Rabu, 29 April 2009

SembangSumbang



Akhirnya... Parti Sosialis Malaysia berlogo secara sah juga...

Ahad, 26 April 2009

Filem Malaysia ‘Karaoke’ dipilih untuk tayangan “Director's Fortnight” Di Cannes

Chris Chong si sutradara (yang ada 'headphone' tu) bersama para
pelakon di set karaoke.


Mislina Mustaffa


KARAOKE, hasil karya pembikin filem Malaysia Chris Chong Chan Fui akan ditayangkan di “Director’s Fortnight” Festival Filem Cannes ke-62 dari 14 hingga 24 Mei 2009. Ia merupakan filem cereka Malaysia pertama dalam 14 tahun yang akan ditayangkan di Cannes. KARAOKE juga dicalonkan untuk Camera d’Or (Kamera Emas), anugerah yang menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).


Apabila dihubungi melalui telefon di Bangkok, di mana beliau sedang menyiapkan kerja pasca-produksi, Chris nyatanya terkejut: “Cannes sungguh tidak dijangka. Menyertai festival filem yang terbesar di dunia dan menikmati tayangan serentak dengan filem Francis Ford Coppola merupakan satu penghargaan yang hebat!”


KARAOKE ialah filem cereka Chris yang pertama. Sebelum ini, pengarah filem dan pengkarya media kelahiran Sabah ini menerima penghargaan antarabangsa untuk filem pendeknya BLOCK B (2008), dan dokumentarinya KOLAM (2007).


Diterbitkan oleh Tanjung Aru Pictures, kelolaan Chris sendiri, filem 75-minit dalam Bahasa Malaysia, KARAOKE dibikin di lokasi penggambaran di Selangor dalam jangkamasa 12 hari pada bulan Disember 2008. Akan tetapi sebelum penggambaran bermula pun, KARAOKE telah dijemput untuk menyertai Klinik Skrip Festival Filem Berlin 2007, dan dipilih untuk menyertai Forum Penajaan Filem Hong Kong-Asia(HAF) pada 2008.


KARAOKE merupakan hasil nukilan penulis teater, penyanyi dan pencipta lagu Shanon Shah, yang juga mencipta lagu dan lirik dalam filem tersebut. Ia mengetengahkan persembahan daripada barisan pelakon yang hebat, diterajui oleh Zahiril Adzim dan dibantu oleh Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa. Paling kini, pendatang baru Zahiril Adzim dan Amerul Affendi telah mengagumi penonton Malaysia dalam pementasan teater Air Con, kebetulannya juga hasil tangan Shanon Shah. Seorang lagi bakat kelahiran Sabah yang tersohor pada peringkat antarabangsa, artis Yee I-Lann, merupakan pereka produksi KARAOKE.


Jalan cerita


Di sebuah perkampungan ladang kelapa sawit di Malaysia … Betik pulang.

Siang hari, Betik membantu dalam penggambaran video karaoke. Malam, dia membantu ibunya yang keberatan di pusat karaoke kendaliannya. Inilah tempatnya dia jatuh hati pada Anisah. Rezeki, jodoh dan keluarga. Kepulangannya terikat oleh takdir.


Akan tetapi kehidupan tidaklah sebegitu lurus. Setiap orang mahukan sesuatu. Pendalangan kecil yang didorong oleh kepentingan diri dan nafsu tetap berlaku, dan lagu-lagu tetap dinyanyikan. Tanpa goyah.

Kampungnya berubah. Pohon kelapa sawit tumbuh dalam simetri yang tidak berakhir. Lanskapnya berkarat dan nostalgia berputar.


“Directors’ Fortnight” di Festival Filem Cannes


Directors’ Fortnight Festival Filem Cannes telah lama menjadi platform di mana pendatang baru boleh menyerlah, sambil menonjolkan bakat baru dalam dunia perfileman antarabangsa. Dimulakan pada tahun 1969 oleh Persatuan Pengarah Perancis, programnya termasuklah tayangan filem dari seluruh dunia ketika Festival Filem Cannes.


Sejak kelahirannya, Directors’ Fortnight telah menyerlahkan dan mengendalikan tayangan pertama di Perancis filem-filem sulung oleh Werner Herzog, Rainer Werner Fassbinder, Nagisa Oshima, George Lucas, Martin Scorsese, Michael Haneke, Jim Jarmusch dan Spike Lee, antara yang lain.


