masjid pertama yang dibina oleh Muhammad.
Khutbah Jumaat di masjid kampung aku hari ini membicarakan soal masjid <klik sini> dan fungsinya kepada umat manusia seluruhnya sebagai pusat komuniti, pentadbiran serta kehakiman. Peliknya, khutbah ini dengan realiti – sangat bercanggah! Khususnya realiti di sini – di kampung aku, Malaysia yang tercinta.
Khutbah ini mewar-warkan bahawa masjid seharusnya menjadi pekan, sekolah, pejabat penghulu dan mahkamah. Kita jangan bayangkan bahawa masjid sebagai sebuah dewan sembahyang semata-mata. Masjid yang dimaksudkan dalam khutbah ini ialah sebuah pusat – semua manusia berkumpul melakukan aktiviti harian dan dalam pada masa yang sama mengingati Allah Ta’ala sebagai pencipta mereka.
Selain dewan sembahyang, masjid seharusnya memiliki kawasan di mana di situlah terletaknya bazar atau kedai, perpustakaan, internet, sekolah (bukan semata KAFA) – ianya sekolah ilmu dunia yang liberal serta kawasan rekreasi untuk anak-anak muda lepak dan tempat permulaan demonstrasi jalanan (kakakakaka - memandangkan dalam sejarah kita, Masjid Negara dan Masjid Ubudiah <klik sini> menjadi tempatnya). Baik, lupakan pusat pentadbiran dan mahkamah dulu. Bayangkan, sebuah masjid di kampung anda dikelilingi semua infrastruktur asas sebuah komuniti yang disebut di atas, tentunya masjid lebih bersifat harmoni. Hospital di zaman Ibnu Sina - di tengah-tengah bangunan hospital itu ialah masjid yang melambangkan manusia sebagai ciptaan Allah - dan kepadaNya lah manusia kembali; dan mereka percaya bahawa segala penyakit itu penawarnya ialah Allah Ta'ala.

Manusia adalah ciptaan yang selalu lupa. Jadi, untuk sentiasa mengingati penciptanya, masjid dijadikan teras sesebuah masyarakat. Apabila berniaga di kawasan masjid, amalan tipu timbang dan riba tak akan berlaku kerana malunya dia pada tuhannya (hanya manusia yang tamak saja yang sanggup melakukan). Apabila anak-anak muda bermain sepak takraw di kawasan masjid, sudah tentulah jemaah masjid akan dihadiri oleh anak-anak muda yang gagah perkasa dan memenuhi saf-saf serta mengaminkan doa dengan bersemangat. Tidak lagi akan kedengaran dengkuran makmum ketika Imam membaca surah As-Sajdah! <klik sini>
Islam sangat menegaskan asal kejadian manusia iaitu Adam dan penciptanya yakni Allah Ta'ala. Bukan sahaja Qur'an, malah Genesis juga bercerita tentang perihal yang sama. Islam juga percaya bahawa institusi masjid boleh mencipta sebuah negeri yang utopia - tak ada kejahatan, semuanya baik-baik belaka - kerana alasannya manusia dekat dengan Allah Ta'ala dan mengamalkan budaya hidup seperti yang disarankan oleh kitab-kitab suci di mana menekankan intergriti urusan jual-beli, agihan harta, amal kebajikan dan hak wanita.
Keharmonian, kebahagiaan, kejujuran, kesederhanaan, keindahan, kewangian, keadilan, kesaksamaan, kesamaan - ini semua bukan saja impian manusia Islam semata. Ianya lojik impian seluruh manusia tanpa mengambil pusing sama ada manusia Melayu, Cina, India, Yahudi, Dutch, Afrika, Arab, Jawa, Batak dan sebagainyalah.
Inilah yang disarankan oleh Islam dan inilah intipati khutbah yang aku dengar siang tadi. Tetapi, aku tak tahulah di tempat lain sebab aku sekarang selesa di atas sofa buruk aku dari keluar menjenguk ke rumah jiran (hehehehehe), kita di sini, masjid hanya sekadar dewan sembahyang yang berkarpet belang-belang. Kita tidak mengimarahkan (pinjam orang PAS punya 'favourite line') masjid seperti yang diusulkan. Kita tidak taat setia pada masjid, tetapi kita terlebih taat setia kepada bangunan lain yang binaannya sama dengan masjid! <klik sini>
Jika manusia Islam sering menyalahkan manusia agama lain (hanya kerana taksub dengan perkataan 'KAFIR') kerana kegagalan agama Islam itu sendiri, kenapa tidak saja melihat terlebih dahulu silap sendiri? Khutbah ini jelas sekali menunjukkan percanggahan - manifestonya tertulis lain tapi praktiknya lain! Ini belum lagi khutbah yang menyentuh soal kebersihan dan selepas solat Jumaat, masuk saja ke tandas - ? (faham-faham je lah orang kampung suka makan petai, jering...). Tapi, diingatkan, ini aku bukan nak burukkan Islam. Tandas di gereja juga begitu ya!
Cerita panjang-panjang pun tak guna. Eh, Mas AF tu kenapa ye?
Kekekekekekekeke...