Selasa, 23 September 2008

SembangSumbang

Minta maaf la ye...

Aku nak bagitau, aku nak berehat dari memblog sekejap dan nak buat benda lain dulu. Nanti dah setel, aku datang balik.

K, cau. TQ.

(faham-faham je lah, aku ni pengguna Kafe Siber...)

Rabu, 17 September 2008

Lambang kuasa

Hahahaha hehehe hihihihih huhuhuhuhu... apa lah punya pemikiran rakyat Malaysia ni. Dah la tak berapa bertamadun (termasuk aku), kemudian kerjanya nak buat lawak je lah. Adui... adui... pecah testikal aku gelak. Pasti lepas ni kalau aku pergi jumpa pakar penyakit 'angin pasang' aku mesti dia kata penyakit aku dah sembuh!

Sebelum ni, kita dah tau rancangan paling lawak di TV. Kemudian pilihanraya paling lawak dalam sejarah. Pastu, Perdana Menteri paling lawak, bangsa paling lawak, agama paling lawak, eh, boleh dikatakan semua yang paling lawak ada di Malaysia ni lah!

Kuikuikuikui...

Okehlah, aku taknak sentuh pasal politik buat masa ni. Kita semua dah semak. Lebih semak dari Perdana Menteri Thailand - Samak! Aku nak tulis yang ringan-ringan je lah. Ni pasal budaya dan kuasa.

Perhatikan, sekarang ni, kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama kereta lah - mesti ada 'sticker' pada cermin, tak pun di plat nombor pendaftarannya. Okehlah, aku bukan nak kata pasal 'sticker' PEKIDA dengan sarang labah-labahnya ataupun 'sticker' cukai jalan yang berderet tersusun. Tapi, ini lebih kurang 'sticker' PEKIDA' tu lah.

Sekarang ni, aku perhatikan, ada beberapa lagi 'sticker' yang boleh menunjukkan kekuasaan pemilik kereta tersebut. Antaranya ialah 'sticker' ANSARA, MCOBA, GERAK KHAS, BAR COUNCIL, PDRM, PERSATUAN BEKAS PEGAWAI POLIS, dan UMNO ataupun JATA MALAYSIA.

Bayangkan, semua 'sticker' ini ditampal pada cermin kereta, dan pemandunya akan sesuka hati meletakkan kederaannya di mana-mana dan akan kedengaran ngauman enjin keretanya berserta muka bongkak ketika memandu di jalanraya. Tak kiralah kereta atau motosikal jenis apa pun. Aku yang jalan kaki ni pun nak dilanggarnya sebab aku ganggu jalan dia. Aku fikir balik, adakah sebab 'sticker'-'sticker' tu yang buatkan dia rasa berkuasa ataupun dia memang tak nampak sebab 'sticker' dah penuh sangat?

Bagi mereka yang berfikiran sebegini, 'sticker' tu melambangkan kuasa dan penyataan yang dia nak bagitau - 'JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU' atau 'TENGOK STICKER DULU BARU SAMAN'. Lebih kurang beginilah.

Tapi, kalau kalian pergi ke KLIA atau LCCT lebih ketara - kereta-kereta yang 'parking' di bahu jalan tak ada 'sticker' apa pun tapi ada kertas A4 yang bertulis 'ANGGOTA PDRM SEDANG BERTUGAS'. Mula-mula aku tengok tulis dengan marker pen. Pastu aku tengok dah siap print atas kertas yang kita selalu buat laporan polis yang ada kepala surat logo PDRM tu.

Bagi aku, yang paling celaka ialah 'sticker' - KERABAT DIRAJA sekian-sekian negeri. Bongeklah! Bila lihat nombor pendaftarannya - AAB 1 (contoh). Lagilah dengan rasa bongkaknya manusia ni menyusur di jalanraya. Yang 'best' nya, pemandu (drebar) dia tu pun turut sama dapat aura bongkak tu.

* * *

Aku ada cerita, ni berkenaan dengan Sultan dahulukala pada tahun 70an-80an. Sultan ni kuat berjudi tapi dia baik lah, suka jenguk rakyat (menurut rakyat jelata lah). Satu hari, dia ni main judi dengan beberapa orang Cina. Sekali dia kalah teruk. Habis semua duit dia. Cina yang menang ni pun tanyalah dia, "apa lu boleh kasi? Lu mau bagi lu punya tengkolok ka?"

