'Rare' ialah perkataan Inggeris yang bermaksud jarang dijumpai atau hampir pupus. Cara sebutnya ialah 'raer'. Perkataan ini telah dipinjam oleh masyarakat Melayu dan dijadikan slanga. Tetapi, perkataan pinjam ini tidak pula dialihkan menjadi perkataan sini sepertimana ada ketikanya dahulu perkataan pinjam ini penuh dengan 'si' di belakang. Sebagai contoh - reformasi, transisi, revolusi dan lain-lain 'si' lagilah. Salleh Ben Joned pernah menulis mengenai isu ini dan dia mengejeknya sebagai MASTURBASI DARI UNVERSITI BULLSHITI.
Okeh, berbalik kepada tajuk.
Malaysia hari ini, ada beberapa jenis kelompok budaya. Kelompok-kelompok budaya ini samalah dengan islam. Ada islam hadhari, parti islam, islam kapal selam, ubat gigi islam, islam kad pengenalan, pau islam, dan macam-macam islam lagi. Budaya pun begitu juga. Ada yang dipanggil artis budaya, balai budaya, dewan budaya (majalah), budaya politik wang, budaya UMNO, budaya PAS, budaya ekspress (bas ke Kelantan kut...), budaya barat, budaya timur, dan macam-macam budaya lagilah. Aku nak cerita pasal sejenis budaya ni iaitu BUDAYA 'RARE' KEPALA KAIN.
Ini ialah satu budaya baru yang dibawa oleh anak-anak muda dan aku menyokongnya. Sebelum tu, aku nak cerita sejarah kenapa dipanggil 'rare' kepala kain. Kepala kain, kepada sesiapa yang tak pernah beli kain ela kat Kamdar, ialah permulaan kain yang ada cop buatan kilang mana, ataupun logo syarikat tekstil tu. Yang pasti bukan cop mohor. Permulaan kain inilah yang dipanggil kepala kain dan sesiapa yang beli kain ela ni, kalau dapat kepala kain ni, kiranya dahsyat la. Bukan senang nak dapat kepala kain ni. Dalam satu gulung, hanya ada satu kepala kain. Satu gulung tu 50 meter. Orang yang beli, setiap orang akan beli purata 4 meter (boleh buat baju melayu dewasa). Jadi, oleh kerana kepala kain jarang dijumpai dan jarang dimiliki oleh individu, maka ianya dipanggil 'rare' kepala kain.
Hari ini, anak-anak muda mula berfikiran kreatif dan mencari sesuatu yang 'rare' kepala kain sifatnya. Anak-anak muda hari ini sudah mula berfikir sebagai individualis dan akan meneroka budaya baru yang tidak dimiliki oleh orang lain. Di sini, ada pengaruh eksistensialis, marxis, anti-establishment dan counter-culture. Dan budaya ini, akan diikuti oleh mereka yang masih belum menjumpai sesuatu dan jika dua individulis 'rare' kepala kain ni bertemu, mereka akan bertukar fikiran, idea dan ianya akan menjadi sebuah komuniti atau kelompok. Apabila budaya yang mereka bawa ini sudah mula establish, maka akan wujud lagi budaya baru. Begitulah seterusnya. Dan kalau dah tak ada idea sangat, mereka akan mencari mana budaya yang nak pupus dan mereka akan angkat kembali. Tapi, selagi ianya tidak establish, selagi itulah bangganya berpegang pada budaya itu.
Sebagai contoh, anak-anak muda tidak melayan TZM dan Honda Jazz sebaliknya mencari basikal kerana penggunaan basikal 'rare' kepala kain sifatnya. Ataupun, anak muda tidak lagi mendengar muzik inang sebaliknya mereka memilih elektronika. Memang ini budaya luar. Tak kiralah budaya barat atau tidak. Jangan letak imej budaya barat sebagai jahat. Kalau semua budaya barat jahat / tak elok, jangan sembahyang kiblat ke Mekah, sebab dari Malaysia ni arah mata angin Mekah ialah barat. Apa salahnya kita berkongsi budaya. Dah kita di sini jenis manusia cenggitu - kena berkongsi kehidupan. Barulah aman damai dunia ni... Hehehe (aku baru tahu budaya hidup kita yang sepatutnya).
Sepuluh tahun yang lalu, apabila Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan, ramai anak-anak muda menyertainya. Jika tidak menyertai pun, setidak-tidaknya menyokong gerakan reformasi. Maka sejak dari itu, ramai juga budayawan, seniman, azwan dan azman berkarya berdasarkan reformasi. Pada ketika itu, PKR amatlah susah nak hidup dan sesiapa yang menyokongnya akan disifatkan sebagai 'rare' kepala kain. Ianya bertentangan dengan apa yang dipanggil arus perdana (bukan proton perdana V6 ya). Eh, hah, proton perdana V6 ni mungkin 'rare' kepala kain. Hahahahaha.
Setelah sepuluh tahun berlalu, PKR sudah mula establish. Sudah mula mengorak langkah dengan jaya walaupun masih belum menawan negara, namun perjuangan PKR ini sudah mula merobohkan tembok UMNO yang menggunakan bata pasir, bukan bata tanah liat. Dan hari ini, UMNO pula yang menjadi 'rare' kepala kain. UMNO sudah mula pupus walaupun pelbagai strategi mempertahankannya tidak berjaya. Lepas satu, satu tembok UMNO mula retak sepertimana MRR2 dan Hospital Selayang. Itulah silapnya UMNO kerana menyimpan Samy Vellu terlalu lama. Bukan saja infrastruktur retak, UMNO pun retak! Hahahaha.
Individu pertama yang menyedari UMNO ni dah termasuk dalam golongan 'rare' kepala kain ialah saudara Ezam kita. Kemudian hari ini, tindakan Ezam mula diikuti oleh PAS yang tak habis ber'mu-zakar-ah dengan UMNO. Individu dan parti ini cuba menghidupkan kembali UMNO yang 'rare' kepala kain! Bagus betul tindakan mereka ini aku sangat lah menyokong kerana mereka juga terpengaruh dengan budaya ni. Akan tetapi, individu dan parti ini aku rasa mereka bukan dalam golongan budaya ni kerana mereka bukanlah anak muda lagi dan mereka tidaklah terbuka fikiran (jumud) sebenarnya. Jadi aku nak letakkan mereka ini di golongan budaya 'rare' kepala butoh! hahahaha