Aku ada seorang kenalan. Seorang pelukis dan pemilik galeri. Dia berbangsa Cina dan berasal dari Kelantan. Pada satu malam, kami menikmati arak - merehatkan fikiran. Sedang teman-teman lain menari rancak di dalam, kami (ada la dua, tiga orang lagi) pun rancak berbual di luar, di tangga.
Malam tu, kami berbual mengenai 'kebangsaan'. Sudah tentu perihal Melayu-Cina yang hubungannya kini agak tegang. Masing-masing, Melayu dan Cina saling kutuk-mengutuk dan hina-menghina. Aku, benda-benda yang macam ni, memang aku tak suka. Rupa-rupanya kenalan aku ni pun tak suka sebab ceritanya, di Kelantan, tak ada beza Melayu dan Cina malah masing-masing saling hormat-menghormati. Di kampung, tidaklah semata Melayu sahaja seperti yang berlaku di negeri lain yang semestinya dipisahkan oleh British dengan dasar 'Pecah dan Perintah' - Melayu di kampung, Cina di pekan dan kampung baru manakala India di estet. Kenalan aku menjadi kejutan budaya apabila tiba di KL dan mendapati Cina di sini sangat berlainan dengan Cina di Kelantan. Mana tidaknya, kenalan aku berkhatan dan anunya tentulah sama dengan anu Melayu (hahahaha). Apabila ditunjuk anunya pada Cina di KL, Cina-cina di sini terkejut, katanya "berkhatan untuk Melayu". Kemudian, kenalan aku ni menunjukkan anunya padaku, "tengok ko punya lancau, sama tak?" Aku pun tunjuklah anu aku. "Hah, sama kan? Kita apa beza?"
Kenalan aku begitu sedih sekali sebab dia baru saja menganjurkan 'gig' dan menyatukan semua 'indie-band' - Melayu, Cina dan India. Dia berharap orang muda akan bersatu di 'gig' anjurannya. Tapi sebaliknya berlaku. Masing-masing buat hal masing-masing. Ditambahkan dengan tikaman 'Bombay Saphire' pada malam tu, kenalan aku ni menjadi 'super-sensitive' dan dia hampir menangis dan kemudiannya menangis mengenangkan apa yang berlaku.
Kami berbincang bagaimana untuk mengatasi malah menghapuskan pemikiran yang dibawa turun-temurun ni, iaitu pemikiran PERKAUMAN! Aku mencadangkan, untuk ini, kita orang muda yang faham, agak sukar untuk menghapuskannya dalam masa singkat. Apa yang mesti dilakukan - kita bergaul seperti biasa, seperti keluarga adanya. Masing-masing saling menghormati. Kita, orang muda hari ini mesti menjadi pemula dan pertahankan! Inilah konsep 'avant-garde' yang bermaksud 'advance & guard'. Hasilnya bukan hari ini, tetapi generasi kemudian. Generasi anak aku mungkin.
Kerapkali juga aku cakap, kita tak boleh benci Cina jika ditipu dalam urusan jualbeli. Benci bukan kerana dia Cina. Benci kerana dia KAPITALIS! Bukan saja Cina yang menipu dalam jualbeli. Melayu juga, India juga!
Sehari sebelum kami mabuk bersama, aku menaiki teksi ke Damansara Prima, rumah terbuka Lenny. Pemandunya Cina yang sudah berusia 58tahun. Dia juga bercerita mengenai benda yang sama. Malah pendapatnya lebih kelakar. Katanya, "kita rakyat, you Melayu, gua Cina, mana ada gaduh. Ini semua politician punya hal! Cilaka itu politician mau kita hidup susah jugak! Kita rakyat jadi apa?"
"Bangsat!" jawab aku.