Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ISLAM HADHARI, sila rujuk ke http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=utama.
Kita, rakyat Melaysia ni, selalu saja menghukum mengenai pendekatan baru yang dibawa oleh Pak Lah ni. Seringkali kita kaitkan dengan wanita Melayu-Islam dan pakaian dengan Islam Hadhari. Apabila kita lihat saja seorang gadis Melayu-Islam yang bertudung, tetapi bajunya menampakkan pusat, seluar jeans-nya ketat menampakkan susuk tubuh yang mengiurkan, kita terus saja melabel itu ialah Islam Hadhari. Lebih-lebih lagi apabila kita menonton klip video lucah yang diaksikan oleh gadis-gadis Melayu-Islam (alamak, kantui aku selalu tengok porno. Hahahaha). Sebenarnya hal ini sudah lama berlaku sebelum wujudnya Islam Hadhari ni. Tapi, dengan kemunculan istilah baru ini, hal-hal sebegini menjadi bahan lawak di kalangan pelawak-pelawak jahil.
Kita (Melayu-Islam) ni sebenarnya sudah dikelirukan oleh manusia yang bernama Abdullah Badawi ni. Seperti biasa dalam politik UMNO, individu yang baru jadi ketua atau baru mengendali sesebuah bahagian atau jabatan atau kementerian atau negara, individu itu akan mencipta sesuatu supaya namanya dikenang dan terus diingat. Sesuatu yang diciptanya itu mestilah pelik, tidak pernah difikirkan oleh orang lain, paling koman pun, kalau tak dapat mencipta sesuatu yang pelik tu, cukuplah sekadar 're-branding' atau dalam bahasa Melayunya - PENJENAMAAN SEMULA. Ini sudah menjadi budaya dalam kepimpinan UMNO yang dipelopori oleh Tun Abdul Razak dengan rancangan BUKU HIJAUnya dan dipopularkan oleh Zam Maidin dan Sheikh Kadir.
Di sini, TOK SLOW kita ni cuba untuk menjenamakan semula agama Islam yang sudah sediakala banyak Imamnya, banyak fahamannya, banyak cara amalannya. Manusia Islam hari ini sememangnya sudah pening dengan pelbagai fahaman, kini kita Melayu-Islam ditambah pula lagi satu fahaman yang diikutkan sama sahaja pelaksanaannya dengan erti ISLAM yang sebenar-benarnya.
Apabila aku baca keterangan mengenai Islam Hadhari ni, aku terus kata, memanglah ini ajaran Islam dan aku pun terus bertanya, kenapa nak peningkan orang dengan kewujudan istilah yang baru? Seolah-olah Islam yang selama ini dipakai sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang dan perlu dipugar semula untuk penyesuaian zaman. Bukankah Islam itu (bagi yang percaya Islam, ya) adalah agama yang sangat malar segar sifatnya (evergreen lah tu). Kenapa?
Siapa Yang Dikatakan Muslim?
Ada 5 rukun Islam yang menentukan individu itu Islam atau tidak.
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat lima kali sehari semalam
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa di bulan Ramadhan
5. Menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah (jika berkemampuan)
Lima prinsip inilah jika dilakukan oleh individu itu, maka bolehlah dikatakan individu itu seorang Muslim. Lima rukun ini hanyalah luaran sahaja dan ianya tidak menjadi kuat jika tidak disertakan dengan 6 lagi rukun yang mengisi rohani / spirit iaitu rukun iman.
1. Percaya pada Allah Ta'ala
2. Percaya pada Malaikat-malaikat (termasuk Iblis yang juga dari kalangan malaikat)
3. Percaya pada Kitab-kitab
4. Percaya pada Rasul-rasul
5. Percaya pada Hari Kiamat
6. Percaya pada Qada dan Qadar
Jika individu itu mengamalkan kelima-lima rukun Islam dan dicampur pula dengan enam rukun iman ini, maka sempurnalah individu itu sebagai manusia yang beragama Islam.
Apakah yang patut dilakukan sebagai Muslim?
