Aku ke Hospital Taiping semalam, menziarah bapak kawan aku yang koma akibat darah beku kat otak. Dalam perjalanan, aku dan bapak aku berbual mengenai perkembangan dan penguncupan Umno dan bangsa Melayu (sebenarnya perbualan ni eskapis kepada ketakutan kami yang juga mengidap tekanan darah tinggi setelah mengetahui darah beku pada bapak kawan aku tu terjadi kerana diserang tekanan darah tinggi). Tatkala kereta kami melintasi Bukit Gantang, bapak aku menceritakan kesilapan Muhyiddin Yassin yang menyediakan projek mi segera kepada sekolah Cina dalam kempennya di Port Weld, dan BN telah kehilangan pengundi di Port Weld yang merupakan majoriti penduduk Cina. Ini punca kekalahan BN / Umno. Kekekekeke... Muhyiddin teruja sangat jadi TPM la tu...
Bapak aku juga beritahu aku mengenai ucapan Sultan Perak sempena harijadinya di Kua-luer: Sultan memiliki kuasa mutlak yang melangkaui kuasa politik dalam pentadbiran negeri. Cerita mengenai sejarah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang asalnya milik KMM dan telah dicuri oleh Umno kerana ahli Umno juga ramai dari KMM. Cerita pejuang-pejuang hebat seperti Asri Muda, Zulfikli Ahmad, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmy, Samsiah Fakeh, Abdullah Che' Dat, Rashid Maidin dan Wahi Anuar. Kesemua tokoh yang disebut oleh bapak aku ni tak ada satu pun dari Umno dan bapak aku mengakui mereka ini pejuang tulen. Hmm, ini pelik kerana bapak aku sangat mengkagumi Umno!
Akhirnya, bapak aku pun mengaku bahawa politikus Umno dari dulu sehingga hari ini, tak ada seorang pun yang betul-betul berkaliber (terus aku terfikir, mungkin tak ada parti lain untuk bapak aku join masa tu melainkan Umno). Era Mahathir telah melahirkan pemimpin Umno yang seleweng dan hari ini sampah di bawah karpet tu sudah mula terkeluar.
Aku terus tanya pandangan bapak aku mengenai PAS hari ini. Katanya, kalau 'line-up' Hadi Awang & gang (Ahmad Awang, Tantawi, dll) tak ada, PAS akan diyakini oleh rakyat seluruhnya. Nik Aziz, Sallehuddin Ayub, Nasharuddin, Husam Musa adalah contoh terbaik pemimpin malah Shahnon Ahmad pun! (ketika menyentuh soal letak jawatan MP dan DUN yang sesuka hati hari ini, dengan mengambil contoh Shahnon yang merupakan MP yang sakit, tua dan tak larat, tapi tetap tunggu sehingga habis penggal).
Aku pun terus terfikir, apakah selepas ini akan wujud persepakatan Umno dan PAS?
Hahahahahahahahahahaha