Apa-apa pun aku nak ingatkan kepada perempuan-perempuan Malaysia, kalau nak KAYA, biarlah susah nak kaya. Kalau kaya dengan cepat dan senang, itu maknanya DUIT TIPU. Tengok sajalah wakil rakyat kita kalau baru saja jadi wakil rakyat, tiba-tiba ada banyak restoran, boleh bina banglo mewah, berkereta besar nak mampus, itu PENIPU namanya. Kita ni orang miskin janganlah cepat sangat GELAP MATA dengan duit. Tak ke mana duit ni. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Orang kaya tu biarlah dia kaya sorang-sorang. Kalau dia sedar, kekakayaan dia tu adalah untuk dikongsi dengan orang miskin. Bukan untuk dia sorang sebenarnya.
Berbalik pada tajuk di atas, aku pernah menonton sebuah filem Colombia bertajuk 'Maria Full of Grace' (2004) arahan Joshua Marston lakonan Catalina Sandino Moreno (lawa jugak dia ni). Kisahnya senang - di sebuah kampung kecil di Colombia, seorang gadis (Maria Alvarez) yang dah termengandung, nak cari duit lebih untuk sara diri dia, bakal anak dia dan keluarga dia. Bila dia dapat tahu, dia boleh dapat duit lebih dengan jadi pembawa dadah dari Colombia ke Amerika, dia berkeputusan untuk mengambil risiko ini.
Dan ceritanya berkisar tentang saspen yang melanda Maria ketika membawa dadah di dalam PERUTNYA. Bermula dengan dia belajar menelan dadah yang dah dibungkus dalam sarung tangan getah yang sebesar buah anggur. Di atas kapal terbang, dia berak pulak lalu dadah itu ditelan kembali. Dan dia hampir kantui di lapangan terbang. Kemudian, dia kena berak pulak kat hotel kasi dadah-dadah tu keluar semua. Kawan dia dibunuh kerana dadah pecah dalam perut. Dia terpaksa lari dari tokan dan dia tidak mengenali sesiapapun di Amerika tu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menetap di Amerika demi masa depan anak dia yang cerah. Hahaha Amerika tetap hebat.
Kisah Maria ni sangat berbeza dengan kisah gadis Malaysia yang ditangkap di Jepun, China, Brazil mahupun di Sepanyol. Akan tetapi tujuan mereka sama iaitu DUIT. Siapa tak nak duit, beb. Di sini kita lihat bagaimana KAPITALIS celaka memperdaya kita dengan duit. Mereka cipta undang-undang dadah akan tetapi mereka pergunakan dadah untuk poket mereka sendiri! Siapa yang jadi mangsa dan meratap tangis? Kita - ORANG MISKIN!!! Polis, Kastam, Menteri, mereka semua anjing-anjing KAPITALIS yang mahu ORANG MISKIN terus tertekan dan takut akan mereka.