Sabtu, 31 Mei 2008

Islam Hadhari kah aku?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ISLAM HADHARI, sila rujuk ke http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=utama.

Kita, rakyat Melaysia ni, selalu saja menghukum mengenai pendekatan baru yang dibawa oleh Pak Lah ni. Seringkali kita kaitkan dengan wanita Melayu-Islam dan pakaian dengan Islam Hadhari. Apabila kita lihat saja seorang gadis Melayu-Islam yang bertudung, tetapi bajunya menampakkan pusat, seluar jeans-nya ketat menampakkan susuk tubuh yang mengiurkan, kita terus saja melabel itu ialah Islam Hadhari. Lebih-lebih lagi apabila kita menonton klip video lucah yang diaksikan oleh gadis-gadis Melayu-Islam (alamak, kantui aku selalu tengok porno. Hahahaha). Sebenarnya hal ini sudah lama berlaku sebelum wujudnya Islam Hadhari ni. Tapi, dengan kemunculan istilah baru ini, hal-hal sebegini menjadi bahan lawak di kalangan pelawak-pelawak jahil.

Kita (Melayu-Islam) ni sebenarnya sudah dikelirukan oleh manusia yang bernama Abdullah Badawi ni. Seperti biasa dalam politik UMNO, individu yang baru jadi ketua atau baru mengendali sesebuah bahagian atau jabatan atau kementerian atau negara, individu itu akan mencipta sesuatu supaya namanya dikenang dan terus diingat. Sesuatu yang diciptanya itu mestilah pelik, tidak pernah difikirkan oleh orang lain, paling koman pun, kalau tak dapat mencipta sesuatu yang pelik tu, cukuplah sekadar 're-branding' atau dalam bahasa Melayunya - PENJENAMAAN SEMULA. Ini sudah menjadi budaya dalam kepimpinan UMNO yang dipelopori oleh Tun Abdul Razak dengan rancangan BUKU HIJAUnya dan dipopularkan oleh Zam Maidin dan Sheikh Kadir.

Di sini, TOK SLOW kita ni cuba untuk menjenamakan semula agama Islam yang sudah sediakala banyak Imamnya, banyak fahamannya, banyak cara amalannya. Manusia Islam hari ini sememangnya sudah pening dengan pelbagai fahaman, kini kita Melayu-Islam ditambah pula lagi satu fahaman yang diikutkan sama sahaja pelaksanaannya dengan erti ISLAM yang sebenar-benarnya.

Apabila aku baca keterangan mengenai Islam Hadhari ni, aku terus kata, memanglah ini ajaran Islam dan aku pun terus bertanya, kenapa nak peningkan orang dengan kewujudan istilah yang baru? Seolah-olah Islam yang selama ini dipakai sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang dan perlu dipugar semula untuk penyesuaian zaman. Bukankah Islam itu (bagi yang percaya Islam, ya) adalah agama yang sangat malar segar sifatnya (evergreen lah tu). Kenapa?


Siapa Yang Dikatakan Muslim?

Ada 5 rukun Islam yang menentukan individu itu Islam atau tidak.

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat lima kali sehari semalam
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah (jika berkemampuan)

Lima prinsip inilah jika dilakukan oleh individu itu, maka bolehlah dikatakan individu itu seorang Muslim. Lima rukun ini hanyalah luaran sahaja dan ianya tidak menjadi kuat jika tidak disertakan dengan 6 lagi rukun yang mengisi rohani / spirit iaitu rukun iman.

1. Percaya pada Allah Ta'ala
2. Percaya pada Malaikat-malaikat (termasuk Iblis yang juga dari kalangan malaikat)
3. Percaya pada Kitab-kitab
4. Percaya pada Rasul-rasul
5. Percaya pada Hari Kiamat
6. Percaya pada Qada dan Qadar

Jika individu itu mengamalkan kelima-lima rukun Islam dan dicampur pula dengan enam rukun iman ini, maka sempurnalah individu itu sebagai manusia yang beragama Islam.


Apakah yang patut dilakukan sebagai Muslim?

Manusia dicipta sebagai makhluk yang tidak tahu apa-apa sehinggalah Allah Ta'ala mengajar 'nama' kepada Adam. Nama yang dimaksudkan di sini bukanlah nama yang tertera pada blog, myspace ataupun mykad. Tapi nama kepada benda-benda yang dilihat oleh manusia. Di sini, jelas menunjukkan bahawa alam ciptaan Allah Ta'ala ini tidak wujud KERANA alam tidak memperkenalkan dirinya kepada manusia sebaliknya manusialah yang menamakannya dengan izin Allah Ta'ala. Sebagai contoh, tempat membuang air diberi nama TANDAS, nama ini diberikan oleh manusia Melayu. Jika dalam konteks manusia di Jepun, ia memanggilnya BENJO. Ini bukan terjemahan bahasa ya. Ini ialah nama. Akan tetapi BENJO dalam konteks Melayu ialah nama kepada 'burger'. Tidak ada ketetapan nama sesuatu benda yang boleh digunakan di seluruh dunia kecuali KOMPUTER dan INTERNET dan seangkatan dengannya.

