5 May 2013 - Pilihanraya Umum ke 13. Kalau musim lepas, aku sempat juga berceloteh mengenai pilihanraya di dalam Pojok Riang-Riang ni... ye lah, masa tu arwah Sam Ahmad pun ada lagi. Sekarang ni, makin tengok politik Malaysia, makin menyampah rasanya.
Aku, walaupun daftar sebagai pemilih di kawasan undi parlimen Padang Rengas dan N20 Lubok Merbau; tapi aku tak pernah sekali pun turun mengundi. Aku tak tahu pun apa perasaan seorang pemilih kerana aku tak ada pengalaman tu. Alasan aku - calon yang bertanding tak menarik minat aku. Padahal, aku tak berminat dengan sistem pilihanraya ni. Bagi aku, dari sibuk pasal pilihanraya, lebih baik perelokkan jalanraya.... Aku dah tak tahan dah melanggar lubang di Kuala Lumpur ni.
Tak kiralah apa parti yang menjadi kerajaan sekalipun, kalau jalanraya tak dijaga elok, tak dipelihara, kerajaan tu teruk lah. Sesebuah negara dinilai dari jalanrayanya. Jangan salah faham, bukan jalan yang bertar elok diambil kira, tetapi kelancaran kenderaan, sistem lampu isyarat, papan tanda, termasuklah pemanduan berhemah dan polis yang baik.
Selasa, 16 April 2013
Isnin, 24 Disember 2012
Sabtu, 29 September 2012
Kritikan Seni Persembahan
Tak perlu fikir nak letak konsep, teori apa pun sebenarnya dalam nak buat persembahan. Buat saja. Begitu juga dalam jurus kesenian yang lain seperti catan dan filem. Tetapi, ada juga segelintir pelajar malah pengkarya yang telah menilai dan meletak hukum pada karyanya, maka hasil kerja seninya tidak siap atau nampak terbeban (dibebankan dengan hukum). Ini samalah juga halnya dalam masyarakat yang suka meletak hukum pada seseorang, lalu seseorang itu kelihatan bebal dan sangat buruk dek kerana beratnya hukuman tersebut. Perlu diingat, kerja seni adalah cerminan pengkarya.
Begitu juga dalam perihal kritikan seni persembahan, seseorang pengkritik tak sepatutnya menghukum, lebih-lebih lagi hukuman yang bersifat peribadi dan emosi, seperti "saya suka" atau "saya tak suka". Seseorang pengkritik menilai dan menghuraikan apa yang tersembunyi di sebalik kerja seni tersebut. Menggali pemikiran. Walaupun cuma menghuraikan struktur persembahan sahaja, perlu digali juga pemikirannya - kenapa begitu strukturnya?
Rujukan amat penting kepada seseorang pengkritik (juga kepada pengkarya). Seseorang pengkritik mesti berpengetahuan dalam apa jua bidang ilmu, supaya apa yang digalinya dalam kerja seni itu dapat disabitkan dengan ilmu-ilmu yang pernah dirakam. Bukan nak tunjuk pandai, tapi untuk memudahkan khalayak dalam memahami sesuatu kerja seni itu. Oleh yang demikian, pengkritik jangan sesekali menggunakan istilah sesuka hati. Meletak istilah dalam kritikan tidak mlambangkan ilmiahnya kritikan tersebut. Boleh jadi terpecah tembelang, kelihatan kebodohan pula.
Seperti yang saya tuliskan awal tadi, buat saja. Tak perlu fikir. ;-)
Jumaat, 28 September 2012
Binatang Be Nothing
"Selagi seseorang tidak menyayangi haiwan, jiwanya belum dibangkitkan."
Saksikan koreografi hebat dari Akmal Ayob, Lex Lakshman, Fairuz Tauhid, Ezdianie Omar dan Nazri Zahauddin dalam KIV3 - BINATANG or BE NOTHING. Bertempat di The Actors Studio @ Lot 10, pada 4 Oktober - 6 Oktober 2012, jam 8.30 malam. Pada 7 Oktober 2012, jam 3 petang.
Tiket berharga RM20. Promosi: beli 10 tiket, percuma 1 tiket. Tiket boleh didapati di Box Office The Kuala Lumpur Performing Arts Center atau hubungi 03 4047 9000 atau boleh dibeli secara online di ilassotickets.
Maklumat lanjut, sila lawat ke laman web TAS.
