Selasa, 29 Julai 2008

Mere naam 'joker'!


Kalau kalian mengatakan watak 'Joker' dalam filem 'Dark Knight' ni sebagai pengganas dan watak Batman ialah Amerika, Gordon sebagai polis dunia, Alfred pula sebagai rakan Amerika iaitu British - anda betul dan silap! Hahahaha, memang betul lah kalau anda fikir seperti itu. Tetapi, jika kalian semua menganggap 'Batman' sebagai wira - silap. 'Batman' bukan wira dalam cerita 'Dark Knight' yang dibawa oleh si Christopher Nolan ni.


Dengan paparan yang lebih 'realistik' (maknanya tidak seperti gaya Tim Burton yang dikatakan pembawa neo-noir, di mana latarnya malam dan penuh misteri), tetapi kali ini, kita dikenalkan dengan latar yang lebih cerah dan tidak lagi komikal sifatnya. Tidak ada lagi gua tempat persembunyian 'Batman', sebaliknya di gudang berdekatan pelabuhan. Si manusia yang bernama Christopher Nolan ni telah menyingkap, siapakah sebenarnya 'Batman'.


Kita lihat kepada dua watak ni saja - 'Batman' dan 'Joker'. Watak Harvey Dent sebenarnya nak menggambarkan ahli politik dunia kapitalis yang akhirnya kecewa dengan dunia politik itu yang penuh dengan politiknya (hahahaha) lalu atas nasihat 'Joker', maka jadilah dia pejuang rakyat juga. Baik, kita teruskan - 'Batman' ialah alterego kepada manusia yang bernama Bruce Wayne - iaitu seorang kapitalis yang sangat berpengaruh di Gotham City (Bandar Godam). Manakala 'Joker' sebenarnya bukanlah pengganas, sebaliknya dia ialah WIRA RAKYAT yang berjuang secara gerilla. Kita tak perlu kesian pada manusia-manusia di Bandar Godam ni yang menjadi mangsa kepada 'Joker' kerana manusia-manusia di Bandar Godam ni ialah manusia-manusia yang mementingkan duit dan mereka ini dari golongan kapitalis! Kita lihat bagaimana 'Joker' menyerang di parti yang dianjurkan oleh Bruce Wayne ni. Apabila aku melihat parti tu, maka aku terus saja teringatkan novel 'The Great Gatsby'. Di sini, 'Joker' dengan rasminya menyerang golongan kapitalis! Sebelum tu, 'Joker' si wira ni telah menyerang Pesuruhjaya Polis dan Hakim. Bagi 'Joker' si wira rakyat ni, Polis dan Hakim ialah patung wayang kulit yang digerakkan oleh kapitalis yang berpengaruh malah memerintah Bandar Godam. Dan ini memang benar!


Jika ada yang tertanya kenapa 'Joker' yang dikatakan sebagai wira rakyat tu sanggup membunuh rakyat (adegan di feri)? Di sini jawapannya sangat senang. Kerana mereka rakyat kapitalis dan kita dapat melihat setebal mana iman rakyat dalam perjuangan menghapuskan kapitalis ni. Ada dua buah feri - satu, rakyat biasa dan satu lagi banduan. Kita dapat lihat bagaimana rakyat biasa ni sanggup dan dengan mudah membuat keputusan supaya meletupkan feri banduan tu. Bagi rakyat biasa ni, mereka perlu terus hidup untuk menyambung nyawa kepada kapitalis. Tetapi, bagi banduan, kita lihat pertengkaran demi pertengkaran akhirnya dengan muncul seorang banduan lalu membuang kunci bom tu ke laut dan mereka akhirnya berserah (redha) kepada Allah Ta'ala. Mereka tahu, kerana mereka ialah mangsa kapitalis (kesempitan hidup) lalu mereka terpaksa melakukan jenayah. Dan jika ini (maut) yang mereka terima, mereka redha dan mereka merasakan mereka syahid! Tapi, akhirnya dua-dua pihak redha...


Perjuangan 'Joker' ni betul-betul menakutkan kapitalis sehingga 'Batman' terpaksa mencipta senjata baru. Inilah dunia kapitalis - senjata. Dan ini juga jawapan kenapa 'Batman' tidak membunuh 'Joker'. Kerana 'Batman' sangat memerlukan 'Joker' untuk menguji senjatanya. Jika tak ada 'Joker', senjatanya tidak berguna lagi dan tidak boleh dijadikan satu perniagaan yang sangat menguntungkan.


Kenapa pula 'Joker' bersekongkol dengan mafia? Hey, jangan tak tahu ya - mafia juga dari golongan kapitalis tetapi oleh kerana mereka ini tidak berdaftar dengan sah, maka mereka ini dipanggil mafia. Dan kita lihat, 'Joker' akhirnya membunuh semua mafia-mafia ni. Jadi, jika mafia itu dikatakan penjenayah, dalam filem ini, siapa yang menghapuskan mafia? Polis ke? 'Batman' ke? Tidak... 'Joker' lah orangnya. Misi 'Joker' sangatlah besar. Ingin menghapuskan kapitalis hingga ke akar umbi! Meletupkan hospital bukanlah hilangnya kemanusiaan, tetapi menghapuskan simbol kapitalis makan duit rakyat melalui perubatan (mungkin dia dapat parut mulutnya kerana tak cukup duit untuk merawat lukanya) dan ini dinyatakan dalam dialog detektif perempuan semasa diacukan pistol oleh 'Two Faces'. Dialognya berbunyi - "mereka bayarkan bil hospital keluarga aku, blah, blah, blah..."


Dan pastinya, filem ini mengangkat watak 'Joker'. Ceritanya bermula dengan 'Joker' dan watak 'Joker' juga unik dan dilakonkan oleh pelakon yang sangat bagus - arwah Heath Ledger. Jadi, filem ini segala-galanya mengenai 'Joker' dan arwah Heath Ledger. Semuga arwah dicucuri rahmat-Nya kerana membawa watak yang menjadi WIRA RAKYAT.


Kalaulah PAS faham tentang perjuangan rakyat yang sebenar... Ah, malangnya PAS ni yang bersekongkol dengan kapitalis UMNO. Jadi, 'Dark Knight' ni tak jauh bezanya dengan geo-politik Malaysia. 'Batman' tu samalah dengan Bijan yang konon nak jadi wira nak hapuskan pengganggu perniagaannya. 'Batman' tidak asing dengan senjata dan gajetnya, begitu juga dengan Bijan yang tak habis-habis dengan pembelian senjatanya. Kalau Hisham Rais dulu pernah menulis bahawa Bijan ni pembawa zaman kegelapan kepada Malaysia, dan filem ini amatlah sesuai dengan Bijan kerana tajuknya 'Dark Knight'. Untuk rakyat, marilah kita pelajari cara perjuangan 'Joker' dalam filem ini. 'Joker' menyerang mafia terlebih dahulu. Jadi, kita sebagai rakyat, KITA SERANG PEKAIDA (pekida le, beb) terlebih dahulu sebelum menyerang Polis dan Hakim dan seterusnya UMNO!


Wakakaka. Kenapa serius sangat?

Jumaat, 25 Julai 2008

SembangSumbang

Sajak: "MALAYSIA KITA"

Hanya Allah Maha Mengetahui
peperangan yang berberontakan
dalam jiwaku
setelah menatap peta Malaysia kita.