Jadi, oleh kerana manusia ini dicipta sebagai makhluk yang tidak tahu apa-apa, jadi Allah Ta'ala turunkan panduan melalui kitab-Nya. Panduan yang lengkap ialah al-Quran. Untuk memahami panduan al-Quran ini, kenalah menjadi seorang muslim. Seseorang muslim itu tidak lain dan tidak bukan tujuan hidupnya ialah untuk mencari kebenaran kerana manusia ini tidak tahu apa-apa! Apakah bentuk kebenaran yang dicari? Bagaimana menjadi manusia yang mengaku segala-galanya tidak wujud (termasuklah manusia) melainkan Allah Ta'ala sahaja yang wujud. Bagaimana hendak mencari kebenaran tu?

Ayat pertama di dalam al-Quran ialah surah Fatihah yang mengandungi tujuh ayat.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
4. Yang memiliki hari pembalasan (akhirat)
5. Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan
6. Tunjuk lah kepada kami jalan yang benar
7. Jalan yang Engkau kurniakan nikmat padanya, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang Engkau sesatkan.

(untuk huraian mengenai surah Fatihah ini, sila baca buku 'SAMUDERA AL FATIHAH' tulisan Bey Ariffin).

Ayat pertama dalam Quran ini menunjukkan kita, sebagai manusia sangat memerlukan KEBENARAN. Bagaimana untuk mendapat kebenaran ini?

Selepas surah Fatihah, surah yang kedua ialah surah Baqarah yang terkandung 286 ayat. Dalam surah ini diterangkan mengenai kehidupan manusia dan undang-undang, dan percayakan Allah Ta'ala. Begitulah surah-surah yang berikutnya, membantu manusia untuk mencari kebenaran, memberi panduan bagaimana hidup di muka bumi dan hubungan manusia itu dengan alam, sesama manusia, dengan binatang, bagaimana hendak berniaga, soal perempuan, perkahwinan, mendidik anak (hey, boleh katakan setiap aspek kehidupan ada di dalam al Quran) dan sehinggalah surah yang terakhir iaitu surah an-Nas (manusia / insan).


Jadi kenapa perlu Islam Hadhari?

Aku, juga manusia yang tak tahu apa-apa pun. Masih jugak mencari. Aku bukanlah seorang Muslim kerana aku tak pernah puasa, sembahyang pun kadang-kadang. Aku hidup betul-betul sebagai manusia yang tak tahu apa-apa dan mencari kebenaran. Mencari kejayaan dalam hidup seperti yang disarankan oleh Islam Hadhari ini, sememangnya manusia sifatnya begitu - ingin berjaya. Bukan dalam Islam sahaja ditekankan malah dalam agama lain di muka bumi ini menekankan KEJAYAAN. Tak perlu memilih Hadhari untuk berjaya. Mat Saleh tu tak payah Hadhari pun boleh berjaya.

Aku tak nak pening-peningkan kepala nak pilih Islam apa. Dari memilih Islam Hadhari, aku lebih senang memilih ISLAM HARIRY!

Rabu, 28 Mei 2008

SembangSumbang

Oh Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
My friends all drive Porsches, I must make amends.
Worked hard all my lifetime, no help from my friends,
So Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
Oh Lord, won't you buy me a color TV ?
Dialing For Dollars is trying to find me.
I wait for delivery each day until three,
So oh Lord, won't you buy me a color TV ?

Oh Lord, won't you buy me a night on the town ?
I'm counting on you, Lord, please don't let me down.
Prove that you love me and buy the next round,
Oh Lord, won't you buy me a night on the town ?

Everybody!Oh Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
My friends all drive Porsches, I must make amends,
Worked hard all my lifetime, no help from my friends,
So oh Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?

That's it!
Ini lirik lagu Janis Joplin yang bertajuk 'Mercedes Benz'.


Aku sebenarnya, hikayat hidup aku dengan 'Mercedes Benz' ni memang tak asing lagi. Masa aku budak-budak, aku ada kereta mainan 'Mercedes Benz' dan aku amat menyayanginya. Semasa aku sekolah menengah, aku bekerja dengan bas sekolah dan bas itupun jenis 'Mercedes Benz'. Kemudian, dalam kelas Pendidikan Islam, masa aku tingkatan 4, ustaz aku menceritakan tentang bintang dan jenis-jenisnya. "Ada banyak jenis bintang. Ada yang lima bucu... Israel bintangnya enam bucu", ustaz aku menerangkan sambil melukis bintang-bintang tadi di papan putih. "Mercedes bintangnya tiga bucu..." sambung ustaz aku dan dengan spontan aku ketawa sebab aku tak terfikir pulak bintang Mercedes pun masuk topik. "Kenapa kamu ketawa?" tanya ustaz aku. Aku sengih. "Kamu gelakkan saya, ye. Mentang-mentanglah saya bawak Wokswegen (Volkswagon). Takpe... esok saya bawak Mercedes!" Aku terpinga-pinga bila ustaz aku cakap macam ni. Apa ni? Aku tak faham! Sekali, esoknya, memang betul ustaz aku bawak Mercedes dia. Kejadian ni, betul-betul buat aku tak faham. Adakah ustaz aku nak menunjuk yang dia ada Mercedes?




