Isnin, 26 Januari 2009

Kua-luer (sebut: kuale)

Menara Jam Besor Kuala Kangsar
(Gambar diambil tanpa izin dari Wikipedia)


Kalau tak kerana sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah - Sultan Perak pada 14 Februari nanti, pekan Kuala Kangsar (aku panggil 'Kuale') takkan menjadi cantik. Jalanraya bermula dari simpang lebuhraya, membawa ke Talang, kemudian di depan padang SMK Clifford (yang kini jelas pemandangannya bangunan MCKK - siap dengan tatacahaya), semuanya bertar baru, siap ada lorong untuk basikal/motosikal dan setiap bangunan dan pagar di sepanjang itu berkibaran bendera putih, kuning dan hitam - bendera Perak Darul Ridzuan.





Di dalam pekan, lampu lip-lap berwarna putih dan biru tergantung dan terhias cantik terutama di menara Jam Besor. Di sebelah Jam Besor, ada dataran tempat lepak, ada pondok telefon awam London yang berwarna merah tu. Di seberang jalannya pula, ada tugu Jet (tak tau jet Hawk ke, jet MIG-29 ke, Sukhoi ke, aku tak kaji pulak). Dari jambatan Sungai Kangsar, jalan menghala Bukit Chandan (di sini terletaknya Istana Iskandariah), sangat cantik dengan lampu-lampi. Sekolah RPK (English Girl's School atau Raja Perempuan Kalsom - sekolah awek 'cun') di atas bukit pun nampak cantik walaupun bangunan sekolah tu (asalnya kediaman Residen British) buruk sebenarnya.





Kuale - tempat aku membesar. Parlimen milik Rafidah Aziz ini banyak berubah. Pekannya kecil je. Hanya ada satu 'supermarket' - The Store, tapi ada banyak 'minimarket' (aku berharap sangat Tesco, Giant dan Carrefour tak wujud kat sini). Ada gedung pakaian 'Hari-hari' (orang selalu ejek nama aku dengan gedung ni - hahaha), ada pasar borong 'Sakan', ada klinik Shamsudin, ada 'Kedai Tinggi' (kedai ni jual macam-macam - reket badminton, gitar, hadiah, baju, stiker...), ada medan cendol dan laksa, ada rizot tepi Sungai Perak, dan yang penting - 'Seven Eleven'!





Kuale akan sesak setiap kali menjelang hari raya puasa sahaja sebab orang Melayu memang paling banyak pakai kereta dan ketika inilah dia orang nak tayang kereta kepada sanak-saudara (sesaknya sampai 'jammed' panjang woo!).





Eh, aku nak cerita pasal lain tadi - ceh!





Kuale sekarang dah berubah banyak sejak Sultan nak sambut Jubli Perak. SK Talang pun dah ada jejantas (takut eskot Sultan ni langgar budak sekolah nak seberang jalan gamaknya - ye lah, kan dia orang ni pandu macam pelesit). Dulu jalanraya dua lorong, sekarang dah empat lorong. Semak-samun lalang tepi jalan pun dah ditebas (hah, baru nampak To'kong belakang kedai 'Champion Motor') - hahahahaha. Balai Bomba pun dah besar dan rumah kuli kat sebelahnya tu pun dah ada pagar batu.





Bagus, aku suka. Aku bangga sekarang aku menetap di Kuale. Macam ni lah... Cantik, bersih, kemas dan tersusun. Barulah boleh dipanggil bandar. Jangan jadi macam bandaraya Kuala Lumpur (sempat kutuk lagi ni). Tapi, kalau lah Sultan Azlan ni kojol tahun lepas, aku rasa Kuale tak secantik ini kot. Rasa aku lah...





Sayangnya aku tak ada kamera untuk merakam gambar pekan 'Kua-luer'.