Ingin saja kuberlari
ke tembok ratapan
di kaki 'Temple Mount'
aku nak menangis di situ!

Ataupun ke Karachi
pada setiap 10 Muharram
menikam-nikam tubuhku
dengan botol pecah!

Ataupun di depan Kaabah
aku mahu menangis sepuasnya
sepertimana Adam menangis
dari Sri Lanka ke Padang Arafah.

Rabu, 23 Julai 2008

Pengkhianat negara!


Ada dua manusia yang menjadi pengkhianat negara sebelum merdeka. Manusia pertama - Lai Te, setiausaha agung PKM sebelum Chin Peng. Lai Te telah membatalkan rancangan kemerdekaan selepas sahaja fasis Jepun menyerah diri, dengan mengatakan British sudah mendarat. Kalau tak, kita sudah merdeka sama dengan dengan Indonesia merdeka, iaitu pada Ogos 1945. Akhirnya, Lai Te menerima hukuman yang setimpal dengan pengkhianatan yang dilakukannya.


Seorang lagi manusia pengkhianat negara ialah Dato' Sir Onn Bin Jaafar. Pada zaman pendudukan fasis Jepun, manusia Onn Bin Jaafar ni menyertai KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) yang ditubuhkan selepas KMM (Kesatuan Melayu Muda) diharamkan oleh fasis Jepun ni. Kemudian, selepas saja fasis Jepun menyerah kalah, Onn Bin Jaafar ni keluar dari KRIS dan mengutuk perjuangan kemerdekaan ni. Onn Bin Jaafar ni tidak yakin bahawa bangsa Melayu ni boleh memerintah negara sendiri. Bangsa Melayu hanya boleh hidup di bawah ketiak British. Onn Bin Jaafar ni boleh cakap "di bawah pemerintahan British, orang Melayu boleh makan daging, tetapi jika merdeka orang Melayu harus makan ubi kayu" (menurut memoir Abdullah CD bahagian kedua). Onn Bin Jaafar ni juga memperlekeh perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh gerakan-gerakan lain seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya) dan apalagi PKM (Parti Komunis Malaya). Katanya lagi, "macam mana kita nak lawan British, diorang ada kapal selam, askar, senapang cukup lengkap. Kita ada apa?".


Akan tetapi, dengan semangat jiwa merdeka, PKMM dan gerakan-gerakan kiri yang lain seperti API, AWAS, SEDAR dan HIZBUL MUSLIMIN serta BTM telah berpadugabung menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan bekerjasama pula dengan gabungan gerakan kiri dari bukan Melayu - AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action). Gabungan ini dengan membawa slogan MERDEKA telah merencanakan sebuah perlembagaan yang diberi nama yang sangat sedap - PERLEMBAGAAN RAKYAT. Kalau tak, kita dah merdeka dah pada tahun 1947. Dah dua kali dah kita tertangguh kemerdekaan. Pada waktu ketika inilah, Onn Bin Jaafar ni yang membantah perjuangan kemerdekaan ni, yang telah menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1046 ni, telah memecahbelahkan bangsa Melayu dengan membawa slogan HIDUP MELAYU (sebenarnya slogan ni panjang lagi - HIDUP MELAYU DITENTUKAN OLEH BRITISH).


Semasa PERLEMBAGAAN RAKYAT ni diumumkan, Onn Bin Jaafar ni telah berpakat dengan Raja-raja Melayu (jadi Rajalinggam jangan harap nak masuk buku), dan Onn Bin Jaafar ni juga berpakat dengan British untuk mewujudkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Dan sejak itu, British mengharamkan parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan lain kecuali UMNO. Maka, mereka yang diharamkan oleh majlis fatwa British ni pun terus memegang slogan (orang kita ni dengan slogan tak boleh dipisahkan) 'AYUH PULANG KE KAMPUNG, KITA BERGERILLA'! Maka, darurat pertama Malaya 1948 bermula dan bermulalah juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Oleh kerana gerakan-gerakan yang memperjuangkan merdeka ni diharamkan, mana yang tak nak masuk hutan tu, dia join UMNO. Oleh kerana semangat mereka masih membara, maka UMNO dengan tak malunya menukar slogan mereka kepada MERDEKA.


Di sini, aku bukan nak buka kelas sejarah Malaya. Tapi aku nak ceritakan bahawa Onn Bin Jaafar dan UMNO sebenarnya bukanlah pejuang kemerdekaan tulen dan Malaya sebenarnya masih belum merdeka! Darurat bermula 1948 dan berakhir pada 1960. Tetapi kita merdeka 1957. Apa ertinya kemerdekaan ni kalau kita masih lagi dalam darurat? Apa yang merdekanya? Merdeka bermakna kita bebas segala-galanya. Tak ada lagi belenggu sama ada belenggu jasmani mahupun rohani! Bila dilihat kembali perangai UMNO yang diperkenalkan oleh manusia yang bernama Onn Bin Jaafar ni, UMNO sehingga ke hari ini tidak pernah menjaga kepentingan dan membela rakyat. Sebaliknya mereka menjaga kantung dan usus mereka yang terdiri dari kerabat di-raja dan golongan bangsawan (Bangsawan Bintang Timur tak masuk buku ha.. kalau tak, Rahman B dah ada istana kat Bukit Tunku dah...).


Kebudayaan yang dibawa UMNO, yang wujud hari ini bukanlah kebudayaan rakyat. Sebaliknya kebudayaan feudal. Rakyat umum tidak memakai songket. Gamelan bukan muzik rakyat. Berpantun juga bukan gaya rakyat. KERIS bukan senjata rakyat! Senjata rakyat ialah cangkul, kapak dan parang. Nak kata raja merakyat lalu terbuka hati untuk berkongsi kebudayaan dengan rakyat, adakah rakyat boleh menerima kebudayaan istana ini sedangkan jiwa rakyat bukan di istana! Jiwa rakyat di ladang-ladang. Rakyat ada lagu sendiri, ada tarian sendiri yang tak mementingkan aksesori dengan kilauan emas.


Malah bukan sahaja kebudayaan yang jadi mangsa. Pendidikan dan perubatan juga sama. Rakyat tidak diberi pelajaran secara ilmiah di bawah hegemoni UMNO ni. Lebih-lebih lagi sekarang ni. Pendidikan sastera lebih malang. Dahlah sekarang ni zaman internet dan bahasa Melayu sudah dirosakkan. Boleh pulak cucu kepada pengkhianat negara ni yang jadi menteri pelajaran ni bawa karya Ahadiat Akashah sebagai rujukan sastera di sekolah? Tak payah tengok tu, tengok saja Kamus Dewan. DBP tak pernah membantu rakyat membaca sebenarnya. Buku-buki yang diterbitkan dicetak di atas kertas mahal. Jadi, buku-buki dan kamus terutamanya berharga mahal nak mampus! Tak macam Oxford yang ada cetakan yang dibuat atas 'paperback' dan harganya lebih murah! Perubatan jangan cerita lah. Kita sekarang ni kalau tak ada insurans, jangan harap nak dapat masuk hospital yang ubatnya bagus.


Jadi, Onn Bin Jaafar dan UMNO adalah peniru genius rakyat. Sebab tu, kita tak ada lagu negara original dan bendera bukan dari warna bumi kita. Dan ISA masih diteruskan sebab UMNO bukanlah kerajaan yang berdikari tetapi atas nama lain Malaya masih lagi di bawah British. Kes ni samalah dengan Melayu nak buka pub tapi undang-undang tak benarkan Islam menjual arak. Lalu Melayu ni guna nama Cina sebagai lesen...