Maka, Sultan ni pun berfikirlah... Hah, dia dapat idea. Dia pun cakap kat Cina yang menang tu - "Teman bagi mike nombor plet!" (nombor pendaftaran kenderaan)

"Lu gila ka mau kasi nombor plet! Gua mau makan apa?"

"Nanti dulu weh..." Balas si Sultan ni. "Ini nombor 1. Raja-raja saja yang makai (pakai/guna). Mike nak ke tak nak?"

Lama jugak Cina ni diam, akhirnya dia terima jugak nombor pendaftaran '1' tu. Balik rumah, Cina ni tak tahu nak letak kat mana nombor tu. Yang dia ada hanyalah bas sekolah.

Hahahahahaha

Isnin, 15 September 2008

Surah Isa Putera Amno

Isa - dia ni memang putera ajaib. Ops, ini bukan cerita nabi Isa ataupun Jesus Kristus ya. Ini cerita Isa. Okeh, Isa - dia ni memang putera ajaib. Kelahirannya secara mengejut dan menggemparkan ramai orang. Bapak dia 'mat saleh', mak dia melayu. Kelahirannya telah menyusahkan ramai orang.

Ada yang cakap dia lahir pada tahun 1948. Ada yang cakap dia lahir awal lagi dari itu. Tapi yang pasti dia lahir di sinilah, di mukabumi Malaya ni yang hari ini dah jadi Malaysia. Lantaklah dia lahir tahun bila pun yang penting, dia ni betul-betul 'power'.

Yang buatkan dia ni lebih 'power', dia ni dijaga oleh... Hah, ini yang keliru sikit ni - sama ada Siti Amnah ataupun Siti Amno. Tapi dalam surat beranak ditulis Siti Umno. Tak kiralah apapun...

Siti Amno ni memang celakalah. Dia ni tamak. Kalau boleh, dia nak bolot semua yang ada kat negara Malaysia tercinta ni. Hanya dialah saja pilihan Tuhan yang layak memerintah umat melayu dan hanya umat melayu sahajalah yang layak memerintah kerana umat melayu ni ada al quran. Kawan baik yang juga anak murid Siti Amno ni ialah Awang Pekida atau lebih dikenali sebagai 'lampu isyarat'! Kenapa dipanggil lampu isyarat sebab Awang Pekida ni suka warna yang ada pada lampu isyarat tu. Hahahaha...

Manusia yang tamak ni memang hidup tak senang. Siti Amno ni ada ramai musuh. Sebab itulah dia mintak kat 'mat saleh' ni supaya berikan dia zuriat dan zuriat yang dilahirkan itu diberi nama Isa.

Kejam memang kejam Isa ni. Sejak lahir lagi dia dah kejam. Dah berapa ramai orang yang dah dia merengkan. Dah berapa ramai manusia yang dia gilakan. Ada juga manusia yang tak makan saman. Tak tahulah apa yang Isa ni buat sampai manusia yang tak tahu mengucap pun pandai mengucap dan manusia yang tahu mengucap terus tak tahu nak mengucap! Gilalah Isa ni.

Isa ni ada juga samanya dengan Nabi Isa - menegakkan kebenaran. Hahahaha, tapi masing-masing punya kebenaranlah. Siti Amno dan Awang Pekida ni pun ada juga persamaannya dengan Bani Israel ketika zaman Nabi Isa tu - hanya mereka bangsa terpilih. Hahahaha!

Kalau betul Isa ni lahir tahun 1948, maknanya dah 60 tahun dah usia dia. Walaupun dah tua, tapi masih lagi mengganas. Tapi, ganas Isa hari ini langsung sikitpun tidak menakutkan manusia-manusia yang menjadi musuh Siti Amno. Malah Isa hari ini tengking saja lebih tapi bila tengok gigi - TAK ADA! Hahahaha, mana tak kena gelak.

