Rabu, 3 Jun 2009

SembangSumbang


TEH O SERAI
lakonlayar filem pendek
Mohammad Hariry


FADE IN

DALAM. RUMAH / RUANG TAMU. MALAM

Bada tersentak. Dia dikejutkan oleh Jun, isterinya. Bada menghela nafas yang panjang. Dia memerhati sekeliling seketika. Jun meletakkan air teh o serai di atas meja. Bada seperti teringat sesuatu. Dia memerhati jam tangannya. 11.43. Kemudian dia memerhati anaknya, Amin, tidur di sofa; TV masih menyala, menayangkan filem aksi tembak-menembak; Sebuah beg pakaian masih di tepi sofanya; Di ruang tamu itu cuma diterangi lampu tidur.

Jun yang berkain batik dan berkemeja t bercetakkan potret Janis Joplin, tiba-tiba duduk di atas pangku Bada. Bada memerhati aksi Jun yang membetulkan kolar kemeja Bada. Kemudian Jun memeluk Bada seeratnya. Bada dapat merasakan nafas Jun di lehernya. Bada membalas pelukan itu.

JUN:
Kenapa tak minum? Teh o serai.
Boleh kasi lu relax sikit.

BADA:
I’m sorry darl. Sekarang ni,
wa tak percaya sesiapa pun
termasuk lu.

JUN:
O, lu fikir wa letak valume ya?
Come on, man... Ini tak adil.
Lu percaya lebih sama kawan
lu dari wa.

Jun ketawa. Bada turut ketawa. Dapat dirasakan sedikit mesra di sini.

JUN:
O, kay... Wa buktikan.

Jun bingkas bangun dari pangku Bada, mencapai teh o serai di meja. Jun minum seteguk sambil memerhati Bada yang memerhatikannya. Dengan penuh yakin, Jun menunjukkan aksi yang memberitahu yang teh o serai itu tak ada racun. Jun membawa teh o serai, kembali duduk di pangku Bada. Kemudian Jun mendekatkan mug ke mulut Bada. Jun menyuruh Bada minum. Bada minum. Setelah minum seteguk, Bada tersenyum. Begitu juga Jun. Mesra.

BADA:
Okay, wa percaya sama lu.

JUN:
Anak dah seorang, baru sekarang
lu percaya kat wa? Lu ni memang
a typical politician! A ‘C’ grade
student!

Bada ketawa. Begitu juga Jun. Lagi sedikit mesra ditunjukkan.

BADA:
Dan lu... a typical modern wife.
An ‘A’ grade student from TKC!

Mereka berdua ketawa lagi. Jun menyuruh Bada minum teh o serai. Bada minum. Setelah minum, Jun meletakkan mug di lantai. Jun memeluk erat Bada lagi. Bada membalas pelukan.

JUN:
Berapa tahun wa mesti rindu
moment ni?

BADA:
Hmm?

JUN:
Moment ni moment yang paling best.
Lepas ni lu pergi. Tak tau lu
kat mana. Berapa tahun lu
mesti pergi?

Bada menghela nafas. Agak berat nafasnya. Dia bungkam. Jun dapat merasakan jantung Bada berdegup kencang. Jun memeluk dengan lebih erat.

Tiba-tiba pintu diketuk. Bada dan Jun terkejut. Jun bingkas bangun dari pangku. Bada segera ke pintu. Pintu diketuk lagi. Bada teragak-agak nak buka atau tidak. Pintu diketuk lagi sekali. Bada terus membuka pintu. Dilihatnya Hashim dan Samat di luar. Bada lega, membuka pintu luas sedikit.

HASHIM:
Sorry, Bad. Banyak pagar tadi.
Jom, tak boleh lama ni. Dah lambat.
Pak Syeikh dah tunggu.

Bada segera mencapai begnya dan bagi pada Samat. Bada menghampiri Amin yang tidur di sofa. Memeluk Amin seeratnya. Amin mengeliat, seperti terjaga, kemudian tidur semula.

BADA:
(berbisik)
Ayah doakan Amin!

Kemudian Bada menghampiri Jun. Jun menahan airmatanya, segera memeluk Bada. Lebih erat dari sebelum-sebelumnya.

JUN:
(berbisik)
Pergi! Jangan mengalah! Good luck!

