Mengenai Abu Lahab. Dia seorang yang berbadan besar dan berkuasa. Dia seorang kapitalis yang berjaya dengan mengambil keuntungan dari bayaran untuk berjumpa dengan berhala Latta dan Uzza. Selain itu, dia juga berjaya memungut cukai kepada kabilah-kabilah dan tetamu-tetamu yang datang untuk tawaf di kaabah. Dia berjaya memperdagangkan tuhan dan agama.
Apabila Muhammad muncul dan mengatakan Allah adalah tuhan yang esa, maka di fikiran Abu Lahab ini ialah kejatuhan perniagaannya. Dia menentang Muhammad bukanlah disebabkan mempertahankan tauhidnya pada tuhan Latta dan Uzza. Dia tahu bahawa Allah adalah tuhan yang esa dan bangsa Arab ketika itu juga ada yang menganut ajaran Ibrahim - hanifa. Ada juga Yahudi dan Kristian yang masing-masing menyembah Allah. Tetapi, dengan kekuasaan keturunannya sebagai peneroka Mekah (kononnya), maka Latta dan Uzza diwujudkan dan dikatakan sebagai kekasih tuhan yang satu. Abu Lahab adalah kemuncaknya. Sebab itu dia menghina Muhammad dengan pelbagai cara untuk mempertahankan pendapatan dan keselesaannya.
Inilah kisah Abu Lahab yang aku boleh kasi dan seharusnya kita berhati-hati kerana idea Abu Lahab sedang bertebaran di sekeliling kita - perdagangan tuhan dan agama. Contoh - taip HADIS dan hantarkan ke 39999. Hahahahaha...
* * *
Kepada Nam Ron,
Mengenai Melayu 'traffic light' ni, aku bukanlah takut kena calit. Terus-terang aku katakan, aku tak selesa dan rimas dengan kewujudan mereka yang kononnya mereka sangat bahaya dan berkuasa. Merekalah pembela bangsa Melayu dan kedaulatan Islam. Kahkahkahkah... Malas aku nak tulis panjang-panjang pasai depa ni, Ron. Hang pun tau. Aku betul-betul tak setuju dengan idea 'bangsa' dan 'agama' ni. Benda ni senang tapi susah. Macam tu lah aku nak bagitau.
Sebagai muslim yang lengkap, bagi aku ialah muslim yang akui Allah, Muhammad dan kitab-kitab sebelum Quran. Di sini, aku sangatlah menyokong penyanyi raggae Alpha Blondy. Dan di sini juga, sebagai manusia, harus sedar bahawa bangsa dan agama ini tak perlu. Cuma, jadilah manusia. Kalau hang tanya sistem kehidupan yang mana perlu diikut? Judaisme? Kristian? Islam? Hindu atau Buddha? Komunisme? Marhaenisme?
Semua manusia tak suka benda yang tak baik. Dan semua sistem yang ada dalam kepercayaan aku sebut kat atas tu, semuanya menuju kepada kebaikan. Quran - ayat pertama - "Bacalah". Jadi kita kena baca semua tanpa prejudis! Untuk yang lebih mencabar, kita seharusnya mencuba segala sistem yang ada dan kita nilaikannya sendiri. Barulah bermakna kehidupan dari menjadi pak turut!