Sewaktu aku baru sahaja menjadi bujang kembali dua tahun lalu, aku membeli sebuah basikal. Itulah kenderaan pertama aku beli setelah dua tahun aku bekerja. Basikal. Itupun 'second-hand'. Jadilah... Aku ulang-alik ke studio dengan basikal dan jarak dari rumah aku ke studio cuma 20 minit berbasikal. Ke mana sajalah, aku pasti berbasikal. Pertama, aku tak ada masa untuk bersukan jadi berbasikal membuatkan aku berpeluh. Kedua, aku boleh hilangkan tekanan hidup yang ketika itu sangat celaka rasanya. Rumah yang aku sewa lima tingkat dan aku tingkat atas sekali. Tak ada lif, dan terpaksa usung basikal tu tiap-tiap kali turun dan naik. Waktu balik kerja, setelah usung basikal dari bawah ke tingkat lima, aku kena ambil anak aku yang dijaga oleh jiran depan pintu je. Hehehe begitulah hidup aku untuk dua bulan kut. (Eh,eh, aku pun dah tua la Ron... hahahaha)

Dalam berbasikal di tengah-tengah ibukota KL ni, harus diingat. Kena berhati-hati. DBKL lebih mementingkan lanskapnya dihias indah berbanding sediakan jalan untuk orang jalan kaki dan basikal. Jalan yang elok! Bukan jalan yang tak elok! Jadi, basikal terpaksa berkongsi jalan dengan kenderaan lain yang semestinya bayar cukai! Seperti yang sedia maklum, jalanraya di KL ni samalah dengan... dengan apa ya? Entah, tak tahu. Tak ada gambar yang boleh terangkan betapa teruknya jalanraya di sini.

Satu hari, aku berbasikal pulang dari studio ke rumah, aku melalui Jalan U-Thant di mana kawasan ini ialah kawasan kedutaan. Jadi, orang-orang di sini ramai yang menggunakan kenderaan jenis 'Mercedes Benz'! Oleh kerana jalan ini tidak ada 'pavement' untuk basikal, jadi aku berkayuh betul-betul di tepi jalan supaya senang kenderaan lain berjalan lancar dan tidak beratur panjang kerana aku di hadapan. Situasi ini samalah dengan kereta beratur panjang dan bergerak perlahan kerana ada 'tractor' di hadapan.

Ada sebuah 'Mercedes Benz' di belakang aku ketika itu dengan nyalaan lampunya yang terang (boleh nampak lah punggung aku tak tentu arah, hehehehe). Mercedes tadi mengekori aku untuk jangkawaktu yang agak lama kerana hendak memotong, ada banyak jugak kereta di sebelah jalan yang melawan arus tu. Jadi, dia tak boleh potong. Bila tak ada kereta, dia mula hendak memotong. Enjinnya langsung tidak kedengaran kerana kereta ni agak dahsyat jugak buatannya. Tiba-tiba saja dia di sebelah aku. terkejut jugak aku. Dan paling mengejutkan aku, dia terus menghimpit aku kerana dia mengelak dari kereta yang datang dari arah depan. Maka, aku pun hilang kawalan lalu aku pun tergolek lah... Aku nampak, dia berlalu pergi dengan laju dan bongkaknya. CELAKA! GAMPANG! ANJING! TERBALIK LA KAU!

Sejak itu, basikal aku rosak lepas satu, satu. Mula-mula 'gear'. Pastu 'crank'. Pastu brek. Pastu... (?). Lama-lama basikal aku pun tersadai kat studio sehinggalah aku jual kat kawan aku. Aku dah lah agak anti banyak dengan orang kaya ni, tapi pengalaman itu buatkan aku lagi jadi BENCI. Memang betul, MERCEDES BENZ dan BONGKAKSOMBONG adalah sama. Apalah sumpahan yang ada pada MERCEDES BENZ ni ya, sehingga boleh rasa bongkak tu.

* * *
Ini cerita kedua. Petang tadi, kawan aku tanya, "Hang pernah tengok orang eksiden depan hospital tak?" Aku jawab pernah. Masa tu kat Ipoh, ada India ni bawak motor baru keluar dari pagar hospital Ipoh, dah kena langgar dengan kereta. Tak pasal-pasal India tu masuk hospital balik. "Hah, itu depan hospital kerajaan." kata kawan aku. "Ini aku tengok orang eksiden dok kelupoq (menggelupur) tapi orang ramai dok pakat tengok ja. Padahal betul-betul depan hospital tu.." Aku pelik apasal dah eksiden depan hospital tapi tak ada orang angkat bawak masuk wad kecemasan. "Hang tau hospital mana?" Mana aku tau... "Hospital Glenneagles."
Hah, aku terperanjat nasib baik tak jadi beruk. Sampai macam tu sekali ke kat Malaysia ni? Nak selamatkan nyawa pun kena tengok duit ke? FUK Man... Apa ni? Tak kiralah kau hospital swasta ke apa ke, tapi dah nama hospital, kenalah bagi perkhidmatan perubatan lebih-lebih lagi kecemasan! Bak kata kawan aku tadi - "Tunggulah bila perang nanti. Itu jam hospital hang tak berguna dah. Tak kira duit dah. Hospital hang jadi rumah mayat je la..."

Selasa, 27 Mei 2008

"VERTIGO" oleh Alfred Hitchcock (ops, oleh NAMRON...)

