Rabu, 20 Mei 2009

Masyarakat malang


Aku bersembang dengan taukeh tempat aku bekerja yang ada pengalaman kemalangan dan mengakibatkan kedua-dua tulang pahanya patah. Ceritanya, selagi kita tak bayar, selagi itu doktor takkan masukkan besi untuk sambungkan tulang yang patah (bagi tulang patah teruk). Dan selagi tak habis bayar, selagi itu juga doktor takkan buka besi yang ditanam apabila tulang sudah sembuh. Bagi yang tak ada duit, tak ada insurans, nah, amek kau KESAKITAN!!!

Ngeri.

Kata Salleh kawan aku, sakitnya sakit di Malaysia.

Gila.

Perubatan adalah perniagaan yang sangat menguntungkan selain dari pelancongan, pendidikan dan pelacuran. Aku tak tahu, sama ada kursus kedoktoran ada belajar untuk rasa tidak berperikemanusiaan. Dalam kes di atas, tidakkah doktor itu lebih kejam dari mamat yang kerja bawak kembalik ('tow-truck'), tuang minyak kat jalanraya supaya ada kereta berlanggar!

Bagi mereka yang mengagungkan kemajuan, mungkin mereka tak nampak ini tapi pada masa yang sama, mereka mengeluh. Dunia hari ini nak masuk jamban pun kena bayor bak kata Os dalam lagunya. Pengagung kemajuan ini bertebaran di muka bumi untuk cari duit, duit dan duit kerana hidup mereka ialah duit! Kerja siang malam tapi hasil duitnya tidak ke mana. Walaupun sudah menipu gaji pada borang DBKL untuk dapatkan flat, tapi duit tidak juga menjamin kebahagiaan kerana gaji sebulan dihabiskan pada petrol, bas sekolah, astro, prabayar, henfon terkini, kopi tongkat ali kacip fatimah cendawan guarano dan duit jaminan hidup yang dibayar kepada PEKAIDA.

Mungkin mereka sudah salah tafsir ayat 62:10 -

And when the prayer is ended, then disperse in the land and seek of Allah's bounty, and remember Allah much, that you may be succesful.

Dan seruan azan "haiya 'alal falah" menjadi sia-sia jika mereka terus-menerus memikirkan bagaimana untuk memiliki sebuah rumah besar, mercedez benz, insurans, kad kredit, gelang damium, dan mahu pergi umrah 400 kali serta pergi haji 42 kali!

Tak mahu jadi ketinggalan. Itu yang mereka pegang. Tidakkah mereka nampak bahawa apa yang mereka cari dan kerjakan itu semakin lama semakin hancur dan kehabisan! Mereka menarah tanah, menebang pokok-pokok - untuk dijadikan sumber kewangan, bekerja di syarikat yang bila-bila masa saja boleh telungkup. Tidakkah mereka nampak bahawa duit mereka hari ini tidak ke mana kerana dihabiskan pada tuntutan hidup!

Mak, pakai baju Zara dan sepatu Bally tapi hati tak bahagia tak guna juga.

Mengeluh dengan kemalangan ngeri dan muncul pelbagai virus, masalah sosial dan keruntuhan moral, tidakkah mereka nampak itu semua hasil dari kemajuan yang mereka kejar dan kerjakan? Tidakkah mereka nampak bahawa mat rempit memilih sukan rempit kerana tak ada padang bola, gelanggang bola tampar, dewan badminton, lapang memanah dan kuda-kuda untuk ditunggang di kawasan perumahan mereka? Kalau ada pun, semuanya kena bayar!

Tidakkah mereka nampak, apabila mat rempit ni eksiden, patah kaki, dan terpaksa dimasukkan besi yang semestinya kena bayar. Kalau tak mampu nak bayar pun, nak tahan sakit kenalah beli juga Uphamol 650! Tidakkah mereka nampak bahawa kerajaan UMNO hari ini sedang niagakan nyawa kita?

Tak nampak jugak? Apa punya benak la...



Hahahahahahahahahaha