Khamis, 22 Januari 2009

SembangSumbang

Aku jatuh teruk kali ini. Jatuh hingga susah aku nak bangun. Badan jadi kebas, tak tahu sama ada darah dah habis terpancut keluar ataupun rangka tulang aku habis patah seribu. Sakitnya sikit pun tak terasa. Dan bila lori melintasi mata, tayarnya memercikkan batu-batu kecil dan kejam lalu merejam seluruh tubuh aku, tak sedikit pun aku meraung! Aku dah jadi batu! Seluruhnya!

Kehidupan, sama ada di bandar atau di kampung, sama saja. Bukanlah persekitaran tapi apa yang ada dalam otak - apa yang kita fikirkan. Apa bezanya dapat hidup bebas ke sana ke mari tapi menyedut udara yang kotor, dengan menyedut udara segar bersih tapi hidup terhalang itu dan ini?

Masa terus bergerak – bagi mereka yang mengira masa, masa bergerak pantas!. Bagi aku, masa tetap sama – siang dan malam, dan bumi burpusing pada paksinya, tawaf mengelilingi matahari selama 365 hari. Selepas 365 hari, ia kembali kepada 1 dan ini berulangan sampai kiamat! Ini hakikatnya.

Kelahiran dan kematian dan penghidupan di antara itu yakni dari bayi sehingga tua keripot, bukan melambangkan peredaran masa tetapi tak lain hanyalah permainan fikiran atau ilusi mata! Segala-galanya adalah ilusi mata! Dunia ini, hidup ini adalah ilusi mata.

Sabtu, 17 Januari 2009

"I-ni shewious..."

Telefon, telefon berbunyi...
Telefon, kami datang...
Telefon, telefon berbunyi...

Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya!
Ada haiwan dalam bahaya di sana...

Linni!
Tuck!
Dan Ming-ming juga!
Wonder Pets datang membantu...

Apa yang penting?
Kerjasama!

Apa yang penting?
Kerjasama!

Kami tak besar!
Kami tak kuat!
Bila kerjasama semua jadi mudah...

Yay - Wonder Pets!

--------------------------------------

Hahaha - aku rasa, ramai yang tau lagu ni dan selalu juga nonton cerita ni. Bukan saja budak-budak yang suka malah bapak dan mak budak pun suka! Hahahaha...

Siapa yang tak pernah nonton, aku syorkan nontonnya setiap hari, jam 2.30 petang di TV9 - dekat di hati. Lagu di atas diambil dari Wonder Pets yang dialihbahasakan ke bahasa melayu. Bahasa asalnya ialah inggeris.

Tabik spring kepada Josh Selig - pereka animasi muzikal yang comel ni, dan pasukannya - produksi Little Airplane - satu lagi produk Amerika Syarikat yang sangat bagus.

Tak ada apa selain watak yang comel - terutama Ming-ming si itik, Linni si guinea pig dan Tuck si kura-kura; dan teknik 'photo-puppetry' yang mengkagumkan dalam animasi ni. Struktur ceritanya sama saja setiap episod, yang berubah cuma haiwan yang diselamatkan, kostum (sewaktu Wonder Pets terjun ke dalam kotak untuk memakai mantel - petanda budaya tempat yang akan mereka pergi) dan latar geografi tempat haiwan yang diselamatkan. Selain itu, cara mereka menyelesaikan masalah yang ditunjukkan terlebih dahulu sewaktu mereka 'set-up' bot terbang.

Aku rasa, Josh Selig bukan tak ada idea, tapi dia memberitahu kita bahawa kehidupan ini sama saja - tak ada yang berubah. Cuma kita hadapi masalah dan bagaimana cara kita mengatasi - dan tengok,bagaimana manusia Amerika Syarikat ni mendidik budak-budak di tadika? Aku kagum betul. Kita di sini, tak habis-habis dengan permainan merebut kerusi dan bubur kacang.

Aku teringat salah satu episodnya - "Wonder Pets menyelamatkan Reindeer", di mana rusa Santa Claus berasa sangat rendah diri dan tak boleh melakukan tugas iaitu menarik kereta Santa. Kemudian Tuck berkata bahawa dia dahulunya tidak yakin bahawa dia dilantik menjadi Wonder Pets. Tapi, akhirnya dia yakin kerana memikirkan Wonder Pets adalah suatu kerja yang mulia. Nah, kat sini kita dapati ia adalah fardhu ain - membina keyakinan diri. Kenapa? Wonder Pets ialah yang terpilih - 'the chosen three'. Siapa yang memilih? Josh Selig yang pilih dan jika dibaca melalui konsep lain bahawa tuhan lah yang memilih.

Kemudian kita tengok - tak ada pengajaran lain selain "apa yang penting - kerjasama, bila kerjasama semua jadi mudah". Hah, kat sini pulak fardhu kifayah! Oleh kerana kita berkongsi oksigen dengan makhluk lain juga, maka kita seharusnya bekerjasama dan bermasyarakat tanpa prejudis! Ini shewious... - hahahahaha. Ya, ini serius sebab ianya sebuah pengulangan di setiap episodnya - samalah konsepnya dengan azan yang diulang-ulang dan akhirnya masuk ke otak lalu melekat kat memori!

Mungkin Josh Selig sengaja meletakkan 'the chosen three' Wonder Pets untuk melambangkan tiga agama monotheism - Judah, Kristian dan Islam - wallauhua'lam...