Bada mencium pipi Jun sepuasnya. Kemudian Bada segera mendapatkan Hashim dan Samat di pintu. Bada memakai kasutnya lalu menutup pintu.


CUT TO:


DALAM. RUMAH / RUANG TAMU. MALAM

Bada tersentak. Dia dikejutkan oleh Jun, isterinya. Bada menghela nafas yang panjang. Dia memerhati sekeliling seketika. Jun meletakkan air teh o serai di atas meja. Bada seperti teringat sesuatu. Dia memerhati jam tangannya. 11.43. Kemudian dia memerhati anaknya, Amin, tidur di sofa; TV masih menyala, menayangkan filem kartun; Sebuah beg pakaian masih di tepi sofanya; Di ruang tamu itu cuma diterangi lampu tidur.

Jun yang memakai kaftan, tiba-tiba duduk di atas pangku Bada. Bada memerhati aksi Jun yang membetulkan kolar kemeja Bada. Kemudian Jun memeluk Bada seeratnya. Bada dapat merasakan nafas Jun di lehernya. Bada membalas pelukan itu.

Jun ketawa. Bada turut ketawa. Dapat dirasakan sedikit mesra di sini.

Jun bingkas bangun dari pangku Bada, mencapai teh o serai di meja. Jun minum seteguk sambil memerhati Bada yang memerhatikannya. Dengan penuh yakin, Jun menunjukkan aksi yang memberitahu yang teh o serai itu tak ada racun. Jun membawa teh o serai, kembali duduk di pangku Bada. Kemudian Jun mendekatkan mug ke mulut Bada. Jun menyuruh Bada minum. Bada minum. Setelah minum seteguk, Bada tersengih. Begitu juga Jun. Mesra.

Bada ketawa. Begitu juga Jun. Lagi sedikit mesra ditunjukkan.

Mereka berdua ketawa lagi. Jun menyuruh Bada minum teh o serai. Bada minum. Setelah minum, Jun meletakkan mug di lantai. Jun memeluk erat Bada lagi. Bada membalas pelukan.

Bada menghela nafas. Agak berat nafasnya. Dia bungkam. Jun dapat merasakan jantung Bada berdegup kencang. Jun memeluk dengan lebih erat.

Tiba-tiba pintu diketuk. Bada dan Jun terkejut. Jun bingkas bangun dari pangku. Bada segera ke pintu. Pintu diketuk lagi. Bada teragak-agak nak buka atau tidak. Pintu diketuk lagi sekali. Bada terus membuka pintu. Dilihatnya beberapa orang polis sedang mengacu pistol ke mukanya.


CUT TO:


LUAR. TEPI JALANRAYA. MALAM

DALAM KERETA – Hashim dan Samat terdengar sayup-sayup tiga das tembakan pistol di rumah Bada. Hashim menangis. Samat bungkam.


CUT TO:


DALAM. RUMAH BADA. MALAM

Tangan Amin yang terkulai pucat dan terdapat percikan darah. Seorang polis meletakkan pistol di tangannya.

Di atas almari, terdapat rehal yang terletak senaskah Kur’an. Seorang polis menggantikan Kur’an itu kepada senaskah buku ‘Little Red Book’.

Seorang polis sedang minum saki baki teh o serai.


FADE OUT

Isnin, 25 Mei 2009

Cicak

Kalau pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semua kecewa dengan suasana masyarakat hari ini, pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semuanya wajiblah merenung kesilapan diri kerana sewaktu muda dahulu tidak menyokong total perjuangan KMM, PKM, API, dan AWAS. Pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik seharusnya menyesal menyokong kuat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dengan nama Inggerisnya - UMNO.

Aku faham, pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semua masa tu tak boleh tak tengok betis minah Inggeris yang memerah jambu di atas rumput hijau. Lebih-lebih lagi mat-mat Inggeris ni lebih terbukti bijak dan bertamadun. Pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semua mana yakin mat-mat Melayu seperti Ahmad Boestamam tu tadbir negeri!

Tadi, kerajaan UMNO baru sedar dan tahu bahawa fahaman komunis masih lagi menular dan disebarkan melalui internet. Orang-orang bijak pandai UMNO ni pun bagitau bahawa fahaman komunis ni bahaya dan bimbang ia menusuk masuk ke pemikiran anak muda hari ini. Fahaman komunis sepatutnya tidak wujud di dalam negara yang mengamalkan demorasi - kata mereka.