Sebagai salah satu program yang diadakan serentak dengan Cannes, Directors’ Fortnight dibuka untuk tayangan umum. Pada tahun 2008, seramai 40,000 penonton telah menghadiri tayangan-tayangannya.

http://www.quinzaine-realisateurs.com/?LNG=us

http://www.quinzaine-realisateurs.com/download/Selection_41e_quinzaine(2009).pdf


Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tanjungarupictures.com/


Untuk pertanyaan selanjutnya, hubungi Nandita Solomon di +6019 234 7317 atau nansolo@gmail.com.


Gambar oleh Danny Lim © Tanjung Aru Pictures 2008


Bolehkah orang Islam jadi liberal?

oleh Wan Saiful Wan Jan, diambil tanpa izin dari Malaysiakini atas tujuan ilmu.

Saya sering ditanya oleh rakan-rakan dua soalan: "Bolehkah orang Islam jadi liberal?" dan "Bagaimana mungkin seorang ahli PAS menyokong fahaman liberal? Bukankah Islam itu sudah lengkap?"

Kedua-dua soalan ini menunjukan betapa ramai yang terkeliru dengan maksud perkataan ‘liberal’.

Tidak mudah untuk menghurai kekeliruan mengenai fahaman liberalisme. Namun, dalam artikel pendek ini, saya akan cuba menjelaskan erti liberalisme yang saya fahami dan kenapa saya tidak nampak percanggahan antara akidah Islam dan juga fahaman liberal.

Sebelum itu, saya perlu membuat satu penjelasan yang penting. Perkataan ‘liberal’ kerapkali disalahgunakan hinggakan penggunaannya kadangkala lari daripada maksud sebenarnya.

Di Amerika Syarikat, perkataan liberal telah dicuri oleh mereka yang menyokong campur tangan kerajaan dalam hal-ehwal peribadi rakyat (contohnya Parti Demokrat).

Di Malaysia pula, jika disebut sahaja perkataan ‘liberal’, maka biasanya yang datang dalam fikiran ialah ‘Islam liberal’.

Saya tidak termasuk dalam kedua-dua kelompok ini. Saya seorang yang berpegang dengan falsafah liberalisme klasik, atau di Amerika, biasanya ia dipanggil falsafah libertarianisme.

Untuk mengelak lebih banyak salah faham, maka saya akan menggunakan perkataan libertarian dalam artikel ini.

Kedaulatan undang-undang

Liberalisme klasik atau libertarianisme bukan satu falsafah baru. Prinsip asas libertarianisme ialah keyakinan terhadap adanya satu “peraturan tertinggi” dan prinsip ini boleh dikesan dalam falsafah lama Yahudi dan Greek purba.

Prinsip ini bermaksud semua manusia, daripada pemerintah kepada yang diperintah, tertakluk kepada sebuah peraturan yang sama.

Kedatangan Islam pula telah mengukuhkan keyakinan terhadap prinsip “peraturan tertinggi” yang diteroka sejak sebelum zaman Nabi Musa lagi.

Malahan Islam dengan jelas mengajar bahawa mereka yang berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka untuk memaksa rakyat mengikut telunjuk mereka. Pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

Libertarianisme tidak menyeru kepada pemansuhan atau pengabaian terhadap peraturan dan undang-undang. Sebaliknya, libertarianisme adalah satu panggilan agar semua manusia mematuhi undang-undang yang sama tanpa pengecualian kerana wujudnya kedaulatan undang-undang.

Konsep ini adalah perlindungan terbaik daripada kediktatoran dan totalitarianisme. Jika tidak wujud kedaulatan undang-undang, maka yang berdaulat adalah manusia.

Perampasan kedaulatan undang-undang oleh segelintir manusia yang memerintah akan membolehkan mereka memaksa rakyat hidup mengikut telunjuk mereka.

Sekiranya prinsip asas libertarianisme ini tidak dihiraukan, maka akan wujudlah totalitarianisme seperti di negara-negara komunis dan fasis yang pastinya tidak Islamik.