Aku nak tulis pasal cerita ni dah lama, sejak aku sedar bahawa bukan aku seorang yang nontonnya, malah kawan-kawan aku - semuanya, dan bila aku nyanyi lagu tu, mereka ketawa dan berkata "kau pun tengok!?" Tapi aku dok layan lagi walaupun TV9 dah dok pusing episod yang sama berulangkali.

Akhirnya, aku jadi malu, kerana Josh Selig sedikitpun tidak tunjukkan watak manusia tetapi hanya suara budak-budak tadika yang dah nak balik. Sebaliknya Josh Selig tunjukkan Wonder Pets yang bersifat kemanusiaan.

Hmmm...

Khamis, 15 Januari 2009

Sharifah Sahaja

Kak Puri,

Nama saya - Sharifah. Sharifah sahaja. Sharifah Binti Majid. Ramai yang bertanya kenapa nama bapa saya bukan 'Syed'?

Saya dilahirkan pada subuh Jumaat, dan menurut kepercayaan masyarakat saya, sesiapa yang lahir pada hari Jumaat, mesti letak nama Syed atau Sharifah.

Ianya kelakar kan? Tapi itulah realiti yang saya hadapi.

Sehingga ke hari ini saya masih bertanya, kenapa kelahiran pada hari Jumaat dianggap sebagai suatu yang suci lalu diletakkan nama dari keturunan Saiyidina Ali - Syed dan Sharifah. Kenapa mesti pergi jauh ke kota Karbala sedangkan saya lahir di Manong.

Masyarakat saya dan Saiyidina Ali tak dapat dipisahkan. Lihatlah pokok-pokok herba yang diberi nama tongkat ali dan kacip fatimah (isteri Saiyidina Ali dan anak Muhammad). Saya keliru sama ada masyarakat saya ini pengikut syiah atau sunni?

Namun, saya cuma manusia biasa, yang mengikut untuk menjaga nama baik bangsa dan agama.

Seperti kebiasaan gadis lain, saya juga punya impian. Impian saya ialah berkahwin dengan lelaki yang bernama Syed. Saya tak peduli, saya mesti gapai impian saya kerana hanya cara ini sahaja saya dapat meneruskan kesinambungan nama saya.

Tetapi, lelaki yang saya cintai itu bukanlah dari keturunan Syed. Namanya Mahmud. Cinta tak mengizinkan impian saya. Walaupun sedikit kecewa kerana impian saya tidak tercapai, tapi saya bahagia kerana Mahmud seorang yang baik.

Mahmud tahu impian saya adalah untuk berkahwin dengan keturunan Syed malah Mahmud sudah membuat pelbagai cara untuk saya gapai impian saya. Dia sanggup kenalkan saya dengan kawannya yang bernama Syed tetapi saya menolak. Mahmud juga menyuruh saya memanggil dirinya Syed sebagai ganti nama 'abang'. Juga saya tak sanggup kerana itu bukan dia. Dia adalah Mahmud Bin Berahim, anak tokeh balak!

Biarlah saya tidak mencapai impian saya, tapi saya bahagia. Akhirnya kami pun diijabkabulkan.

Setelah lima tahun berumahtangga, Mahmud ditangkap dan dimasukkan ke penjara kerana menanam ganja di dusun ayahnya. Bapa mertua saya pula meninggal dunia lalu syarikat balaknya juga muflis. Kini, saya punyai tiga orang anak. Keluarga saya pula menyalahkan saya kerana salah pilih bakal suami, sedangkan masa pernikahan kami, bapa sayalah yang beriya benar hendak menikahkan Mahmud.

Untuk menyara hidup, saya menjual kundas. Dan dalam pada itu, saya juga berkenalan dengan seorang jejaka yang sangat menjaga kebajikan saya dan nama jejaka itu ialah Syed Hamid. Dia seorang duda tapi tidak punya anak.

Kak Puri,

Hati saya kini sudah berbelah bahagi. Saya masih lagi isteri kepada Mahmud dan masih sayangkan dia. Tapi dalam pada masa yang sama, saya mula mencintai Syed Hamid yang merupakan impian saya.

Yang kebingungan,

Sharifah.

Khamis, 1 Januari 2009

Jangan jadi 'tolo'

Kita jangan cepat melatah bahawa serangan di Gaza itu adalah angkara Yahudi seluruhnya. Ianya angkara Zionis - sebuah gerakan perkauman anti-arab yang didukung oleh sesetengah Yahudi sahaja, tidak seluruhnya.

Begitu juga serangan 'kepala babi' di Melaka, bukanlah angkara Cina seluruhnya. Ianya angkara segelintir sahaja.

Dan juga Melayu, bukanlah Melayu itu semuanya Islam. Eh, bukanlah Islam itu semuanya Melayu. Eh, silap, Melayu itu tak pandai guna bahasa Melayu, tapi nama mereka guna bahasa Arab, eh, apa ni, Allah untuk orang Islam sahaja (tapi dalam Quran tulis nabi Musa Yahudi tu membawa agama Allah dengan kitabnya Taurat untuk Bani Israel), alah... Arab itu Islam - Abdullah itu Islam, Supardjo bukan Islam. Tapi... Tariq Aziz tu Kristian!

Konfius... konfius...

HAHAHAHAHAHAHAHA

*** 'tolo', ialah bahasa sesedap lidah yang digunakan oleh warga kampung Lubok Merbau dan seangkatan dengannya, yang bermaksud 'bodoh', 'bangang', 'bahalul', dsb.