Isnin, 25 Ogos 2008

Cik adik, cik kak dah ngamuk!


Pagi tadi, aku dapat SPR (sistem pesanan ringkas) dari kawan aku yang 'cover' cerita di Permatang Pauh. Katanya, "PEMECAH BERITA: letupan di Permatang Pauh, sila buka http://tukartiub.blogspot.com/."


Aku bukalah blog kawan aku ni. Aku pun baca. Hahahahahahaha... Gelak besar aku. Kemudian aku tunggu berita TV3 jam 1.30 tengahari, sebab aku nak tengok dari kedua-dua belah pihak. TV3 pun tunjuklah visual tragedi tu. Kekekekekeke, lagi besar gelak aku. Anak aku tercongong tak tahu kenapa bapaknya ni gelak besar. Aku terus 'reply' SPR kawan aku tadi, secara rumusan SPR aku - "Amaran kepada gadis-gadis cun di Malaysia."


Apa yang aku 'reply' tu sikit je aku tulis. Tapi kat sini aku nak huraikan. Okeh, sesiapa yang merasakan dia ni gadis cun, tak kiralah apa bangsa pun, Melayu ke, Cina ke, India ke, Mongolia ke, adalah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di sekitar bumi Malaysia tercinta ni. Aku tulis ini adalah bersandarkan 2 peristiwa yang berlaku di Malaysia ini yang melibatkan GADIS CUN dan BOM. Hahahahahaha...


Peristiwa pertama - semua orang tahu, peristiwa pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu. Minah cun dari Mongolia ini dibunuh dan mayatnya diletupkan atas sebab apa, ianya masih dibicarakan di mahkamah. Nanti ada orang marah kalau sebut pasal kes ni - SUBJUDIS!


Peristiwa kedua - cubaan meletupkan bilik gerakan PUTERI UMNO di Kubang Semang, sempena pilihanraya kecil P044, Permatang Pauh. Hahahahaha, sungguh tak 'gentlemen' langsung orang yang nak letupkan markas Puteri UMNO ni. Bayangkanlah bom ni meletup dan terkena kat awek Puteri UMNO ni, hah, kesian diorang. Habis kulit muka diorang yang dijaga elok oleh SKII tu.


Aku tak peduli lah diorang nak tuduh-menuduh kerja bom-mengebom ni. Aku tak tahu la kenapa gadis-gadis cun yang lemah lembut malah mereka dikenali sebagai kaum hawa, kaum yang lemah, boleh pulak diletakkan BOM pada mereka. Haiyaa... bodoh la ini orang sapa bikin. Bom dengan gadis - sikit punya banyak beza tu. Lain lah kalau letak Pemuda PAS Selangor dengan bom, hah, barulah bertemu buku dan ruas. Kita, sebagai lelaki, mesti melindungi kaum hawa ni. Janganlah aniaya mereka sampai macam tu sekali. Takkan nak balas dendam kat arwah Mona Fendey kut sebab bunuh lelaki. Ish, tak bagus lah 'gender war' ni. Jangan buat. Tak elok tau. Hahahahahaha...


Ke, sebab cemburu ni. Cik abang kita ni kata kat bini sibuk berkempen. Rupa-rupanya sibuk bergentelan. Kalau zaman dulu, boleh lah cik kak-cik kak ni baling lesung, periuk apa semua. Tapi hari ini, jangan terkejut, cik kak ni bukan saja pandai memasak dan buat anak, tapi pandai buat bom! Hahahahahaha... Naya, naya...


Jadi, aku nak nasihatkan kepada semua gadis-gadis di Malaysia, berhati-hatilah. Lebih-lebih lagi yang sekarang dok asyik-masyuk dengan suami orang. Periksalah tas tangan anda. Mana tahu kan, kut-kut ada bom. Dan kepada penyanyi ZZ, kau sangat bernasib baik sebab masa tu cik kak sorang ni tak pandai buat bom. Dan kepada abang-abang jejaka, aku ada pantun:-


Tanam pinang rapat-rapat

tanam depan rumah Kak Tom

kupinang-pinang tak dapat-dapat

jangan sampai aku letak bom!