Merafak sembah, menjunjung duli - CET, PORAH!
*******
Aku ada terbaca dalam akhbar sisipan MEGA - Utusan Malaysia, tajuk rencana tersebut ialah 'Kerabat Penyayang' di Malam Puisi Utusan (mukasurat 9).
Kalau sekarang ni, sibuk dengan acara baca puisi kat mana-mana je, tak ada lain temanya hanya Palestin, Palestin, Palestin, Palestin, Palestin, dan Palestin.... Dan Malam Puisi Utusan ni dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja yang menamakan diri mereka 'The Caring Royal' kononnya sangat mengambil berat tentang Palestin dan meninggalkan penyataan: "Kehadiran kami ini merupakan bukti kepada rakyat bahawa kerabat diraja juga prihatin dan simpati terhadap rakyat Palestin." Cet, woi - tukar penyataan lah! Dalam hal ni, tak ada kerabat-kerabat, deh! Kamu hanya manusia yang asalnya sama dengan tanah liat yang orang Sayong bikin labu.
*******
Kemudian, kalau tengok berita TV, wartawan yang bertugas di Gaza tu pun dah tersampuk bunyi Arab semasa melaporkan beritanya. Gaza disebut Ghoza, Palestin disebut Filistiin... Agaknya dah sampai sana baru tau sebutannya begitu ya! Terima kasih, sebab aku pun baru tau - kakakakakakaka.
*******
Alamak, ulamak dah naik minyak. 'Allah' ialah tuhan untuk orang islam sahaja. 'Herald Catholic' memang cari nahas (pada mulanya aku baca Utusan Malaysia dia tulis 'Harold Catholic' dan aku pun jenuh lah fikir eh, ini mazhab katolik yang mana pulak ni? Kemudian, esoknya dia tukar jadi 'HERALD CATHOLIC' (dengan saiz fontnya yang besar! - kakakakakaka).
'Herald Catholic' sama dengan majalah 'Al Islam'.
Soal bahasa, itu bukan masalahnya. 'Herald Catholic' dan 'Al Islam' boleh saja menulis begini: "JEHOVAH DAN ALLAH BERBEZA DARI SEGI BAHASA, YANG SATUNYA BAHASA HEBREW, DAN SATU LAGI BAHASA ARAB; TAPI IA TETAP TUHAN YANG SATU, MAHA AGUNG LAGI MAHA BERKUASA. KITA HANYA MANUSIA CIPTAAN-NYA, YANG LEMAH LAGI TAK BERDAYA DAN TAK ADA BEZA ANTARA..."
Ish, susah betul nak fahamkan kau orang ni lah!