Korang ni, faham ke tak ni? Kalau tak faham, korang ni memang UMNO lah!


*** UMNO di atas bermaksud bodoh. Hehehehe, jangan marah ye...

Isnin, 21 Julai 2008

SembangSumbang

http://www.youtube.com/watch?v=YIHsQKnVOkA

http://www.youtube.com/watch?v=QglXnUXIqw0

Adakah ini sepatutnya lagu negara kita?

Azri Abu Hassan & 'Kopitiam Kurang Manis'


Azri Abu Hassan merelakan bangsa Cina memerintah negara. Ops, Azri (berbaju biru tu, hensem kan?) ialah pembikin filem pendek 'Kopitiam Kurang Manis'. Kata-kata aku di atas tidaklah bermaksud aku menyalakan api perkauman (cewah, ayat Utusan Malaysia ni), tapi aku mentafsirkan filem pendek ni begitu.


Kisahnya, tokeh kopitiam yang berbangsa Cina ni susah hati sebab kopi dia dah tak sedap. Tapi, atas bantuan pembantunya, perempuan Melayu, kopinya jadi sedap. Apakah bentuk bantuan yang diberi oleh perempuan Melayu ni? Seks. Selepas tokeh ni dapat seks, dia kembali bersemangat membancuh kopi dengan sedapnya dan akhirnya perempuan Melayu ni mengandung dan kopitiamnya kembali laku.


Ekonomi Malaya tanah tumpah darahku ni sememangnya dikuasai oleh manusia bangsa Cina. Kalau tak percaya, bolehlah cari siapa pemilik Ipoh Garden Berhad (IGB), Berjaya dan YTL. Ini hanyalah antara keparat (korporat) yang memiliki sejumlah besar hartanah di Malaya ni. Keparat-keparat ni takkan berjaya demikian rupa sekiranya tiada Melayu yang menggadai maruahnya - tanah. Apabila keparat-keparat ini berjaya memiliki maruah/tanah manusia Melayu, maka mereka pun berjayalah dalam mentadbir negara sehinggakan Azri menggambarkan bapa kepada generasi manusia Melayu seterusnya ialah manusia Cina.


Manusia Melayu tak perlulah marah-marah apabila menonton filem pendek ini. Filem ini sebenarnya langsung tidak bersifat provokatif jika dibandingkan dengan filem panjang Mamat Khalid. Jadi, janganlah ada manusia UMNO yang tiba-tiba menghunus keris mempertahankan hak Melayunya dari dirampas manusia Cina. Azri cuma menjalankan tugasnya merakam kenyataan di muka bumi Malaya ni.


Jika dilihat dari usianya, Azri ni masih muda dan langsung tidak kelihatan seperti seorang pembikin filem. Sekilas pandang, tak lain tak bukan Azri ni samalah seperti kakitangan kerajaan di jabatan pendaftaran. Tetapi, apabila menonton filem pendeknya, siapa sangka dia berfikiran seperti ini? Mungkin didikan filem yang diterimanya dari Aswaraf dan UiTM telah membentuk pemikirannya serta campur-gaulnya dengan manusia-manusia 'hard-core' ataupun dia rajin meng'google' dan ber'wikipedia'.


Tapi Azri, aku dah muak dah kalau asyik cerita tentang Melayu. Bosanlah. Tak habis-habis pembikin filem Melayu bertanggungjawab bercerita tentang Melayu dan membela nasib Melayu. Mengangkat budaya Melayu dan dilema Melayu hilang identiti, ini semua bagi aku dah basi dan lapuk. Kalau masih ada lagi pembikin filem membicarakan tentang Melayu, itu tak lain tak bukan adalah agenda UMNO semata sebabnya hanya UMNO sahajalah yang Melayu.


Mesti ada yang bosan dengan aku yang tak habis-habis menentang UMNO dan hegemoninya. Aku memang anti-UMNO dan anti-Melayu. Aku langsung tak berminat nak mendalami budaya Melayu dan aku bercita-cita nak berkahwin dengan perempuan dari Bani Israel (hehehe, cita-cita besar). Bagi aku, budaya ialah cara hidup yang dipengaruhi zaman. Jikalau zaman kita begini, budaya kita juga harus begini. Kalau kita masih lagi berpegang pada budaya lama, kita samalah seperti patung-patung di muzium. Lagipun, budaya-budaya kita dahulukala adalah budaya-budaya feudal Melayu. Bukan budaya rakyat. Rakyat Melayu ketika itu tidak ada budaya melainkan terpaksa meminjam budaya luar seperti dari Arab, Portugal, Jawa dan Siam. Melayu memang tak ada identiti. Jadi tak hairanlah kalau lagu Negaraku adalah ciplakan dari lagu 'Monula Moon' hasil karya komposer Perancis - Pierre Jean Berager, dan Jalur Gemilang ditiru dari Stars & Stripes - bendera United States of America! Malah, manusia Melayu ni pun terpecah-pecah kepada banyak suku-sakatnya. Minangnya lain, Banjarnya lain, Acehnya lain, Jawanya lain, Riaunya lain, Bugisnya lain dan ini semua berasal dari kepulauan lain dan bukan dari kepulauan Melayu!


Jadi, janganlah main isu Melayu ni. Manusia bangsa Melayu ni sememangnya bodoh sebab lebih takutkan tulah sultannya dari takutkan pencipta Alam. Apa daa... Isu kesaksamaan hidup sebagai manusia di muka bumi ini lebih penting dan penentangan terhadap keparat korporat itu lebih penting. Kalau nak menentang Cina bukanlah sebab dia Cina, tapi sebab dia tokeh besar yang mengaut keuntungan dengan menipu rakyat.

Ahad, 20 Julai 2008

Festival 'batang pisang'


Semasa aku berjalan kaki nak ke kafe saiber ni, aku mesti lalu depan 'ane' jual surat khabar dan seperti biasa aku tak pernah beli surat khabar tapi aku menegur dia. "Ane, sudah makan ka?" Dia pun menjawab, "Belum. Tapi sana dewan ada makan free". Bila aku dengar je ada makan free, aku pun pergi ke arah dewan. Dari jauh aku nampak khemah. Peh, ini kenduri kahwin. Tapi apasal sunyi sepi je ni. Tak macam kenduri pun. Sekali aku ternampak kelibat bendera 'sang saka' yang diletak keris di tengah-tengahnya bergantungan di setiap 3 meter khemah - bendera UMNO! Fak lah. Rupa-rupanya ada perasmian mesyuarat cawangan UMNO Titiwangsa. Dia punya majlis, mak aih, khemah dia punya hiasan macam anak raja nak kahwin. Dia punya banner, macam billboard. Banyak betul duit diorang ni kan? Tapi, majlis UMNO seperti yang aku saksikan dari kecil sampailah ke besar, sama je. Bosan. Diorang ni tak pandai nak berkenduri sebab diorang ni dihalang oleh sesuatu untuk meluahkan perasaan berkenduri - protokol. Perasaan ingin membodek Dato' Suleiman Mohamed ataupun sesiapa sahaja yang ingin dibodek telah membunuh jiwa kenduri yang dianjurkan oleh UMNO. Hey, protokol UMNO ni bukanlah luahan rasa hormat ye. Tak ada langsung di muka diorang yang tertulis aku betul-betul hormat kau melainkan aku terpaksa hormat kau sebab aku nak sesuatu dari kau.

