Isnin, 26 September 2011

Diri Terdiri, Diri Terperi

"Kamu hidup kat dunia ni untuk apa?"

"Untuk berbakti... Kepada Allah..."

"Buat apa berbakti kepada Allah? Allah yang ciptakan kamu, apa yang kamu nak buat untuk Dia? Dia tak pandang lah bakti kamu. Apa sangat lah kamu ni..."

"Berbakti kepada diri sendiri?"

"Berbakti kepada ROH kamu! Roh kamu nanti yang nak mengadap, menjawab. Lepas tak lepas titian tu... Berbakti pada diri kamu buat apa. Jasad kamu ni DIRI TERDIRI yang akan hancur dalam tanah. Roh kamu DIRI TERPERI, yang akan mengadap Allah Ta'ala."

Jumaat, 23 September 2011

Hero Kecundang

Aku ada bakat yang dizahirkan dari ilmu Tuhan - boleh melukis. Dari aku kecik, sampai lah ke tua bangka ni, aku memang suka melukis. Sekarang ni, ada lukisan-lukisan aku yang tak siap-siap. Hehehe... Konon semangat tak datang. Sebenarnya, jiwa tak berapa nak lapang dan dikekang oleh pelbagai persoalan sehingga terbantut bukan saja karya, tetapi hidup aku juga terperangkap.

Dari bakat melukis ni, aku mula mengembangkannya untuk menjadi seorang pembikin wagam (singkatan: Wayang Gambar). Ye lah, selalu sangat tengok orang putih lukis 'storyboard' untuk wagam diorang, aku pun mula jadi seoronok. Masa aku darjah 4 kut, aku ada bikin kamera dari botol sabun Dynamo. Aku tampal kotak ubat gigi kat tepi untuk jadi 'viewfinder'. Hehehe imaginasi kena kuat beb. Itu jam la... Aku pun konon-konon jadi jurukamera berita, temuramah kawan-kawan sekolah.

Darjah 6, selepas aku tengok pembikinan wagam 'Police Story 3' kat Kuala Lumpur, minat aku dalam bidang wagam ni lagi menggila. Aku pun mula lukis komik (untuk syok sendiri je...). Hobi ni terbawa-bawa sehingga ke tingkatan 2 (kat asrama). Aku juga ada main figurin Batman dan figurin Suria Perkasa Hitam (aku beli guna duit raya), dan aku buat satu kamera filem kecik dari kayu 1 inci x 1 inci. Siap ada skop kat lens dia. Aku pun berangan lah - bilik aku tu kononnya sebuah studio (katil tu jadi bangunan studio), almari pinggan mangkuk mak aku, aku jadikan bangunan (bandaraya konon), karpet tu sebuah dataran macam Dataran Merdeka dan kerusi rotan kusyen tu konon macam bangunan Sultan Abdul Samad. Hahahaha berangan beb, berangan... Aku siap bakar tong Ridsect untuk dapatkan efek letupan. Kah kah kah...

Kemudian, minat aku beralih ke sastera (setelah baca Biografi Ahmad Boestamam). Dari situ aku mula lah tulis sajak syok sendiri dan hantar lah ke surat khabar. Ops, aku mula join berlakon sejak darjah 6 kut, berlakon sketsa sempena minggu Bahasa Inggeris. Malam budaya asrama pun aku ada berlakon. Masa tu, tak terfikir pun nak jadi pelakon.

Apa jadi dengan bakat melukis? Ahah, aku ada buat mesin rumput tak ada enjin untuk Pertandingan Reka Cipta. Wakil sekolah, kalah dapat nombor 4. Aku juga ada tolong abang aku lukis mural kat sekolah dia mengajar. Aku juga masuk pertandingan melukis, tapi kalah memanjang. Entah mana silapnya aku pun tak tau. Hehehehe... Dalam pada masa yang sama, aku dah mula berminat dengan arkitek sebab abang aku kerja Pelukis Plan. Jadi selalu bawa balik cetakan biru dan model bangunan. Aku dah mula gila nak jadi arkitek pulak... Haish!

Lepas SPM, aku ingat nak masuk AFM. Tapi masa aku tu, diorang tak ambil pelajar baru. Masuk belajar kat ASK. Ambil Penulisan Kreatif, kemudian ambil major Penerbitan TV dan Filem. Kat ASK, aku belajar semua kecuali menyanyi dan menari. Aku sedar suara aku tak sedap langsung dan badan aku bongkok serta keras - tak sesuai untuk menari. Kat ASK aku banyak belajar buat set dan prop, memandangkan dulu kat kampung, aku ada tolong bapak aku bertukang dan buat senapang cicak (untuk kegunaan sendiri ye...). Projek Akhir aku kat ASK ialah wagam pendek. Disarankan jangan tonton, sebab nanti korang akan kutuk. Hahahaha...

