Oh Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
My friends all drive Porsches, I must make amends.
Worked hard all my lifetime, no help from my friends,
So Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
Oh Lord, won't you buy me a color TV ?
Dialing For Dollars is trying to find me.
I wait for delivery each day until three,
So oh Lord, won't you buy me a color TV ?
Oh Lord, won't you buy me a night on the town ?
I'm counting on you, Lord, please don't let me down.
Prove that you love me and buy the next round,
Oh Lord, won't you buy me a night on the town ?
Everybody!Oh Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
My friends all drive Porsches, I must make amends,
Worked hard all my lifetime, no help from my friends,
So oh Lord, won't you buy me a Mercedes Benz ?
That's it!
Ini lirik lagu Janis Joplin yang bertajuk 'Mercedes Benz'. Aku sebenarnya, hikayat hidup aku dengan 'Mercedes Benz' ni memang tak asing lagi. Masa aku budak-budak, aku ada kereta mainan 'Mercedes Benz' dan aku amat menyayanginya. Semasa aku sekolah menengah, aku bekerja dengan bas sekolah dan bas itupun jenis 'Mercedes Benz'. Kemudian, dalam kelas Pendidikan Islam, masa aku tingkatan 4, ustaz aku menceritakan tentang bintang dan jenis-jenisnya. "Ada banyak jenis bintang. Ada yang lima bucu... Israel bintangnya enam bucu", ustaz aku menerangkan sambil melukis bintang-bintang tadi di papan putih. "Mercedes bintangnya tiga bucu..." sambung ustaz aku dan dengan spontan aku ketawa sebab aku tak terfikir pulak bintang Mercedes pun masuk topik. "Kenapa kamu ketawa?" tanya ustaz aku. Aku sengih. "Kamu gelakkan saya, ye. Mentang-mentanglah saya bawak Wokswegen (Volkswagon). Takpe... esok saya bawak Mercedes!" Aku terpinga-pinga bila ustaz aku cakap macam ni. Apa ni? Aku tak faham! Sekali, esoknya, memang betul ustaz aku bawak Mercedes dia. Kejadian ni, betul-betul buat aku tak faham. Adakah ustaz aku nak menunjuk yang dia ada Mercedes?
Sewaktu aku baru sahaja menjadi bujang kembali dua tahun lalu, aku membeli sebuah basikal. Itulah kenderaan pertama aku beli setelah dua tahun aku bekerja. Basikal. Itupun 'second-hand'. Jadilah... Aku ulang-alik ke studio dengan basikal dan jarak dari rumah aku ke studio cuma 20 minit berbasikal. Ke mana sajalah, aku pasti berbasikal. Pertama, aku tak ada masa untuk bersukan jadi berbasikal membuatkan aku berpeluh. Kedua, aku boleh hilangkan tekanan hidup yang ketika itu sangat celaka rasanya. Rumah yang aku sewa lima tingkat dan aku tingkat atas sekali. Tak ada lif, dan terpaksa usung basikal tu tiap-tiap kali turun dan naik. Waktu balik kerja, setelah usung basikal dari bawah ke tingkat lima, aku kena ambil anak aku yang dijaga oleh jiran depan pintu je. Hehehe begitulah hidup aku untuk dua bulan kut. (Eh,eh, aku pun dah tua la Ron... hahahaha)
Dalam berbasikal di tengah-tengah ibukota KL ni, harus diingat. Kena berhati-hati. DBKL lebih mementingkan lanskapnya dihias indah berbanding sediakan jalan untuk orang jalan kaki dan basikal. Jalan yang elok! Bukan jalan yang tak elok! Jadi, basikal terpaksa berkongsi jalan dengan kenderaan lain yang semestinya bayar cukai! Seperti yang sedia maklum, jalanraya di KL ni samalah dengan... dengan apa ya? Entah, tak tahu. Tak ada gambar yang boleh terangkan betapa teruknya jalanraya di sini.
Satu hari, aku berbasikal pulang dari studio ke rumah, aku melalui Jalan U-Thant di mana kawasan ini ialah kawasan kedutaan. Jadi, orang-orang di sini ramai yang menggunakan kenderaan jenis 'Mercedes Benz'! Oleh kerana jalan ini tidak ada 'pavement' untuk basikal, jadi aku berkayuh betul-betul di tepi jalan supaya senang kenderaan lain berjalan lancar dan tidak beratur panjang kerana aku di hadapan. Situasi ini samalah dengan kereta beratur panjang dan bergerak perlahan kerana ada 'tractor' di hadapan.
Ada sebuah 'Mercedes Benz' di belakang aku ketika itu dengan nyalaan lampunya yang terang (boleh nampak lah punggung aku tak tentu arah, hehehehe). Mercedes tadi mengekori aku untuk jangkawaktu yang agak lama kerana hendak memotong, ada banyak jugak kereta di sebelah jalan yang melawan arus tu. Jadi, dia tak boleh potong. Bila tak ada kereta, dia mula hendak memotong. Enjinnya langsung tidak kedengaran kerana kereta ni agak dahsyat jugak buatannya. Tiba-tiba saja dia di sebelah aku. terkejut jugak aku. Dan paling mengejutkan aku, dia terus menghimpit aku kerana dia mengelak dari kereta yang datang dari arah depan. Maka, aku pun hilang kawalan lalu aku pun tergolek lah... Aku nampak, dia berlalu pergi dengan laju dan bongkaknya. CELAKA! GAMPANG! ANJING! TERBALIK LA KAU!
Sejak itu, basikal aku rosak lepas satu, satu. Mula-mula 'gear'. Pastu 'crank'. Pastu brek. Pastu... (?). Lama-lama basikal aku pun tersadai kat studio sehinggalah aku jual kat kawan aku. Aku dah lah agak anti banyak dengan orang kaya ni, tapi pengalaman itu buatkan aku lagi jadi BENCI. Memang betul, MERCEDES BENZ dan BONGKAKSOMBONG adalah sama. Apalah sumpahan yang ada pada MERCEDES BENZ ni ya, sehingga boleh rasa bongkak tu.
* * *
Ini cerita kedua. Petang tadi, kawan aku tanya, "Hang pernah tengok orang eksiden depan hospital tak?" Aku jawab pernah. Masa tu kat Ipoh, ada India ni bawak motor baru keluar dari pagar hospital Ipoh, dah kena langgar dengan kereta. Tak pasal-pasal India tu masuk hospital balik. "Hah, itu depan hospital kerajaan." kata kawan aku. "Ini aku tengok orang eksiden dok kelupoq (menggelupur) tapi orang ramai dok pakat tengok ja. Padahal betul-betul depan hospital tu.." Aku pelik apasal dah eksiden depan hospital tapi tak ada orang angkat bawak masuk wad kecemasan. "Hang tau hospital mana?" Mana aku tau... "Hospital Glenneagles."
Hah, aku terperanjat nasib baik tak jadi beruk. Sampai macam tu sekali ke kat Malaysia ni? Nak selamatkan nyawa pun kena tengok duit ke? FUK Man... Apa ni? Tak kiralah kau hospital swasta ke apa ke, tapi dah nama hospital, kenalah bagi perkhidmatan perubatan lebih-lebih lagi kecemasan! Bak kata kawan aku tadi - "Tunggulah bila perang nanti. Itu jam hospital hang tak berguna dah. Tak kira duit dah. Hospital hang jadi rumah mayat je la..."