Dalam minggu lalu, aku dihidangkan dengan pelbagai festival di sekitar KL ni. Ye lah, sempena Festival KL (Julai setiap tahun) anjuran KEKKWA - salah satu kementerian di dalam daulah UMNO, kementerian yang menjaga kesenian, kebudayaan, warisan dan perpaduan. Segala pesta temasya yang raya-raya (raya=besar), mesti dianjurkan oleh kementerian ini. Malangnya, minggu festival ni aku bukanlah wali Allah dan aku tak pulak membela hantu raya. Kalau aku wali Allah atau ada hantu raya, mesti aku akan hadir ke setiap acara sempena festival ni. Jadi, aku cuma ada satu pilihan - FESTIVAL TEATER MALAYSIA. Itupun aku tak dapat datang tiap-tiap malam (bermula dari 13 Julai 2008 - 19 Julai 2008). Dapatlah aku nonton 3 teater je...

Apa yang aku dapat apabila menghadirkan diri ke festival ni? Pertama, jangan disebut festival lah sebab tak rasa pun bahang festival tu. Kedua, aku kebetulan baru baik dari demam panas, jadi badan aku masih lagi panas dan aku kena cirit-birit sepanjang FTM berlangsung. Teater-teater yang aku nonton tu semuanya samalah dengan cirit-birit aku - lembik! Hey, aku hairan betul lah kenapa dalam tahun 2008 ni, ada lagi yang berlakon teater macam, macam... macam berlakon teater! Hahahaha apa punya ayat aku ni. Berlakon macam nak kata bangsawan pun ada, nak kata deklamasi puisi pun ada. Diorang ni semua tak sedar ke yang diorang ni sedang menyeksa penonton. Diorang ni samalah dengannya lelaki yang tau nak keluar air mani je tanpa memikirkan pasangannya tu sampai inzal atau tak! Diorang ni tak perasan ke penonton yang datang ke festival tu macam 'batang pisang'! Sesiapa yang telinga dia suci murni yang tak pernah dengar istilah-istilah lucah ni, 'batang pisang' ialah gelaran kepada isteri yang tak pandai main - hanya berserah bulat-bulat sambil pejam mata dan mengetap bibir, hahahahaha!

Aku diberitahu, peserta-peserta FTM kali ini bukan calang-calang kumpulan. Rata-ratanya ada latarbelakang pendidikan seni persembahan. Paling koman pun, diorang ni ada ikut bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh kementerian dari daulah UMNO. Setiap tahun, kementerian ni mesti keluar duit anjurkan bengkel tak kira lah bengkel lakonan ke, bengkel pengarahan ke, dan bengkel ini bergerak ke sepelusuk negara. Aku percaya, kumpulan teater di sepelusuk negara pasti menyertai bengkel-bengkel ini. Tetapi, kenapa hasilnya aku tengok macam tak ada beza dan tak ada peningkatan malah lebih teruk dari 15 tahun dahulu! Yang bagi bengkel tu pun bukan calang-calang orang. Orang-orang hebat dalam teater. Adakah ini disebabkan ketidakikhlasan orang yang bagi bengkel tu mengajar ataupun peserta-peserta ni memang benak dan memang tak ada bakat? Kesian diorang ni tau...

Aku pernah mengulas mengenai teater 'Tok Perak' Syed Alwi dan aku katakan seni ini tidak boleh dihalang. Tak boleh disekat. Malah bukan saja seni. Apa saja temasya, janganlah diletak larangan itu tak boleh, ini tak boleh. Taboo. Apabila dilarang, jadi tak festival lah! Menghabiskan beratus ribu duit untuk memeriahkan festival ini ialah modus operandi UMNO. Kemeriahan festival hanyalah pada 'bunting' dan banner dan bunga api serta lampu-lampu. Tapi, jika diselam betul-betul, festival anjuran daulah UMNO ni tak ada jiwa. Samalah dengannya kita mendengar lagu-lagu Suhaimi Md. Zin. Tak ada jiwa. Mana pergi jiwa tu? Jiwa festival datang dari jiwa orang yang datang. Macam mana nak ambil jiwa-jiwa orang yang datang ni? Janganlah letak halangan - protokol! Pedulikan siapa pun VVIP. Tak payah sambut beriya benar. Kenapa nak agungkan dia? Kenapa nak hormat VVIP? Dia pun manusia biasa yang kencing pun dari punei juga. Berak pun dari jubur juga. Apa bezanya VVIP dan manusia-manusia lain? Protokol inilah yang membunuh jiwa festival / temasya! Dan lebih malang lagi, VVIP ni tak pandai nak 'enjoy' seni. Dengar lagu pun macam patung! Temasya untuk rakyat. Biarlah rakyat yang memeriahkannya. VVIP dari kalangan UMNO ni tak pandai pun nak meraikan.

Soal skrip dan cerita. Sudah tiba masanya kementerian dari daulah UMNO ni membenarkan kebebasan berkarya. Sudah tiba masanya peristiwa-peristiwa terkini di Malaya ini dirakamkan dalam bentuk teater. Sudah sampai waktunya drama Melayu berkembang dan penggiat tidak lagi bergantung harap pada skrip-skrip zaman Pak Kaduk dan skrip orang putih (?). Tapi perubahan ini takkan berlaku (percayalah, takkan berlaku) selagi kita masih di bawah hegemoni UMNO!

Hah, dalam pada itu, ada sebuah festival yang dinamakan 'KL Fringe Festival' di Stor Teater, DBP (betul-betul terpinggir ni, kat stor lagi...). Ini tak ada kena mengena dengan kementerian dari daulah UMNO. Dan persamaannya, festival ini juga tak festival tetapi diselamatkan oleh perkataan 'fringe' yang bermaksud terpinggir. Hahahaha, walaupun festival ini kecil dan terpinggir, aku dapat rasakan kejujurannya dan mempersembahkan teks-teks dan filem-filem pendek baru yang segar-bugar dari ladang. Tempatnya tak perlu besar dan tak perlu 'bunting' yang banyak. Cuma jamuan nasi goreng dan teh o sudah memadai. Tapi, penonton tak kira darjat, datang menonton dan duduk di atas kerusi keras dan tak perlu juruacara majlis yang berangan nak jadi macam Juari Selamat (hahahahaha). Paling menarik, KL Fringe Festival ni disambut sama dengan Anwar Ibrahim. Pertama, debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik berlangsung di DBP dan sepatutnya KL Fringe Festival ada acara pada hari itu tetapi terpaksa beri laluan pada Anwar Ibrahim. Esoknya, Anwar Ibrahim ditangkap dan Jalan Hang Tuah ditutup (jalan menuju ke DBP dari Bukit Bintang). Namun, semua angkara lahanat Anwar Ibrahim ni tidak berjaya menyekat manusia untuk datang ke festival terbuang ni... Hahahaha.