Cet, apa punya bodoh la...

Kemudian, pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik ni pun cerita lah keadaan dia orang waktu zaman komunis tu. Nasib baik ada askar-askar Inggeris datang tolong. Kalau tak, dia orang tak merasa naik LRT hari ini.

Cerita-cerita menakutkan orang akan bahaya komunis ni samalah dengannya cerita 'cicak musuh nabi'. Jika ternampak cicak, haruslah dibunuh kerana cicak inilah yang mengeluarkan bunyi semasa Muhammad bersembunyi di gua ketika diburu Abu Jahal dan geng. Maka, berduyunlah budak-budak mencari lastik untuk memburu cicak di masjid.

Halo, cicak yang jadi musuh tu cuma cicak yang dalam gua tu je lah! Tak pasal-pasal seluruh keturunan cicak kena lastik! Apa la... Kalau cicak tu berak atas sejadah, angkat buang je lah taik dia. Apa susah!

Tapi ini pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik yang disekat pengetahuannya, tidak dibenarkan membaca bahan-bahan ilmiah, tidak memikir lojik, terlalu mengharap metafizik, maka mereka pun ikut saja pemimpin UMNO. Sepandai-pandai Mahathir Mohamed, ada juga bodohnya. Dia fikir dengan berkempen 'celik IT', dia boleh bikin bisnes. Tapi dia tak tahu bahawa IT telah membongkar segala rahsia!

Kalau mereka risaukan fahaman komunis ni akan tersebar ke pemikiran anak muda, aku syorkan supaya mereka tak perlu risau tetapi mereka cuma perlu mengucap. Dah terlambat dah... Fahaman komunis ni sudahpun tersebar dengan riangnya di minda anak muda dan anak muda hari ini sudah tahu sejarah sebenar pembentukan negara Malaysia malah anak muda hari ini pemikirannya lebih demokratik dan liberal berbanding pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik yang kononnya mengamalkan demokrasi-islam.

Cet!

Cet!

Ptuih!

Janganlah pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik ni salahkan fahaman komunis pulak bila kadar jenayah meningkat! Hahahahahaha UMNO tu cuma makhluk biasa je. Tak ada keramat apalagi mukjizat. Tak ada kesuciannya UMNO tu. Kalau semua benda UMNO ni bikin yang mulia-mulia je, aku cadangkan tukar nama kepada 'Pertubuhan Rasul Ulul Azmi'. Hahahahahahaha Faham ke tidak ni? Hahahahahahaha

Sultan ada daulat? Hahahahaha ini satu lagi. Kalah nabi Muhammad rasul junjungan pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik ni. Sultan tak boleh dihina. Kahkahkahkahkahkah... Nabi Muhammad tu jenuh kena hina. Siap luka lagi masa berperang. Daulat ke, syirik yang sultan ni ada? Wei, pikio (berfikir) la sikit! Kata islam.



Hahahahahahahahahahahaha

Sabtu, 23 Mei 2009

Lagenda 'Jun Gila'

Nama sebenarnya Zul atau Tajul. Aku tak tahu, Tapi orang kampung panggil dia 'Jun Gila'. Dia anak kepada arwah Man Ikan. Ops, sebelum tu, si Jun ni pun dah arwah. Dia ni lelaki.

Jun bukan lah gila macam orang gila yang lain. Untuk menjadi SB, jauh sekali - Jun tak layak. Jun cuma mengidap penyakit epilepsi ataupun sawan babi. Oleh kerana dia miskin, suka berbaju kemeja dan berseluar 'bell-bottom' yang sama selang sehari, berbau hancing sepanjang masa, maka itu orang menggelarnya gila.

Jun gila.

Masa aku budak-budak dulu, aku selalu ditakutkan dengan retorik makcik jiran aku - "pergi lah main jauh-jauh, culik dek Jun gila nanti baru tau!" Dan aku yang jujur lurus ni pun takut setiap kali melihat kelibat Jun berjalan kaki di jalanraya. Badannya tinggi, sasa, tegap. Rambutnya pendek macam komando. Matanya meliar, cukup untuk menakutkan aku yang masa itu baru darjah tiga atau empat.

