5 May 2013 - Pilihanraya Umum ke 13. Kalau musim lepas, aku sempat juga berceloteh mengenai pilihanraya di dalam Pojok Riang-Riang ni... ye lah, masa tu arwah Sam Ahmad pun ada lagi. Sekarang ni, makin tengok politik Malaysia, makin menyampah rasanya.
Aku, walaupun daftar sebagai pemilih di kawasan undi parlimen Padang Rengas dan N20 Lubok Merbau; tapi aku tak pernah sekali pun turun mengundi. Aku tak tahu pun apa perasaan seorang pemilih kerana aku tak ada pengalaman tu. Alasan aku - calon yang bertanding tak menarik minat aku. Padahal, aku tak berminat dengan sistem pilihanraya ni. Bagi aku, dari sibuk pasal pilihanraya, lebih baik perelokkan jalanraya.... Aku dah tak tahan dah melanggar lubang di Kuala Lumpur ni.
Tak kiralah apa parti yang menjadi kerajaan sekalipun, kalau jalanraya tak dijaga elok, tak dipelihara, kerajaan tu teruk lah. Sesebuah negara dinilai dari jalanrayanya. Jangan salah faham, bukan jalan yang bertar elok diambil kira, tetapi kelancaran kenderaan, sistem lampu isyarat, papan tanda, termasuklah pemanduan berhemah dan polis yang baik.
Selasa, 16 April 2013
Rabu, 3 April 2013
TEATER MELAYU : DOUBLE STANDARD
Sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Akan tetapi, rakyat Malaysia hari ini langsung tidak mahu dan tidak berbangga berbahasa Melayu dalam urusan seharian. Rakyat Malaysia hari ini lebih senang berbahasa Inggeris. Kononnya bahasa Inggeris adalah bahasa yang ada kelas dan standard. Malu hendak berbahasa Melayu. Inilah yang diajar oleh orang politik di mana menteri-menteri mereka baik yang Melayu dan bukan Melayu, lebih senang berbahasa Inggeris.
Maka, anak-anak Melayu hari ini sibuk belajar bahasa Inggeris sehingga mereka tak tahu berbahasa Melayu.
Di tempat teater Inggeris, teater Melayu dianggap sebagai kumpulan penyagak. Kumpulan teater Melayu yang langsung tak tahu berbahasa Inggeris pada pandangan mereka adalah pengacau. Maka, kumpulan teater Melayu ini tidak patut dilayan dengan baik. Mereka (kumpulan teater Inggeris) yang melaungkan bahawa mereka anti double standard, tanpa sedar telah melakukan perkara tersebut. Adalah lebih baik jangan campurkan tempat teater Inggeris dan teater Melayu kerana ia ibarat air dan minyak - takkan bersatu.
Syabas kepada Revolution Stage yang dengan selamba buat teater Melayu di mana saja tanpa menghiraukan kelas dan standard. Walaupun ia persembahan 'restage', namun itu bukanlah kayu ukur untuk menghukum bahawa mereka tidak berkembang. Semangat mereka yang perlu dijadikan teladan.
Ini akan menjadi pengajaran kepada Teater Negri Samudra.
Isnin, 1 April 2013
KL dan Tukang Besi
Kuala Lumpur. Aku kenal Kuala Lumpur sebagai KL dan sudah pun menjadi kotaraya - sesak, sibuk, hitam, padat. Itu aku kenal pada sekitar tahun 80an. Aku pun kecil lagi. Pada tahun 1998, aku mula menetap di KL dan sehingga sekarang, aku salah seorang warga KL. 15 tahun di KL rasa macam gampang. Walaupun kat sini tempat aku belajar, bercinta, bekerja, aku tetap rasa macam gampang. Lebih sesak, lebih sibuk, lebih hitam dan lebih padat!
Aku benci KL!
Semakin lama aku di KL, semakin aku rasa jantung aku akan berhenti tiba-tiba kerana hyper-tension aku akan naik tiba-tiba. Tiap-tiap pagi berhadapan dengan traffic jammed dan pemanduan kereta lain yang lebih gampang dari aku. Aku betul-betul tak faham. Jalanraya yang berlubang-lubang, udara yang tak sihat... itu semua kecelakaan.
Serius, aku rindukan kampung aku. Aku mahu kerja di kampung aku. Aku nak jadi tukang buat parang. Tukang besi. Itu sudah cukup memadai. Aku mahu buat parang dan pedang banyak-banyak supaya aku boleh bunuh semua orang KL yang penuh celaka!