Kerajaan terhad

Pemerintah mempunyai kuasa untuk memaksa masyarakat bawahan tunduk kepada mereka dengan menggunakan akta-akta parlimen, peraturan, undang-undang, tentera, polis dan sebagainya.

Pendek kata, wujud ketidaksamarataan kuasa antara rakyat dengan pemerintah.

Untuk memastikan pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa mereka, maka kuasa kerajaan perlu dihadkan. Tanpa had yang jelas, kerajaan berkuasa penuh untuk meluluskan undang-undang dan akta-akta yang mengongkong kehidupan manusia, seterusnya melahirkan satu sistem yang tidak ubah seperti kediktatoran.

Prinsip kerajaan terhad ini juga satu prinsip yang penting dalam libertarianisme.

Kuasa kerajaan terhasil daripada amanah yang diberikan oleh rakyat. Tetapi kerajaan boleh menjadi terlalu berkuasa sehingga ia mencengkam dan membahayakan rakyat itu sendiri terutamanya apabila kerajaan meluluskan peraturan-peraturan yang memaksa rakyat taat dan patuh kepada mereka.

Untuk menghadkan kuasa kerajaan dan menghalang mereka daripada menjadi diktator, maka negara-negara biasanya mempunyai perlembagaan yang memperincikan dan memperjelaskan sempadan antara hak kerajaan dan hak rakyat.

Sebagai seorang Muslim, saya menentang sepenuhnya konsep kediktatoran dan pemusatan kuasa. Islam tidak mempunyai kuasa pentadbiran berpusat dan dengan itu Islam mempertanggungjawabkan penganutnya untuk memilih cara hidup yang terbaik, dan menganjurkan agar penganutnya menuntut ilmu agar mereka boleh membuat keputusan yang tepat.

Inilah sebabnya saya juga yakin bahawa pemerintah mestilah memperkuasakan rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik dan tidak memaksa rakyat patuh kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh pemerintah sahaja.

Individu merdeka

Apabila kuasa sesebuah kerajaan dihadkan, maka setiap individu rakyat menjadi merdeka untuk memilih apa yang terbaik dalam kehidupan mereka selagi mana mereka tidak melakukan keburukan terhadap orang lain.

Libertarianisme melihat individu sebagai elemen paling asas dalam masyarakat kerana perkumpulan individu-individu inilah yang akhirnya membentuk sesebuah masyarakat. Setiap individu merdeka boleh memilih apa yang terbaik untuk mereka, berdasarkan pengetahun mereka sendiri.

Prinsip individu merdeka ini selaras dengan keyakinan kita bahawa Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia agar seseorang Muslim itu boleh menghambakan diri kepada Allah semata-mata.

Menafikan kemerdekaan individu seolah-olah menafikan satu anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Sebagai seorang Muslim, saya melihat mereka yang memperhambakan manusia lain seolah-olah cuba merampas tempat Allah dalam kehidupan manusia.

Setiap individu mestilah menghormati maruah individu lain tanpa mengira agama, bangsa atau jantina mereka – maksudnya, kita perlu menghormati perbezaan antara satu individu dengan individu lain.

Konsep individu merdeka juga bermaksud setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain, dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain.

Paling penting, konsep individu merdeka bermaksud kerajaan tidak boleh masuk campur dalam hal-hal peribadi seseorang rakyat. Selagi mana individu tersebut tidak melakukan keburukan terhadap orang lain, selagi itulah kerajaan tidak boleh masuk campur.

Pasaran bebas

Memang diketahui umum bahawa seorang libertarian biasanya menyokong pasaran bebas. Tetapi terdapat banyak salah faham mengenai sebab kami menyokong pasaran bebas.

Terdapat dakwaan bahawa kami menyokong pasaran bebas kerana kami tidak mempedulikan nasib golongan miskin dan kami mahu membiarkan wujudnya jurang antara kaya dan miskin. Tuduhan liar ini salah sama sekali.

Sebenarnya libertarian menyokong pasaran bebas kerana hanya sistem ini sahajalah yang boleh menjamin maruah individu dihormati. Pasaran bebas membolehkan setiap individu memilih sendiri barangan dan perkhidmatan menggunakan akal yang diberikan oleh Tuhan.

