Sabtu, 3 Mei 2008

Auw, mak menonton teater nyah....

Baru-baru ini aku nak menonton teater 'Patung Kertas' arahan Loga (Lokman Ghani) di MTC. Aku nak tengok gimik pelakon Jalaluddin Hassan ni jadi pondan. Akan tetapi aku dinasihatkan oleh sahabat, kalau nak tengok pondan punya show, baik tengok kat restoran The Ship Bukit Bintang. Ataupun pergi saja ke belakang Esso Jalan Ampang sana. Kemudian, aku baru-baru ini menonton kembali filem arahan Osman Ali - 'Bukak Api'. Keghairahan aku untuk tengok pondan-pondan ni semakin kuat (aku tak tahu la, antara aku dengan pondan bagai ada kimia yang kuat, hahahaha). Bak kata teori lisan yang tak tertulis, jikalau seorang lelaki beristinjak (basuh berak) dan dia layan basuh berak tu, maka ada sesuatu yang tak kena pada dia. Lelaki itu berpotensi besar untuk dijimak. Betul ke tidak, Wallahu'alam... Hehehehe

Dan semalam, aku pergi lah menonton 'Fragmen Teater' di Taman Budaya Kuala Lumpur, anjuran Angkatan Karyawan Aktif Kuala Lumpur (ANGKA). Ada empat fragmen yang diselang-selikan dengan nyanyian (macam ekstraturn bangsawan la). Bagi aku, cuma dua fragmen yang boleh dipuji dan dua lagi sekadar kadar je.

POSTO EPISOD CAHAYA MATA

Menurut sinopsis yang tertulis dalam pamflet, fragmen ini adalah lanjutan persembahan maim (mime) 'Posto' yang pernah dipentaskan pada tahun 2003. Fragmen arahan Azman Hassan dan dilakonkan oleh Mohd. Faizal Idris dan Nurhaiza Muhd. Salleh ini sangat-sangatlah boleh dipuji kerana tak semua penggiat teater berani mengambil risiko untuk mementaskan maim. Walaupun Azman membawa tipikal maim (solekan dan cerita), tetapi ianya bagi aku sangat segar. Ceritanya mudah - ragam suami isteri yang menjaga bayi di tengah malam hari. Tetapi lakonan maim yang dibawa sangat meyakinkan penonton dan penonton seronok meneka apakah yang dimaimkan oleh mereka. Dibantu dengan kesan bunyi, persembahan fragmen ini boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar tahun akhir seni persembahan yang ingin menjadikan lakonan sebagai penilaian akhir. Ha'ah yek, kenapa pelajar-pelajar seperti di ASWARA, UM dan UITM tidak mahu mengambil risiko untuk membuat maim dari mengambil risiko mementaskan cerita 'mat saleh' yang langsung kita tak faham budaya diorang, kita letakkan unsur-unsur spektakular (set & kostum) yang gempak-gempak, yang melibatkan wang ringgit sehingga beribu-ribu habis untuk kepuasan yang cuma 2 jam! Ini bolehlah aku samakan dengan berjimak dengan pelacur yang perlu dibayar beratus-ratus cuma untuk melepaskan air mani yang prosesnya cuma 3 minit. Kan lebih baik ambil sabun dan gunakan saja tangan kiri. Hahahaha... Tidakkah kita sedar (pelajar) bahawa institusi pengajian kalian sedang mengambil duit kalian?

Ops, aku dah merepek dah... Untuk fragmen ini yang terlalu banyak 'blackout' (lampu) untuk pertukaran adegan, kalau boleh elakkan kerana penggunaannya dari memberi rasa saspen lama-lama boleh menjatuhkan mood penonton. Tak salah pelakon bergerak dalam terang untuk pergi ke adegan seterusnya. Dan ada juga yang dipanggil 'intercut' seperti adegan di mana isteri membancuh susu di dapur dan suami melayan anak di buaian. Bagi aku, tak perlu 'blackout' tetapi alangkah baiknya jika guna teknik 'quick crossfade' ataupun 'slow crossfade'. 'Fade out' di sebelah isteri sambil itu 'fade in' di sebelah suami. Kalau teori filem, 'blackout' memberi makna tragedi. Tetapi di pentas, 'blackout' samalah dengan bosan.

