Jumaat, 19 Mac 2010

Melayu, Cina, India, 'Mat Saleh', kita adalah ORANG ASLI

Abang Raman
(foto oleh Simon Langgi)

Semasa aku berlakon 'Korban 44', aku ada seorang cikgu bahasa semai. Nama dia Abang Raman. Dia bukan sahaja mengajar aku berbahasa, malah mengajar aku pemikiran orang asal. Abang Raman bukanlah seperti orang asal yang aku dengar dari cerita lisan orang melayu. Dia bijak dan sangat berbudi pekerti.

Kerana masa yang tak senggang, dan kewangan yang sengkek, aku tak dapat nak tinggal di perkampungan orang asal untuk mengetahui dengan lebih dalam antropologi mereka. Aku cuma ada masa beberapa jam sahaja bersama Abang Raman untuk mentafsir pemikiran orang asal.

Abang Raman ada banyak cerita.

Dia pernah dipanggil ke UM untuk sebuah forum sempena 50 tahun merdeka. Dia ditanya apakah sumbangan orang asal kepada negara setelah 50 tahun merdeka. Lalu jawab Abang Raman - "sepatutnya saya yang tanya, apakah sumbangan negara kepada orang asal..." - kakakakakaka...

Abang Raman juga membuat kraftangan. Dia pernah membuka gerai dan seorang perempuan datang bertanya padanya -"awak ni orang asli ke?" Abang Raman tidak terus menjawab, dia pandang perempuan tu kemudian dia cubit-cubit kulit tangannya (tangan Abang Raman). "Tak tau lah saya ni asli ke tak. Rasanya, saya dengan puan sama je," jawab Abang Raman - kakakakakaka...

Di kampungnya, di Cameron Highland, dia selalu didatangi oleh paderi dan imam. Masing-masing berdakwah dan mengajak mereka orang asal supaya memilih agama sama ada kristian atau islam. Yang menariknya, paderi mengutuk islam dan imam mengutuk kristian. Dengan selamba, Abang Raman menemui paderi dan imam ni lalu berkata, "kalau benar agama kristian tu agama yang benar, dan islam juga agama yang benar, tunjukkan saya mana matahari untuk agama kristian, mana matahari untuk agama islam. Kita cuma ada satu matahari je... Tuhan hanya satu je..." - KAKAKAKAKAKAKAKA

Rabu, 17 Mac 2010

Anak muda, lupakan soal bangsa

Jangan prejudis.

Ops, ini bukan promosi 1 Malaysia ke dan apa ke jadah program kerajaan. FTG! Ini cuma nak bagi kesedaran sikit pada anak muda yang masih dalam lingkungan remaja (aku dah terlepas dah.. huhuhu).

Dalam usia belasan tahun dan awal 20-an, ketika ini, aku akui, aku dulu pun lepak kat Dome Cafe, mabuk wain dan bersembang pasal ideologi dan falsafah. Perihal bangsa Melayu tak terkecuali. Malah bukan saja di Dome Cafe, di tangga ofis, di taman KLCC, di balkoni rumah, di mana saja asalkan mesti ada bier.

Kelamaan, apabila sudah mula pandai berfikir, dah sedar yang diri ini berpijak di bumi nyata, sembang-sembang seperti di atas adalah sembang orang mabuk walaupun orang tu tak mabuk. Melayu konon... Cina konon... India konon... Cet! Podah!

PEKIDA hari ini menggunakan anak muda ini untuk meneruskan doktrin-doktrin mereka. PEKIDA hari ini berikan stiker VIP serta segala 'bunga' dan 'buah' pada anak muda ini agar anak muda ini terus sempitkan fikiran dan terus 'hanyut' dalam dunia KEMELAYUAN. Tapi ironinya, mereka ini sedikit pun tidak nampak seperti Melayu yang bercapal, berbaju Melayu apalagi berkain pelikat. Mana 'cool' beb. 'Cool' lagi arwah Syed Alwi dan Salleh Ben Joned dalam perihal Melayu ni.

Anak-anak muda ini pun dengan bersemangat dan penuh api di dada membicarakan soal kepentingan hak Melayu dan nasib Melayu yang ditindas oleh bangsa lain terutama oleh bangsa Cina. Hahahaha - nyata mereka ini buta. Dah lah buta, bodoh pulak tu! Hahahahaha...

Tidakkah anak-anak muda ini disedarkan bahawa siapakah pemimpin Melayu yang menjual tanah rakyat kepada taukeh-taukeh Cina? Baik, ini bukan soal rasis. Ini kita lihat soal integriti dan soal pengukuhan KAPITALIS. Para peniaga akan sentiasa mengambil peluang. Dan peluang inilah yang menjahanamkan orang Melayu! Tak nampak ke TESCO dah tutup perniagaan peruncit-peruncit? Tak nampak ke berapa ramai orang tak ada tanah sebab tanah dah dirampas untuk tujuan pembinaan kondominium mewah dan gedung-gedung?

Dalam nasib sebegini, bangsa langsung sedikit pun tak ada kena-mengena. Tapi ini kemanusiaan. Yang lemah lagi miskin terus saja ditindas oleh mereka yang kaya-raya dan punya KUASA!

Anak muda, bacalah kisah-kisah para nabi. Kalau kalian tak nak baca qur'an, dalam bible pun ada. Tak ada sedikit pun dalam kisah-kisah itu yang menyuruh kita pertahankan bangsa. Kisah suruh hapuskan sistem raja ada lah! Hahahahaha...

Jangan fanatik sangat dengan 'bunga' dan 'buah' tu. Baik belajar sains pertanian ada jugak bagusnya...

