Selasa, 28 Julai 2009

Atitiud

Atitiud, atau sikap, atau perangai, atau kelaku - semua ini ditekankan dalam semua ajaran agama. Semua agama mengajak kita manusia mengejar sikap ke tahap yang terbaik. Tidak ada satu pun agama yang menyuruh kita berperangai buruk.

Syurga bukanlah tempat yang tenang, sejuk dan mengalir tujuh batang sungai yang segar - ini cuma perumpamaan. Begitu juga neraka, bukanlah tempat penuh berbara api. Ia cuma sebuah metafora.

Jika kita berkelakuan baik, mulia, pasti kita akan dapat kebahagiaan, kerana apa, ianya mudah - banjir lumpur dan tanah runtuh takkan terjadi jika manusia tamak tidak menggondolkan gunung-ganang. Menghormati diri sendiri, sesama sendiri dan alam adalah perkara yang ditekankan dalam beragama.

Kalian tidak mendapat sakit sekiranya mengamalkan makanan yang segar-bugar dipetik dari ladang tanpa baja kimia. Ayam yang dimakan masih panas dagingnya kerana diburu di hutan. Bukanlah makan ayam yang lahir dan membesar di pusat penternakan.

Perkataan 'kafir' boleh ditafsirkan bukan kepada manusia yang bukan islam, tapi bolehlah dilabelkan kepada manusia yang tamak haloba, yang mengejar mes-produksi, hanya memikir keuntungan dalam bentuk duit.

'Moden' pula tidak dilambangkan pada pencakar langit seperti yang berlaku di Dubai. Perkataan moden berasal dari perkataan 'madani' dan perkataan inilah yang menjadikan nama Yathrib bertukar kepada Madinah. Kita lihat, apa yang ada di Madinah? Sepanjang Muhammad si rasul memerintah Madinah, apakah pembangunan yang dilakukan? Sedangkan era sebelum Muhammad menyaksikan keruntuhan Greek, Rome, Petra, Piramid, Damascus dan Babylon.

Moden, tamadun yang sebenar adalah pembentukan sikap. Sebab itulah Plato dan Aristotle pertikaikan di kongres dalam pembentangan demokrasi - berasaskan atitiud individu manusia.

Baik judaism, kristian, buddha dan islam, semua adalah sama. Tak perlulah melabelkan bahawa agama selain agama yang dianuti itu tak betul dan jahat. Matahari tetap satu. Tak ada matahari khusus untuk islam, khusus untuk kristian dan khusus untuk judaism. Tuhan tetap satu, tak kiralah ianya dipanggil sebagai Allah, Jehovah, Yahweh, ataupun Ya Ampon!

Kepada pak ustaz yang memakai 'name tag', buatlah kerja kerana Allah ta'ala seperti mana lafas niat sembahyang kamu. Bukanlah kerana RM (sebut: Rosmah Mansor).

Jumaat, 17 Julai 2009

Khamis, 16 Julai 2009

Istilah

Kalau diikutkan, tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan budaya hidup hari ini yang serba-serbinya berkehendakkan wang, duit, pitis, fulus, sen, ringgit, ragak, dan sebagainya. Ramai yang menghembuskan nafas keluh kesah seberat 10 kilogram kerana setiap saat dan tempat, pasti tidak terlepas dari lingkungan kewangan. Parking, tandas, makan, cuci-mata, sekolah, hospital, malah bernafas juga dikenakan caj.

Aku, seorang penumpang setia bas Transnasional - yang mengangkut aku dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur. Dari tambangnya berbelas-belas, hari ini dah jadi dua puluh lebih. Ada 'surcharge' konon sempena tragedi harga petrol naik melambung. Bila harga petrol dah turun, tak pula 'surcharge' ini hilang. Okei, tak apa, Transnasional gantikan dengan kerusi yang empuk lagi enak - dari 44 orang penumpang terus jadi 33 orang penumpang - kerana kerusinya besar dan selesa.

Tapi, hari ini, kerusinya ditukar kembali ke kerusi lama yang kecil dan keras dan dibahagi dua bahagian. Bahagian depan hingga ke tengah, kerusi berpasangan; bahagian tengah ke belakang, kerusi tunggal yang disusun tiga barisan, dan ada tugu di tengah-tengah bertulis 'C-Club'. Aku tak tau apa yang dimaksudkan dengan 'C' tersebut. Sama ada 'cibai', ataupun 'cipet', tak pasti. Yang penting - langsung tak selesa!

Di sini, kita boleh lihat, bagaimana mereka para korporat ni mempergunakan istilah agar kita para pengguna boleh terpengaruh malah percaya langsung. Ini samalah dengannya hal yang digunakan oleh bank dalam soal sistem kewangan islam, dengan pelbagai istilah bahasa Arab. Maka orang Melayu yang bodoh pun percaya kerana bahasa Arab ialah bahasa Kur'an dan bahasa syurga, maka segala yang berkaitan dengan istilah bahasa Arab adalah islam dan yang penting - HALAL.

Ubat gigi 'Mukmin' adalah halal kerana namanya 'mukmin' dan ia diperbuat dari ekstrak kayu sugi, dan apa yang penting, ianya sebuah produk bumiputera islam. Apa salahnya kalau terus saja gunapakai kayu sugi? Tidakkah terfikir bahawa proses ubat gigi islam halal ini juga dilakukan di makmal?

Begitu juga halnya dengan tongkat ali kacip fatimah. Bagaimana sebatang akar kayu itu boleh menghasilkan beratus-ratus tin air 'Ali Cafe'? Tidakkah ini semua hasil produk makmal? Kenapa, tidak sendiri masuk ke hutan dan kenal sendiri bagaimana rupa akar tongkat ali ni, kemudian reneh sendiri.

Pelik, hairan, ajaib, tapi itulah kenyataan.

Apabila insurans diletakkan istilah 'takaful', maka berduyunlah orang Melayu yang membelinya dan mereka juga ditakut-takutkan bahawa kos perubatan hari ini kian meningkat mahal. Tidakkah mereka tahu bahawa perubatan adalah tanggungjawab sebuah kerajaan dalam memastikan rakyatnya sentiasa sihat?

Akhirnya, mereka mengeluh sendiri, tidak punya masa berehat kerana mengejar kerja yang dibayar upah. Salahkan mak bapak yang bekerja siang dan malam sehingga anak-anak terabai dan berlaku apa yang mereka labelkan sebagai gejala sosial. Pak Ustaz berbuih mulut dan keluar anak tekak berceramah di 'Forum Perdana', tapi penonton yang mendengar tak ubah macam zombi.

Sampai bila mahu hidup macam ni? Sampai bila mahu berbudaya 'on cinta' dan hantarkan ke 34667? Sampai bila mahu menyimpan koleksi kasut Vincci? Sampai bila mahu jadi islam ala-ala Erma Fatima? Sampai bila mahu bayar pakar motivasi dan kita masih lagi dok pegang kata-kata semangat yang positif sedangkan Fadzilah Kamsah dah pegang stereng Mercedes Benz? Sampai bila kita dok ternganga dengar ceramah MLM dan jutawan segera?

Bilakah agaknya tiba masa Hadi Awang peluk Joe Kidd?