Pinjam tulisan tajuk stail Shahnon Ahmad punya novel, sebab apa yang aku nak tulis ni pun tentang keburukan sebuah peti yang kononnya dilabelkan oleh sesetengah mufasir sebagai 'dajjal bermata satu"!
Semasa aku memohon untuk sambung belajar di LFS, aku dapat dia punya buku prospektus. Di mukasurat pertamanya ada gambar seorang pemuda sedang tidur di katil, di dinding biliknya terconteng: "theatre is life, film is art, television is furniture!" - hahahaha ini penyataan sebuah sekolah filem yang sangat memegang kuat pada seluloidnya. Tapi kalau di ASWARA, mungkin begini penyataannya: "teater tak boleh cari makan, filem dan televisyen ialah sebuah jabatan yang porak-peranda!" - 'double' kakakakakakakakakakakaka.
Kalau Shahnon Ahmad menceritakan tentang bahaya tivi dan gajet ketika itu - pemain VHS, sehingga VHS 'blue film' menjadi santapan anak-beranak! Tapi, hari ini, 'blue film' dah tak ada dalam bentuk VHS - malah dalah henfon dah berlambak yang Melayu punya. Jadi, 'blue' dah tak jadi hal sekarang ni. Yang pelik ialah apabila seorang pakcik tua menonton 'Blue's Clue' - kekekekekeke.
Tivi dan pengaruh - ini memang tidak dapat dinafikan. Budak-budak yang lahir dalam tahun 80's (sebut: atheis), bermak-bapak dan bercikgukan tivi. Aku perasan, anak saudara aku dulu, kalau ada iklan di tivi, pasti tak berkedip matanya. Filem-filem P. Ramlee, kalau tak ada tivi, Apek dan Nabil tak wujud hari ni.
Masa sekolah kampung aku sambut perayaan 100 tahun yang dirasmikan oleh Encik Ghafar Baba (ketika itu allahyarham TPM), orang-orang RTM sibuk datang 'cover' majlis ni, dan berpusu-pusulah budak-budak kampung mencari lensa kamera. Sebelah malamnya, apabila siaran berita, ramailah yang tertunggu-tunggu untuk melihat muka sendiri dalam tivi dan berbangga kerana wajahnya dapat dilihat di seluruh negara.
Kita mengenal pemimpin-pemimpin dan artis-artis (apalagi) melalui peti perabot ini juga, ya!
Seorang sahabat, seorang pelakon tivi (agak popular suatu ketika dahulu), telah tersesat di sebuah 'spa' (ehem-ehem). Tiba-tiba ada kejadian gaduh (tak melibatkan sahabat ni pun) dan polis segera datang. Seorang anggota polis dah terperasan sahabat ni lalu menghampirinya, "demo buak gapo sini! Kalu oghey napok, malu ke demo! Gi, gi!"
Ahah! Bila muka dah keluar tivi, orang ramai sudah cam, dan ada pula peminat, tentunya terselamat jika terjebak ke dalam kes seperti di atas. Tapi kalau orang tak suka, tengok lah tivi ni hebahkan kemaluan dia!
Malah, bukan saja pelakon, seorang cikgu sandaran pun, kalau muka dah dapat keluar tivi, kuasa keyakinan akan bertambah walaupun dia tak sedar yang dia sedang menunjukkan kebodohannya (ala, ini kes cikgu sandaran yang ditamatkan kontrak sebab mengandung tu... Inipun nak panggil TV3 - aiyaaa).
Selebriti adalah tunggak sebuah tivi ni sebenarnya. Pembaca berita juga dilabelkan oleh mufasir kita sebagai selebriti, yakni selebriti tivi! Mereka ini hidup dalam dunia plastik dan 'polystrene' - yang bikin mereka ini kelihatan sangat cantik dan berjaya menawan hati pak haji dan mak haji di kampung. Mereka disanjung (sebab itu UMNO boleh bertahan lama sebab gosip-gosip UMNO dipaparkan melalui tivi - DAP jangan harap lah!), dipuja dan ada aura tersendiri. Jika terserempak dengan mereka di pasar malam, kita akan toleh dua kali lalu berkata, "eh!?"
Sebenarnya aku nak tulis pasal Diana Danielle yang tak pergi PLKN, tapi fikir-fikir balik, ah, dia lawa, anak orang kaya, pelakon popular, baru lepas putus cinta dengan Shamsul Yusof - nanti tak boleh konsetret pada kursus, nanti kulit dia calar, kan susah. Kesian dia. Lagipun dia boleh ambil kelas menembak sendiri - tak perlu masuk PLKN! Helikopter pun dia boleh beli...