KEMENYAN HANTU

Hallooo Zaili Md Noor dan Mohd Rodzi Abdullah yang menulis skrip fragmen ini, isu kentut dan kejujuran yang dibawa kalian ni bagus TETAPI janganlah Razak Mohaideen sangat sifat cerita ni... Kalian memindahkan lawak-lawak e-mel dan sms ke pentas. Rata-rata penonton dah tahu lawak kentut ni. Jadi cerita kalian tak berapa relevan (bak kata hakim Augustine Paul) untuk zaman sekarang ni. Untuk Zaili, kalau nak bawa realis atau naturalis di pentas (nasi, teh, biskut, gula, semuanya betul), kalau boleh penggunaan audio radio tu janganlah libatkan 'speaker' di kawasan penonton. Terganggu! Tak dengar dialog apa yang pelakon kau cakap! Ramai pengarah tak peka benda ni. Lepas tu suruh pelakon setengah mati keluarkan suara sebab nak lawan bunyi audio yang mengganggu. Kan lebih baik, letak sebijik 'speaker' (sama ada 'monitor' atau 'speaker' komputer pun boleh) kat atas pentas, tapi soroklah sikit. Jadi hasilnya bunyi radio tu berlegar di sekitar pentas saja dan tidak mengganggu penonton dan lebih REAL sifatnya.

MANGLI

Aku nak berkenalan dengan Ahadi Iskandar yang tulis cerita ni. Cerita begini sangat relevan untuk TEATER MELAYU pada tahun 2008 ni. Ceritanya berat sebenarnya, mempertikaikan Tuhan yang tak pernah datang untuk membantu orang susah. Senang cakap, orang dah tak beriman. Jadilah manusia sekarang seperti Bani Israel di zaman Nabi Musa. Watak Aris yang mengutuk pegawai-pegawai besar, yang ditindas dan ditindas lagi dengan putus cintanya dan paling dahsyat dia dicopek. Dendam-dendamnya sebelum ini ingin dilepaskan pada pencopek dan dia menunggu kehadiran pencopek setiap hari di hentian bas itu untuk melepaskan dendamnya. Tetapi dendamnya ini tidak terkawal sehingga dia jadi seperti tak betul. Maka di sini datanglah pondan (yang merupakan kawan lama Aris sewaktu di matrikulasi) menjadi nabi untuk selamatkan Aris. Tetapi kedegilan Aris dan ketidakbetulan dia membuatkan dia sombong dan bongkak. Pondan ni tadi cuba membawa dia ke masa depan yang cerah tetapi Aris tetap degil, tak mahu ikut. Bukankah ini sikap Bani Israel ketika Musa mengajak mereka beriman tetapi Bani Israel ni memang Allah Ta'ala jadikan suatu kaum yang bongkak (sebab itu hidung mereka tinggi). Tapi kenapa pondan yang datang? Dalam sinopsis tulis gadis. Tapi kenapa pondan? Apa gimik yang ada pada pondan ni?

Apapun aku suka lakonan kalian yang sangat lancar, biasa, bersahaja.

DARAI GHAZAL PARTY TERAKHIR

Darai ialah perkataan dari dialek orang utara yang maknanya PONDAN. Pondan lagi... Bila aku menonton fragmen ini, bertul cakap sahabat aku tadi - kalau nak tengok show pondan, pergi saja ke restoran The Ship ataupun di belakang Esso Jalan Ampang. Apa yang aku dapat malam tu pada fragmen ni, gelak gelak gelak gelak...

Selepas menonton 'Fragmen Teater II' ni, ada kawan-kawan yang rimas dengan kehadiran cerita-cerita pondan di pentas teater. Ada juga yang suka kerana terhibur. Ada juga yang diam sambil mata mengerling ke arah pondan-pondan tadi (mengancam juga) hahahahaha. Bagi aku, mungkin ini musim pondan-pondan mengamuk dan melebarkan jajahannya. Jadikanlah kisah Ghazal Party di Kedah sebagai iktibar. Kenapa diharamkan oleh Mufti. Mufti dengan senang hati menjawab, "kami tidak mengaharamkan Ghazal Party, tetapi kami mengharamkan perlakuan selepas Ghazal Party!". Dan akhir sekali aku nak berkongsi pantun ni dengan kalian yang aku dapat dari penjual ubat kat depan Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu.

Dari Gerik ke Changkat Jering,
Singgah sebentar di pekan Lenggong;
Kalau nak rasa kemut keliling,
Sekali-sekali bantai lah punggong!


(Amaran: JANGAN SESEKALI IKUT NASIHAT PANTUN NI!)