Memaparkan catatan dengan label ayer suam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayer suam. Papar semua catatan

Khamis, 4 Mac 2010

Hakikat wagam

Kepada pelajar perfileman sama ada di ASWARA ke, UiTM ke, 'U and I' ke, lupakan nama-nama Andre Bazin, Rudolf Arnheim, Jacques Lacan, Mansor Puteh, Hassan Muthalib dll. (ops, pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajudin mungkin tak pernah dengar nama-nama ni - bagus - tak perlu kenal, tapi kalau nak kenal, kau orang punya pasal).

Juga lupakan teori-teori filem yang sedia ada kerana ianya memeningkan kepala otak. Tapi kalau kau orang nak kejar sangat sekeping kertas bernama diploma dan ijazah yang kalau terbakar tinggal abu je, silakanlah hafal teori-teori tu. Nanti tak lulus periksa, mak bapak bising sebab PTPTN dok talipon, kirim surat ke kampung dok ugut suruh bayar hutang.

Nanti tak lama lagi, jabatan agama islam akan syorkan syarat nak kahwin, kena kasi langsai dulu hutang PTPTN, baru boleh kahwin - percayalah - kakakakakaka.... Juga, kalau kau orang nak rasa 'cool' bila dapat sebut nama-nama dan teori-teori tu, silakanlah hafal. Bila sebut pada orang lain, pastikan sebutannya tepat dan betul berserta dengan gaya ala-ala bijakpandai yang bercakap. Baru lah budak-budak tengok - "alamak, 'cool' lah brader ni..." atau "brader ni indie la..." - kakakakakakaka....

Baik, apa yang aku nak merepek kali ini ialah mengenai filem atau wayang gambar (wagam), benda yang kau orang dok suka sangat nonton di panggung dan tivi.

Pertama sekali, aku nak betulkan ialah kenapa panggil filem sedangkan filem ialah plastik seluloid atau bahasa kampungnya ialah 'kodak' (ala, zaman silam kau orang pakai untuk ambil gambar tu... takkan lupa kut... mentang-mentang lah dah ada Nikon D90 sebiji...). Tapi, benda yang kau orang nonton di panggung tu bukan filem, itu dipanggil wayang gambar atau bahasa inggerisnya disebut motion picture. Wayang gambar tu dirakam menggunakan plastik yang bernama filem (tapi sekarang ni semua dirakamkan ke dalam mikrocip).

Jika kau orang biasa dengan fotografi (yang guna filem ya, bukan digital), kau orang pasti tahu malah pasti fasih bagaimana imej dirakamkan ke atas seluloid (takkan tak tahu kut... tapi pakai Nikon FM2, ke sebab nak nampak gempak je lebih tu yang pakai Nikon FM2 tu...).

"Melukis dengan cahaya," itulah yang sahabat aku bagitau mengenai fotografi. Imej yang dirakam secara terus melalui cahaya, masuk ke dalam lensa lalu tercetak pada seluloid. Itulah fotografi. Proses ini samalah dengan proses membikin wagam. Inilah asas dan dasarnya. Dan cahaya itu sendiri terlalu mustahil untuk dinilaikan - itulah seni yang sebenar-benar seni - yang wajib semua manusia tahu dan faham.

Wagam - lengkap dengan cerita, pelakon, tempat kejadian, aksi - yang menjadi cerminan pada kehidupan manusia, kononnya. Tapi, di sebalik semua ini, pernahkan terfikir, ianya bukanlah semata-mata skrip. Bukanlah semata-mata kacak Pierre Andre atau lawa Nicole Kidman. Bukanlah aksi biasa yang menjadi cerminan kehidupan manusia. Ianya bukanlah nilai drama lagi yang perlu kita lihat di sini. Malah lebih dari itu. Ianya mengenai hakikat kehidupan. Hakikat kejadian alam. Hakikat Tuhan Maha Esa.

Di skrin, kita menonton cahaya yang menayangkan imej-imej yang dirakam. Tapi, apabila cahaya padam, imej-imej terus gelap gelita - tak ada. Tidakkah itu lebih dilihat sebagai biasan pada hakikat seorang manusia? Yang sebenarnya tak ada. Kita, manusia, hakikatnya ialah imej yang tak ada. Kita perlu percaya pada wujudnya cahaya, barulah kita percaya bahaya imej-imej semua ini wujud. Kita ini bukan siapa-siapa pun bila hakikatnya kita tahu bahawa kita sebenarnya tak ada, yang ada hanya Tuhan Maha Esa.

ASWARA tak ajar ini ya... Hahahahahaha... ASWARA ajar 30 persen!!! (itu lah, aku dah lama dah tak percayakan ASWARA, tapi kau orang nak sangat jadi macam Anwar Ibrahim masuk UMNO).

Berbalik pada tajuk di atas, apabila kita sedar hakikatnya, tak perlu lah kita rasa diri kita gempak dengan menghasilkan wagam gempak (kononnya) yang penuh dengan teori-teori yang memeningkan kepala tu. Hakikatnya sangatlah mudah - kesedaran bahawa kita ni, manusia ni, malah alam semesta dan seluruh cakerawala dan jagatraya ni, adalah milik Tuhan Maha Esa.

Buat apa nak rasa gempak jika aku tahu kau orang juga macam aku - TAK ADA. Buat apa kau orang beriya-iya nak menyebut tajuk-tajuk wagam Perancis sehingga tergeliat lidah semata-mata nak rasa 'cool' tapi hakikatnya kita semua ni TAK ADA? Kita semua sama je. Tak perlu rasa bongkak sehingga tak maafkan kesalahan orang. Kita semua saling memerlukan.