Lepas ASK, aku mula terjebak sebagai pelakon. Tapi aku tak ada kesungguhan pun nak jadi pelakon. Makanya, aku berlakon bila orang panggil. Tak ada, aku bekerja buat set kat Jalan P. Ramlee. Nak kata dah puas berlakon tu, tak la... Aku tak banyak pun berlakon, baik pentas atau skrin. Drama radio memang tak dapat la sebab suara aku tak sedap. Opera Cina pun tak dapat nak join. Tapi, dari pelakon tambahan sehingga jadi hero, aku pernah merasa lah walaupun sekali.

Menulis skrip? Ada lah, sikit sangat. Tu pun skrip tumpang orang. Bukan skrip asli dari buah fikiran aku.

Oleh kerana sepanjang hidup aku, banyak membuat silap dan memilih jalan yang salah (biar Allah sahaja yang menentukan sama ada salah atau betul, kita janganlah nak ngada menghukum - nasihat kat diri aku ni...) maka aku banyak kecundang. Aku bukanlah seorang anak yang membanggakan orang tua dan bukanlah seorang manusia yang berbakti. Sehinggalah dah tua bangka, dah tobin kata orang Kuale, aku ni banyak menyusahkan orang. Dan kerana itu, aku menerima keputusan bapak aku untuk terus berhenti dari berlakon (walaupun ada lah sedikit berat). Dan mudah-mudahan Allah setuju, aku akan mula bekerja sebagai Visual Merchandiser, makan gaji bulan. Lagipun, aku dah ada tanggungjawab - keluarga. Aku tak mahu hancurkan keluarga. Muamalat kena cukup. Nabi-nabi dan Rasul-rasul, mereka semua bekerja untuk menyara keluarga - ini nasihat As Syeikh Qadir Jailani - semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

Kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, yang memilih untuk jadi bekas sahabat, bekas kekasih, secara umum, aku meminta maaf kerana banyak menyusahkan kalian. Kadang-kadang kita kena faham, bukan ini yang kita impikan, tapi inilah perjalanan takdir. Aku sedang belajar menerimanya. Aku doakan yang baik-baik untuk kalian.

Kepada isteri, terima kasih. Allah hadirkan anda untuk mengajar saya erti CINTA. Tuntut ilmu banyak kat dunia pun tak guna kalau tak nikmati KESEIMBANGAN (mizaan) dan itulah KASIH SAYANG. Doa saya - syurga lah tempatmu...

P/S : Walaupun tak boleh berlakon, tapi masih lagi boleh menulis. ;-)

Rabu, 21 September 2011

UPSR

Tahun 1992, tahun ini aku ambik periksa UPSR. Sebagai budak kampung, yang sekolah kat kampung, harapan dan impian Mak Bapak memang tinggi menggunung, tak kira sama ada Mak Bapak tu Cikgu Besor ataupun Penoreh Getah.

Kalau anak Cikgu, paling tidak pun anak seorang kerani, tentu makanan yang diambil cukup zat dan dapat minum Horlick. Tapi, anak seorang Penoreh Getah dan Pesawah Padi (ketika itu), agak kekurangan dari zat makanan, dicampur pula dengan adik-beradik ramai, jadinya potensi untuk menjadi 'murid lemah' adalah tinggi. Sebab itu mereka diberikan program RMT (Rancangan Makanan Tambahan).

Walaupun Cikgu-cikgi mengklasifikasikan mereka sebagai MURID LEMAH, namun mereka bukanlah insan yang lemah. Mereka sebenarnya insan yang kuat. Sebab mereka susah, jadi mereka kuat untuk menempuh hidup di dunia yang penuh pancaroba ini. HARAPAN MAK BAPAK yang kerja teruk dan pendapatan yang sangat terhad, hantar anak ke sekolah supaya CIKGU DAPAT DIDIK ANAK-ANAK menjadi seorang MURID YANG TAK LEMAH.

Tetapi, kononnya untuk menjaga reputasi dan prestasi sekolah, dua orang kawan aku pada tahun 1992, TIDAK DIBENARKAN HADIR KE PEPERIKSAAN UPSR kerana mereka MURID LEMAH. Dan pada tahun 2011 ni, peristiwa ni berulang lagi di Sarawak.

Kepada Cikgu yang nak sangat jaga reputasi dan prestasi ni, patutnya kena hempuk dengan besi!

Kepada Rahman, Norimah, Idie Ganyol, Richmend Mangi, dan Edward Ujoh Augustine, aku salut lah korang! Segalanya di bawah pelihara Allah Ta'ala!