Isnin, 29 Disember 2008

System tea poo

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

Link di atas ialah tulisan sasterawan negara yang tulis dwi-bahasa mengenai bahasa inggeris dalam matematik dan sains.

Warga sekalian (aiceh, dah macam khutbah jumaat pulak). Kita perlu sedar bahawa sistem pendidikan di Malaysia tercinta ini sudah dikorapkan dengan teruk oleh kerajaan berkutu. Bagaimana hendak mengenali sistem ini korap atau tidak? Ianya sangat mudah. Pertama sekali, kita lihat peratusan keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM setiap tahun yang diberitakan sebagai meningkat.

Kementerian Hishamuddin Hussein Onn ni boleh saja menurunkan gred markah untuk meluluskan pelajar-pelajar yang sediakala bodoh ni. Kalau anak anda mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini, ini tidak bermakna anak anda bijak dan pandai kerana gred untuk mendapat markah A ialah 60 markah. Berbanding zaman aku dulu - 80 markah. Gred E ialah 5 markah! Gila ke apa ni? MCKK, MRSM, SERATAS, STAR, TKC semua jangan mimpi lah kau orang budak pandai sekarang...

Sistem pendidikan dikatakan korap lagi dengan melihat di mana-mana, dan merata-rata anak muda memasuki kolej - tak kira IPTA ataupun IPTS. Paling tidak, anak-anak muda ini akan mengambil jurusan seni - kakakakakakakaka (teringat soalan kawan, kenapa aku masuk ASK dan aku jawab sebab tak ada pilihan dan aku nak jugak belajar kolej). Jadi tak hairan kalau hari ini, anda akan melihat graduan undang-undang yang menjadi pelakon dan membuat pengakuan bahawa dia berdarah campuran iaitu bugis dan jawa - kakakakakakaka jadi 'lawyer buruk'!

Satu lagi kekorapan yang boleh dilihat ialah kes ibu bapa saman cikgu. Cikgu-cikgu hari ini telah dikursuskan supaya TIDAK MENDIDIK, CUMA MENGAJAR. Ditegaskan sekali lagi - TIDAK MENDIDIK, CUMA MENGAJAR! Beza banyak ye mendidik dan mengajar. Mendidik - cikgu akan berusaha sedaya upaya untuk memahamkan anak muridnya dan ibu bapa harus faham jika anaknya diherdik marah oleh cikgu. Tapi mengajar pula, cikgu hanya menyampaikan saja - senang cerita, baca buku teks di hadapan murid-muridnya tanpa mempedulikan muridnya faham atau tidak. Kesian cikgu-cikgu ni, tau.

Tapi kerajaan cekap... Kerajaan merasuah cikgu-cikgu ni dengan elaun yang macam-macam. Termasuklah cikgu-cikgu yang mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris ini juga mendapat elaun bahasa - kakakakakakaka - upah penat lidah.

Kenapa sistem pendidikan kita ni berubah-ubah? Senang je jawapannya. Apabila sistem berubah, segala buku-buku rujukan juga berubah dan syarikat-syarikat penerbitan buku-buku ini yang dimiliki oleh saudara-mara menteri akan mendapat untung. Setiap kali tukar menteri, pasti sistem akan bertukar. Ini nak kayakan dia orang! Kita, warga yang teruk bekerja sampai tak ada duit nak beli odorono, mengharap sangat bahawa anak-anak kita akan menjadi manusia yang berguna dan terpelajar - harapan kosong! Sedangkan mereka yang kaya, bertambah kaya!

Sedar ke tidak ni warga-warga Kampung Chokro? Kita dah kena tipu kat sekolah je. Tempat penting tu. Belum lagi kita kena tipu kat masjid, kat telivisen, kat kedai kopi, kat pejabat penghulu, kat dewan orang ramai, bla bla bla bla bla...

Persoalan bahasa ni bukanlah utama sangat pun. Dah termaktub dalam tatabudaya orang kita yang malu nak mengaku jadi diri sendiri. Kan lebih gempak kalau berbahasa inggeris, dengar lagu inggeris, nonton filim inggeris... Jadi, apa nak hairan - hahahahahaha.

Satu lagi, kita memang jenis tak pandai menghargai ilmu, sebab kita masih lagi percaya hantu dan majalah Mastika.