Khamis, 10 Julai 2008

Kenduri kahwin dan dongeng Cinderella


Selangor nak naikkan mas kahwin. Sekarang ni mas kahwin negeri itu ialah RM80. Tak kisah naiklah berapa pun mas kahwin ni asalkan jangan menyusahkan orang sudah. Ada kisah yang aku dengar dari ceramah petang-petang di radio, mas kahwin dengan sepotong ayat Quran pun boleh... Tengok, betapa tolak ansurnya Islam ni. Tapi itu kepada yang disahkan tidak memiliki harta lah sebab kisahnya seorang fakir yang nak kahwin bertanya kepada Rasulullah lalu Rasulullah berkata, cukuplah mas kahwinnya dengan sebentuk cincin besi. Tapi fakir tu betul-betul punya fakir lah. Cincin besi pun dia tak ada lalu Rasulullah berkata, cukuplah dengan alfatihah. Tapi fakir ni dahlah miskin, tak tahu pulak alfatihah tu. Lalu Rasulullah pun berkata, cukuplah dengan sepotong ayat Quran...


Ok, cukup bab mas kahwin. Sekarang ni bab hantaran kahwin. Ini adat Melayu yang sepatutnya dah tak boleh pakai di zaman kenaikan harga minyak (hahahaha). Hantaran ni sebenarnya hadiah kepada keluarga pengantin perempuan. Hari ini, pada tahun 2008 ni, hantaran diletakkan paling murah pun RM6 ribu. Kalau ada yang letak RM4 ribu, alamat kena gelak lah... Sekarang ni, ada hantaran yang mengikut kepercayaan tuah nombor seperti nombor tujuh (RM77,777.77). Gila apa hantaran banyak ni. Tapi aku percaya, rakyat Malaysia ni kaya-raya dan alah, setakat RM100k tu, apa ada hal.


Itu bagi yang kaya-raya. Tak ada masalah. Macam mana pulak keadaannya dengan yang tak berapa nak kaya tetapi berhadapan dengan bakal isteri atau bakal mertua yang tak sedar diri - yang berangan nak buat kenduri macam dongeng Cinderella? Alasan mereka, kalau buat ala-kadar nanti orang kampung mengata. Alamak... Manusia-manusia jenis ni sebenarnya yang merosakkan akhlak, yang merosakkan Islam. Takut orang mengata dan tak berani nak buat revolusi kenduri kahwin.


Aku pernah berlawak (lawak serius) dengan mak sedara aku - "aku nak buat kenduri, nak jamu roti canai" dan mereka ketawakan aku dan mereka kata jangan buat malu keluarga. Tengok, sampai makanan pun diambil kira kelas atau tak kelas. Tahu tak kalian Rasulullah pernah bersabda, "sejelik-jelik makanan ialah makanan dari kenduri kahwin, iaitu makanan yang dijamukan kepada golongan kaya". Sepatutnya meraikan walimah ni ialah dengan menjemput anak-anak yatim dan fakir miskin. Kena utamakan mereka ni dulu. Orang kaya, diorang banyak duit, boleh beli francais McDonald lah (bukan beli Double Cheeseburger).


Ada 3 perkara yang MESTI diubah -


1. Mas kahwin (mahar) - berpadalah, jangan sehingga menekan ekonomi pengantin lelaki.

2. Hantaran - batalkan terus kerana hantaran inilah yang membuatkan nama-nama lelaki bercambah di fail pinjaman peribadi di bank.

3. Kenduri - utamakan anak-anak yatim dan fakir miskin dan buatlah mana yang mampu. Kalau mampu seekor kambing, itu ajelah. Jangan nak bergolok-gadai sebab nak jadikan 4 ekor lembu.


Homo-sapien Melayu/Islam ni tak pandai berfikir secara 'Gestalt' - hari ini, adalah hari ini. Esok tidak ada dan semalam sudah berlalu. Buat penat je mulut terkumat-kamit baca ayat Qursi (oh ya, ayat Qursi ni dibaca untuk halau hantu je...) tapi tak faham isi kandungan ayat Qursi.


Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang yang dapat memberi syafaat di sisiNya tanpa izinNya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki. KursiNya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.


Al Baqarah 2:255


Ayat ni, selain menceritakan kekuasaan Allah Ta'ala yang memerintah alam, juga memberitahu manusia bahawa hidup nyata manusia ialah pada ketika itu dan di saat itu. Apa yang terhidang di depan mata manusia ketika itu, itulah realitinya. Perkara yang lepas dan akan datang, bukan realiti. Itu sebabnya wujud pepatah - kita mampu merancang, hanya Allah menentukan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari. Tawakkal dan berserahlah pada Allah sebulat-bulatnya. Namun, sebagai manusia, kita diajar belajar dari kesilapan semalam dan bersedia untuk hari esok. Dan apa kaitannya semua ni dengan kenduri kahwin ni?


Begini weh... Kita memang tak tahu apa yang akan terjadi pada diri kita ni esoknya. Tapi persediaan untuk mengelak dari terjadi benda tak bagus, kita lakukan hari ini. Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada pengantin yang kita raikan dengan pembaziran Ringgit Malaysia pada esok harinya. Kalian semua tahu tak, cari duit ni - penat. Kalau kita bazirkan duit ni dengan kenduri kedemat yang berkonsepkan Cinderella tu, tup-tup, esoknya pengantin ni bercerai. Dah tak sebulu langsung! Apa yang terjadi dengan duit yang dibazirkan tu? Terbuang begitu sahaja... (hal ni dah berzaman aku dengar, tapi manusia Melayu/Islam hari ni tetap jugak buat). Ataupun, pada hari nikah, rumah pengantin lelaki terbakar dan duit mas kahwin tinggal 30sen. Takkan nak batal atau berhutang. Kan lebih baik jalankan yang tunai dari berhutang. Inilah toleransi Islam. Jadi untuk mengelakkan rasa penat lelah kita terbuang sia-sia, kita berfikirlah secara REAL. Apa yang kita ada ketika itu sahaja. Jangan cuba nak berangan jadi lebih dari apa yang kita ada.


Berani-beranilah buat revolusi kenduri kahwin untuk kesejahteraan ummah! Kalau hantaran kahwin tak ada, mas kahwin boleh bertolak ansur, kenduri yang mampu, aku pasti, ramai anak muda hari ini yang akan berkahwin (dalam ertikata sebenar). Kalau ulamak bimbangkan maksiat berleluasa, ulamak patut pantau bab akad nikah dan walimah ni.

Rabu, 9 Julai 2008

Rejim UMNO akan tumbang juga...



Kalau diikutkan sejarahnya dari zaman Musa dan pengikutnya Bani Isarel yang menentang rejim Firaun, Musa dan pengikutnya menang dengan mukjizat dari Allah Ta'ala. Firaun tenggelam ke dalam Laut Merah. Pengambilan Musa sebagai anak angkat Firaun (walaupun Firaun mendapat tafsir mimpi bahawa dia akan dibunuh oleh seorang lelaki dari Bani Israel dan ironinya dia mengambil bayi lelaki itu sebagai anak angkat lalu dijadikan putera).



Kejadian ini samalah halnya dengan Mahafiraun a.k.a Mahathir yang mengambil Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO pada 22 Mac 1982. Cuma bezanya Mahathir tidak tenggelam ke dalam Selat Tebrau kerana Anwar Ibrahim bukanlah nabi. Mahathir hari ini cuma tenggelam dalam kesalahan-kesalahan lalu yang secara perlahan-lahan membocorkan lubang-lubang rasuah yang selama ini dikimpal erat seperti Iskandar Zulkarnain mengimpal tembok besi menghalang yakjuj dan makjuj.



