Jumaat, 19 Mac 2010

Melayu, Cina, India, 'Mat Saleh', kita adalah ORANG ASLI

Abang Raman
(foto oleh Simon Langgi)

Semasa aku berlakon 'Korban 44', aku ada seorang cikgu bahasa semai. Nama dia Abang Raman. Dia bukan sahaja mengajar aku berbahasa, malah mengajar aku pemikiran orang asal. Abang Raman bukanlah seperti orang asal yang aku dengar dari cerita lisan orang melayu. Dia bijak dan sangat berbudi pekerti.

Kerana masa yang tak senggang, dan kewangan yang sengkek, aku tak dapat nak tinggal di perkampungan orang asal untuk mengetahui dengan lebih dalam antropologi mereka. Aku cuma ada masa beberapa jam sahaja bersama Abang Raman untuk mentafsir pemikiran orang asal.

Abang Raman ada banyak cerita.

Dia pernah dipanggil ke UM untuk sebuah forum sempena 50 tahun merdeka. Dia ditanya apakah sumbangan orang asal kepada negara setelah 50 tahun merdeka. Lalu jawab Abang Raman - "sepatutnya saya yang tanya, apakah sumbangan negara kepada orang asal..." - kakakakakaka...

Abang Raman juga membuat kraftangan. Dia pernah membuka gerai dan seorang perempuan datang bertanya padanya -"awak ni orang asli ke?" Abang Raman tidak terus menjawab, dia pandang perempuan tu kemudian dia cubit-cubit kulit tangannya (tangan Abang Raman). "Tak tau lah saya ni asli ke tak. Rasanya, saya dengan puan sama je," jawab Abang Raman - kakakakakaka...

Di kampungnya, di Cameron Highland, dia selalu didatangi oleh paderi dan imam. Masing-masing berdakwah dan mengajak mereka orang asal supaya memilih agama sama ada kristian atau islam. Yang menariknya, paderi mengutuk islam dan imam mengutuk kristian. Dengan selamba, Abang Raman menemui paderi dan imam ni lalu berkata, "kalau benar agama kristian tu agama yang benar, dan islam juga agama yang benar, tunjukkan saya mana matahari untuk agama kristian, mana matahari untuk agama islam. Kita cuma ada satu matahari je... Tuhan hanya satu je..." - KAKAKAKAKAKAKAKA