Tahun 1992, tahun ini aku ambik periksa UPSR. Sebagai budak kampung, yang sekolah kat kampung, harapan dan impian Mak Bapak memang tinggi menggunung, tak kira sama ada Mak Bapak tu Cikgu Besor ataupun Penoreh Getah.
Kalau anak Cikgu, paling tidak pun anak seorang kerani, tentu makanan yang diambil cukup zat dan dapat minum Horlick. Tapi, anak seorang Penoreh Getah dan Pesawah Padi (ketika itu), agak kekurangan dari zat makanan, dicampur pula dengan adik-beradik ramai, jadinya potensi untuk menjadi 'murid lemah' adalah tinggi. Sebab itu mereka diberikan program RMT (Rancangan Makanan Tambahan).
Walaupun Cikgu-cikgi mengklasifikasikan mereka sebagai MURID LEMAH, namun mereka bukanlah insan yang lemah. Mereka sebenarnya insan yang kuat. Sebab mereka susah, jadi mereka kuat untuk menempuh hidup di dunia yang penuh pancaroba ini. HARAPAN MAK BAPAK yang kerja teruk dan pendapatan yang sangat terhad, hantar anak ke sekolah supaya CIKGU DAPAT DIDIK ANAK-ANAK menjadi seorang MURID YANG TAK LEMAH.
Tetapi, kononnya untuk menjaga reputasi dan prestasi sekolah, dua orang kawan aku pada tahun 1992, TIDAK DIBENARKAN HADIR KE PEPERIKSAAN UPSR kerana mereka MURID LEMAH. Dan pada tahun 2011 ni, peristiwa ni berulang lagi di Sarawak.
Kepada Cikgu yang nak sangat jaga reputasi dan prestasi ni, patutnya kena hempuk dengan besi!
Kepada Rahman, Norimah, Idie Ganyol, Richmend Mangi, dan Edward Ujoh Augustine, aku salut lah korang! Segalanya di bawah pelihara Allah Ta'ala!