Sabtu, 2 Ogos 2008

SembangSumbang

Ada seorang kawan tanya aku - "bila nak keluar skrip baru? Lama sangat diam ni." Hehehe... Aku last tulis skrip (yang dipentaskan) ialah 'Saksi'. Kemudian U-wei jadikan 'Wangi Jadi Saksi'. Tapi, dalam 'diam' selama ni, aku ada tulis skrip filem pendek dan lakonlayar filem yang tentunya tak ada seorang pun nak terbitkan kerana tak sesuai dengan budaya yang termaktub dengan geografi masyarakat di sini (Melayu/Islam, terutamanya).

Skrip drama pentas, bukan senang nak tulis. Apa lagi yang boleh disampaikan melalui skrip pentas melainkan kata-kata. Aku tak nak tulis yang bukan-bukan dalam skrip aku, hahahaha. Tapi, baru-baru ni, atas rancangan Dr. Zul, aku dapat peluang untuk mementaskan monolog pada akhir bulan November. Sempena Fringe Festival.

Aku baru saja siapkan skrip untuk monolog tersebut dengan tajuk kerjanya 'Mohammad & Lahab'. Menghasilkan skrip ni agak mudah bagi aku kerana bahan-bahannya dah lama aku peram. Dalam pada masa yang sama, aku juga mencari bahan untuk teater 'devise' mengenai darurat 1948, arahan Fahmi Fadzil. Aku berlakon. Shownya pada 16 Oktober - 19 Oktober 2008 di Annexe, Central Market. Ini pertama kali aku berlakon dalam 'devise play'.

Dan dalam pada itu juga, membuak-buak idea untuk skrip pentas yang dah lama aku tulis tapi sangkut sebab masalah peribadi. Tajuk kerjanya 'Abraham'.