Kembara

Lagu 'Hati Emas' lalakan kumpulan Kembara memang bikin aku mahu mengembara. Aku mahu tengok negeri orang, tempat orang. Aku mahu tengok orang. Sambil tu, aku mahu tengok diri sendiri.

Masa aku budak-budak, bapak aku suka bawa anak-anak dia berjalan bila cuti sekolah. Tapi bapak aku tak ada kereta. Jadi, pengangkutan utama kami ialah keretapi mel ataupun bas Ekspres Nasional. Kalau kenduri kahwin abang-abang aku, barulah bapak aku sewa kereta.

Semasa aku tingkatan 3, aku mula bekerja sebagai konduktor merangkap kelindan merangkap pembantu pomen bas sekolah. Ini gara-gara aku ditangkap merokok di sekolah, maka bapak aku perintahkan aku berhenti sekolah supaya aku bekerja cari duit sendiri beli rokok. Tapi, aku bernasib baik, aku dapat ke sekolah dan bekerja pada masa yang sama.

Bas sekolah tu banyak jasanya. Aku dapat pergi ke tempat orang dengan bas ni lah. Satu semenanjung aku dah pergi. Ikut rombongan. Paling kerap aku pergi ikut rombongan masa tu ialah ke KL dan Kelantan. Sehinggakan jalan di Kelantan aku lebih hafal dari jalan di Ipoh.

Tapi, apabila ditanya, aku lebih suka mengembara dengan kenderaan apa, sudah tentu lagi yakin aku jawab - keretapi. Kenapa? Mungkin sebab masa aku budak-budak, tiap-tiap malam sebelum tidur, aku mesti dengar bunyi hon keretapi yang sayup-sayup merentap jantung. Mata aku yang mengantuk waktu tu pun mula terbeliak balik. Ketika itu juga, bapak aku akan bercerita mengenai nostalgia dia dari dia lari dari sekolah ke Singapura untuk masuk askar sehinggalah cerita pengalaman-pengalaman dia (ehem, aku tidur dengan bapak aku masa budak-budak dulu).

Sehinggalah bila aku dah pandai bikin anak ni pun, aku masih lagi jatuh cinta malah ada sedikit obses dengan keretapi. Aku suka dengar bunyi 'ketak-ketak' nya yang 'fade in' dan 'fade out'. Bunyi hon nya yang teguh. Relnya. Dan paling aku ingin tahu sekali ialah peranan 'key token' nya dan pengalih rel di stesen-stesen. Bagi aku, keretapi adalah semiotik kehidupan.

Sesetengah orang tak boleh terima perjalanan dengan keretapi kerana ianya lambat. Tapi bagi aku, itulah peluang untuk melihat tempat orang. Di setiap stesen membawa ragam budaya yang berbeza. Aku dapat alami sendiri geografinya. Tidak lagi hanya melihat rajah peta topo pada atlas.

Hari ini, aku mula berminat untuk mengembara. Bukan dengan keretapi. Tapi dengan kapal. Kenapa? Hmmm... kerana hon nya lagi teguh dan padu!

Selasa, 16 Mac 2010

SembangSumbang

Dahulunya, dia adalah pelajar seni. Dia juga pernah bercita-cita untuk menjadi seniman. Karya-karyanya mungkin saja mempersoalkan sistem dan yang pasti - sebuah karya pemberontakan! Jiwa anak muda adalah jiwa bebas. Anarki! Tiada sempadan! (Oh ya, dunia tanpa sempadan bukan wujud kerana kemunculan internet. Tapi wujud sejak azali. Kalau tak, Nabi Noh tak bikin kapal la, beb.)

Kemudiannya, dia mula putus asa kerana tuntutan ekonomi dan impian mak bapak dan juga kehendak awek. Jadi seniman tak kaya kerana duit banyak habis pada dadah dan todi. Lagipun strok idea seninya taklah sehebat mana. Maka, dia pun kecundanglah. Dia pun mula mengalihkan cita-citanya dari seniman kepada kakitangan awam yang DIJAMIN MASA DEPAN KERANA ADA PENCEN (tuhan orang Melayu ni sebenarnya ialah PENCEN. Agama orang Melayu yang sebenarnya ialah PEKIDA).

Sebagai kakitangan awam yang berkhidmat di Jabatan Kesenian, sudah pastinya dia mahu berjasa pada dunia seni tanahair. Dia diberi peluang, lalu dia mula menyambung pelajarannya ke peringkat master. Habis segala buku dibacanya, dari khutubkhanah Lincoln kedutaan Amerika Syarikat sehinggalah khutubkhanah desa Kampung Laneh. Ilmu yang dia pungut ni adalah untuk dunia seni tanahair. Selain dari itu, sijil master yang diperolehinya membolehkan dia berkuasa menguasai jabatan.

Bila tiba takdir dan saatnya dia berkuasa, maka segala ilmu yang dipungut, dicurahkanlah pada proposal-proposal. Di dalam bilik berhawa dingin, kerusi beroda kusyen empuk bersalut PVC yang penyandarnya lebih tinggi dari tubuh, di mejanya yang bersaiz 4 kaki kali 8 kaki itu lah dia merencanakan segalanya. Kuasa ada di tangannya. Hanya dengan tandatangan dia boleh meluluskan atau membatalkan. Kurang hebat sikit dari firaun.

Dengan kuasa yang dia ada, dia telah menetapkan bahawa seni itu ada formatnya. Seni itu sudah ada acuannya : "Seni kita adalah budaya timur. Jangan mungkarkan kesenian timur yang suci."

Lan*** dia!