Sudah lah Isa. Kubur kata mari. Rumah kata pergi. Siti Amno pun dah tak lama lagi hidupnya. Awang Pekida pun dah dapat kerja baru - 'bouncer kelab malam' (jadi kuli cukong Cina lagi untung dari jaga ini bangsa melayu).

SembangSumbang

Bila bulan puasa ni, aku teringat kartun yang pernah disiarkan di Indonesia (kalau tak silap) yang menggambarkan manusia Islam ni diibaratkan seperti babi yang mengejar makanan apabila masuk waktu berbuka. Kartun ini aku tak pasti sama ada kartunisnya seorang muslim atau bukan. Tapi impak yang dihasilkannya sangatlah besar. Seluruh manusia Islam mengamuk termasuk aku (ketika itulah).

Dan hari ini, setelah aku saksikan sendiri suasana di baazar ramadzan yang tumbuh merata-rata dan di ceruk-ceruk tukun, dan juga di gedung-gedung mewah - aku bersetuju dengan kartun tu.

Sabtu, 6 September 2008

Allah itu tenaga


Manusia dan alam digerakkan oleh satu tenaga. Tenaga itulah Tuhan. Hanya satu Tuhan. Jika kita mengatakan tenaga atom dan nuklear ialah tenaga yang paling kuat dan menakutkan, tetapi, tenaga bagaimana pula dengan tenaga yang terhasil di lubang hitam di angkasa lepas? Tenaga tsunami dan gunung berapi yang lahir dari perut bumi dan tenaga dari ruang atmosfera - udara?


Tenaga inilah yang menggerakkan fizikal manusia dan alam malah tenaga juga menggerakkan masa. Tapi, di Malaysia, manusianya digerakkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Hahaha...


Kita, secara kasarnya tidak boleh melihat tenaga apalagi memegangnya. Kita cuma boleh RASA. Jika hujan lebat dan guruh berdentum-dentam, kita secara sedar atau tidak, merasakan ada suatu tenaga yang dahsyat telah menghempap mukabumi. Begitu juga apabila kita demam panas sehingga tidak dapat berjalan. Tetapi, dapat lagi kita merasakan ada suatu tenaga yang memampukan kita menggerakkan mata.


Untuk mengenal tenaga ini, kenalah minum banyak-banyak minuman bertenaga. Hehehe...


Tenaga itulah Tuhan dan apa yang aku maksudkan dalam 'AKU DI DALAM KAU, KAU DI DALAM AKU'. Hanya ada satu Tuhan. Alam yang sikit punya besar ni takkan satu je Tuhan yang kontrol? Ye, hanya satu. Kalau banyak tuhan, teruk lah orbit berlanggaran sebab tak sebulu. Kalau tuhan yang satu ni tak boleh kontrol semua alam, jangan dipanggil Tuhan. Panggil saja Najib Razak. Dan Tuhan yang satu ni tidak pula dizahirkan tubuh badannya kerana ianya sebentuk TENAGA. Bagaimana mahu menzahirkan tenaga? Hanya dengan rasa.


Atheism - yang tidak percaya kewujudan tuhan, aku sangatlah menyokong mereka ini kerana mereka berani dan mereka ini lebih mendalami ilmu makrifat sebenarnya. Kenapa mereka berfikir tuhan tidak wujud? Sebab mereka percaya pada tenaga. Setiap gerak mereka berdasarkan tenaga. Ini samalah dengannya lafaz sumpah / ikrar (bukan sumpah epul), semasa individu muslim mendirikan solatnya - doa iftitah: "inna solati, wanusuki, wamahyaaya, wamamaati, lillahirob bil 'alamin - sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, adalah demi Allah tuhan sekalian alam".


Quran, Bible dan Torah menyuruh kita percaya pada kewujudan tenaga ini yang bernama Allah Ta'ala.



Mekah dan islam


Ialah sebuah lembah kering kontang yang diteroka oleh Siti Hajar dan anaknya, Ismail. Sejak penemuan telaga zam-zam, Mekah semakin hari, semakin menjadi sebuah kawasan yang maju lagi berdayasaing.


Apa yang dikatakan dengan masyarakat Arab Jahiliah? (aku sebenarnya dah tulis benda ni dalam skrip aku - Muhammad & Lahab). Tapi, takpe - ilmu mesti dikongsi bersama.