Penafian kebolehan setiap individu untuk berfikir sendiri seolah-olah menyatakan bahawa mereka itu semuanya bodoh kerana tidak boleh berfikir sendiri. Menyekat pilihan di pasaran seolah-olah menafikan anugerah akal pemberian Tuhan kepada manusia.

Tidak ada penghinaan yang lebih besar terhadap maruah seseorang manusia selain itu.

Sesetengah pihak, terutamanya golongan sosialis, suka berhujah bahawa kerajaan perlu memastikan kesamarataan dalam masyarakat. Mereka ini salah dari dua sudut.

Pertama, sebagai seorang Muslim, saya percaya bahawa Tuhan telah menciptakan kita semuanya sama rata. Ini lebih penting daripada apa-apa usaha kerajaan untuk mewujudkan kesamarataan ekonomi, terutamanya jika usaha kerajaan tersebut membayangkan seolah-olah Allah tidak memberikan saya akal untuk membuat keputusan sendiri.

Kedua, kita boleh melihat sendiri betapa setiap kali kerajaan cuba mewujudkan kesamarataan ekonomi, hasilnya adalah lebih banyak ketidaksamarataan. Contohnya, lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru di Malaysia.

Setelah berpuluh-puluh tahun kerajaan cuba memaksa rakyat menjadi sama rata, adakah usaha tersebut berjaya?

Sebab itulah saya bingung apabila mendengar ahli-ahli politik berkata bahawa mereka mahu membetulkan kegagalan kerajaan melalui lebih banyak campur tangan kerajaan dalam kehidupan rakyat, kali ini dengan cara mewujudkan negara kebajikan.

Adakah kita mahu jatuh dalam lubang yang sama buat kali kedua?

Bolehkah menjadi libertarian?

Sebagai seorang Muslim, saya sering mengimbau sejarah umat Islam terdahulu dan bagaimana mereka membina tamadun yang masyhur tanpa banyak bergantung kepada sogokan kerajaan.

Pada masa itu setiap manusia, baik pemerintah mahupun yang diperintah, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kerajaan pada masa itu lebih banyak berperanan dalam bidang pertahanan dan keamanan.

Umat Islam pada waktu itu merupakan pedagang yang berjaya dan mereka beroperasi dalam sistem pasaran global yang bebas. Rasulullah dan isteri baginda merupakan peniaga-peniaga yang berjaya.

Ramai sahabat baginda yang turut menjadi kaya-raya hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka semuanya beroperasi dalam sistem pasaran dunia yang terbuka. Malahan, kerajaan pada zaman awal kegemilangan Islam tidak campur tangan dalam urusan pendidikan, kesihatan mahupun pengurusan masjid.

Semuanya diuruskan sendiri oleh rakyat, biasanya melalui sistem wakaf. Hasilnya, masjid-masjid, pusat-pusat pengajian, dan juga banyak lagi perkhidmatan awam, dapat berfungsi dengan cemerlang demi kebaikan rakyat, tanpa sebarang gangguan politik.

Saya berkeyakinan bahawa itulah model terbaik untuk Malaysia.

Falsafah libertarianisme mendukung kedaulatan undang-undang dan sistem pasaran bebas, menyeru agar kuasa pemerintah dihadkan, dan menuntut agar manusia dimerdekakan daripada penghambaan sesama manusia supaya tidak ada manusia lain yang boleh merompak kedudukan Tuhan dalam kehidupan kita.

Sebagai seorang Muslim, bolehkah saya menentang semua ini?


Wan Saiful Wan Jan ialah ketua pengarah kumpulan pemikir Malaysia Think Tank di London

Karaoke

http://amirmu.blogspot.com/2009/04/press-release-karaoke-goes-to-cannes.html

Jumaat, 24 April 2009

Karpal dan kerusi roda


Kekekekekekeke

Karpal Singh terjatuh dari kerusi rodanya di mahkamah Kuantan sebab pembantunya hilang kawalan.

Kekekekekekekekekekekeke

Jangan salah anggap. Aku bukan gelakkan Karpal Singh jatuh. Tapi aku gelakkan orang Melayu yang dok kata dia jatuh sebab tulah lawan Sultan Perak.