Ajak sama anak-anak, jiran tetangga, atuk opah, handai taulan dan semua orang dan pastikan jangan ketinggalan!
*Cuma jangan bawa pemburu binatang. Mungkin ada binatang yang tak sukakan mereka... ;-p
Jumaat, 3 Ogos 2012
'Paper Crane' dan 'Deus Ex Machina' Teater Malaysia
Imej pertama yang aku lihat semasa menonton teater 'Paper Crane' - belakang pentas.
Ada 1001 drama di belakang pentas sebenarnya. Drama yang ada di pentas, yang dipertontonkan itu cuma 2 hingga 3% sahaja. Selebihnya adalah drama belakang pentas. Drama yang sebenar. Tetapi, 'Paper Crane' me-muzikal-kan drama ini sebab untuk dibawa ke Pentas 1, klpac. Sebuah pendedahan sebenarnya.
Jika kita masih mempunyai persoalan kenapa, mengapa, industri teater Malaysia tidak maju-maju? Aku sarankan, tontonlah 'Paper Crane' kerana di situ ada jawapannya. Tak perlu buat tesis atau kajian atau andaian atau tunjuk kepandaian dalam memberi jawapan kepada persoalan di atas. Cukup sekadar menonton sebuah muzikal yang 'simple', dan dalam bahasa Kantonis. Pada pendapat aku, eloklah dalam bahasa Kantonis kerana jika aku faham apa yang dicakapkannya, mungkin aku akan lagi sakit hati - hehehe...
Ego dan kebodohan. Ini masalah utama yang bersarang dalam industri teater Malaysia. Inilah kisah yang dibawa. Bukanlah masalah kewangan (masalah utama juga), tetapi paling utama ialah masalah komunikasi antara generasi senior dan generasi amatur. Yang Senior berlagak macam dia maha hebat. Yang Amatur pula bodoh semberono. Semua mahu dilanggar, sehinggakan kuih pau yang dijamu kepada tuhan pun dia tibai (Tuhan pun dia tak hormat)! Senior memang patut berlagak kerana auranya. Amatur yang mahu masuk ke dalam industri kerana dua perkara - nak makan dan glamor. Bukan kerana betul-betul mencintai kesenian teater.
Apabila nama si Amatur ni sudah berjaya dan menggantikan tempat Senior, dia mula lupa diri. Lebih-lebih lagi dapat bercinta dengan anak Tokeh Panggung. Kawan baik pun dia buang. Paling sedih, Tokeh Panggung pun dia halau. Nampak tak betapa bongkaknya si Amatur ni. Inilah sikap yang dilarang Tuhan - bongkak, sombong. Tuhan tidak menyuruh kita membenci Israelite. Tetapi Tuhan menyuruh kita supaya jangan ada sikap sombong dan bongkak seperti yang dibawa oleh Israelite. Bermula dari sikap ini, ia merebak kepada tamak, dengki, khianat, cemburu, dan bermusuhan. Inilah yang dinamakan sebagai penyakit hati.
Nah, kenapa cerita ini berlaku di belakang pentas - kerana ia cerminan kepada hati kita sendiri. Belakang pentas juga semiotiknya dalaman, jiwa, batin, hati kita. Jika hati kita rosak, nescaya zahirnya diri kita tak keruan, menerima balasan Tuhan. Balasan Tuhan, kebanyakan orang mentafsirkannya dalam bentuk bencana alam, ribut taufan, tsunami, dan sebagainya. Tetapi, perbuatan manusia lain ke atas kita juga sebenarnya balasan Tuhan - 'deus ex-machina' - watak Senior yang ambil colok / mancis dari tokong, lalu membakar pentas. Tabiklah Yusman Mokhtar, kau kasi Pentas 1 terbakar!
Akhirnya, akibat dari kebodohan dan kesombongan, di penghujung usia, si Amatur tadi hidup dalam nostalgia - tak ke mana. Inilah yang berlaku dalam industri - karyawan-karyawan Malaysia ramainya bernostalgia zaman kegemilangan, kesannya - tak berkembang.
Apapun, tabik dan 'salute' kepada Joe Hasham (pengarah), Yusman Mokhtar (sinografer) dan Lex Lakshman (koreografer), serta seluruh tenaga kerja, walaupun berlainan agama, bangsa dan bahasa, tetapi mereka bersatu hati menyampaikan cinta...