Kita semua bergelumang dalam dunia fana ni, nak kejar apa?

Jumaat, 26 Februari 2010

Emir Tulus

Emir Tulus
27 Februari 2006


Salam harijadi, anak.
Dah empat tahun dah... Hehehe...
Moga kasih sayang Allah Ta'ala sentiasa menyinari hati kita.

Sayang kamu!

Isnin, 22 Februari 2010

Maaf

Mutakhir ni, aku memikirkan tentang kematian, kehancuran dan kebinasaan terjadi pada diriku sendiri. Aku merasakan sangat huru-hara dan gelisah sepanjang masa sehingga menjejaskan hubungan dengan kekasih, sahabat handai dan juga keluarga. Aku merasakan diri aku sangat tidak selamat dan sangat tidak berguna. Ini terjadi sebaik saja aku putuskan untuk tidak lagi mengambil arak, ganja dan rokok. Tapi akhirnya aku tewas pada rokok. Namun arak dan ganja telah selamat disemadikan - tidak lagi terfikir untuk mengambilnya - muktamad! (Dadah-dadah lain telah lama 'out' sejak aku kena pengawasan polis dua tahun 2002-2004).

Pada usia 30 ni, aku rasakan, semua ini tak perlu lagi. Lebih-lebih lagi aku disyaki mengidap athritis. Aku juga merasakan kandungan toksin dalam badan juga terlalu banyak sehingga mental aku terganggu. Itu yang aku baca dalam surat khabar bahagian kesihatan.

Sakit. Macam nak pecah dada. Jantung tak berhenti berdebar dan berdegup laju! Makan bukan lagi wajib bagi aku. Tidur juga sudah tidak penting. Otak berfikir macam-macam - NEGATIF! Sekarang, adalah proses aku sedang berlawan! Proses 'defragment'. Dalam proses ini satu kerja pun aku buat tak ada perasaan dan jiwa. Aku langsung tidak boleh menulis apa lagi untuk melukis! Itu cukup menakutkan aku! Hidup dalam ketakutan yang amat sangat. Aku dihantui dengan adegan-adegan yang aku cipta sendiri di dalam fikiran aku. Aku takut macam-macam. Takut kehilangan paling utama. Kacau!

Saat ketika aku menulis ini, segalanya sudah semakin beransur pulih namun ada lagi sisa baki yang tiba-tiba saja menyerang. Apa yang aku buat sepanjang proses ini - MENGENAL DIRI. Aku cuba untuk solat secara konsisten, tapi aku jadi tidak ikhlas dan sangat memaksa. Aku mahu ikhlas dalam solat. Aku mahu ikhlas dalam mengingati Tuhan Yang Maha Esa. Aku sedang cuba untuk membina kembali hubungan aku dengan Allah Ta'ala, sebagaimana aku cuba membina kembali hubungan aku dengan kekasih, sahabat handai dan keluarga.

Ini kali kedua aku sakit setelah sakit yang pertama pada tahun 2006 (yang ini sangat peribadi). Cukuplah. Aku tak mahu lagi sakit seperti ini dan sebegini.

Anak, kekasih, sahabat handai dan keluarga, maafkan aku. Aku pun tak nak jadi macam ni. Tapi untuk menjadi kepada yang lebih baik dari yang teruk, memang kena jadi macam ni. Pertukaran. Hijrah. Mua'alaf.

Maafkan aku.

Selasa, 9 Februari 2010

Sakit (kedua)

Setiap perlawanan mesti mengakibatkan sakit! Untuk menempuh perlawanan mesti lalui disiplin latihan. Disiplin latihan inilah akan menjadikan kita kebas, tidak sakit lagi dalam perlawanan dan kita jadi manusia kental! Asalkan, kita pegang, yakin dan percaya pada apa yang kita percaya.

Kemenangan. Semua orang mahu kemenangan. Semua orang tak mahu tewas, kalah, jadi 'loser' atau 'gagalist'. Sperma yang berjaya masuk ke dalam ovum adalah sperma yang menang - kalahkan sperma-sperma lain yang kecundang! Apabila semua orang mahu menang, otomatik pasti ada perlawanan yang mengakibatkan kesakitan.

Menang atau kalah - tetap sakit.

Kesedaran kebenaran.

Jumaat, 6 November 2009

Tabung Amirul Fakir



14 November 2009 ( Sabtu )
3.00 petang - 11.00 malam


Tempat :
No. 32, Laluan Tasek Timur 12, Taman Seri Dermawan,
Bercham, 31400 Ipoh.


Masuk :
Percuma


Seniman :


Meor 'Folk' Yusof Aziddin
Pyanhabib
Rahmat Haron
Nikbinjidan
Fathullah 'Romantikarat'
Jay 'Freelove'
Airmas
Chromatic
Space Gambus Experiment
SM Zakir & kawan-kawan PENA
Goh Lee Kwang
Oxygen Media
Dirtee Clothing
Adore Clothing
APDR
Kamal Sabran
Azman Mohd
Haneem Kaydeen


Aturcara :


3.00 petang

:: Jualan 'bundle', buku & produk seni.
:: Putaran filem pendek & video seni.


8.00 malam


:: Pelancaran Tabung Amirul Fakir (TAF) oleh saudara Meor Yusof Aziddin.

:: Persembahan muzik & puisi.



Isnin, 19 Oktober 2009

Neutral

Teruk! Teruk betul.

Aku memang tak boleh kendali diri dengan baik mutakhir ni.

Maafkan aku, jika ada yang tersinggung.