Perjuangan memanglah bukan sekejap. Daud, anak muda dari kalangan Bani Israel ini juga mengalami perjalanan politik yang sukar. Pembabitan Daud sebagai wira muda yang menumpaskan Jalut - panglima handal Palestin telah menaikkan beliau sebagai anak muda yang wajar dicontohi dan beliau menjadi kesayangan Thalut (raja Bani Israel yang dilantik oleh Samuel, ketua penghulu Bani Israel) lalu menjadi menantunya. Oleh kerana anak muda bernama Daud ini lebih disanjungi, maka Thalut (yang asalnya golongan petani dan dilantik menjadi jeneral perang lalu menjadi raja dan sebagai manusia biasa, Thalut juga ada perasaan dengki kerana kuasanya tergugat) menjalankan pelbagai konspirasi dan plot cubaan membunuh Daud. Akhirnya, Thalut mengaku kalah dan Daud ditabalkan sebagai raja.



Hanya perjuangan Jesus Kristus anak dari Nazareth a.k.a Isa Putera Maryam sahaja yang menemui kegagalan. tetapi, perjuangan itu tidak terhenti di situ. Penyambungnya ialah Muhammad Ibnu Abdullah. Kita lihat kembali bagaimana Muhammad berjuang menegakkan agama Allah dalam pada masa yang sama beliau menegakkan kemanusiaan! Kewujudan Islam dan Quran tidak ditujukan khas kepada Arab Quraisy semata-mata sepertimana Taurat dan Injil ditujukan khusus kepada Bani Israel. Islam dan Quran dianuti oleh golongan hamba yang terdiri dari pelbagai suku dan kaum. Islam menentang keras bukan saja sembahan berhala, tetapi juga golongan feudal dan kapitalis yang bernaung di bumi Mekah. Juga pada masa yang sama, Islam menentang keras fahaman nasionalis (kebangsaan - berpuak). Manusia adalah sama dan mesti hidup dalam saksama.



Selepas Muhammad, perjuangan ini tidak mati di sini. Bermula dengan Jean Jacques Rousseau, Voltaire, Montesquieu dan Denis Diedrot di Perancis dengan menggulingkan Raja Loius XVI. Diikuti Napoleon Bonaparte, Karl Marx dan Frederick Engels di Prussia, K. Mohandas Gandhi di India, Fidel Castro dan anak muda Che Guevara di Cuba. Mereka ini semua penyambung perjuangan kemanusiaan yang tujuannya satu - membebaskan manusia dari cengkaman kapitalis. Perjuangan mereka yang sukar dan akhirnya memperolehi kejayaan. Mereka inilah yang digelar revolusioner di tempat mereka dan semangat mereka merebak ke seluruh dunia.



Hari ini, di Malaysia kita yang tercinta, perjuangan sedang berlaku. Sudah 10 tahun perjuangan ini berlaku dalam suasana yang lebih serius iaitu sejak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Sebelum itu perjuangan ini diteruskan oleh PAS tetapi tidak begitu serius walaupun Ibrahim Libya dibunuh. Adalah sepatutnya PAS berjuang dengan lebih serius selepas Ibrahim Libya dibunuh. Tetapi tak mengapa. Takdir Anwar Ibrahim telah membentuk suasana perjuangan hari ini.



Pertuduhan demi pertuduhan ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Kalau 10 tahun yang lalu, zaman Mahathir. Tetapi hari ini zaman Bijan dan lebih kelakarnya dikaitkan sekali dengan isterinya yang tercinta - Hamsor, hahahaha. Pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, bini kepada pemimpin dilibatkan sama. Aku terus teringat sebuah filem China yang berjudul 'Farewell My Concubine' di mana maharaja cina menjadi begitu berkuasa kerana gundiknya.



Aku percaya, dalam suasana hari ini, dengan penyatuan semua warga pekerja dan rakyat Malaysia seluruhnya, rejim UMNO akan tumbang juga. Kita mesti pegang pada paksi perjuangan kemanusiaan tanpa kira bangsa dan bahasa serta budaya (tak kiralah 'underground' ke tak 'underground' ke). Dan aku sebagai NGI (non-government individual), aku pasti PAS (sebagai parti yang senior dari DAP dan PKR) boleh menang jika mereka menegakkan Islam dengan cara yang betul. Jangan cepat prejudis kepada budaya dan bangsa lain.



Persamaan, Kebebasan dan Persaudaraan - ini adalah cogankata (alamak, dah macam BN la pulak main cogankata, hahahaha) yang digunakan dalam Revolusi Perancis. Inilah juga yang sepatutnya dibawa oleh PAS dalam perjuangannya sambil menegakkan Islam. Para cendiakawan dan ilmuwan PAS sepatutnya mengkaji semula perjuangan agar boleh diterima oleh semua manusia di muka bumi Malaysia. Jika PAS masih prejudis, maka samalah PAS dengan UMNO, PEKAIDA dan Zionisme.

SembangSumbang

Pada 4 Julai itu hari, maka dengan rasminya aku merdeka dari kongkongan kapitalis bernama Ronnie Chong. Aku tak lagi bekerja di Trend Matrix Ent. sebagai Set Artist. Aku tak ada lagi gaji bulan. Sekarang aku bergerak bebas.

Ada kawan cakap, aku silap sebab berhenti kerja di tengah ekonomi gawat. Kegawatan ekonomi tu tak membimbangkan aku kerana aku percaya Allah Ta'ala ada. Aku percaya, rezeki aku dan anak aku ada. Tak banyak, tapi cukup makan pun boleh lah... Syukur. Lebih baik keluar dari kelompok 'old fashion capitalist' dari hidup aku tertekan.

Apa perasaan aku selepas hampir 4 tahun aku bekerja makan gaji dan akhirnya berhenti juga - lega tak terkata. Panik tu tetap ada la sebab ada hutang bank (nak kahwin dulu la ni) yang perlu dijelaskan (tengok, rakyat Malaysia golongan buruh ni mesti berhutang dengan bank jugak dan ini menggambarkan ekonomi Malaysia tak pernah stabil!). Tapi aku dah fikir, lantaklah. Nak blacklisted aku pun, aku sanggup seperti Astro dah blacklist aku. Hahahaha...

Ada kawan bertanya aku dulu, macam mana nak kaya. Aku jawab - kena pandai menipu. Kalau kerja kau jujur, terima dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Ada satu lagi cara nak kaya - masuk MLM (multi-level marketing) di peringkat awal. Gerenti kaya. Hahahaha...

Aku tak nak kaya. Aku nak senang dan bahagia je... Jadi kalau ada yang bertanya bila nak kahwin, hahaha aku tak boleh nak cakaplah. Belum ada jodoh dan rezeki. Senang cerita.

Selasa, 8 Julai 2008

Protes Protes II

Aku gelak besar sesudah membaca kenyataan encik Presiden Karyawan, Freddie Fernandez mengenai insiden di Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat di Utusan Malaysia 8 Julai 2008 - "sepatutnya pihak penganjur menjemput penyanyi arus perdana membuat persembahan yang diketahui dapat membuat pertimbangan yang baik dan berupaya menilai khalayaknya." - hey aku tak faham lah kenapa kena ada kumpulan 'arus perdana' dan 'bawah tanah' ni?


