Selasa, 2 Disember 2008

Yes or No?

http://aminiskandar.wordpress.com/2008/12/02/forum-rakyat-no-to-isa-berjaya-niat-jahat-pemerintah-gagal/

Link di atas menceritakan keadaan di forum 'no to i.s.a' di Majlis Peguam (bar council), semalam. Ia ditulis oleh Amin Iskandar a.k.a Black.

Aku turut hadir di forum ini. Tapi lewat. Aku sampai, Teressa Kok dah nak habis berucap. Kemudian, Mat Sabu pula perucap yang terakhir. Hehehehe, Mat Sabu dari mula ikuti ceramah dia, dia suka buka cerita sejarah politik di Malaysia. Aku suka... aku suka...

Apa yang Amin tulis dalam blog dia tu, memang itulah yang berlaku. Kumpulan-kumpulan dari PEWARIS ni dah mula berkumpul di restoran mamak Annexe seawal jam 8.30 lagi. Sepatutnya mamak tu tutup jam 9 - 9.30. Tapi disebabkan ada kumpulan yang memakai t-shirt putih yang bertulis 'kekalkan ISA' dan 'yes to ISA' ni, dan ada pula seorang lelaki segak berkot dan bersongkok tinggi serta bermisai lintang (abang long kampung baru katanya...), mamak tu pun terpaksa tutup lambat dan sorok suratkhabar 'suara keadilan' di bawah meja. Hahahahaha.

Kemudian, mereka sempat juga membaca doa selamat semoga tidak diganggu polis ataupun doa ilmu kebal (tak tahulah aku...), dan disambut dengan 'amin' yang kuat. Hehehehe. Sejurus selepas itu, ahli kumpulan itu memakai songkok (kekekeke) dan berkumpul di satu sudut. Aku ingat dia orang nak buat apa, rupa-rupanya 'rehearsal'. Budak-budak ni pun jerit dengan malu-malunya - 'kekalkan i.s.a...'. Hahahahahaha

Dia orang ni biasa jerit kat gelanggang silat dan di karaoke. Mana dia orang reti jerit demo kat tepi jalan... Kesian...

Di Dataran Merdeka, jalan ditutup, dan polis ramai. Biasa la tu... Aku pun masuk forum, lagi best dari tengok dia orang.

Bila forum dah habis, kita orang pun keluar lah dengan amannya beramai-ramai. Seperti yang dijangka, kumpulan PEWARIS ni berdiri di seberang jalan bangunan Bar Council ni, berdiri senyap (tunggu provokasi dari kumpulan 'no to i.s.a'). Tapi kumpulan 'no' ni buat tak tahu je. Berdiri lah kumpulan 'yes' tu tercanguk-canguk. Agaknya sebab dah lama sangat berdiri canguk kat situ, dia orang pun jeritlah - HIDUP MELAYU! HIDUP ISLAM! ALLAHU AKBAR! (pinjam PAS punya) KEKALKAN I.S.A!

Hahahaha

Dia orang akhiri perhimpunan dia orang dengan bacaan doa, dan seperti tadi, disambut dengan 'amin' yang kuat.

AMIIIIIN!

(Nasib baik Amin Iskandar tu ada kat situ. Kalau tak, tersedak dia.)

Apa ni, dia orang ni, nak hidup melayu, hidup islam ni... Tak faham aku. Kalau itu yang dia orang ni nak, lalu pertahankan I.S.A ni, aku akan katakan bahawa mereka ni jahat! Orang melayu beragama islam ni jahat. Orang lain tak boleh tegur dia orang, dan tak boleh nak bergerak bebas sebagai manusia di muka bumi ni lah?

Ah, malas lah aku nak cerita pasal dia orang! Tapi aku suka t-shirt dia orang - YES TO ISA. Tapi aku nak ubahsuai sikit - YES TO NABI ISA!

"O, Jesus, turunlah engkau segera ke bumi bersama bala tenteramu dan hapuskanlah segala kejahatan ini..."

AAMIIIIIIIIN!!!!