Kakakakakakakakakakakakakakaka




*Opah aku juga guna kerusi roda dan aku berkesempatan tolong opah aku untuk masuk ke bilik air. Kalau salah kawal, Opah aku boleh jatuh. Jangan buat main-main woo...

tulah I kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan (melakukan sesuatu yang kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk : ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda ; ~ papa kutuk yang mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kecelakaan kerana melawan perintah ibu bapa ; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda ; (Kamus Dewan edisi keempat, DBP, 2007)

Cinta

Love must be sincere. Hate what is evil; cling to what is good. Be devoted to one another in brotherly love. Honor one another above yourselves. Never be lacking in zeal, but keep your spiritual fervor, serving the Lord. Be joyful in hope, patient in affliction, faithful in prayer. Share with God's people who are in need. Practice hospitality.

Bless those who persecute you; bless and do not curse. Rejoice with those who rejoice; mourn with those who mourn. Live in harmony with one another. Do not be proud, but be willing to associate with people of low position. Do not be conceited.

Do not repay anyone evil for evil. Be careful what to do what is right in the eyes of everybody. If it is possible, as far as it depends on you, live at peace with everyone. Do not take revenge, my friends, but leave room for God's wrath, for it is written: "It is mine to avenge; I will repay," says the Lord. On the contrary:

"If your enemy is hungry, feed him;
if he thirsty, give him something to drink.
In doing this, you will heap burning coals on his head."

Do not be overcome by evil, but overcome evil with good.

ROMANS 12:9-21

Khamis, 23 April 2009

Sembang dari Kua-luer ke Tepen

Aku ke Hospital Taiping semalam, menziarah bapak kawan aku yang koma akibat darah beku kat otak. Dalam perjalanan, aku dan bapak aku berbual mengenai perkembangan dan penguncupan Umno dan bangsa Melayu (sebenarnya perbualan ni eskapis kepada ketakutan kami yang juga mengidap tekanan darah tinggi setelah mengetahui darah beku pada bapak kawan aku tu terjadi kerana diserang tekanan darah tinggi). Tatkala kereta kami melintasi Bukit Gantang, bapak aku menceritakan kesilapan Muhyiddin Yassin yang menyediakan projek mi segera kepada sekolah Cina dalam kempennya di Port Weld, dan BN telah kehilangan pengundi di Port Weld yang merupakan majoriti penduduk Cina. Ini punca kekalahan BN / Umno. Kekekekeke... Muhyiddin teruja sangat jadi TPM la tu...

Bapak aku juga beritahu aku mengenai ucapan Sultan Perak sempena harijadinya di Kua-luer: Sultan memiliki kuasa mutlak yang melangkaui kuasa politik dalam pentadbiran negeri. Cerita mengenai sejarah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang asalnya milik KMM dan telah dicuri oleh Umno kerana ahli Umno juga ramai dari KMM. Cerita pejuang-pejuang hebat seperti Asri Muda, Zulfikli Ahmad, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmy, Samsiah Fakeh, Abdullah Che' Dat, Rashid Maidin dan Wahi Anuar. Kesemua tokoh yang disebut oleh bapak aku ni tak ada satu pun dari Umno dan bapak aku mengakui mereka ini pejuang tulen. Hmm, ini pelik kerana bapak aku sangat mengkagumi Umno!

Akhirnya, bapak aku pun mengaku bahawa politikus Umno dari dulu sehingga hari ini, tak ada seorang pun yang betul-betul berkaliber (terus aku terfikir, mungkin tak ada parti lain untuk bapak aku join masa tu melainkan Umno). Era Mahathir telah melahirkan pemimpin Umno yang seleweng dan hari ini sampah di bawah karpet tu sudah mula terkeluar.

Aku terus tanya pandangan bapak aku mengenai PAS hari ini. Katanya, kalau 'line-up' Hadi Awang & gang (Ahmad Awang, Tantawi, dll) tak ada, PAS akan diyakini oleh rakyat seluruhnya. Nik Aziz, Sallehuddin Ayub, Nasharuddin, Husam Musa adalah contoh terbaik pemimpin malah Shahnon Ahmad pun! (ketika menyentuh soal letak jawatan MP dan DUN yang sesuka hati hari ini, dengan mengambil contoh Shahnon yang merupakan MP yang sakit, tua dan tak larat, tapi tetap tunggu sehingga habis penggal).

Aku pun terus terfikir, apakah selepas ini akan wujud persepakatan Umno dan PAS?



