Khamis, 5 Februari 2009

Takkan UMNO hilang di dunia

Aku pada mulanya melayan juga perihal politik di negeri tanah tumpah darah mak aku bersalinkan aku dan di tanah negeri ini juga tembuni aku ditanam. Yang paling 'best', bapak aku terus menyerbu aku dengan mengatakan: "BN dah ambil balik!" - hahahahahaha

Ah, aku peduli apa - aku dah tak peduli pasal politik-mitik ni. Permainan politik kita kat sini buatkan kita jadi bodoh. Tak 'best' dan tak ada pembaharuan. Setakat pembaharuan lompat-lompat (mungkin istilah demokrasi di sini ditukarkan kepada 'LOMPATKRASI'). Kalau lah arwah Aristotle hidup kembali dan melihat demokrasinya di sini begini, tentu dia mati semula. Pengkhianat-pengkhianat hari ini yang menariknya bergerak secara terbuka tanpa ada perbincangan di sebalik tabir - tapi ia lebih saspen untuk drama bangsawan - tak tahu pergerakan pengkhianat ni menyebelahi siapa, perhhhh - satu kajian drama melayu rupanya...

Kita lihat kekuatan BN ialah pada masaknya mereka memiliki negara Malaysia yang tercinta ni. Mereka kuat disebabkan Utusan Malaysia, TV3 dan 'the guardian' (bukan surat khabar liberal kat England daa, ini 'guardian' tu, si SB tu...). Peranan 3 unsur ni sudah cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan PR adalah tak berguna.

Dan ketakbergunaan kerajaan PR menjadi nyata apabila media-media milik PR tidak dapat meyakinkan rakyat, malah tidak telus juga. Begitu juga tindakan-tindakan yang dibuat oleh PR, dengan mudah menjadi 'target point' untuk ditembak oleh BN. Isu Toyota Camry, lembu korban, Exco ada gundik, tabika Kemas dan tanah 999 tahun - ini mudah bagi 'the guardian' untuk paku dulang paku serpih - dan harus sedar bahawa bangsa melayu sangat emosi apabila menyentuh hal melayu dan islam! Setakat isu PPSMI tu, alah...

Aku masih ingat, ketika PRU 12 baru saja selesai, aku bersembang dengan kawan aku, katanya, "Wakil rakyat kerajaan PR ni tak perlu diberi gaji dan kereta mewah. Biar mereka bergerak secara jujur demi rakyat. Terus rapat dengan rakyat - hanya ini senjata yang dapat mengalahkan kepakaran permainan BN iaitu media." Pada mulanya aku tidak mengendahkan kata-kata dia ni, tapi hari ini, baru aku tahu bahawa inilah padahnya kalau kaduk dah naik junjung.

Bukan mudah untuk meyakinkan orang lebih-lebih lagi PR baru saja tak sampai setahun memegang kerajaan negeri. Kesilapan strategi Anwar Ibrahim dalam permainan ini memberi impak yang kuat. PR kena sedar bahawa musuhnya bukanlah Najib dan sekutunya tetapi MEDIA DAULAH PECAH mereka! Ini yang perlu dihapuskan, menurut pandangan aku la...

Aku ajak kau orang hapuskan yang satu ni, kau orang tak nak - SULTAN. Ini lagi tak guna. Ah, aku nak tulis pasal lain tadi. Tak pasal-pasal buang tenaga aku tulis pasal benda ni. Aku nak tulis pasal McDonald Malaysia dah lancarkan harga baru - gila babz MURAH! Kesian McDonald, sejak kau orang boikot Israel, tak pasal-pasal dia kena buat jualan murah. Ala, satu lagi di musim gawat ni, mana ada orang nak perabih duit sangat nak makan benda yang tak berkhasiat ni. Baik makan biskut lutut dari makan McDonald.

Syukur kat Kuale tak ada McDonald. Ada cuma KFC, tapi orang Kuale tetap cari laksa dan cendol.