Isnin, 11 Ogos 2008

Kala malam bulan kemerdekaan yang berbahang lagi seramsuram.

PDRM

Minggu lalu, kita digemburkan dengan kes Abang Bakaq dari blog Penarek Beca ditahan PDRM atas dakwaan cuba menghasut orang ramai membenci polis. Abang Bakaq menukar simbol 'kepala anjing' menggantikan kepala harimau yang sedia ada pada logo PDRM. Selain itu, Abang Bakaq menukar kalimah Allah dan Muhammad dengan simbol '$' dan 'C4'.

Hahahaha

Di bumi tercinta Malaysia ni, secara realiti boleh dikatakan 98% rakyatnya membenci PDRM termasuk anggota PDRM sendiri. 2% yang menyukai PDRM tu hanyalah polis dari pasukan 'Gerak Khas' yang diketuai oleh Dato' Yusuf Haslam. Apa yang Penarek Beca tu buat hanyalah seorang sahaja dari berjuta orang lagi yang lebih dahsyat rasa bencinya pada PDRM. Cuma tak diluahkan perasaan mereka sebab bila diluahkan, maka terganggulah kehidupan seharian mereka di bumi Malaysia yang didesakkan oleh pembangunan dan duit.

Pembangunan dan duit inilah yang membuatkan kita (rakyat dan PDRM) saling membenci. Anggota PDRM pun manusia biasa dan dari kalangan rakyat juga. Cuma anggota PDRM telah diamanahkan untuk menjunjung kalimah Allah dan Muhammad di kepala untuk menjaga keselamatan awam. Akan tetapi, atas desakan pembangunan dan duit, maka segelintir anggota PDRM ni pun mulalah menyeleweng dari amanah yang diberi. Mulalah ada di antara mereka yang bak kata pepatah - "ibarat menyapu tahi ke quran". Dengan berbekalkan kuasa pistol di pinggang dicampur pula dengan kuasa kemenyan pada seragam (tipikal Melayu yang masih bergantung harap pada jin) dan diperkuatkan dengan kata nama 'POLIS', maka ada anggota yang mula memeras ugut (boleh guna istilah ni ke?), baiklah, bukan memeras ugut, meminta duit secara sopan dari rakyat yang melakukan kesalahan.

Tak tahulah siapa yang mulakan kegiatan ni di Malaysia ni. Rakyat juga terpaksa melanggar sedikit undang-undang demi pembangunan dan duit. Sebagai contoh yang paling bodoh, seorang budak penghantar McDonald terpaksa melanggar lampu isyarat merah kerana tidak mahu pesanan yang dihantarnya tak panas lagi. Kalau dah sejuk, nanti dia kena tanggung gantirugi. Dan di sini, maknanya, kita - rakyat dan PDRM adalah mangsa kepada pembangunan dan duit.

Akan tetapi, PDRM dilihat rakyat sebagai lembaga daulah yang sepatutnya suci dan bersih. Apabila sedikit kotor dah terlekat, maka karisma PDRM akan dipersoalkan. Dalam kes Penarek Beca, PDRM sepatutnya tidak boleh mendakwa Abang Bakaq. Tetapi PDRM harus mencermin diri sendiri, mencari di mana silapnya. Alah, abang-abang PDRM, takkan tak pernah nonton rancangan motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah kut... Kenapa PDRM sekarang ni dilihat rakyat sebagai sebuah lembaga daulah yang dungu? Adakah kelakuan ini disebabkan dari pembangunan dan duit juga?

Eh, tapi siapa punca kepada pembangunan dan duit ni wujud di Malaysia? Ehem, ehem.


Permatang Pauh

Ini antara sumber kehangatan di muka bumi Malaysia tercinta ni dalam bulan kemerdekaan yang mulia ni. Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Kita tunggu dan lihat saja perjalanannya nanti.


Festival Filem Malaysia

Apa lagi nak disentuhkan tentang kemenangan wagam arahan Mamat Khalid ni - 'Kala Malam Bulan Mengambang'. Aku cuma boleh katakan, selepas ini Razak Mohaideen dan Ahmad Idham akan cuba hasilkan wagam yang menggunapakai teori Mamat Khalid. Silap-silap, Dr. Hatta dan Dr. Annuar Nor Arai pun akan membikin wagam seumpama itu. Malah, semualah pembikin wagam di Malaysia ni akan membikin filem seperti Stephen Chow!


The Stripes of Glory

Bulan Ogos, adalah bulan kita mengibarkan 'Jalur Gemilang' atau dengan nama lainnya 'The Stripes of Glory' iaitu bendera Amerika Syarikat. Untuk berkenalan lagi dengan Malaysia dan Amerika Syarikat, sila rujuk sejarah Revolusi Amerika dan Perjanjian Kemerdekaan Amerika.


Memeluk Islam

Aku dah cakap isu ni pada entri 'Pak Lebai bernama TV3'. UMNO sekarang cuba memporak-perandakan umat Malaysia ni dengan bermain isu Islam dan kafir. UMNO sengaja mencuit Bar Council supaya menyentuh isu sensitif ni lalu mereka mahu melihat bagaimana kemarahan umat Melayu ni. Dengan ini, peluang untuk UMNO mengembalikan kepercayaan umat Melayu supaya menyokong UMNO semakin menjadi nyata.

Nampaknya, semakin lambat lagilah kita nak merasa perlembagaan baru.