'Paper Crane', mungkin juga sebuah doa dari Joe Hasham dan Faridah Merican. ;-p
Sila klik sini dan sini untuk maklumat lanjut.
*** Paper Crane (origami burung jinjang) adalah simbol kepada panjang umur, kebahagiaan, tuah dan keamanan.
*** Paper Crane (origami burung jinjang) adalah simbol kepada panjang umur, kebahagiaan, tuah dan keamanan.
Selasa, 24 Julai 2012
Cuba Menjawab Lenny
Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan. Tempat bertapa Syeikh Jamaluddin Jumadil Kubro sehingga puncak bukit ini bercahaya berkilat-kilatan. Dari sinilah asal nama negeri Kelantan - Kilatan. Syeikh Jamaluddin Jumadil Kubro juga digelar sebagai Adi Putra dari kalangan jin yang menuntut ilmu darinya.
Bukit Panau, Tanah Merah Kelantan. Tempat bertapa Syeikh Jamaluddin Jumadil Kubro sehingga puncak bukit ini bercahaya berkilat-kilatan. Dari sinilah asal nama negeri Kelantan - Kilatan. Syeikh Jamaluddin Jumadil Kubro juga digelar sebagai Adi Putra dari kalangan jin yang menuntut ilmu darinya.
"Saya suka dengan pendapat seorang calon PhD yang membuat kajian tentang kesenian Butoh, katanya sejarah perkembangan teater di Barat dan Asia seperti dua arus bertentangan. Ketika orang Asia berusaha meninggalkan "space" untuk mencari "stage", orang Barat pula cuba meninggalkan "stage" untuk mencari "space". Dan satu soalan daripada seorang ahli akademik di sini, kenapa orang Barat mengambil masa berbelas malah berpuluh tahun untuk menguasai satu kesenian di Asia tetapi orang Asia hanya mengambil masa kurang dari 10 atau 5 tahun untuk memahami ilmu yang datang dari Barat?"
~ Lenny Erwan @ daribawahbayu ~Pada zaman Rasulullah, 300 orang saudagar Arab dengan rela hati mengembara ke Negeri Samudera (kepulauan Nusantara) demi menyampaikan dakwah Islam. Tetapi, Rasulullah memerintahkan supaya mereka membawa sama 3 orang tukang kasut. Lalu, 3 orang tukang kasut pun dicari seperti yang diarahkan. Setelah lengkap, maka mereka pun belayar lah.
Sesampainya mereka ke Negeri Samudera, 300 orang saudagar cuba berdakwah melalui perdagangan dan menunjukkan kemewahan sebagai ganjaran jika memeluk Islam. Tetapi, usaha mereka bertemu kegagalan. Lain pula dakwah yang dibawa oleh 3 orang tukang kasut, yang berjaya mengislamkan ramai penduduk Negeri Samudera.
Penduduk Negeri Samudera - Tanah Jawa, Tanah Jawi (Tanah Melayu), Kilatan (Kelantan) dikira sebagai orang Asia. Orang Asia secara fitrahnya adalah manusia yang selalu bermain dengan alam malah mereka sangat menghormati alam - tanah, air, api, angin - inilah asas kepada orang Asia. Aspek kehidupan mereka termasuk kesenian yang dianggap sebagai upacara agama berkaitan dengan alam.
Mereka bukan saja percaya malah menyaksikan bahawa alam ini punya roh yang perlu dihormat. Unsur inilah yang dibawa oleh 3 orang tukang kasut. Persoalan hati, batin, rasa, karsa, roh, jiwa, cahaya. Dan itulah perihalnya Islam - bukan semata-mata Syari'at kerana tiap-tiap yang zahir, ada batinnya. Segala-galanya berpaksi pada Cinta (sebut : Allah).
Hehehe... boleh pakai tak jawapan aku ni, Lenny? Hahaha...
Rabu, 18 Julai 2012
Skrip teater 'Sesudah Subuh' karya Seni Bayan
'Dunia adalah penjara bagi orang yang beriman, syurga bagi mereka yang kafir.'
~Hadis~
Sam Ahmad
Kali terakhir aku hubungi dia sehari sebelum kenduri menyambut perkahwinan aku di Kuala Kangsar. Aku tak sangka, itu adalah panggilanku yang terakhir. Dan paling mengecewakan aku, berita pemergiannya aku sedari setelah lebih setahun. Teruk betul aku sehingga tak pernah ambil tahu pasal kawan. Maafkan aku, keadaan aku masih huru-hara.