Kenapa aku gelak? Sebab pertama, penyanyi arus perdana seperti Amy Search, Mawi, Siti Norhaliza, pernahkah kita mendengar lagu-lagu mereka mengenai politik negara? Kalau ada pun lagu mereka MENJILAT pemimpin negara. Bukan mengenai politik dan pemikiran mereka (artis arus perdana) untuk menyanyikan lagu yang berkaitan dengan isu politik tidak sampai sebab mereka tidak ada sensitiviti itu. Tetapi, realiti artis 'arus perdana' ni di belakang pentas tetap komplen mengenai isu politik dan sebagai manusia normal, mereka juga komplen pasal harga minyak. Tetapi mereka tiada daya untuk menyanyikan lagu mengenai isu ini kerana mereka perlu cari makan dan sebagai manusia artis yang hidup di muka bumi Malaysia ni, yang diperintah oleh UMNO dan konco-konconya, mereka terpaksa akur dan ikut kehendak pemerintah. Senang cakap, lagu-lagu mereka jauh sekali beza dengan kumpulan Dung Dung Tak, Kuchalana, Nik, Meor, Black, dan Carburetor Dung. Lagu-lagu cintan-cintun tak akan menaikkan semangat perjuangan harmoni (eh, macam tajuk lagu XPDC pulak, hehehehe).



Satu lagi perbezaan yang jelas dan konkrit antara penyanyi 'arus perdana' dan 'bawah tanah' ni ialah soal bayaran. Aku berani cakap lah ramai artis 'arus perdana' ni minta bayaran untuk setiap persembahan, tak kiralah sama ada persembahan amal atau persembahan untuk protes! Ada juga golongan artis yang dah sediakan 'harga' untuk UMNO dan PAS (kalau PAS tu, murah sikit lah). Akan tetapi budak-budak 'bawah tanah' ni satu sen pun diorang tak minta asalkan mereka menyampaikan lagu dan memberi semangat kepada rakyat untuk terus menuntut keadilan! Budak-budak ni cuma minta air mineral je.



Untuk menjawab kenapa mesti ketengahkan budak-budak 'bawak tanah' ni ke khalayak protes, walaupun Pemuda PAS sangat menentang cadangan ini? Aku akan jawab - kerana lagu mereka yang sangat kena dan tepat dengan tujuan protes itu sendiri. Selain itu, untuk menarik anak muda turut serta. Kalau ada penyanyi 'arus perdana' yang nak berjihad (tanpa bayaran la tu...), dialu-alukan. Dan di sini, penyanyi 'arus perdana' yang nak berjihad tidak boleh nak salahkan penganjur 'protes' kenapa tidak memanggil mereka dan nampaknya artis-artis kita ni tak membaca melainkan URTV, Berita Harian dan Utusan Malaysia.



Insiden yang berlaku dalam konsert hari tu, samalah dengan Faizal Tahir buka baju. Hahahaha... Tak payahlah nak diperbesarkan. Aku pasti, Hishamuddin Rais akan kenakan tindakan disiplin dan tatatertib kepada Alak dengan membuat kerja amal - join servis Food Not Bomb untuk tempoh setahun. Hahahahaha



Dewan Pemuda PAS Selangor dah sokong pula Ella dan Mas Idayu sebab diorang terkedu tengok aksi Alak itu hari. Tapi ini sumber Utusan Malaysia. Tak boleh percaya jugak... Kalau betul pun, baik tengok punggung Mas Idayu dari punggung Alak yang pakai tali pinggang pun masih tak boleh sangkut lagi seluarnya (punggung leper lah tu... hahahaha).



Artis, artis... Kesian korang asyik jadi bahan politik je.

Protes Protes






06.07.08 adalah tarikh sejarah Malaysia kerana sebuah perhimpunan rakyat yang berjudul 'PROTES' dibuat dalam keadaan yang tidak terlalu 'tension' kerana adanya konsert. Jika dilihat situasi hari itu, samalah seperti menonton mini 'woodstock'.
'Tension' diwujudkan oleh Pemuda PAS, SB dan kebodohan Alak (vokalis Carbutaror Dung).
Pemuda PAS
Manusia suci lagi dijanjikan syurga ini telah menentang penyertaan band-band 'underground' ni ke pentas PROTES sejak awal lagi melainkan mereka yang menyanyi diiring petikan gitar kapok saja dibenarkan. Bagi mereka, band 'underground' ni samalah dengan neraka (begitu senang mereka menghukum). Apabila suruh mereka cari kumpulan nasyid dan dikir barat, tak pula mereka dapat!
SB (Special Branch a.k.a Siput Babi a.k.a Polis)
Manusia jenis ini pula memang berada di mana saja di muka bumi Malaysia ni dan tugas mereka ialah seboleh-bolehnya menghuru-harakan keadaan. Jika Bijan (Najib le tu...) berkata, perhimpunan ini mengundang bencana (sehingga tentera dikerahkan -ingat rakyat Malaysia ni berhimpun bawa senapang ke?) tetapi sebenarnya tak ada bencana pun dan manusia SB inilah yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan bencana itu.
Alak (Carburator Dung)
Mungkin dia masih muda dan tidak tahu membezakan penonton di gig dan penonton di perhimpunan protes. Ataupun mereka ini memang tak boleh berjumpa dengan majmuk dan hanya hidup dalam dunia 'underground' mereka ataupun dia memang bangang. Tindakan bodoh Alak ketika menyanyikan 'last song' berjudul 'JILAT', dengan menunjukkan punggungnya ke penonton (bukan melondehkan seluarnya, seluarnya memang londeh) dan menampakkan 'boxer' (ada kawan cakap, tak underground lah pakai boxer, hahahaha) disertakan sedikit sangat aksi erotik itu, telah dihentikan oleh Hishamuddin Rais, Unit Amal PAS dan Skuad AMK. Suasana menjadi kecoh apabila ada lah seorang ahli PAS yang memakai seluar pendek (?)mula memukul Alak diikuti dengan hujan botol mineral dan batu.
Kesimpulannya, Alak sudah membuktikan pada Pemuda PAS bahawa 'underground' memang neraka dan kefanatikan kedua-dua (fanatik Islam vs fanatik underground) ini telah memberi peluang yang cukup baik kepada abang-abang SB kita...
Kalau macam ni, Bijan gelak besar lah sebab ada bahan menjaja cerita kepada rakyat di ceruk kampung. Bijan akan keluarkan kenyataan - "HANYA UMNO SAHAJA YANG BOLEH MENYATUKAN UMAT MELAYU. HANYA UMNO SAHAJA YANG MENERIMA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT. HANYA ISLAM HADHARI SAHAJA YANG MENJANJIKAN SYURGA! ISLAM PAS DAN ISLAM ANWAR IBRAHIM GAGAL MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA."

Rabu, 2 Julai 2008

PAS, PEKAIDA, tolonglah jangan 'stoned' ganja sampai lebam lagi...

Parti Islam SeMalaysia, sudah aku ingatkan dulu di dalam entri yang bertajuk 'PAS, sudah tiba masanya...'. Ini berkenaan dengan perkara yang sama. Dua belas tahun dahulu, aku mengikut PAS sepenuhnya (sebab PKR masih belum wujud dan DAP jangan harap wujud kat kampung aku) dan aku dipanaskan dengan pidato-pidato hebat Haji Hadi dan Arwahnya Ustaz Fadzil Noor. Aku terpengaruh jugaklah dengan hadis-hadis yang terpacul dari mulut mereka bahawa segala aktiviti kesenian adalah haram di sisi agama suci Islam, dan contoh orang yang masuk syurga adalah seperti mereka yang berjubah, berserban, berjanggut dan hanya duduk di surau tanpa menghiraukan dunia. Aku ingat lagi, waktu tu aku pakai topi 'baseball' sebab cuaca panas, dan seorang manusia yang menggelarkan diri dia ustaz ni telah menegur aku bahawa aku sedang memakai lidah anjing dan aku kafir. Kalau aku main gitar, sekali gitar dipetik, sekali syaitan lahir. Jenuh aku fikir waktu tu apa kaitannya topi dan gitar dalam Islam? HEY, apa punya 'surreal' la perjuangan PAS ni!

