Tahun 2009, seperti yang aku berazam sebelum ni, aku tak nak lagi kutuk UMNO sebab aku yakin tahun 2009 adalah tahun padamnya UMNO dalam sejarah Malaysia tercinta ni. Walaupun masih belum cukup peluru dan bom digunakan untuk meleburkan logo keris bersilang ni, tapi perisai yang UMNO gunakan untuk menempis sudah tidak boleh pakai lagi!
Tak perlu peluru dan bom. Cuma tunggu angin sepoi-sepoi bahasa sahaja bertiup maka runtuhlah kota jajahan UMNO. Ini dikuatkan lagi dengan musim monsun ni. Proses luluhawa telah menghakis kekebalan dan ketebalan kotakubu mereka.
Ada satu malam, aku bersembang dengan janggut. Kami berbicara mengenai Usman Awang. Janggut dengan marahnya berkata Usman Awang dah lama mati. Tahun 1965 lagi dia dah mati. Aku pada mulanya tak faham kenapa Janggut cakap macam tu. Dah nyanyuk ke dia ni? Sekali, barulah aku faham, bahawa pendirian sasterawan sebenarnya sudah lama mati.
Janggut berpendapat, bahawa sasterawan negara kita tidak menetapkan paksi pendirian mereka. Tidak mengharapkan mereka menjadi ahli parti politik tetapi cukuplah menegakkan kebenaran. Tidak cukup Shahnon Ahmad seorang yang terlebih berani dan lancangnya dia menulis 'Shit'.
Sasterawan dan artis adalah golongan yang paling berpengaruh. Kalau mereka ini menyatakan pendirian mereka, tentu sudah lama korapsi mati di bumi Malaysia tercinta ni. Janganlah bacul sangat wahai artis dan sasterawan. Jangan terlalu sedap duduk atas tilam sofa buatan Itali tu. Cuba tengok kembali tulisan kamu sewaktu muda-muda dulu yang sangat rapat dengan rakyat miskin. Hari ini, mana perginya semua tu?
Sedangkan Ahadiat Akashah bermaharajalela di Kementerian Pendidikan, tak seorang pun yang membantah malah merajuk! Apa ni? Sampai bila para sasterawan kita ni berhati bahulu? Kemudian, rasakan dirinya sasterawan rakyat kerana tak pernah pandu kereta melainkan elarti dan tren sahaja. Halooo... Kalau lu betul-betul sasterawan rakyat, lu tak sarapan kat 'Delifrance' ataupun di 'La Cucur'! Pergilah sarapan kat warung-warung yang penuh lalat dan tikus-tikus berkejaran kerana di situlah rakyat menerima zat mereka! Haijenik (hygenic) dan tajuk Dato' bukan alasan, beb! Kalau begitu terus cara hidup lu, lu cuma sasterawan urban! Bukan sasterawan rakyat.
Tapi kalau lu turun berdemo di jalan, RAKYAT SENDIRI AKAN MENGANUGERAHKAN DIRI LU SEBAGAI 'SASTERAWAN RAKYAT'!
Rakyat cuma dah tak larat hidup dalam korapsi. Itu saja yang perlu dihapuskan. Tapi dalam hati aku, bagaimana sasterawan ni nak bantu hapuskan korapsi sedangkan mereka sendiri pun sudah korap! Mereka sudah ada rumah mewah. Sudah ada kolum di Mingguan Malaysia dan Berita Minggu (dua akhbar ini adalah akhbar sanjungan para sasterawan). Begitu juga para artis. Aku tak mahu meletakkan tajuk arus perdana dan bawah tanah. Kalau tak puas hati, nyatakan. Jangan hanya berharap bahawa pendapatan kau orang mereka yang bagi! Apa punya kufur la ni. Buat penat nyanyi lagi tuhan, tuhan tapi rezeki masih mengharapkan UMNO!
Ptuih! Ptuih!