Semua orang takut KEHILANGAN benda yang dia SANGAT SELESA. Selagi bernama manusia biasa, tak boleh lari dari ketakutan akan sebuah kehilangan. Tapi, kehilangan itu akan TETAP berlaku pada setiap makhluk. Adapun pokok akan kehilangan daun pada musim kemarau dan kemudiannya akan tumbuh baru juga apabila tiba musim hujan. Memang begini sifat kehidupan. Kita, manusia biasa, sangatlah sukar untuk menerima kehilangan. Susah nak redha.

Untuk redha atau menerima dan berserah sepenuhnya akan kehilangan ini rasanya sangat sakit. SANGAT SAKIT! (hanya Ibrahim dan Ismail sahaja yang faham betul konsep korban dan redha ni). Tak kiralah walaupun kita hanya hilang lima kupang (lima puluh sen) tapi kalau ianya tak cukup untuk tambang elarti, dan terpaksa berjalan kaki dari KLCC ke Taman Melati (ada kawan aku lagi jauh dari ni ), maka kita tak boleh terima akan kehilangan lima kupang tu. Sepanjang perjalanan tu mesti kita dok menyumpah seranah sambil ingat semula kat mana lima kupang tu pergi. Tapi, dari sudut lain, kalau kita redha dan sabar, pasti jelamaan Nabi Khidir akan datang memberi pertolongan. Mungkin ada ahli parlimen yang bermurah hati tengok kita berjalan kaki, lalu ditumpangnya dengan limosin Mercedez Benz dia. Hehehehe mana tahu kan… Dan duit tambang yang tak cukup tadi bolehlah digunakan untuk beli Maggi atau simpan untuk esoknya.

NAMRON bercerita mengenai kehilangan dalam teater VERTIGO yang dipentaskan di Kotak Hitam, ASWARAF pada 23 Mei – 25 Mei 2008. VERTIGO, semua orang yang suka menonton filem, pasti terus teringat filem Alfred Hitchcock. VERTIGO ialah sejenis gangguan psikologi yang menyerang keseimbangan di mana penglihatan akan menjadi berpusing-pusing dan merasakan bumi ini bergoyang. Pesakit akan kerap jatuh disertakan dengan mual, muntah dan peluhsejuk. Ataupun, mereka ini gayat yang kronik sehinggakan berdiri pun tak boleh. Kesian, kan. Sekali baca, tajuk VERTIGO dengan kehilangan yang aku tulis ni macam tak ada kena-mengena je. Ahaa… Aku huraikan cerita VERTIGO ni dan kaitkan dengan kehilangan.

Kisahnya HADI (seorang pemain gambus) bercerita kepada anak angkatnya, HUSAINI (boleh jadi anak murid dia belajar gambus) tentang dirinya masa dia kecil, remaja dan sampailah HADI tu dah tua. HADI menceritakan bagaimana dia kehilangan IBU dan BAPAnya semasa dia masih kecil dan dijaga oleh nenek. Nenek dia juga hilang (mati la tu…). HADI terpaksa ‘busking’ dengan gambusnya untuk meneruskan kehidupan (kalau ada budak nak ‘busking’ main gambus depan Maybank Bukit Bintang kan bagus. Tak ada la balik-balik dijiridu…) Okeh, ditakdirkan oleh Namron (Namron yang tulis skrip, jadi takdir watak di tangan dia), petikan gambus HADI tadi telah menambat jiwa SAIDAH, seorang penari yang tak boleh menari lagi kerana mengidap VERTIGO dan juga isteri kepada HERMAN CHERON, seorang mafia besar yang pengaruhnya sangat besar di kota yang Namron gambarkan sebagai padat dan hitam dengan fesyen baju ala-ala Maria Arshad tapi sedikitpun tidak meriah dan bermuzikkan irama jazz. Jazz? Muziknya sangat terkesan dari lakonan budak-budak ni. Hehehehe. Si budak HADI ni tadi dengan takdir Namron juga, sudah lah berkenan dengan SAIDAH ni tadi. Elok la tu, SAIDAH pun berkenan dengan HADI, dan begitu juga sebaliknya. Maka SAIDAH pun membawa HADI pulang ke istananya. Kesan dari penyakit VERTIGO tu, SAIDAH akan merasa tertekan dan tanpa sedar dia akan memukul sesiapa sahaja yang berada di hadapannya dan mangsa terbarunya ialah HADI dan HADI pula rela dipukul (ini sebab sudah cinta punya pasal la, hehehehe). Petikan gambus HADI ni tadi sangatlah menusuk kalbu SAIDAH sehinggakan SAIDAH yang sudah lama tak dapat nikmat berjimak dengan suaminya si HERMAN CHERON ni tadi, telah berjaya mendapatkan teruna HADI (hah, di sini HADI kehilangan sekali lagi). Dan hubungan sulit mereka berterusan sekian lama (wow, sensual sekali adegan ni dan aku terus teringat filem Thailand – ‘Jan Dara’. Best, best).

