Isnin, 4 Ogos 2008

Makan-makan

Aku ni dulu, kalau bab makan, agak cerewet sikit. Hidup aku dulu, masa aku bebudak, aku suka makan tak lain tak bukan lauk aku ialah telur goreng (kadang-kadang tumis telur), nasi dan kicap. Bila sekolah menengah, aku masuk asrama, barulah aku jumpa lauk lain. Keluarga aku tak kaya ya. Tapi, ini memang lauk rasmi aku dan aku langsung tak suka sayur sebab sayur murah ketika itu ialah sawi dan bila aku makan - pet, pahit! Taubat nasuhah dan baptis Yahya aku tak nak makan sayur dah.

Tapi, di asrama, aku belajar menghargai makanan (walaupun lauk ikan masak air dia ada telur lalat). Yuran makan dibayar tu... Tapi aku masih tak makan sayur. Sehinggalah usia aku mencecah 23/24 macam tu, baru aku makan sayur. Bayangkan, sikit punya lama aku tak makan sayur. Jadi tak hairanlah kalau tengok kulit aku ni tak cukup vitamin E. Hehehehe...

Hidup di Kuala Lumpur ibu negeri Malaysia ni memang 'tak KL' orang panggil kalau tak mencuba makanan. KL ni banyak sangat makanan. Sehinggakan kalau ada kawan ajak makan, aku mesti tanya nak makan kat mana. Kemudian, aku dijawab dengan soalan yang sama. Terlalu banyak pilihan makanan lah! Sebenarnya tak banyak pun. Kita ada makanan Melayu, Cina, India, Mamak, Western (hehehe), dan makanan laju (terjemahan bodoh kepada 'fast-food'). Eh, ada satu kata-kata dari ahli nutrisi - makanan laju membuatkan kehidupan kau jadi laju (laju ke kubur). Kalau kita nak anti McDonald atau KFC, bukan kerana produk Amerika, tetapi kerana makanannya tak ada zat. Kalau nak makan, carilah makanan yang 'home-cooking' kata John. Yang segar. Bukan yang dibungkus dan terpenyek kat rak tunggu orang datang beli.

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal makanan. Tapi aku nak cerita pasal kedai makan. Antara gerai nasi campur dan nasi ekonomi, aku pilih nasi ekonomi. Murah. Kalau aku kaya sikit (nak belanja diri kata orang), aku pekena nasi itik (paling sedap di Petaling Street). Ini sebelah siang. Kalau sebelah malam, antara tomyam dan hokkien mee, aku pilih hokkien mee (paling sedap di Choo Cheng Kay - tak tahu Choo Cheng Kay? Halamak, tak KL lah korang ni. Bagi bukan penduduk KL, kat sebelah Dewan Bahasa dan Pustaka). Kenapa aku pilih makanan Cina ni berbanding Melayu? Sebab yang pertama, perut aku ni disebabkan terlalu banyak alkohol (dulu-dulu, hahahaha), jadi perut aku dah mula rosak. Tak boleh masuk pedas sangat. Sebab yang kedua, kedai Melayu tak jual beer. Hahahahahaha... Tapi malangnya, di Desa Pandan, restoran Cina yang aktif pada waktu malam, tak ada. Sebab kawasan ni berdekatan dengan Pandan Indah dan Pandan Jaya, ada banyak restoran Cina. Sebelah siang ada 2,3 restoran Cina yang eksklusif le pulok. Ada la satu restoran ekonomi. Jadi, sebelah malamnya, pilihan aku tak ada lain, gerai tomyam lah.

Selain berbeza dari segi makanan, terdapat perbezaan yang ketara juga sifatnya iaitu premis - gerai dan restoran. Peniaga-peniaga Melayu lebih senang membuka gerai dari menyewa restoran. Jadi, apabila tempatnya ialah gerai, maka di sini tiada tandas. Masalah besar bagi aku ni. Kalau berdekatan gerai tu ada restoran mamak atau McDoc bak kata Syahrul Fitri, bolehlah tumpang tandas. Tapi kalau tak ada? Yang lelaki bolehlah pancut je kat mana-mana dan beristinjak dengan daun lalang. Perempuan nak sembur kat mana? Cina, walaupun mereka ni sewa premis dan dijadikan restoran, restoran mereka tidaklah se-gah restoran Hameedia atau Yusoof yang penuh dengan ukiran-ukiran dan jubin-jubin mengalahkan taj mahal. Restoran Cina hanya perlukan meja, kerusi, peti ais, dapur dan tandas.