Jumaat, 22 Mac 2013
TEATER MELAYU : SERIBU WAJAH HERO DAN KECUNDANG
Aku tak tahu nak anggap apa - dugaan, halangan atau memang aku takdirnya bukan seorang seniman? Setiap kali aku mahu tumpu pada bidang kesenian yang aku minat, ada saja halangan dan ia bukanlah kecil anak! Halangannya bisa saja buat aku patah semangat untuk teruskan. Apa benarkah kata seorang sahabat - lebih baik aku berundur saja....
Aku faham benar watak Amy Mat Piah dalam filem Mamat Khalid 'Rock Oo'. Cita-citanya besar. Perasan dia seorang vokalis hebat. Tetapi, bakat sebenarnya dia hanya penjual ABC dan akhirnya menjadi pengurus kumpulan Rimba Bara. Dia tidak menjadi vokalis seperti yang dia cita-citakan. Begitu juga aku. Perasan aku seorang pelakon, pelukis, tukang, penulis skrip, pengarah teater - tetapi itu semua hanya perasan. PERASAN. Aku bukan seniman! Aku sebenarnya seorang sekuriti.
Jujurnya, jiwa aku sangat berkecamuk ketika ini. Rasa macam dah pecah seribu! Hancur sehancur-hancurnya! Ya Tuhanku, kau satukan kembali jiwaku ini agar menjadi JiwaMu.
Aku sangat minat kerja-kerja seni. Aku sangat suka menulis, melukis, bertukang, berlakon dan mengarah. Dalam pada masa yang sama, aku menilai kembali diriku, aku tak diperlukan pun dalam bidang seni ni. Hadirnya aku dalam bidang ni menambah masalah. Masalah dengan keluarga dan sabahat-sahabat. Saat-saat begini mahu saja aku lari dari semua orang - tinggal sendiri. Ya Tuhanku, berilah aku kekuatanMu dalam menempuhi ujianMu ini....
Aku tidak mahu terikat dengan DUIT. Aku juga tidak mahu terikat dengan GAH dan MAHSYUR. Perkara-perkara ini bisa menjauhkan aku denganMu, Ya Tuhan. Dan jadikanlah ISTERI dan ANAK-ANAKKU sebagai amanah yang Engkau titipkan, bukan sebagai tembok penghalang untuk aku mendekatiMu.... Kau pertemukanlah aku dengan GURU dan SAHABAT-SAHABAT yang sudi memberi nasihat supaya HATIKU kembali HIDUP dan terus menerima nasihat, terus berselawat ke atas Rasulullah dan terus mengingatiMu, ya Tuhanku MAHA ESA.
Siti Nurbaya... aku sangat berharap kau mengerti pengorbanan Siti Hajar.... Yakinlah ALLAH!
Khamis, 21 Mac 2013
TEATER MELAYU : SERIBU WAJAH HERO DAN KESERONOKAN
Aku seronok membuat teater. Bermula dari menulis skrip, mencari pelakon, membentuk produksi, mencari panggung, sehingga berada dalam ruang pentas dan menonton kisah secara langsung - itulah keseronokan. Aku tak peduli sangat mengenai tajaan tetapi aku tak ada kerja lain untuk menanggung amanah - isteri dan anak-anak, sedikit perbelanjaan adalah perlu bagi manusia seperti aku.
Tetapi apabila keseronokan ini telah diganggu oleh ketidakjujuran pihak yang memikirkan keuntungan (walaupun mereka mengisytiharkan tempatnya sebagai sebuah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan), namun mempergunakan seniman-seniman seperti aku, Azman Hassan, Azzad Mahdzir, Natalie Heng malah isteri aku yang bekerja di situ juga dipergunakan - perkara seperti ini tak boleh didiamkan lagi. Maka benarlah kata-kata Wanji Aswandi.
Perkara-perkara untung sebelah pihak inilah yang membunuh keseronokan. Teater tak boleh buat untung. Teater mewujudkan satu tenaga seronok dalam bentuk kumpulan. Tenaga inilah yang mahu disebarkan kepada semua orang!
Bukan salah siapa-siapa pun bila hal ini berlaku. Salah aku sendiri kerana tak ada telur untuk melawan. Dan untuk pengetahuan sahabat-sahabat, aku tidak pernah suka untuk bermusuhan. Biarlah aku berada di luar ruang untuk mengasing diri dulu. Tiba kekuatannya, aku kembali dan segera mahu menghulur maaf.
Maafkan aku. Maafkan kami....
Terima kasih atas segala tunjuk ajar....
Langgan:
Catatan (Atom)