Kita sebenarnya, salah memilih. Memilih kerajaan yang salah (hahahaha). Tak, memilih cara hidup yang salah. Dalam keadaan ekonomi negara kita yang jatuh teruk (sebenarnya), kita hendaklah mengira bahawa adakah benda-benda yang kita pilih itu 'selamatikal' (selamat lah), ekonomikal, dan praktikal?
Apa benda 'kal', 'kal', yang aku merepek ni? Begini, aku sedar benda ni semasa aku membeli kayu sugi di Masjid Kampung Baru. Harganya cuma 2ringgit. Wow! Aku sudah jimat. Dalam keadaan aku sekarang - yang kerja tak kerja ni (biasalah), aku kena jimat dalam banyak perkara. Aku kena fikir yang pertama sewa bilik, kedua anak aku punya susu dan lampin (bila lah anak aku boleh kencing berak sendiri ni, hehehe), ketiga aku punya makan dan keempat basikal aku (kekekeke).
Apabila mendapati kayu sugi tu cuma berharga 2ringgit, aku terus terfikir bahawa selama ni aku beli ubat gigi paling murah 'Fresh & White' tiub kecil pun dah 3ringgit lebih. Berus gigi aku tukar 8bulan sekali (kalau tengok bulu dia, masya-Allah!), dan harga berus gigi kat pasar malam boleh lah dapat 5ringgit untuk 3batang. Akan tetapi, ini kayu sugi aku cuma belanja 2ringgit sahaja dan aku tak payah beli ubat gigi. Wow! Wow! Wow! Kenapalah aku tak fikir dulu... Dan aku boleh pakai sampailah kayu ni jadi kontot.
Dan dari sini, aku menceritakan kepada kawan-kawan bahawa kayu sugi ni bagus. Selain dari fungsinya memberus gigi (oh, ya, oleh kerana kayu sugi ni dijual di depan masjid, jadi penerangannya berkaitan dengan sunnah nabi dan sangat islamik, jadi lupakan soal tu dulu - nabi pun fikir yang selamat, jimat dan praktikal, barulah dijadikan sunnah), kayu sugi ni juga memberi rasa segar yang sangat semulajadi. Tidak seperti ubat gigi yang rasanya melampau dan ternyata itu proses makmal. Kesegaran kayu sugi ni datangnya dari batang ranting pokok 'araak' ni lah. Jadi, aku menghasut korang semua, lupakanlah ubat gigi islam ke, ubat gigi kristian ke, ubat gigi judaism ke, itu semua ubat gigi yang diproses di makmal. Apabila sesuatu benda itu diproses dan dicampur dengan bahan-bahan kimia, maka hilanglah rasa asli atau bahasa sekarang 'yang ori'. Apabila tidak dicampur dengan bahan kimia, badan kita akan menerima yang segar dan asli dari ladang. Apabila badan kita menerima benda yang segar, maka kita akan sihat dan akan berfikiran positif (ini teori aku). Dan bila kita berfikiran positif, hah, inilah yang dipanggil SYURGA tu...
Maka oleh itu, aku mengesyorkan pada diri aku dulu, supaya berfikir 'selamatikal, ekonomikal dan praktikal'. Selepas peristiwa membeli kayu sugi, aku beli sarung tangan untuk berbasikal. Aku ada seorang kawan. Dia nak beli aksesori basikalnya hanya jenama 'specialized' (salah satu jenama yang mahal juga lah). Aku fikir, kenapa nak ada aksesori yang mahal-mahal? Adakah ianya dijamin selamat dan praktikal? Okeh, tapak tangan aku selalu berpeluh ketika berbasikal. Peluh ini boleh menyebabkan aku terjatuh sebab tangan licin nak 'handling'. Jadi sarung tangan ini perlu. Lalu aku pun belilah sarung tangan yang berharga 15ringgit dan jenamanya 'cap musang kucing' (ahahahahaha, sebab gambar dia nak kata musang pun tak, nak kata kucing pun tak). Sekarang, tangan aku tak berpeluh lagi...
Begitu juga halnya aku membeli lampin anak aku (lampin pakai buang haa...). Di kedai, semua jenama lampin itu mengatakan jenamanya bagus dan jimat. Bagi aku, aku membeli yang pasti material lampin tersebut dibuat dari kapas (kulit anak aku tak tahan material plastik - cepat berpeluh dan ruam). Lampin material plastik ni pun ada pilihan jenamanya. Jadi, aku akan pilih berdasarkan harga dan kuantiti lampin dalam paket. Kemudian aku bahagikan harga dan kuantiti. Mana yang harganya sekeping paling murah, aku akan beli. Lampin anak aku sekarang berharga 36en sekeping dan jenama aku tak tahu. Satu paket ada dalam 78keping. Begitu juga susu tepung. Aku beli yang paling murah. Janganlah terpedaya dengan DHA, ARA, RA dan entah apa ke benda AAA lagi tu. Itu semua kita manusia yang bukan ahli nutrisi ni tak tahu pun sebenarnya apa benda tu. Pilihlah yang murah tapi yakin selamat dan praktikal (kerana ianya susu). Sekarang ni anak aku minum susu coklat jenama 'Dugro'. Sebenarnya susu tetek tetap bagus.
Aku teringat iklan 'kasut buatan gombak'. Iklan tu menyuruh kita beli barangan buatan Malaysia (tak silap aku lah). Kenapa kita kena beli barangan buatan Malaysia sedangkan kerajaan sendiri membuka pintu kepada barang-barang dari luar masuk berniaga di sini? Dalam kes ni, dah tentulah manusia-manusia di Malaysia ni berpusu-pusu ke Pavillion dan Mid Valley untuk masuk ke butik MNG dan PDI? Sudah tentu manusia-manusia ni akan lepak di kafe Starbuck dan San Francisco. Soalan utamanya, kenapa mesti memilih barangan berjenama ni? Adakah sebab ianya 'cool' atau sebab ianya selamat? Okeh, kenapa mesti beli kasut yang berharga 100ringgit ke atas sedangkan kasut fungsinya di kaki? Selesa? Okeh, kenapa tak pergi di kedai kasut Foong Keong di Chow Kit yang ada banyak kasut yang selesa dengan harga yang sangat murah? Kenapa nak pergi Kenko Fish Spa sedangkan di sungai Kemensah ada juga ikan yang makan kutil? (hehehe).
Sayangnya, kita tak ada kafe di gedung-gedung ni yang membawa suasana 'warung kopi', yang ada letak makjun kat atas meja... Mungkin harga kopinya murah sikit.
***akan bersambung lagi...