Aku kenal Sam Ahmad sebagai Pikar. Nama sebenarnya Zulfikar. Dia sebaya aku. Mula kenal sejak tingkatan tiga, naik bas sekolah yang sama. Cuma dia sekolah Clifford dan aku sekolah RMM. Dia memang pendiam dan selalu senyum. Tapi, apabila bicara soal 'grunge', 'punk', 'hard-core', 'trash-metal', dan yang seangkatan dengannya, dialah yang paling fasih. Dia tak peduli langsung pada awek-awek sekolah RPK yang memenuhi bas tersebut. Senang cerita, sangat berlawanan dengan aku. Tapi, kami bersetuju atas satu tajuk - politik.
Setelah tamat tingkatan lima, masing-masing membawa haluan hidup. Takdir, kami ditemukan di Universiti Bangsar Utama (UBU). Dia datang menonton teater lakonan aku - 'Waiting For Godot'. Aku kenal dia ketika itu sebagai penuntut Undang-undang di UiTM. Sejak itu, kami selalu berhubung melalui maya. Dia ada buat satu laman web tajuk 'Arah Kiri' dan aku ada sumbangkan beberapa rencana dan sajak.
Kemudian, 'Arah Kiri' senyap untuk beberapa tahun. Dia pun lama aku tak hubungi. Tiba-tiba, sedang aku YM, dia muncul bertanyakan khabar. Kami menjalin hubungan kembali dan kali ini, dia menjemput aku untuk menyertai blog dia yang terbaru - 'Republik Kata'. Apa saja yang agak menarik pada dia di blog 'Pojok Riang-Riang' ni, akan diterbitkan juga di 'Republik Kata'.
Sampai masa, kami bertemu di Hotel Double Lion, Kuala Kangsar. Bersama Mat Saman Kati dan beberapa taulan lagi dari 'Perak Ekspres', membincangkan perihal 'Pentas Kita Karya Kita' anjuran Lantera Jiwa dan juga membincangkan perihal menubuhkan UREKA (seperti UBU, tetapi di Kuala Kangsar). Sewaktu pertemuan ini, sungguh aku tidak sangka, dia tidak lagi seperti kali terakhir aku jumpa di UBU. Dia tidak bermaya, tetapi dia gagahkan juga untuk bergerak. Kena 'stroke', katanya. Tak tahu nak cakap apa...
"Kamu jangan merokok kuat sangat... Nanti jadi ghope (seperti) aku nanti, yop... Masa aku belajo dulu, tension sikit isap rokok, tension sikit isap rokok... Penyudahnya, jadi ghope ini..."
Kami sempat mengadakan beberapa pertemuan. Maaflah, bukan aku tak mahu membantu melaksanakan UREKA, tetapi jiwa aku kacau bilau ketika itu. Aku rasa bersalah ni... Tak sangka, aku hubungi dia buat kali terakhir rupanya. Hubungi untuk menjemput dia datang ke kenduri perkahwinan aku, tetapi Allah Ta'ala menjemput dia pulang terlebih dahulu...
Al Fatihah
Ahmad Zulfikar Samsuri
1 May 1980 - 11 Mac 2011
Isnin, 9 Julai 2012
Teater 'Beng Hock'
Alhamdulillah... Segala puji-pujian hanya berhak kepada Cinta... Tidaklah layak untuk hamba... Hamba cuma melaksanakan amanah yang dititipkan...
"Sebuah teater gelap lagi menginsafkan."
- rohaniahnoor @ twitter
"Contoh 'art imitate life' selepas persembahan, mencetus penonton berfikir atas sempadan nipis antara fiksyen dan realiti?"
- Ajami Hashim @ twitter
"Excellent - sensitive and clever direction. Very good acting."
- Jo Kukathas @ twitter
"I could feel the pressure felt by late Teoh Beng Hock when he was being interrogated."
- ben @ twitter
"Satu pendekatan yang menarik dalam mengupas isu ini. Ini magik pentas yang menarik perhatian saya!"
- Fasyali Fadzly @ twitter
"An unsettling combination : disturbing and dark, yet done with humor and sense of hope."