Hahahahahahahahahahaha

Sabtu, 18 April 2009

Forum Filem

Forum filim 'menghargai nilai-nilai murni dalam filim Budak Kelantan' karya Wan Azli (Where) anjuran Cahaya Suara.

Tempat: Auditorium Gereja Katolik St. Anthony Jalan Robertson (Belakang Tung Shin Hospital, Jalan Pudu)

Bila: 19 April 2009, Ahad - 2 pm. (9.30 am - 12 pm boleh dengar khutbah dulu dalam bahasa Melayu)

Ayuh, datang beramai-ramai.



*Aku mungkin datang.

Ahad, 12 April 2009

Surau Kaca dan Tamadun

pokok mati yang jadi hiasan lanskap TTI lebih menjadi tarikan


Surau Kaca


Jumaat lalu, bila ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu, aku memang berhajat sangat nak tengok depan mata 'Surau Kaca' ni <klik> <klik> & <klik>. Aku jugak teringin nak masuk Taman Monumen yang ada replika masjid-masjid termasuk Masjidil Haram dan Masjid Kubah Batu, tapi kerja yang banyak dan keadaan fizikal yang tak mandi dan hanya dapat curi-curi tidur beberapa minit, tak mengizinkan aku untuk melihat petanda dunia akhir zaman ni - masjid sekadar perhiasan - kakakakakakaka. Tapi Selasa ni aku ke sini lagi.

Melihat lanskap dan bangunan Pusat Konvensyen (sekarang di mana-mana ada Pusat Konvensyen di Malaysia ni - pelik), aku tak nampak di mana yang boleh dikatakan sebagai Taman Tamadun Islam. Aku nampak, ini Taman Tamadun Arab! Senibina Timur Tengah dan pokok hiasannya pokok kurma! Hahahahahahahaha, Islam je, kurma. Islam je, mesti ada ukiran-ukiran dari Morocco dan Parsi. Hahahahahahahaha

Tidakkah dia orang ni kaji apa yang dikatakan tamadun tu? Tentu jawapannya tidak. Apa tamadun yang Muhammad nabi junjungan dia orang tu tinggalkan? Apakah bangunan-bangunan yang gah boleh dikatakan sebagai tamadun? Kenapa Yathrib ditukar nama kepada Madinah dan maksudnya moden atau bertamadun?

Pemimpin masyarakat kita bukan jenis yang menghargai ilmu. Sebab tu, masyarakatnya juga yang tak tahu apa yang pemimpinnya buat, lalu disorakkan. Entah apa disoraknya, tak tahu. Kemudian, masyarakat kita disogokkan dengan bayangan kemewahan seperti yang tergambar dalam drama-drama dan filem-filem Yusof Haslam dan gaya hidup 'cool' MTV. Kita tak sedar diri dan tak meneliti diri sendiri. Kita lebih suka jika merasakan bahawa kita ni tinggal di Eropah. Kita tak boleh menerima hakikat bahawa iklim negara kita ialah khatulistiwa!

Akibat dari tak menerima hakikat geografi ini, kita jadi buta dan menganggap apa saja yang berkaitan dengan dunia Arab ialah Islam sejati.



Kakakakakakakakakakakakakaka

Rabu, 8 April 2009

Dia Buat Aku Rindu!

lepas mandi, dia mahu bersiap sendiri,
kecuali pakai lampin (sambil menutup muka dan berkata "malu")
selainnya, seluar baju disarongnya sendiri,
bedak dia sapu sendiri, sikat rambut juga dia sendiri,
semua dia buat sendiri sekarang ni malah
dia yang mandikan aku, suap aku makan, bawak kopi untuk aku.
tapi dia tak pandai lagi nak berak dan kencing tanpa lampin
- anak aku.

Selasa, 7 April 2009

Ramalan PRK

Aku cuba jadi bomoh berkain batik, bersemutar di kepala, berbaju pagoda disarung kemeja, sedang tekun menilik geluk jampi.

Dan hantu ku pun bagitau:

BUKIT GANTANG - PAS menang.

BUKIT SELAMBAU - PKR menang.

BATANG AI - BN menang.



Hehehehehehe

*sama-sama la tunggu malam karang keputusan rasminya...

