SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH
Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.
Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.
TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.
Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.
Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :
"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"
**H/R Muslim.
Imam Al-Barbahary berkata :
"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"
**Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.
"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)"
*Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.
Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):
"Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki."
*Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.
Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.
Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Waallahua'lam.
Ini adalah petikan dari komen Pena Minang <klik sini> di entri aku 'Da-ulat'.
Terima kasih banyak-banyak lah Pena Minang kerana sudi memberi ilmu di sini. Aku secara jujurnya menghargai anda. Aku sentiasa menempatkan diri aku sebagai manusia jahil yang ketagihkan ilmu. Tapi, di sini aku juga dengan jujur ikhlasnya ingin berkongsi kembali pendapat anda di atas. Sengaja aku siarkan komen anda di entri bukanlah dengan niat ingin memalukan tapi dengan berbesar hati aku mahu maklumkan ia sebagai ilmu. Satu lagi, aku nak jawab di ruangan komen tu, tak puas - kecik sangat. Hehehehehe
Aku sedaya upaya cuba untuk tidak konfius, tapi akhirnya konfius juga. Untuk pengetahuan saudara, aku lebih suka mencari jawapan hidup yang logik dan 'confirm' niat aku hanya semata demi Allah Ta'ala tuhan sekalian alam - ini sumpah aku dalam doa iftitah - "solatku, amalanku, hidupku dan matiku adalah demi Allah Ta'ala tuhan sekalian alam."
Bab solat contohnya, kenapa gerakan fizikal solat itu begitu? Dan kenapa bacaan di setiap pergerakan itu begitu? Dan jawapan yang logiknya aku terima - selain kita menyedarkan diri sebagai hamba malah hanya ciptaan Allah Ta'ala, pergerakan solat juga merupakan satu senaman dan bukankah kita menjadi segar kerana lima kali sehari kita disirami air (wudu'). Itu logiknya.
Anda bicarakan bagaimana kita harus mentaati pemimpin dan anda berikan Ahlus Sunnah dan atitiudnya di sini sebagai panduan. Baik, di entri aku 'Da-ulat', terang-terangan aku langsung tidak menghormati raja-raja melayu. Dan tentu anda mahu tahu kenapa aku begitu pendiriannya?
Kembali pada logik. Dalam konteks masyarakat kita, kita diajar di sekolah bahawa majlis musyawarah lah yang menentukan siapa jadi ketua kelas, ataupun pengerusi PIBG. Cadangan calon dan undian lah yang menentukannya. Begitu juga dalam perihal kita melantik imam di masjid. Majlis musyawarah inilah yang melantiknya, bukan terus-menerus mendapat wahyu dari Allah Ta'ala. Konsep musyawarah ini atau dalam istilah sains politik - demokrasi, juga digunapakai oleh lanun-lanun di lautan Carribean melantik kapten mereka. Malah Muhammad juga mendesak kita supaya bermusyawarah (bagi yang tak tau apa itu musyawarah - mesyuarat le...) dalam membentuk komuniti.
Dan siapa yang kita lantik ni? Bani Israel setelah 40 tahun disumpah oleh Musa, mereka menyesal kerana tidak menyerang Palestin, lalu mereka bertemu Somu'il (Samuel - menurut perjanjian lama), dan Somu'il dengan izin Allah yang ketika itu dianggap sebagai ketua, telah melantik Talut si gembala untuk menjadi raja. Hanya gembala - bukan dari kalangan ketua-ketua yang sedia ada. Seseorang ketua dilantik dari kalangan komuniti kita sendiri. Jadinya, konsep raja turun-temurun anak-beranak dia ni adalah bukan konsep kita. Malah kisah-kisah nabi seperti Ibrahim, Musa, Zakaria, Yahya dan Isa itu sendiri menentang golongan raja-raja yang dah tau dah, raja ni banyak yang sesatnya selain perbezaan status masyarakat. Inilah hikmahnya putera-putera Muhammad tidak panjang hayatnya dan setahu aku, Muhammad tidak pula meninggalkan istana sebagai pusakanya!
Jika anda menegaskan umat islam harus mencintai sesama sendiri - bagaimana pula dengan manusia yang bukan islam? Tidakkah anda terfikir kenapa manusia bukan islam di sini mula berani bersuara - bukankah kerana tiada berlakunya keadilan? Apakah manusia bukan islam di sini tak ada hak untuk hidup? Hanya melayu dan sultannya semata? Jika sultan itu benar pemimpin islam kita, kenapa dia tidak merendahkan dirinya menjadi imam di masjid? Dan jika anda berani, pergilah ke Hotel Istana Kuala Lumpur, tatkala ada kereta-kereta mewah berlogokan 'di-raja', pergilah jenguk apa yang mereka buat di situ? Bersundalan itukah yang kita taat dia sebagai pemimpin?
Satu lagi logik - menegur imam yang salah ketika solat. Kenapa dibenarkan tegur? Di sini, kita lihat bahawa tak semua imam/pemimpin tu 'terer'. Ada yang lagi 'terer of terrorist' kat belakang tu. Jangan main-main, jemaah dah sebulat suara lantik kau jadi imam, tapi kau tak boleh bawa kami ke jalan keredhaan, apa cerita beb? Sekali lagi ditegaskan, kita tidak seharusnya membuta tuli ikut pemimpin kerana pemimpin adalah pilihan kita.
Aku juga tak setuju kalau buat pedajal yang bukan-bukan nak jatuhkan pemimpin. Beb, be gentlemen lah... Aku, secara peribadinya, takut masa dipilih menjadi ketua pengawas di sekolah dulu sampai aku terpaksa lepas jawatan pengawas - jadi budak biasa lagi bahagia. Bukan senang nak pimpin orang oi! Diri sendiri pun kantui.
Dan anda menegaskan bahawa "tugas ulama' ialah mendidik rakyat dan menyebarkan segala kebaikan pemerintah, mengenang budi dan jasa di atas pembangunan...", beb, ini tak payah ulama', wartawan Daily Oriental pun boleh. Dahulukala lagi, hanya pengarang (bukan ulama' ya) mewar-warkan kepada rakyat bahawa raja-raja melayu ni berasal dari dewa-dewa dan Iskandar Zulkarnain. Pembangunan apa yang dimaksudkan? Rakyat tak harap pun kondominium yang boleh diduduki oleh orang kaya. KLCC, rakyat tak harap pun. Rakyat nak hospital dan sekolah - free of charge! Rakyat yang ada sakit buah pinggang dan kanser nak rawatan free. Ini yang rakyat nak. Duit habis berubu-ribu masuk kolej, tapi peluang kerjaya tak ada - apa ni?
Jangan fikir semata-mata mempertahankan islam (sebenarnya pertahankan melayu), kita menyokong pemimpin sehingga kita lupa bahawa bumi Allah ni bukanlah dihuni semata oleh orang islam (walaupun matlamatnya begitu). Ada juga orang yang mengaku islam yang rogol budak.
Aku mahu logik lagi - jika benar islam ni sebuah agama dan kerajaan yang suci, buktikan sehingga manusia yang kalian panggil kafir itu tersenyum dan berpuas hati sehingga mereka kata, "ISLAM IS THE BEST!"
Dan aku pun tak tahu anda sokong siapa sebenarnya dan aku pun tak tahu aku sokong siapa sebenarnya. Sama-samalah kita yang jahil lagi hina ni cari keredhaan Allah Ta'ala.
Wallahu'alam fissawwab...