- Brian Yap @ twitter
UNTUK ORANG UTARA, PEMENTASAN 'BENG HOCK' AKAN BERLANGSUNG DI STUDIO 1 PENANGPAC PADA 13 & 14 JULAI 2012, JAM 3 PETANG & 8.30 MALAM. TIKET RM15.
Jumaat, 6 Julai 2012
Teori
Apabila ditanya, "Kau berpegang pada teori apa ya dalam directing?
Aku cuma boleh menjawab, "Berpegang pada iman... Mudah-mudahan Allah setuju dengan ibadatku ini..."
Amin.
Selasa, 19 Jun 2012
Kata Hati
Semua orang buat andaian, kerana andaian adalah permainan akal. Selagi tak saksikan kebenaran, selagi itu hidup berandaian. Jadi, bagaimana mahu menyaksi kebenaran? Pergilah kepadanya...
Aku mahu Cinta, Kasih dan Sayang - tapi aku rabun dekat. Kuman seberang laut, nampak. Gajah depan mata, tak nampak. Ini maknanya, aku bodoh. Tak tahu menilai, mana yang tulen, mana yang palsu - bak kata lagu Slam. Selalu saja salah letak, sebabnya - ikut andaian. Bukan ikut kata hati.
Bila dah selalu sangat ikut andaian, walaupun kebenaran depan mata, jangan nak salahkan sesiapa lah kalau datang belati menikam dan pedang menghunus - tak boleh elak punya! Terima lah saja kelukaan... Biar parut yang mengajar pula. Nak bicara soal malu, orang degil mana tahu malu!
Jumaat, 15 Jun 2012
Budak Gembala
Budak gembala. Suatu ketika dahulu pernah mengkecohkan kampung dengan serangan serigala - cerita rekaannya. Apabila serangan itu benar-benar terjadi - tak ada siapa yang mahu datang membantu. Serangan demi serangan dan dia tak mampu hendak mengangkat kelopak matanya pun - lemah tak berdaya lagi. Sedikit demi sedikit tubuhnya dilapah gigi-gigi tajam, hingga ke jantung - darah memancut - tak ada lagi rasa panas darah, tak ada kesakitan lagi.
Bila jasadnya tinggal tulang dan sisa-sisa daging, jasadnya dibawa lari serigala, untuk diberi makan kepada keluarga di hutan belantara. Diseret, tersangkut akar, terhentak batu kerikil tajam - apalah makna untuk Budak Gembala? Matanya - memandang ke satu arah - kesal atas kecelakaan yang dibuatnya sendiri. Mati? Dia belum mati lagi. Saat begini, sanubarinya mahukan jasad itu mati supaya hilang segala sengsara. Tetapi, Tuhan tidak izinkan. Selagi dia pinta mati, selagi itu dia bernyawa - bisa bernafas dengan tenang walau jasad sudah tinggal tulang, dijilat enak anak serigala.
Matanya yang masih terbuka itu pula dikorek serigala betina - tinggal satu mata. Mata yang satu itu juga dikorek - dunia tidak kelihatan lagi melainkan pekat hitam dan mendengar salakan serigala yang berpesta kekenyangan. Masih bernyawa lagi. Menunggu bila pula telinga ini akan disentap...
Selasa, 12 Jun 2012
Fitrah Dunia - Fitnah
Hari ini, hari terakhir aku di Viva Home, Jalan Loke Yew. Tak ada lagi kerja gaji bulan.
Bila difikir balik, gila! Tapi, apa yang boleh aku buat - salah aku sendiri, tak cukup ilmu di dada hendak melawan birokrat yang berkuasa - inilah padahnya - padan muka aku!
Aku kembali freelancer - tulis skrip, tulis buku, melukis, berlakon, mengarah (teater - filem adalah cita-cita) - mudah-mudahan Allah setuju. Ya, bunyinya seperti aku resah dengan keadaan ini. Tapi, jika ini yang dikitabkan, aku memujuk hati supaya menerima seadanya.
Dunia ini memang fitnah keadaannya. Bukan fitnah dari orang lain, tapi dari diri sendiri. Bermula dari diri kemudiannya fitnah sampai kepada orang lain. Jika aku berdaya memisahkan baik dan buruk, tentu fitnah dalam diri akan terbenteng kukuh.
La ila ha ilallah... La hawla wala quwwata ila billah...
Hebat sungguh ciptaan Mu, ya Tuhan...