Sabtu, 4 April 2009

OKU

Kawan aku pernah bertanya, kenapa kita, yang jujur dalam bekerja dan kehidupan ni, kita menjadi OKU. OKU? Orang Kurang Untung - kakakakakakaka.

Katanya lagi, dia sudah bekerja keras, tapi rumahnya disita dan anak-bini dia terpaksa menumpang di rumah kawan buat sementara waktu. Aku tahu, dia bekerja sehingga lewat malam, berpeluh keringat, terluka tangan, berlapar, tapi dia tidak mendapat gajinya setiap bulan kerana dia seorang pekerja sambilan - sama seperti aku. Aku faham sakunya sedang nazak kerana pekerja sambilan seperti kami, akan menerima bayaran mungkin 2 atau 3 bulan selepas projek selesai. Bukan satu projek yang sangkut, malah 5, 6 projek dan jumlahnya boleh membeli sebuah Kancil.

Dia seorang profesional tukang kayu. Tapi, dia juga mahir kerja-kerja lain seperti mengukir styrofoam dan mengecat. Malah dia seorang pemain perkusi profesional!

Aku faham perasaan dia ketika ni. Saat seperti ini, dok terbayangkan peti ais yang selama ni takkan gagal dipenuhi makanan, tiba-tiba satu hari, anak dok buka peti ais dan dilihatnya - kosong! Bungkusan 'pampers' dah semakin kempis. Tin susu dah semakin ringan. Saat seperti ini, seorang ayah akan gelabah gila tak ingat. Seluk-seluk poket, ada empat keping je not merah yang nak digunakan untuk ke kerja!

Tapi disebabkan belajar ada tinggi jugak, kami gunapakai teori itik - nampak tenang di permukaan tasik, tapi kakinya yang kita tak nampak sedang mendayung laju!

"Orang dok tengok kita ni kerja boleh gelak-gelak lagi, tapi dia orang tak tahu hati kita ni menanggung sesuatu yang berat!" katanya.

Orang seperti kami, yang meminati seni, belajar ilmu seni, tapi akhirnya memilih untuk menjadi buruh atau kuli, kerana kami tak pandai nak menipu (kami percaya, untuk menjadi kaya mesti pandai menipu). Kalau kami menipu pun, nampak ketara jelas di muka - menipu. Lagipun, kesenian itu bukan terletak pada pameran, tapi bagaimana untuk 'struggle' dalam kehidupan yang penuh tipu daya, supaya hidup ini lebih berharga dan dihargai (tidak untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri).

Kalau tak ada orang seperti kami, hasil seni yang kamu lihat cantik tu takkan wujud kerana kuli inilah yang terpaksa mengorbankan bau ketiak dan bulu hidungnya. Dan orang seperti kami inilah yang menghargai seni kerana kami tahu prosesnya yang seni. Bukan orang seperti Siti Hasmah yang melihat karya seni hanya semata 'cantik'!

Kami kuli-kuli ni bukan nak kaya pun. Majalah kereta memang takkan disentuh! Pakaian cantik di butik pun hanya sekadar tengok dan blah je. Fungsi baju adalah untuk dipakai, jadi selagi baju yang ada tak koyak dan reput, selagi itu kami pakai. Apa yang penting pada kami, anak dan bini mesti bahagia.

Kami amalkan hidup yang paling minima. Untuk berfoya-foya di Old Town Kopitiam jauh sekali, apalagi San Francisco Coffee. Perbualan kami pun bukan mengenai 'upline' dan lot-lot di bursa. Kami berbual mengenai kehidupan yang mudah ni kenapa disusahkan? Kenapa perlu susah hati fikirkan rambut aku hari ini nak belah tepi ke, nak belah tengah? - kakakakakaka

Kata kawan aku ni lagi, "jangan dok sembang la pasal ideologi, isme, falsafah perjuangan itu, perjuangan ini, dan mengaku aku punk, tapi lusa jadi hip-hop, membela hak-hak, konspirasi sana, konspirasi sini, seni untuk seni, masyarakatkan seni, bla, bla, bla, bla, bla, bla, bla... Kalau tak puas hati sangat, buat la kalau berani! Setakat sembang, buat cekodok pakai mulut memang 'best'!"

Aku pun termangu sambil mata pedih masuk asap Surya.

