Isnin, 29 Disember 2008

Sejarah umpama sfera

Selepas banjir alam, Noh memiliki anak yang ramai. Anak-anaknya pun memiliki ramai anak juga. Maka, mukabumi ini dipenuhi manusia kembali...

Salah seorang cicit-piut-miut Noh ni menjadi raja dan bernama Nimrod (Namrud). Dia seorang raja yang kejam.

Pada ketika itu, manusia menggunakan cuma satu bahasa - tak pasti sama ada bahasa arab, hebrew ataupun jawa. Dan ketika ini juga, Nimrod ni paksa manusia-manusia rakyat jelatanya supaya membina sebuah kuil sebagai tempat memuja Nimrod sebagai raja.

Allah ta'ala pun murkalah kerana Nimrod sudah tak sedar dek untung. Mengaku dia sebagai tuhan pulak. Maka, Allah ta'ala pun menjadikan setiap manusia di situ berbahasa macam-macam dan tapak pembinaan itupun menjadi keliru kerana arahan diberi dalam bahasa sepanyol tapi yang menerima arahan itu faham bahasa tamil. Kecohlah kawasan tu dengan kekeliruan bahasa...

Dan, oleh kerana kekeliruan ini, kawasan itu diberi nama Ba'bel ataupun Babylon yang bermaksud keliru. Dan dari situ juga manusia-manusia ini berpecah dan bertebaranlah di muka bumi mengikut kelompok bahasa masing-masing.

***dipetik dari surah Genesis 10:1, 8:10, 11:1-9

Kemudian, di daerah Ur, oh ya, kejadian di atas berlaku di negeri Iraq. Ok, di Ur (sebelah Babylon ni je), lahir seorang lelaki yang menjadi tunjang kepada tiga kepercayaan - Abraham (Ibrahim). Kemudian, kerana diburu oleh tentera Nimrod ni, Abraham ni pun larilah ke Haran (atas negeri Syria), kemudian ke Hebron (Palestin).

Di Palestin, Abraham memiliki zuriat - Ismail dan Ishak. Ismail dihantarnya ke Mekah. Ishak pula meneruskan keturunannya - Jacob (Ya'akob) yang juga dikenali sebagai ISRAEL. Anak-anak Jacob yang 12 orang ni dipanggil 'Bani Israel' (Israelite). Berpecahlah 12 orang anak ini kepada 12 puak dalam bangsa Yahudi. Dan deretan keturunan Yahudi Bani Israel inilah lahirnya rasul-rasul yang wajib umat islam ni percaya - salah seorang yang hebat - Musa - yang menemani Muhammad bertemu Allah dalam peristiwa israk-mi'raj. Nabi-nabi dari bani israel ini kebanyakannya berlegar di sekitar Palestin dan Iraq.

Kita sedia maklum bahawa Amerika Syarikat ialah sekutu kuat Zionis dalam pembentukan negara Israel. Jadi, di sini, kita perhatikan kenapa dua negeri ini sering diserang - Palestin dan Iraq.

Suatu ketika dahulu, raja Neb-u-chad-nez'ar (pernah dengar nama ni tak? Tonton kembali filim 'Matrix'), raja yang memerintah Jerusalem telah memenjarakan seluruh bani israel ni di Babylon.

Ok, jadinya, mereka percaya bahawa dengan menawan kembali tempat asal-usul mereka, mereka akan menjadi bertambah berkuasa di muka bumi. Iraq - tempat lahirnya Abraham yang menjadi pujaan mereka kerana Abraham lah bapa 'monotheis' yang berkembang di Palestin. Semasa zaman jahiliyah di Mekah, selain menyembah berhala, ada juga yang masih percaya monotheis dan dipanggil 'hanifa' (pengikut ajaran nabi Ibrahim - kerana di Mekah tidak ada nabi-nabi lain selepas Ibrahim, Ismail dan terus akhirnya ke Muhammad). Umat islam juga percaya bahawa Ibrahim ialah bapa monotheis. Kalau tak, dalam solat - tahiyyat akhir, kita takkan ucapkan "selawat ke atas Muhammad dan keluarganya, sepertimana Kau selawat ke atas Ibrahim dan keluarganya; berkatilah Muhammad dan keluarganya sepertimana Kau berkati Ibrahim dan keluarganya."

Malah, Jacob diarahkan oleh Ishak supaya pergi Iraq kerana bimbang dibunuh oleh kembarnya Esau. Di Iraq inilah Jacob berkahwin dan berkeluarga. Dan di sinilah sebenarnya bani israel berkembang.

Bagi fanatik - Zionis, dengan tertawannya negeri asal-usul mereka dan mengisytiharkan bahawa negeri itu milik mereka, sudah pasti mereka akan bertambah yakin dan semakin berkuasa. Peristiwa ini tidaklah ada bezanya dengan apa yang berlaku di Malaysia tercinta ini. Sejarah itu kehidupan yang bergolek seperti bola - sebab itu bumi berbentuk sfera. Kita lihat di sini, bagi fanatik melayu - UMNO, pasti sebolehnya akan mempertahankan dan mewar-warkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Jenaton, bukan Francis Light - hahahahahahahaha. Ini untuk menyatakan pada cina bahawa Pulau Pinang bukan milik DAP. Kemudian, mereka ini terus-menerus menakut-nakutkan orang asli bahawa negara ini milik orang melayu. Untuk mempertahankan kemelayuan, mereka sanggup cium testikal sultan - hahahahaha. Kemangkatan Yamtuan Negeri Sembilan dan pemahsyuran Tuanku Mukhriz telah menunjukkan bahawa orang melayu masih mengharap pada manusia yang pandai main golf dan kriket - kakakakakakaka.

Pinjam dialog Hamid Gurkha dalam filim 'Sikit Punya Gila' - "Terbalik la kau!"

Kakakakaka...