Kalau semasa sekolah dulu, ustazah kita mesti ajar masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang pincang akhlaknya. Anak perempuan ditanam dan penyembahan berhala berleluasa. Kenapa masyarakat Arab ketika ini pincang? Apakah puncanya?


Mekah sewaktu jahiliah, dikuasai oleh beberapa orang taikun seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdul Muthalib serta Abi Talib. Mereka ini dari keluarga Quraisy dan merupakan keturunan Nabi Ismail. Taikun-taikun inilah yang menjaga telaga zam-zam, kaabah serta mengutip cukai-cukai perdagangan (oh, ya - Mekah masa tu merupakan pusat dagangan), perniagaan tuhan, dan yang paling penting - RIBA dan TIPU TIMBANG, dan hasil dari ketamakan mereka ini, maka terhasil lah jurang masyarakat yang tinggi - bangsawan dan hamba abdi. Apabila jurang masyarakat wujud, maka berlakulah penindasan. Ini situasi yang biasa berlaku dalam dunia imperialis kapitalis.


***hal ini sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ye... sila tajamkan mata dan fikiran kalian.


Muhammad diberikan idea (wahyu) untuk menghapuskan kepincangan ini. Islam dicipta ini samalah dengan Voltaire, Rousseau, Marx, Engels, Mao, Gandhi, dan Guevara yang juga menerima idea untuk menghapuskan kepincangan masyarakat ini. Islam, samalah dengan SOSIALISME dan KOMUNISME. Ekonomi sosialis - menagihkan kekayaan negara kepada semua rakyatnya. Islam pun begitu - sebab tu kena ada zakat dan badan zakat atau baitulmal amat penting dalam sebuah negara. Bukan sekadar syarat sebuah negara islam (konon, cet!)


Bagi Melayu bodoh yang mengatakan komunis itu jahat, samalah dia dengan menghina islam (sebenarnya apa fahaman pun tujuannya mulia, tapi manusia yang membawa fahaman tu yang tak boleh dipakai sangat). Bagi Melayu bangang, asalkan Cina je, komunis. Hahahaha, lawak betul lah. Terutama Melayu UMNO dan PEKIDA. Mereka inilah yang merosakkan fahaman islam sebenarnya. Pemikiran mereka ditutup dengan slogan 'KETUANAN MELAYU' - kepala butoh dia (alamak, kurang pahala puasa aku, hahaha).


Jika komunisme, sosialisme dan demokrasi tulen menggabungkan umat manusia yang tiada beza tarafnya dari segi kedudukan dan ekonomi, tetapi islam menambah satu lagi - menyembah tuhan yang satu - dan ini lebih kuatkan lagi perpaduan manusia dan lebih membuatkan manusia berasa lebih rendah diri.


Judaism dan Kristian juga menyeru kita menyembah Tuhan yang satu. Undang-undang sivil di dalam Talmud dan Pejanjian Lama, adalah undang-undang menyeru kepada pembentukan sebuah masyarakat yang samarata lagi adil saksama. Hak perempuan dan perkahwinan juga terdapat di dalam Talmud dan Perjanjian Lama - begitu juga di dalam Quran!


Aku bukannya ulamak fahaman PLURALISME. Tapi sebagai manusia, aku mesti mengingatkan manusia lain terutama dalam konteks Melayu sebab aku lahir dalam kelompok ini. Keterbukaan fikiran dan kebebasan bermasyarakat bukanlah KAFIR hukumnya. Neraka cuma rasa tidak senang sebab itu ianya digambarkan sebagai api, manakala syurga pula rasa senang yang amat sangat. Hukum karma dan 'Hari Pembalasan' adalah sama. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Itu saja...


Di dunia ni, dengan siapa lagi kita berkongsi kalau bukan alam dan manusia. Apa salahnya kita hidup bersama-sama sebab kita semua manusia MENYEDUT OKSIGEN YANG SAMA. Apa lagi nak dibezakan dengan warna kulit dan bahasa? Cuma yang kita perlu tentang ialah tokeh-tokeh, taikun-taikun, sultan-sultan dan BARISAN NASIONAL, kerana mereka inilah yang meletak pagar yang memisahkan masyarakat!