Dengan nama Allah - Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan diam. Kemuncak kepada hunggah-hunggah ialah DIAM. Dalam ketika diam itu, kita akan melihat kembali apa faedahnya hunggah-hunggah kita. Apabila bertemu jawapan, kita boleh memilih untuk terus diam atau hunggah-hunggah lagi. Kemudian, diam kembali - begitulah seterusnya kehidupan.
Setiap manusia matlamatnya ialah BAHAGIA. Namun kebahagiaan ini amatlah sukar kerana manusia tak pernah berpuas hati dengan apa yang dimilikinya. Perlu dimengertikan bahawa setiap pemilikan itu bukanlah miliknya. Tapi milik Yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Lidah mudah melafazkan kita menerima takdir. Lidah juga mudah melafazkan kalimah tauhid dan niat solat lima waktu. Tapi, sedarkah kita bahawa penzahiran kalam dari lidah itu cuma kata-kata bagi memujuk akal. Dari sudut pemahamannya, adakah kita benar-benar mengerti apakah itu takdir, apakah kita betul-betul berada di dalam kalimah tauhid dan niat bukanlah sekadar lafaz?
Apabila kita mengerti, itulah kemerdekaan abadi.
Hanya mereka yang terpenjara bisa mengerti apa itu kebebasan.
Hanya mereka yang dahaga bisa mengerti apa itu puas.
Hanya mereka yang tempang bisa mengerti apa itu lari.
Hanya mereka yang hunggah-hunggah bisa mengerti apa itu diam.
Apabila sudah bisa mengerti, pasti kita menghargai.
Alam adalah penzahiran Ilmu. Ilmu berasal dari Kalam dan wajib bagi mengenal diri. Setelah mengenal diri, barulah kita mengenal Allah. Seluruh Alam kita tafsirkan melalui Akal. Akal yang mengerti dizahirkan melalui Akhlak. Menyedari hakikat Akhlak, maka kita menyedari hakikat Makhluk - segalanya berasal dan berkembali. Itulah hakikat Cinta.

Rasai Nya dan kenalilah hatimu :
http://gerbang-gerbangsufi.blogspot.com/2010/11/ketahuilah-hati-qalbun-mu.html