Kerajaan tempatan ada menyediakan tempat untuk peniaga Melayu ni yang dipanggil 'food-court'. Kalau di Kuala Kangsar, budaya 'food-court' ni menerima sambutan yang memberangsangkan. Begitu juga di Batang Kali. Akan tetapi, aku tak faham dengan kerajaan tempatan Kuala Lumpur ni (DBKL), yang buat 'food-court' di tempat jin pun tak nak bertendang. Kemudian, kalau ada pun, tempatnya merimaskan (terkepung - mungkin strategi berniaga tak kasi orang duduk borak lama-lama). Maka, tiada pilihan lain, peniaga Melayu tetap dengan gerainya. Kampung Baru adalah lubuk makanan Melayu (ada juga terselit western, hehehe). Kalau dulu, keadaan Kampung Baru ni huru-hara tapi hari ni, bila aku pergi makan kat situ, eh, rasa bukan kat kampung baru lah. Cantik dengan siarkaki, lampu dan landskapnya. Gerai-gerai atau warung pun dah tersusun. Lama-lama, akibat dari desakan pembangunan negara, Kampung Baru ni jadi 'food-court' terbesar di Malaysia dengan tema 'kampung'. Hahahaha...

Kenapa orang Melayu suka buka gerai atau warung? Kalau dilihat di kampung-kampung Melayu, pasti ada kedai kopi. Kedai kopi inilah bar bagi para petani yang penat bekerja. Araknya ialah teh dan kopi. Kudap-kudapnya ialah koci, tapai, dan makjun. Mungkin di sesetengah tempat, ada dijamukan air nira. Kedai kopi ini tak susah hati nak bikin tandas kerana kampung penuh dengan tumbuhan yang memerlukan baja, takpun sungai dekat dan pengunjung kedai kopi adalah lelaki. Perempuan ke kedai kopi - ada sesuatu tak kena, mungkin nak serang laki dia yang mabuk di kedai kopi tu kerana bartendress/waitress/hostess nya ialah mak jan atau anak dara.

Dalam kampung Melayu dulu-dulu, ada dipanggil 'pekan sehari' ataupun 'pasar minggu' (konsep ini dipakai sehingga ke hari ini di pasar malam dan pasar tani). Dalam seminggu, ada satu hari di mana semua hasil-hasil tanaman/ternakan diniagakan. Di sinilah bermulanya peniaga Melayu dan gerai. Dari tradisi inilah, peniaga Melayu dan gerai tidak dapat dipisahkan. Oleh kerana konsep gerai ini mudah sebagai permulaan perniagaan, maka manusia Melayu ni mencuba berniaga gerai hari-hari (tidak lagi seminggu sekali). Paling sinonim perniagaan Melayu dan gerai ialah pisang goreng di tepi jalan. Oleh kerana Melayu ni tak kreatif, pemikirannya dikongkong oleh perkataan 'daulat tuanku' (sepatutnya golongan hamba ni kreatif seperti hamba di Amerika Latin dan New Orleans), dan kerana tamak nak kaya cepat jugak, maka ditirunya perniagaan orang lain. Individu Melayu yang satu lagi pun membuka gerai pisang goreng juga di sebelah gerai pisang goreng yang dah lama berniaga tu. Kemudian, untuk membunuh perniagaan pisang goreng yang dah lama berniaga tadi, maka disantaunyalah.

Teori gerai pisang goreng inilah yang digunapakai oleh Dato' Sir Onn Bin Jaafar. Bagaimana dia menciplak perjuangan PKMM dan seangkatannya lalu ditubuhnya UMNO. Kemudian disantaunya pula dengan ISA!

Eh, apa kena mengena makanan dan UMNO ni? Arrghhhh..... otak aku dah kena virus hegemoni UMNO yang lebih bahaya dari trojan. Hahahahaha saja aku nak bagi orang UMNO makan hati.

Tapi, kadang-kadang, aku rindu nasi daun pisang di Bridkfield, nasi beriyani di Sri Gombak dan nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tak boleh pekena selalu, sakit perut.