Hinggalah akhirnya rahsia besar mereka ini kantui (biasalah, mulut orang Melayu), dan HADI dibelasah teruk oleh HERMAN CHERON. Ditakdirkan oleh Namron sekali lagi, orang yang kejam pasti menerima balasan (tu la... anak yatim piatu jangan dibuat aniaya). Kebangkitan orang-orang miskin telah memusnahkan kehidupan HERMAN CHERON dan SAIDAH dan huru-hara ini mendesak pasangan ini berhijrah ke Australia. HERMAN CHERON sudah hilang pengaruh dan kedudukan. Namron ada gambarkan dalam dialognya - orang miskin ni seperti daun-daun di pokok. Apabila sudah tidak berguna, daun digugurkan dan menjadi sampah. Hey, Ron, daun kering tu hakikatnya bukan sampah. Di hutan daun kering tu akhirnya jadi tanah yang menyuburkan lagi pokok tu dan memberi generasi daun yang baru. Tapi kalau hang tulis berdasarkan hidup di kota, daun kering memang dianggap sampah oleh tukang sapu Alam Flora je… Bagi aku, sekali lagi - bagi aku, daun kering kat kota ni bukanlah sampah tetapi mangsa. Yelah, sepatutnya daun tu jatuh ke tanah tapi di kota tak ada tanah. Jatuh atas jalan tar (jalan tar ni simbol pembangunan. Tak percaya pergi kat kampung-kampung, tanya orang kampung, apa yang kerajaan dah buat kat kampung ni, Ketua Kampung mesti jawab ada jalan tar dan ada lagi projek naik taraf jalan kampung sedang dilaksanakan).

HADI sekali lagi kehilangan (lagi!). Kali ini dia kehilangan SAIDAH pulak. Di Australia, HERMAN CHERON ingin memulakan sebuah kehidupan baru (biasalah tu…) dan dia tak lagi mengabaikan SAIDAH sepenuhnya. Bak kata SAIDAH, tak tahu dia berubah sebab tragedi itu ataupun sebab SAIDAH kini mengandung dan pastinya anak itu benih HADI. Hahahahaha… Dan apabila anak mereka dah besar, diberi nama NORAINI, maka NORAINI membacalah diari ibunya tentang percintaan ibunya dengan HADI. Dari itu, NORAINI terbang dari Australia ke Malaya dengan misi mencari ayah kandungnya, HADI. Tapi, biasalah cerita Melayu, NORAINI tak sempat jumpa HADI kerana sudah meninggal dunia akan tetapi dia berjumpa dan berkenan pulak dengan anak angkat HADI ni tadi, si HUSAINI. Cinta berputik daa…

Hah, bukankah banyak KEHILANGAN dalam cerita VERTIGO ni. Jadi, bagaimana nak redha akan kehilangan ini? Pesta zapin di hujung cerita ni, Namron mencadangkan supaya kita ‘enjoy’. Tak perlu serius sangat dalam kehidupan yang semestinya penuh risiko ni. Hah, NAJIB. Janganlah risau sangat MAHATHIR dah hilang dalam UMNO… Ala, NAJIB… Riang-rianglah! Hahahahaha

Apa yang aku suka kali ni pada VERTIGO jika dibandingkan dengan karya Namron yang lain, kali ini gerakan-gerakan (tipikal Namron) sangatlah tepat pada dramatiknya. Tak seperti sebelum ini yang macam caca-marba. Selain tu, jazz tu. Muzik hamba abdi yang lahir di New Orleans, Amerika Syarikat. Muzik ini suara hati orang yang ditindas tetapi menjadi muzik paling kelas. Hanya dengan muzik kita dapat menawan dunia. Tapi, secara keseluruhannya, VERTIGO ini terlalu peribadi sifatnya untuk Namron (sebab tu persembahan kali ni nampak sedikit matang dan kemas. Sebelum ni, persembahan Namron macam penuh dengan tenaga marah).

Al Insyirah
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
3. yang memberatkan punggungmu,
4. dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain),
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Selasa, 20 Mei 2008

Pemanah Agung Patahkan Keris Bogel


NEGARA Malaysia adalah sebuah negara beriklim khatulistiwa yang mempunyai banyak musim. Bukan saja musim hujan dan panas sepanjang tahun, malah juga terdapat musim jerebu, musim durian, musim denggi, musim mat rempit, musim lagu rap (sehingga lagu RTM pun ada rap), musim lori eksiden, musim bas eksiden, musim budak kena culik, musim Akademi Fantasia, dan paling terbaru musim MAHATHIR! Hari ini rata-rata orang bercakap pasal keluarga Mahathir dan rejim UMNO.

Mahathir dalam bahasa Hindi bermaksud ‘Pemanah Agung’. Aku mula tidak menyukai dia sejak 1996, sejak aku berkenalan dengan orang PAS dan sejak aku didedahkan dengan TRAGEDI MEMALI (November 1985 – tragedi pembunuhan kejam Ibrahim Mahmud ataupun lebih dikenali dengan nama IBRAHIM LIBYA oleh 200 orang anggota PDRM yang diarahkan oleh Timbalan PM ketika itu – Musa Hitam dan negara diperintah oleh PM bernama Mahathir Mohamed Koyakutti yang terbang ke China ketika tragedi). Cukuplah sebelum itu, 16 tahun hidup aku mengagungkan Mahathir yang merupakan hero bapak aku.