Aku terus bersyukur, kerana aku buat keputusan tepat - menetap di kampung, dan syukur sekali lagi, setakat ni rezeki aku okei - agak berbaloi kerja ulang-alik KK-KL, buat banyak kerja dalam satu masa, walaupun aku rasa badan aku macam dah nak kondem, aku tetap bersyukur.

Tiba-tiba kawan aku ni tanya sewaktu aku sedang membalas SPR (sistem pesanan ringkas), "Hang bila nak kawin?"



Hahahahahahahahahahahaha

Khamis, 2 April 2009

'April fool' kali ini kita dapat Najib

Najib mungkinnya menyanyikan lagu ini - 'Pheonix Bangkit', M. Nasir, kepada rakan-rakannya setelah secara rasmi jadi PM yang keenam.

Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
rasuah yang telah kantui harus dikampui semula!



Hahahahahahahahahahahaha

p/s: M. Nasir jangan marah haaaaa....

Rabu, 1 April 2009

Pak Lah 'cool'

Pak Lah memang 'cool'. Ini bukan sebab aku sokong Pak Lah, apalagi menjadi 'orang Pak Lah'. Tapi, dari sudut pandang anak muda - Pak Lah memang 'cool'. Bagi aku, dia seorang demokratik tulen! Biarlah si Mahathir Mohamed nak buat apa pun kat dia, dia tetap rileks. Gempak lah Pak Lah! Kalau tak kerana Pak Lah, Utusan Malaysia takkan siarkan berita ahli PEKEMBAR main duit - kakakakaka.

Cukup pasal Pak Lah. Aku nak cerita pasal menantu dia, si Kelana Jaya (KJ).

Dengar cerita, si KJ ni dulu, sewaktu Anwar Ibrahim masih TPM, dia dok 'couple' dengan Nurul Izzah. Tak tau la... Dengar soksek-soksek je. Sekali Anwar kena tendang, Pak Lah pulak jadi TPM, dia dok mengurat Nouri (ye la, Mahathir Mohamed dah tak ada anak dara), dengan cara - langgar kereta Nouri dan dari situ dia jual minyak (minyak wangi 'One Drop Perfume' kut...). Bila dia dah kahwin dengan Nouri, dia ada 'affair' pulak dengan Maya Karin. Sekali, Pak Lah dapat tahu dan hantar budak PEKAIDA dia belasah si KJ ni. Itu yang dia patah tangan tu!

Tapi, itu lantaklah dia nak buat apa, nak 'main' dengan siapa pun, dia punya pasal. Sekarang ni, dengan kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda PEKEMBAR, telah mewujudkan dua puak yang amat ketara iaitu tim KJ dan tim Mukhriz. Seperti yang diketahui umum, kemenangan KJ dan timnya tu sudah bikin hati Najib dan Mahathir Mohamed serta timnya tak senang.

Soalnya di sini, apa betul ke si KJ ni main duit dalam PEKEMBAR? Apa kata, kita tengok siapa yang menyerang si KJ ni dengan mengatakan bahawa dia main duit. Kenapa Lembaga Disiplin PEKEMBAR menarik semula penggantungan ahlinya? Bukankah serangan-serangan itu cuma untuk menjatuhkan KJ? Apakah sudah termaktub bahawa KJ ni bakal pemimpin kita yang sebenarnya?

Wop! Jangan ingat aku ni 'budak KJ' pulak ye! - kakakakakakaka

Aku perhati, PEKEMBAR kini mempunyai satu puak yang tidak disukai dan merasakan puak ini sangat-sangat taik, iaitu puak PEMUDA (yang diboloti tim KJ). Dan sejarah pun berulang. Sebelum ni, tim Anwar Ibrahim di dalam PEKEMBAR juga tidak disenangi oleh beberapa pihak. Makanya, tak mustahil, si KJ ni nanti akan menerima nasib seperti bapak mertua dia yang tak jadi tu - disingkirkan dari PEKEMBAR.

Hmmm, apa pulak lah parti KJ ye selepas dia kena buang dari PEKEMBAR? - kekekekekeke

Apa pun, Pak Lah tetap 'cool'....



Hahahahahahahahaha

p/s: nak ajak Pak Lah main travian lagi 'best' dari main PEKEMBAR .