Ahad, 20 Julai 2008

Festival 'batang pisang'


Semasa aku berjalan kaki nak ke kafe saiber ni, aku mesti lalu depan 'ane' jual surat khabar dan seperti biasa aku tak pernah beli surat khabar tapi aku menegur dia. "Ane, sudah makan ka?" Dia pun menjawab, "Belum. Tapi sana dewan ada makan free". Bila aku dengar je ada makan free, aku pun pergi ke arah dewan. Dari jauh aku nampak khemah. Peh, ini kenduri kahwin. Tapi apasal sunyi sepi je ni. Tak macam kenduri pun. Sekali aku ternampak kelibat bendera 'sang saka' yang diletak keris di tengah-tengahnya bergantungan di setiap 3 meter khemah - bendera UMNO! Fak lah. Rupa-rupanya ada perasmian mesyuarat cawangan UMNO Titiwangsa. Dia punya majlis, mak aih, khemah dia punya hiasan macam anak raja nak kahwin. Dia punya banner, macam billboard. Banyak betul duit diorang ni kan? Tapi, majlis UMNO seperti yang aku saksikan dari kecil sampailah ke besar, sama je. Bosan. Diorang ni tak pandai nak berkenduri sebab diorang ni dihalang oleh sesuatu untuk meluahkan perasaan berkenduri - protokol. Perasaan ingin membodek Dato' Suleiman Mohamed ataupun sesiapa sahaja yang ingin dibodek telah membunuh jiwa kenduri yang dianjurkan oleh UMNO. Hey, protokol UMNO ni bukanlah luahan rasa hormat ye. Tak ada langsung di muka diorang yang tertulis aku betul-betul hormat kau melainkan aku terpaksa hormat kau sebab aku nak sesuatu dari kau.

Dalam minggu lalu, aku dihidangkan dengan pelbagai festival di sekitar KL ni. Ye lah, sempena Festival KL (Julai setiap tahun) anjuran KEKKWA - salah satu kementerian di dalam daulah UMNO, kementerian yang menjaga kesenian, kebudayaan, warisan dan perpaduan. Segala pesta temasya yang raya-raya (raya=besar), mesti dianjurkan oleh kementerian ini. Malangnya, minggu festival ni aku bukanlah wali Allah dan aku tak pulak membela hantu raya. Kalau aku wali Allah atau ada hantu raya, mesti aku akan hadir ke setiap acara sempena festival ni. Jadi, aku cuma ada satu pilihan - FESTIVAL TEATER MALAYSIA. Itupun aku tak dapat datang tiap-tiap malam (bermula dari 13 Julai 2008 - 19 Julai 2008). Dapatlah aku nonton 3 teater je...

Apa yang aku dapat apabila menghadirkan diri ke festival ni? Pertama, jangan disebut festival lah sebab tak rasa pun bahang festival tu. Kedua, aku kebetulan baru baik dari demam panas, jadi badan aku masih lagi panas dan aku kena cirit-birit sepanjang FTM berlangsung. Teater-teater yang aku nonton tu semuanya samalah dengan cirit-birit aku - lembik! Hey, aku hairan betul lah kenapa dalam tahun 2008 ni, ada lagi yang berlakon teater macam, macam... macam berlakon teater! Hahahaha apa punya ayat aku ni. Berlakon macam nak kata bangsawan pun ada, nak kata deklamasi puisi pun ada. Diorang ni semua tak sedar ke yang diorang ni sedang menyeksa penonton. Diorang ni samalah dengannya lelaki yang tau nak keluar air mani je tanpa memikirkan pasangannya tu sampai inzal atau tak! Diorang ni tak perasan ke penonton yang datang ke festival tu macam 'batang pisang'! Sesiapa yang telinga dia suci murni yang tak pernah dengar istilah-istilah lucah ni, 'batang pisang' ialah gelaran kepada isteri yang tak pandai main - hanya berserah bulat-bulat sambil pejam mata dan mengetap bibir, hahahahaha!