Aku memilih untuk tidak menulis pasal SI CELAKA yang membawa bencana kepada kehidupan manusia Malaysia. Cukuplah kita lihat sendiri apa yang berlaku pada Malaysia hari ini yang penuh dengan rintih keluhan rakyat yang ditekan sehabis-habisnya dengan hanya menggunakan senjata DUIT! Lihat saja dalam era pemerintahan SI CELAKA ini apa yang rakyat Malaysia dapat? Pengkorporatan dan pengswastaan yang diilhamkan SI CELAKA ini telah meletakkan jurang yang tinggi antara majikan dan pekerja, orang kaya dan orang miskin – lihat di jalanraya bagaimana Mercedez Benz menghimpit basikal dengan bongkak, rasuah, kekeliruan dalam Islam, polis yang rasa diorang dah cukup bagus, perubatan yang mahal (lebih-lebih lagi untuk pesakit kanser dan buah pinggang), pendidikan yang semuanya mesti dibayar, dan bangunan-bangunan tinggi dan mewah yang hanya untuk kepentingan SI CELAKA bernama MAHATHIR!

Aku peduli apa dia nak keluar UMNO ke, nak terjun tingkap ke, nak buat teater dengan anak dia, si Mazhar tu, ini semua aku tak peduli! Cuma yang aku nak tunggu tentang berita dia ialah saat dan ketikanya SI CELAKA ni dijatuhkan hukuman penjara atau ditembak mati! Itu jam aku akan raikan dengan solat sunat syukur dan pesta tari-menari selama setahun (kita berhak meraikannya setahun kerana berpada dengan 22 tahun pemerintahannya), sambil diiringi pancaragam dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tsung Wah. PESTA KEMATIAN MAHATHIR!

Apa yang aku nak tulis di sini ialah pasal parti Melayu yang simbolnya keris tak bersarung (keris bogel) iaitu parti al lahanatullah al UMNO al harami jadahu al talungkupi panipu. Aku betul-betul hairan kenapa masih ada lagi Melayu yang menyokong perjuangan UMNO yang membela Melayu tetapi sebenarnya membela hanya Melayu Keparat (korporat) dan statistik kemiskinan negara bangsa Melayu masih lagi juara carta. Buta huruf juga ramai di kalangan Melayu (ye lah, dah miskin, nak sekolah macam mana? Kan pendidikan Malaysia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan, betul tak Hisham? Bukan Hisham Rais haa, Hisham Hussien Onn). UMNO ni bersifat keMelayuan dan tidak mengamalkan perkauman. Macam mana tu kenyataan diorang ni? Dah la parti untuk Melayu tetapi tidak mengamalkan perkauman. Kita lihat parti-parti yang bergabung membentuk BARISAN NASIONAL adalah terdiri dari parti-parti yang mengamalkan perkauman. Mereka sendiri tidak harmoni, bagaimana mereka boleh menuduh orang lain yang memperjuangkan hak sebagai manusia dikatakan menimbulkan ketidakharmonian negara? Hah, Shafie Afdal, apa yang SI CELAKA tu ajar kau tentang perpaduan?

Apabila Karpal Singh menegur Sultan Perak atas kes penarikan semula jawatan Dato’ Jamry Sury, media menghebohkan dengan menghukum Karpal Singh patut dipancung! Kemudian, pejabat DAP di Ipoh dilontar Molotov Cocktail dan baru-baru ini Karpal menerima surat ugutan disertakan bersama-sama sebutir peluru. Ini kerja siapa? Musuh DAP – UMNO. Siapa UMNO? Melayu… Siapa samseng Melayu? PEKIDA! Siapa penaung PEKIDA? Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Kepala Butoh (ini bukan salah taip, disengajakan) iaitu TOK SLOW. Siapa yang menimbulkan kekecohan dan ketidakharmonian sekarang? Kenapa Melayu mesti emosi apabila Raja dicuit oleh bukan Melayu. Raja bukanlah simbol kekuatan Melayu dan ketua agama Islam tetapi simbol penghabis duit rakyat untuk mereka joli sakan dengan perempuan di Hotel Shangri-La (boleh mati kena tembak aku ni). Hehehehe… Hey, ini realitinya! Soal cuit mencuit Raja ni, Karpal Singh tu dahlah bukan Melayu, memang lah dia tak tahu menghormati Raja. Bagaimana dengan kes pelantikan MB Terengganu di mana ada orang UMNO menulis sepanduk “KAMI ‘NDAK DERIS JUSOH, NATANG” – Natang ialah bahasa pasar Terengganu yang bermaksud binatang dan ditujukan kepada Sultan Terengganu yang turut campur tangan dalam pelantikan MB. Bagaimana dengan kes ini? Kenapa tidak dihebahkan media? Oh, ya, media UMNO mestilah tutup tahi UMNO.

Wahai saudaraku yang masih mengkagumi UMNO. UMNO bukanlah lagi parti yang layak untuk dikagumi. Pengasasnya – Dato’ Sir Onn Jaafar pun keluar UMNO kerana dia melihat ahli UMNO ramai yang gila kuasa dari memperjuangkan hak rakyat. Kenapa UMNO diberi kepercayaan oleh British untuk memerintah Malaya lalu diberi kemerdekaan? Kerana UMNO satu-satunya parti yang boleh menyambung pemerintahan dan menjaga harta British di Malaya, dan sekongkol ini telah menghukum PKM (Parti Komunis Malaya) sebagai penjahat! British semestinya tidak mahu kehilangan harta dan niat PKM adalah untuk mengagihkan harta-harta Malaya kepada semua rakyat dan perjuangan PKM yang anti-feudal telah menakutkan Tunku Abdul Rahman yang merupakan keturunan Raja. Aset negara ketika itu ialah getah dan bijih timah yang melambung tinggi permintaannya di pasaran dunia. Kini, hanya tinggal getah sahaja. Jadi, kita sebagai rakyat yang ingin membantu ekonomi penoreh getah, belilah kondom dan gunakannya. Hehehehe…

