Takziah kepada penduduk di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa. Tapi dalam pada masa yang sama, dalam hatiku mengatakan - "padan muka!"
Bukit-bukau, gunung-ganang, seperti yang kita pelajari dalam matapelajaran Alam dan Manusia Tahun 5 (KBSR) dan Geografi Tingkatan 1 (KBSM), ialah paksi bumi. Tanpa bukit-bukau ini, bumi tidak ada paksi, lalu ianya akan bergoyang dan menuju kehancuran. Apa yang ada pada bukit-bukau ni? Dah tentu ada pokok-pokok yang berakar kuat untuk menahan air hujan dari terus memprovok tanah untuk menyerang lembah dan dataran. Apabila pokok-pokok ini tak ada, seperti yang kita lihat berlaku di Damansara dan Bukit Antarabangsa - kemusnahan dan kehilangan.
Aku tak faham, kenapa mesti buat penempatan di atas bukit? Lainlah kalau budaya hidup mereka memang di situ seperti warga Nepal, Tibet, dan orang asli di Berinchang. Malah, mereka yang sememangnya menetap di kawasan tinggi ini tidak pula menebang pokok-pokok dan membajak tebing-tebing untuk dibuat penempatan. Tetapi, sejenis makhluk yang bodoh dari lembah dan dataran ini iaitu orang kaya, ingin sangat mendiami kawasan tinggi ini lalu meranapkannya (sebab mereka tak tahu bagaimana caranya untuk hidup di kawasan ini!).
Bodoh, kan?
Kenapa mereka (orang-orang kaya) memilih kawasan yang tinggi? Ok, di sini aku ada jawapan aku sendiri yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana buku teks geografi dan sains pertanian. Mereka ini, melihatkan istana raja-raja melayu semuanya di atas bukit. Sebuah istana yang besar dan nampak tinggi martabatnya apabila berada di atas bukit. Dan dari situ, mereka juga (orang kaya) ingin merasakan ketinggian martabat mereka (kerana mereka punya uwang!), lalu mereka membuat istana gah mereka di atas bukit. Kenapa istana-istana raja melayu di atas bukit? Binaan istana raja melayu tidak ada kubu seperti kastil-kastil di negara-negara eropah. Hanya menara (itupun selepas menerima pengaruh binaan india, timur tengah dan eropah). Jadi, sebagai raja yang menyayangi rakyatnya (uwekkk), mereka akan meninjau kawasan negeri mereka dari atas bukit inilah.
Jadi, orang-orang kaya ini bukanlah nak tengok rakyat jelata dari atas bukit ini. Mereka nak tengok kawasan mana lagi yang belum diterokai, sambil-sambil berangan hidup kat negeri mat saleh (sebab cuaca sejuk - boleh pakai baju sejuk dan ada 'heater' dalam bilik air). Oleh kerana mereka bosan kerana tak ada kejiranan, maka mereka mencadangkan pembangunan di atas bukit ini. Di sini, mereka mengesyorkan untuk membina kondo-kondo di lereng tebing di mana ketinggian kondo ini melepasi ketinggian bukit itu sendiri. Dengan menjual 'tagline' - "bagaikan hidup di syurga" ataupun "terbentang luas permandangan KLCC", kondo-kondo ini laku dijual.
Bagaimana cara mereka membinanya, sudah tentulah dengan menebang pokok-pokok dan meratakan tanah!
Aku tidak menuding kesalahan kepada sesiapa apabila berlaku bencana seperti ini. Manusia itu ialah makhluk yang sempurna tapi silap. Apakah kesilapannya? Tamak dan haloba! Dari tamak dan haloba ini, berlakunya korapsi (hey, korapsi bukan hanya sogokan wang, ya tapi juga 'attitude' dan pemikiran). Berfikir untuk menjadi kaya dengan cepat dan bertambah kaya, inilah korapsi yang paling bahaya. Apabila di bola mata sudah terpampang simbol ringgit, segala kemanusiaan dan perhatian yang lain sudah pasti - tidak diendahkan!
Dan apabila berlaku bencana, terus-menerus mereka ini bertaubat dan bertanya, apakah dosa yang sudah aku lakukan. Ini pasti. Tapi, bukankah dalam kitab suci mereka yang mereka tilawahkan setiap tahun itu sudah tertulis bahawa tangan manusia sendiri yang menghancurkan bumi.
Aku bukan pencinta alam kerana aku tak pernah pulak bercucuk tanam pokok bunga dalam pasu di rumah. Tapi, masa aku kecil, mak aku cukup marah kalau aku runas bunga dan daun-daun di sekitar laman rumah aku. Mungkin mak aku marah sebab aku rosakkan tanaman dan kecantikan. Tapi, setelah bersekolah, baru aku sedar bahawa pokok-pokok ini yang membekalkan oksigen untuk aku dan manusia-manusia lain terus hidup, bukanlah UMNO dan BN yang menentukan hidup melayu atau hidup islam.
Kah kah kah kah...
Tak salah hidup dalam hutan seperti yang mat saleh selalu kutuk kita (the people who live in the jungle). Tidakkah kita sedar bahawa kita lebih cukup oksigen dari mereka?