Aku diberitahu, peserta-peserta FTM kali ini bukan calang-calang kumpulan. Rata-ratanya ada latarbelakang pendidikan seni persembahan. Paling koman pun, diorang ni ada ikut bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh kementerian dari daulah UMNO. Setiap tahun, kementerian ni mesti keluar duit anjurkan bengkel tak kira lah bengkel lakonan ke, bengkel pengarahan ke, dan bengkel ini bergerak ke sepelusuk negara. Aku percaya, kumpulan teater di sepelusuk negara pasti menyertai bengkel-bengkel ini. Tetapi, kenapa hasilnya aku tengok macam tak ada beza dan tak ada peningkatan malah lebih teruk dari 15 tahun dahulu! Yang bagi bengkel tu pun bukan calang-calang orang. Orang-orang hebat dalam teater. Adakah ini disebabkan ketidakikhlasan orang yang bagi bengkel tu mengajar ataupun peserta-peserta ni memang benak dan memang tak ada bakat? Kesian diorang ni tau...

Aku pernah mengulas mengenai teater 'Tok Perak' Syed Alwi dan aku katakan seni ini tidak boleh dihalang. Tak boleh disekat. Malah bukan saja seni. Apa saja temasya, janganlah diletak larangan itu tak boleh, ini tak boleh. Taboo. Apabila dilarang, jadi tak festival lah! Menghabiskan beratus ribu duit untuk memeriahkan festival ini ialah modus operandi UMNO. Kemeriahan festival hanyalah pada 'bunting' dan banner dan bunga api serta lampu-lampu. Tapi, jika diselam betul-betul, festival anjuran daulah UMNO ni tak ada jiwa. Samalah dengannya kita mendengar lagu-lagu Suhaimi Md. Zin. Tak ada jiwa. Mana pergi jiwa tu? Jiwa festival datang dari jiwa orang yang datang. Macam mana nak ambil jiwa-jiwa orang yang datang ni? Janganlah letak halangan - protokol! Pedulikan siapa pun VVIP. Tak payah sambut beriya benar. Kenapa nak agungkan dia? Kenapa nak hormat VVIP? Dia pun manusia biasa yang kencing pun dari punei juga. Berak pun dari jubur juga. Apa bezanya VVIP dan manusia-manusia lain? Protokol inilah yang membunuh jiwa festival / temasya! Dan lebih malang lagi, VVIP ni tak pandai nak 'enjoy' seni. Dengar lagu pun macam patung! Temasya untuk rakyat. Biarlah rakyat yang memeriahkannya. VVIP dari kalangan UMNO ni tak pandai pun nak meraikan.

Soal skrip dan cerita. Sudah tiba masanya kementerian dari daulah UMNO ni membenarkan kebebasan berkarya. Sudah tiba masanya peristiwa-peristiwa terkini di Malaya ini dirakamkan dalam bentuk teater. Sudah sampai waktunya drama Melayu berkembang dan penggiat tidak lagi bergantung harap pada skrip-skrip zaman Pak Kaduk dan skrip orang putih (?). Tapi perubahan ini takkan berlaku (percayalah, takkan berlaku) selagi kita masih di bawah hegemoni UMNO!

Hah, dalam pada itu, ada sebuah festival yang dinamakan 'KL Fringe Festival' di Stor Teater, DBP (betul-betul terpinggir ni, kat stor lagi...). Ini tak ada kena mengena dengan kementerian dari daulah UMNO. Dan persamaannya, festival ini juga tak festival tetapi diselamatkan oleh perkataan 'fringe' yang bermaksud terpinggir. Hahahaha, walaupun festival ini kecil dan terpinggir, aku dapat rasakan kejujurannya dan mempersembahkan teks-teks dan filem-filem pendek baru yang segar-bugar dari ladang. Tempatnya tak perlu besar dan tak perlu 'bunting' yang banyak. Cuma jamuan nasi goreng dan teh o sudah memadai. Tapi, penonton tak kira darjat, datang menonton dan duduk di atas kerusi keras dan tak perlu juruacara majlis yang berangan nak jadi macam Juari Selamat (hahahahaha). Paling menarik, KL Fringe Festival ni disambut sama dengan Anwar Ibrahim. Pertama, debat Anwar Ibrahim dan Shabery Chik berlangsung di DBP dan sepatutnya KL Fringe Festival ada acara pada hari itu tetapi terpaksa beri laluan pada Anwar Ibrahim. Esoknya, Anwar Ibrahim ditangkap dan Jalan Hang Tuah ditutup (jalan menuju ke DBP dari Bukit Bintang). Namun, semua angkara lahanat Anwar Ibrahim ni tidak berjaya menyekat manusia untuk datang ke festival terbuang ni... Hahahaha.