Selasa, 22 Mei 2012
Cinta seni
Aku seorang pelukis, seorang pembuat gambar;
Setiap saat aku melukis satu bentuk yang cantik,
dan kemudian di hadapanmu,
aku leburkan semua.
aku leburkan semua.
Aku menyeru seratus bayang-bayang
dan berkati jiwa mereka;
dan berkati jiwa mereka;
Apabila aku melihat engkau wujud,
aku lemparkannya ke dalam api.
Engkaukah minuman yang memabukkan
atau musuhnya yang tenang,
atau musuhnya yang tenang,
atau adakah engkau yang menghancurkan
tiap-tiap rumah yang aku bina?
tiap-tiap rumah yang aku bina?
Kepadamu jiwa itu dilarutkan, bercampur-aduk;
Ingatlah! Aku akan menghargai jiwa,
kerana jiwa adalah wangianmu.
kerana jiwa adalah wangianmu.
Setiap titisan darah yang mengalir aku berkata kepada debu:
"Aku adalah satu warna dengan kasih sayangmu,
aku berkongsi kasih sayangmu."
aku berkongsi kasih sayangmu."
Dalam rumah yang dibina dari air dan tanah,
hati ini sepi tanpamu;
hati ini sepi tanpamu;
Wahai cinta,
masuklah ke rumahku, atau aku yang pergi.
masuklah ke rumahku, atau aku yang pergi.
~DIVANI SHAMSI TABRIZ : 34~
Isnin, 21 Mei 2012
Nak buat apa?
Banyak cakap - terutama tentang mempertahankan 'SIAPA YANG BETUL', adalah alasan semata-mata. Alasan - samalah tamsilnya seperti kain 'sprah' - untuk melapik meja yang buruk, dengan tujuan menunjuk kecantikan.
Aku dah malas nak ambil pusing pasal teori-mori, bahkan aku langsung hilang minat untuk itu. Tak tahu ke mana hilangnya. Sama lah mulut longkang aku yang dahulu semerbak melekat pada telinga kawan-kawan sehingga putus kawan, tetapi hari ini tak tahu ke mana perginya.. Mungkin longkang sudah dikambus dan menjadi kebun fertigasi (harapnya lah...).
Kesenian bukan bergerak atas teori. Kesenian bergerak atas KEGHAIRAHAN - suatu perkara yang bukan untuk diwacanakan. Ghairah ada pada setiap insan. Untuk orang miskin dan tak pandai bahasa Inggeris, apalah yang dia tahu pasal teori. Tapi kerja seninya cukup menyentuh sanubari... Dia tak pernah memikirkan kenapa dia menggambarkan keadaan begitu. Tapi dia merasakan bahawa keadaan begitu patut digambarkan sedemikian. Fikir dan rasa adalah dua tempat yang berbeza sama sekali... Fikir berkehendakkan rujukan, manakala rasa pula perlu merujuk kepada yang berkehendak... Apabila sudah kembali kepada asal, apalah maknanya Bertolt Brecht, Samuel Backett, Jean Paul Sarte, Shakespear, Plato, Aristotle, dan seangkatannya? Begitu juga Jalaluddin Rumi, apalah maknanya? Apa lagi yang perlu diperkatakan dan diperdebatkan?
Tak perlu menerawang meneroka angkasa lepas jika bumi yang dipijak masih lagi merasa jijik. Cukup sekadar kenal yang mana baik, yang mana tidak dan dari mana puncanya baik dan buruk, kenal CINTA, KASIH dan SAYANG... Akhirnya, lihat ke dalam diri sendiri - "SIAPA AKU?
Isnin, 9 April 2012
Kassim Selamat Tidak Buta, Sabariah Benar-benar Mati

Azman Hassan

Matahati Akustika
Jantungku hancur
Jasadku lebur
Istana cinta yang kami rindu
Pasti 'kan bersatu
Seribu tahun
Mengukir batu
Itulah air ibaratnya hidup
Menuju samudera
Bila sudah cinta kasih dan sayang
Ikhlas seadanya
Walau badai melambung gelombang
Tetap tenang dasarnya
Selasa, 27 Mac 2012
Rabu, 21 Mac 2012
Jumaat, 9 Mac 2012
Kassim Selamat
Mudah-mudahan Allah setuju...
Pertama kali mengarah teater. Berdebar campur ghairah. Nanti dah siap poster apa bagai, akan dikemaskini kat sini.
Langgan:
Catatan (Atom)