Kita lihat bagaimana UMNO mengajar bangsa Cina dan India hidup di Malaysia. Cina, yang bangsanya memang gila mencari duit dengan tidak mengira apa saja caranya dan bangsa ini akhirnya kaya raya lalu bangsa ini berjaya membeli tanah-tanah di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan Kati. India, UMNO meneruskan kasta dalam kehidupan bangsa India – ini yang menyebabkan HINDRAF memberontak. Yang kaya dalam India hanyalah Ananda Krishnan dan Samy Vellu. Bagaimana India yang lain yang masih tinggal di estet? Dan bagaimana UMNO mengajar bangsa Cina dan India mengenai Islam yang dijadikan agama rasmi? Dalam dunia hari ini dengan fitnah dari dunia Barat, Islam dianggap sebagai teruk. Dan kita di sini, dengan didikan Islam oleh UMNO, Islam dipandang lebih teruk oleh bangsa-bangsa lain. Lihat saja fungsi baitulmal dan mahkamah syariah. Adakah badan-badan ini membela Islam? Kehancuran ini berpunca dari UMNO yang selama ini diperintah oleh SI CELAKA bernama MAHATHIR!

Hari ini, SI CELAKA dan keluarga meninggalkan UMNO (mengulangi peristiwa Dato’ Sir Onn Jaafar cuma Onn Jaafar tidak sempat merompak harta rakyat tetapi tetap diwarisi oleh cucunya ). UMNO yang dicipta Dato’ Sir Onn telah diharamkan pada tahun 1987 dan SI CELAKA ini menubuhkan kembali atas nama dia. Hari ini, dia meninggalkan UMNO yang diciptanya setelah dia berjaya merompak harta rakyat selama hidup dia sebagai PM. UMNO dan perjuangannya menemui kehancuran dan inilah yang dilihat oleh SI CELAKA ni. Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik dia cabut!

Saudaraku, lupakanlah perjuangan kebangsaan. Marilah kita bersama-sama perjuangkan hak kita sebagai manusia seperti yang dituntut oleh Islam. Nabi Muhammad SAW pernah berkata ‘perjuangan asabiyyah (kebangsaan) tidak ke mana’. Marilah kita hidup aman damai di muka bumi Allah sebagai hambaNya. Marilah kita bersama-sama nikmati buah ceri. Kita kongsi makan bersama. Janganlah dipagar lagi pokok ceri itu.

Ahad, 18 Mei 2008

Aku orang UMNO yang puja P. RAMLEE


P. Ramlee. Aku tak tahu apasal dan kenapa ramai sangat yang memuja dia. Termasuklah aku. Dulu, sebelum aku didedahkan dengan ilmu filem, aku samalah seperti orang lain yang minat P. Ramlee. Ambil dialog-dialog dia buat lawak dengan kawan-kawan, nyanyi ikut stail dia (tak sedap pun suara aku - langsung!), dan akan menonton filem-filemnya berulang kali tak jemu-jemu! Pelik kan?


Sehinggalah aku diajak oleh Sobrie Annuar (ehem) menulis skrip 'Dari Jalan Ampas Ke Jalan Ampang' (tak siap pun skrip ni), kisah hidup P. Ramlee. Aku dan Sobrie pun pergilah ke Rumah P. Ramlee di Taman Furlong (Taman P. Ramlee) di Setapak. Dapatlah aku banyak maklumat tentang dia sehingga aku pun terpengaruh lalu aku menghisap 'Lucky Strike' (tapi sekarang aku tak nak bayar cukai kat kerajaan, jadi aku hisap 'Gudang Garam Nusantara' bebas cukai). Kemudian, aku pergi pula ke Rumah Kelahiran P. Ramlee, bersebelahan dengan Taman Budaya Pulau Pinang. Di sini, aku diceritakan tentang P. Ramlee oleh penjaga rumah itu yang juga kawan P. Ramlee sewaktu remaja. Dah tua sangat orangnya.


"P. Ramlee ni ada menuntut. Bukan kosong..." kata pakcik tu. "Pernah dia bergaduh dengan Cina, Cina tu ramai, dia sorang." sambung pakcik tu lagi bercerita. "Pernah jugak ada anak dara yang selalu ulang-alik depan rumah P. Ramlee sebab nak tengok muka P. Ramlee." Hah, aku tak hairan lah macam mana P. Ramlee boleh dapat Norizan dari Sultan Perak. Tapi, korang semua boleh bayangkan tak bagaimana rupa P. Ramlee waktu remaja? Dengan kurusnya, dengan jerawat penuh kat mukanya, ada jugak anak dara yang tergila-gilakan dia. Dahsyat... Aku tahu rahsianya setelah aku tengok gambar dia waktu muda. Di bawahnya ada tandatangan dia dan bertulis "dari insan hina lagi berjerawat". Hehehehehe.... P. Ramlee sangat merendah diri orangnya. Ada satu lagi kes yang menarik di mana P. Ramlee hendak berjumpa dengan Kasma Boothy. P. Ramlee pakai baju pagoda yang koyak di belakang lalu dia sarungkan baju kot. Dahsyat kan dia? Memang patut dia jadi macam ni sekarang - dipuja-puja.


