Ahad, 25 Januari 2009

SembangSumbang

Ketika aku 'shooting' filem "Karaoke", aku ditanya oleh Mona Tan si penerbit, kenapa aku tidak mencuba untuk berlakon dalam produksi drama Melayu? Maksudnya, untuk telefilem-telefilem atau episod yang disiarkan di RTM dan TV3. Katanya, di situ boleh buat duit!

Alamak... Macam mana nak jawab ni, ya?

Jujurnya, aku tak pandai berniaga. Malah matapelajaran Perdagangan dulu pun aku dapat 8. Tak ada sedikitpun dalam kepala otak aku ni nampak sesuatu peluang itu sebagai perniagaan. Kalau aku jual barang di 'We Buy You Sell' sekalipun, aku tak pandai nak tawar-menawar dan aku tak tahu pun nilai sebenar barang tersebut. Jadi, muka aku ni selalu lah kena tipu - kakakaka.

Dunia lakonan juga adalah perniagaan. Seorang pelakon mesti turun naik tangga pejabat produksi untuk jual tubuh dan bakat. Seorang pelakon samalah dengan jurujual 'direct-selling'. Muka kena tebal dan autah mesti fasih - kekekekeke.

Itulah masalahnya - aku ni pemalu ya amat. Nak bercakap pun, alamak, lebih-lebih lagi dengan orang yang aku tak kenal. Lagipun, aku bukannya pandai sangat berlakon pun. Ramai yang lagi 'terer' aku tengok kat luar sana. Aku ni setakat 'extra', boleh le - hahahahaha (betul, ini serius).

Aku melihat, dunia perfileman Melayu ini hebat. Ianya sebuah industri yang mencapai tahap ISO 9002 (aku main hentam je ISO ni). Dalam industri yang hebat ini, tentulah mereka mahukan produk atau hasil yang juga hebat. Mereka takkan ambil bahan mentah yang tidak berkualiti. Mereka tentunya mencari bahan mentah yang terbaik. Jadi, bagaimana mungkin aku boleh masuk! Hahahahahaha. Layak untuk IKS je aku ni - kekekekekekeke.

Inilah jawapan yang aku nak bagi kat Mona Tan, tapi tak terkeluar pada hari tu.