selepas 365 hari, ia kembali kepada 1 dan ini berulangan sampai kiamat! Ini hakikatnya.

Kelahiran dan kematian dan penghidupan di antara itu yakni dari bayi sehingga tua keripot, bukan melambangkan peredaran masa tetapi tak lain hanyalah permainan fikiran atau ilusi mata! Segala-galanya adalah ilusi mata! Dunia ini, hidup ini adalah ilusi mata.