Baru-baru ini, aku baca buku 'Bapakku P. Ramlee' tulisan anak tunggalnya, Nasir. Buku ini sangat tersentuh. Korang bacalah sendiri.


Aku nak tulis pasal filem-filem dia. Pertama sekali aku nak tulis pasal P. Ramlee dan anti-feudal. Gerakan anti feudal ni dah lama dah bertapak. Sejak zaman Nabi Ibrahim lagi yang menentang Raja Namrud. Kemudian diikuti kisah Ashabul Kahfi, kisah Nabi Musa dan Firaun, sehinggalah zaman Jean-Jacques Rousseau yang melancarkan Revolusi Perancis, seterusnya diikuti oleh Bonaparte, Karl Marx dan Engels, Lenin, Gandhi, Trotsky, Che Guevara, Burhanuddin Al Helmi, Chin Peng, Hang Jebat dan ramai lagi. Kenapa aku kata P. Ramlee ni anti-feudal?


Kita tengok semula filem-filem dia - Nujum Pa' Belalang, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat. Bagaimana P. Ramlee memperbodohkan Sultan dalam filem Nujum Pa' Belalang dan Musang Berjanggut paling ketara - Sultan yang tak ada anak, mengambil anak angkat dari kalangan rakyat kebanyakan dan akhirnya genetik dari rakyat kebanyakan itu lebih bijak pandai dari Sultan yang memerintah. Dan paling serius P. Ramlee melontarkan rasa anti-feudalnya ialah dalam filem Antara Dua Darjat di mana dialog Ghazali kepada Engku Mukhriz - "kau banggakan darah keturunan kau, tapi hari ini darah kau dan darah aku adalah sama!" (beginilah lebih kurang dialog dia. Rai, kalau salah tolong betulkan ye...). Apakah yang menyebabkan P. Ramlee ni anti-feudal? Adakah kerana Sultan Perak menghina dia lalu diberinya Norizan ataupun P. Ramlee hidup di tempat yang tak ada Sultan? Iyalah, dia lahir dan membesar di Pulau Pinang dan bekerja pula di Singapura. Bukankah kedua-dua negeri ini tergadai pada Inggeris akibat kebodohan Sultan.


Ini jawapannya. P. Ramlee lahir dari kalangan orang miskin di Pulau Pinang. Biasanya cita-cita orang miskin ni sangatlah besar dan cita-cita P. Ramlee ialah ingin menghapuskan kelas kehidupan (kasta) yang membezakan orang miskin dan orang kaya. Baginya, semua manusia adalah sama. Rezeki mestilah diberi sama rata. Tidak ada istilah 'ini aku punya harta'. Dan ini adalah Manifesto Komunis dan juga ajaran Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW. Hah, aku suka hati nak terangkan simbol sembahyang jemaah dalam Islam di mana seorang menjadi Imam dan diikuti oleh makmum yang ramai. Tidak ada kelas kasta di sini. Kau PM ke, kau Raja ke, kau duduklah di saf yang mana kau sampai. Kalau kau nak duduk depan, kau datanglah awal ke masjid. Inilah komunis! Aku taknak kelirukan korang dengan komunis dan Islam. Senang cerita, Islam itu komunis, komunis itu Islam. Cuma Islam berpaksikan Allah Ta'ala dan komunis berpaksikan siapa ketua. Pelaksanaan sebagai manusia di muka bumi, sama saja Islam dan komunis.


Jadi, P. Ramlee telah membawa pendekatan Islam dan komunis dalam filem-filemnya - Tiga Abdul, Ali Baba Bujang Lapuk, Penarek Becha, Ibu Mertuaku, filem-filem ini dengan terangnya P. Ramlee anti borjois. Orang kaya yang bongkak yang digambarkan oleh P. Ramlee dalam filem-filemnya akhirnya menerima kebangkitan orang miskin. Paling ketara ialah di dalam filem Tiga Abdul di mana P. Ramlee sangat menekankan zakat. Di dalam al Quran, banyak ayat yang menyuruh kita infakkan rezeki kepada fakir miskin - berzakat. Dan inilah perjuangan P. Ramlee! P. Ramlee secara peribadinya juga suka bersedekah. Tanyalah kawan-kawan dia tentang P. Ramlee yang sangat bermurah hati sehingga dia tidak ada duit untuk anaknya yang hendakkan sebuah gitar - padahal dia 'big star' tu ketika itu.


Pada hari ini, Malaysia yang masih di bawah pemerintahan UMNO, telah menyanjung P. Ramlee sebagai wira mereka. Tidakkah mereka sedar yang perjuangan P. Ramlee dan UMNO sangatlah berbeza jauh. UMNO mementingkan projek-projek mega dan merampas tanah orang miskin untuk didirikan kondominium mewah! UMNO menggunakan polis-polisnya untuk membelasah orang miskin yang menuntut haknya sebagai rakyat! UMNO sangat mengutamakan RASUAH! Tidakkah orang UMNO yang menyanjung P. Ramlee ini berasa malu kerana ideologi mereka sangat berbeza? O, baru aku faham. Rupa-rupanya UMNO menjadikan P. Ramlee sebagai 'brand' yang boleh dijual!