Manusia dicipta sebagai makhluk yang tidak tahu apa-apa sehinggalah Allah Ta'ala mengajar 'nama' kepada Adam. Nama yang dimaksudkan di sini bukanlah nama yang tertera pada blog, myspace ataupun mykad. Tapi nama kepada benda-benda yang dilihat oleh manusia. Di sini, jelas menunjukkan bahawa alam ciptaan Allah Ta'ala ini tidak wujud KERANA alam tidak memperkenalkan dirinya kepada manusia sebaliknya manusialah yang menamakannya dengan izin Allah Ta'ala. Sebagai contoh, tempat membuang air diberi nama TANDAS, nama ini diberikan oleh manusia Melayu. Jika dalam konteks manusia di Jepun, ia memanggilnya BENJO. Ini bukan terjemahan bahasa ya. Ini ialah nama. Akan tetapi BENJO dalam konteks Melayu ialah nama kepada 'burger'. Tidak ada ketetapan nama sesuatu benda yang boleh digunakan di seluruh dunia kecuali KOMPUTER dan INTERNET dan seangkatan dengannya.
Jadi, oleh kerana manusia ini dicipta sebagai makhluk yang tidak tahu apa-apa, jadi Allah Ta'ala turunkan panduan melalui kitab-Nya. Panduan yang lengkap ialah al-Quran. Untuk memahami panduan al-Quran ini, kenalah menjadi seorang muslim. Seseorang muslim itu tidak lain dan tidak bukan tujuan hidupnya ialah untuk mencari kebenaran kerana manusia ini tidak tahu apa-apa! Apakah bentuk kebenaran yang dicari? Bagaimana menjadi manusia yang mengaku segala-galanya tidak wujud (termasuklah manusia) melainkan Allah Ta'ala sahaja yang wujud. Bagaimana hendak mencari kebenaran tu?
Ayat pertama di dalam al-Quran ialah surah Fatihah yang mengandungi tujuh ayat.
1. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam
3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
4. Yang memiliki hari pembalasan (akhirat)
5. Hanya kepada Engkau kami mengabdikan diri dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan
6. Tunjuk lah kepada kami jalan yang benar
7. Jalan yang Engkau kurniakan nikmat padanya, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang Engkau sesatkan.
(untuk huraian mengenai surah Fatihah ini, sila baca buku 'SAMUDERA AL FATIHAH' tulisan Bey Ariffin).
Ayat pertama dalam Quran ini menunjukkan kita, sebagai manusia sangat memerlukan KEBENARAN. Bagaimana untuk mendapat kebenaran ini?
Selepas surah Fatihah, surah yang kedua ialah surah Baqarah yang terkandung 286 ayat. Dalam surah ini diterangkan mengenai kehidupan manusia dan undang-undang, dan percayakan Allah Ta'ala. Begitulah surah-surah yang berikutnya, membantu manusia untuk mencari kebenaran, memberi panduan bagaimana hidup di muka bumi dan hubungan manusia itu dengan alam, sesama manusia, dengan binatang, bagaimana hendak berniaga, soal perempuan, perkahwinan, mendidik anak (hey, boleh katakan setiap aspek kehidupan ada di dalam al Quran) dan sehinggalah surah yang terakhir iaitu surah an-Nas (manusia / insan).
Jadi kenapa perlu Islam Hadhari?
Aku, juga manusia yang tak tahu apa-apa pun. Masih jugak mencari. Aku bukanlah seorang Muslim kerana aku tak pernah puasa, sembahyang pun kadang-kadang. Aku hidup betul-betul sebagai manusia yang tak tahu apa-apa dan mencari kebenaran. Mencari kejayaan dalam hidup seperti yang disarankan oleh Islam Hadhari ini, sememangnya manusia sifatnya begitu - ingin berjaya. Bukan dalam Islam sahaja ditekankan malah dalam agama lain di muka bumi ini menekankan KEJAYAAN. Tak perlu memilih Hadhari untuk berjaya. Mat Saleh tu tak payah Hadhari pun boleh berjaya.
Aku tak nak pening-peningkan kepala nak pilih Islam apa. Dari memilih Islam Hadhari, aku lebih senang memilih ISLAM HARIRY!