Kenapa aku cakap PAS ni 'surreal' / tak real? Sini, dunia Malaysia sekarang ni, kita hidup dengan ramai manusia yang memegang kepercayaan yang berlainan, yang menamakan mereka dengan bangsa yang pelbagai dan pastinya terdapat pelbagai budaya dan bahasa. Pada tahun 2008 ni, dunia kecil Malaysia ni terbahagi lagi dengan manusia-manusia yang pelbagai bentuk pemikiran dan fahaman serta gerakan. Jadi, akibat dari perkembangan kehidupan manusia, hari ini kita menyaksikan pelbagai ragam dan bentuk manusia. Dan ini hakikatnya yang MESTI diakui! Kita tidak boleh menafikan. Kita kena terima hakikat bahawa budak-budak Felda sekarang ada telefon bimbit berkamera dan sudah pandai membuat filem di dalam kebun kelapa sawit. Kita kena terima hakikat tu! Kita kena terima hakikat yang manusia hari ini boleh mencapai tahap peristiwa israk mikraj (Muhammad ke Palestin dalam tempoh masa satu malam dan manusia hari ini boleh pergi ke mana sahaja di dunia ini dalam tempoh masa satu saat) dengan kecanggihan teknologi perisian komputer - emel, chatroom, video dll.


Kita, sebagai manusia hari ini, yang hidup hari ini dikelilingi dengan bongkaran sains di mana setiap kejadian dipersenikan. Manusia hari ini didedahkan dengan jisim dan cecair yang lebih REAL sifatnya berbanding dahulukala, masyarakat kita terdedah pada semangat yang tidak nampak dan boleh dirasa jika dipanggil. Semangat yang TAK REAL. Hari ini kita mikroskop dan teleskop lah! Tak pakai kemenyan lagi.


Apa kaitan semua ni dengan PAS? Begini. Dalam PAS, ada sekelompok manusia yang 'stoned' ganja berlebihan dan fikiran mereka dah terbang tak tahu ke mana. Fikiran mereka dah jadi TAK REAL! Jadi merapu. Ahah, aku tak kondem ganja hah. Aku sokong ganja. Tapi ini segelintir kelompok PAS ni, tak pandai hisap ganja. Hisap sikit 'stoned' lebih! Hahahahaha. Mereka ini tak boleh terima dunia REAL hari ini dan mereka sedaya upaya merekabentuk sebuah dunia yang diidamkan mengikut acuan 'stoned' diorang! Kelompok ini 'stoned' lebih sangat sampai diorang jadi nyanyuk dan ada yang mencapai tahap skizofrenia! Mereka dah tak boleh dengar lagu! Hahahahaha. Bila mereka dengar lagu, mereka jadi monyet lalu melompat-lompat bukan sebab menghayati lagu tetapi MENGHARAMKAN lagu. Apa la ni....


Mereka ini lupa bahawa degup jantung mereka adalah rentak lagu. Seluruh alam di keliling kita ini penuh dengan lagu. Evolusi muzik, semakin lama semakin huru-hara rentak lagunya. Kenapa? Ia mewakili zaman! Kalau zaman Beethoven, lagunya simfoni kerana zaman itu tidak ada mesin dan jentera melainkan nyanyian burung-burung (cehwah...) berbanding hari ini kita didendangkan bunyi-bunyi mesin dan jentera pembangunan dan keluh-kesah manusia hari ini berperang dengan keringat menggali DUIT. Jadinya, muzik hari ini berbeza jauh sekali dengan dahulukala. Inilah HAKIKAT hidup manusia hari ini yang mesti diakui!!!


PAS (atau lebih tepat dan beraninya aku kepada Nasrudin Tantawi http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/), Ini ada hadis Umar bin al-Khattab RA: "Sesungguhnya segala amalan yang dilakukan itu diambilkira berdasarkan niatnya melakukan amalan tersebut". Takkanlah encik ustaz ni tak baca buku pengarang kegemarannya Prof. Doktor Yusuf Al-Qardawi - AL ISLAM WA AL-FAN... Encik ustaz, janganlah melemahkan semangat orang muda yang sediakala penuh semangat untuk menentang UMNO yang lebih 50 tahun merompak DUIT RAKYAT dan rakyat ditipu bulat-bulat dengan lagu 'Berjaya' di mana salah satu baris liriknya - 'negara makmur rakyat mewah' dan aku gelak besar menyanyikan lagu ni. Apa punya bodoh la kita ni ditipu oleh UMNO.


PAS, jangan jadi UMNO dan PEKAIDA (pekida la tu...) UMNO mempertahankan hak Melayu (di mana sangat bercanggah dengan Islam yang tidak menerap semangat puak dan kebangsaan) manakala PEKAIDA pulak mempertahankan semangat Melayu, Islam dan adik-beradik di kelab-kelab malam. Langgar sana, langgar sini, berkicap kepala sana, bersos kepala sini, tarik kerbau dan manusia PEKAIDA ni percaya hanya mereka sahaja yang berkuasa dan sesiapa yang menyertainya, keselamatan dijamin! Apa punya syirik la ni. Islam segalanya berserah atau minta pada Allah Ta'ala! Bukan pada pada PEKAIDA! UMNO dan PEKAIDA ni samalah dengan fahaman Zionisme yang percaya hanya mereka sahaja agama dan bangsa yang terpilih. UMNO dan PEKAIDA berjaya menakut-nakutkan manusia Melayu dengan hadis-hadis samseng mereka yang sentiasa memegang keris untuk membunuh siapa saja yang mengganggu harta kekayaan mereka. Ini samalah dengan peristiwa Firaun dan Musa, Daud dan Tholut, Jesus Kristus dan Bani Israel!!!


Dan PAS sepatutnya tidak menjadi seperti mereka ini!!! Islam ialah agama yang penuh toleransi dan SENYUMAN. Dalam apa saja perkara, Islam menyelesaikan masalah dengan SENYUM. Bukan terus menghukum. Ini kesilapan PEMUDA PAS yang menyalak terlebih-lebih mencari isu yang sebenarnya bukan isu yang diperjuangkan sebaliknya jawatan dalam parti! Ini amalan yang digunapakai oleh UMNO dan PEKAIDA. UMNO dan PEKAIDA mencari pengaruh lebih dengan menyalak isu-isu yang sesuai dan berjaya MEMBELI pengikut/pengaruh, individu itu akan naik jawatannya. Kita ini manusia. Tak kiralah laki perempuan, bangsa apa sekalipun, bahasa apa yang dia cakap sekalipun, agama apapun, kita ini MANUSIA - makhluk yang dicipta Allah Ta'ala. Kalau PAS yakin Islam adalah agama yang benar, PAS mesti buat sesuatu untuk meyakinkan manusia lain yang tidak faham tentang ISLAM!