Kalau aku ke kedai untuk membeli 'bon bon' atau 'cintan', selalunya aku nampak dia lepak dengan pakcik-pakcik. Aku langsung tak mahu pandang dia, terus laju capai basikal dan pecut! Takut beb.

Bila aku dah tingkatan, aku cuba buang rasa takut pada dia. Kemudian, aku dah tahu dia sebenarnya sakit sawan babi. Aku tak lari lagi setiap kali berhadapan dengan dia. Aku menegur dia setiap kali berselisih di jalanraya atau di kedai sebagai tanda aku juga kenal kau, Jun.

Satu ketika, di sebuah kenduri saudara-mara di kampung, Jun datang untuk membantu. Dia tidak digalakkan membuat kerja. Tapi dia akan menjadi penghibur pakcik-pakcik yang penat menyiang, menggulai dan melantak. Aku melihat di hadapan mata aku, beberapa orang pakcik ni menyuruh Jun ni hisap rokok. Jun pun hisaplah. Kemudian, Jun disuruh hembus asap ikut telinga. Jun pun mencubanya, tapi tak berjaya. Salah seorang dari pakcik ni mencadangkan supaya Jun menutup mulut dan hidungnya, barulah asap keluar ikut telinga. Jun pun buat.

Asap keluar ikut telinga juga, ikut matanya... Merah mata dia, tercungap nafas dia.

Sewaktu aku tingkatan, aku tinggal di asrama, jadi aku tak tahu apa lagi yang berlaku kat dia. Akhirnya aku dapat berita yang dia mati lemas kat sungai ketika diserang epilepsi.

Al fatihah dan sejuta 'salute' gua pada lu sebab boleh kasi keluar asap rokok ikut telinga!

Jumaat, 22 Mei 2009

Mat saleh

Sultan Melaka hari ini


Asal-usul perkataan 'mat saleh', yang kita selalu panggil bagi lelaki dari Eropah dan Amerika Syarikat.

***

Pada zaman kesultanan melayu Melaka, para pedagang-pedagang dari seantero dunia telah singgah di pelabuhan Melaka dan menjadikan pelabuhan itu mahsyur lagi gemilang, cemerlang, terbilang, dan pailang. Pedagang-pedagang dari Eropah, yang mengambil lautan sebagai jalan alternatif untuk ke China, selain dari 'jalan sutera' yang telah turun-temurun sebelumnya menjadi jalan utama.

Jika pedagang itu datangnya dari kepulauan Inggeris, pelayarannya tentu melalui Lautan Antlatik, kemudian singgah di Tanjung Harapan, kemudian menempuh pula Lautan Hindi, singgah di Goa, memasuki Selat Melaka, ke Laut China Selatan, dan baru tiba di negeri China. Ianya sebuah pelayaran yang panjang dan lama.

Ketika singgah di pelabuhan Melaka, Dato' Syahbandar seperti biasa menjalankan tugasnya dengan benar, amanah, tabligh dan fatonah mengutip cukai dari setiap kapal-kapal dan pedagang-pedagang yang berlabuh di pelabuhan tersebut. Saat ketika Dato' Syahbandar ini sedang mengutip cukai dari kapal Inggeris ini, maka kedengaranlah pesta riuh-rendah, gegak-gempita dari atas kapal milik Inggeris ini. Maka adanya mereka itu berhibur sakan dan bermabuk sayang lah mereka di atas dek setelah penat berlayaran. Kelakuan mereka itu telah menimbulkan pertanyaan pada jemala Dato' Syahbandar dan dengan tidak keberatan, bertanyalah dia kepada kapten kapal itu.

"Hu ar dei? (who are they?)" tanya Dato' Syahbandar.

"O... They're 'mad sailor'. Don't worry about them. Now give me back my change!" jawab kapten kapal Inggeris itu sambil Dato' Syahbandar segera memulangkan baki duit cukai. Setelah itu, beredarlah kapten itu naik semula ke dek untuk turut sama berhibur.

Tinggallah Dato' Syahbandar terpinga-pinga mengingat kembali perkataan 'mad sailor' tetapi disebutnya 'mat saleh'...

Wallahua'alamfissawwab...

***