Selasa, 24 Mac 2009

Changkat Jering


Pilihanraya Kecil Bukit Gantang pada 7 April (juga di Bukit Selambau dan Batang Ai) ini akan memberi jawapan sama ada Barisan Nasional masih relevan atau tak di mata dan hati rakyat jelata. Sebelum ini di Kuala Terengganu telah menyaksikan bahawa Barisan Nasional sudah arwah dan sok sek sok sek di dalam UMNO menyalahkan calonnya yang merupakan orang Pak Lah dan kepimpinan Najib yang bakal menerajui UMNO juga dipersoalkan.

Kali ini, Pakatan Rakyat meletakkan Nizar sebagai calon di Bukit Gantang. Wow. Aku tak pasti sama ada teori Pakatan Rakyat meletak Nizar ini samalah teorinya yang digunakan Yusof Haslam dan David Teoh - teori popular. Nizar ketika ini sedang popular dengan lagunya 'Aku Masih MB' ciptaan komposer dan lirik oleh Anwar Ibrahim. Malah, di dalam carta Pujaan 10 Tongkat Ali, turut tersenarai sama lagu dendangan Nizar iaitu 'Sembah Derhaka' dan 'Pokok Demokrasi'. Kepopularan Nizar ini hampir disunting oleh beberapa orang penerbit filim untuk dijadikan 'anak ikan'.

Hahahahahaha

Tapi Nizar bukanlah semata hero di dalam filim ini. Dengan mengundang penampilan khas 'rokers' yang tak asing lagi iaitu kumpulan 'Anti PPSMI' telah menguatkan filim ini tercalon di Festival Pornography Los Angeles. Eh, apa cerita filim dari UMNO? Dengarnya masih sibuk dengan filim '30 percent' lakonan hebat Azalina. Kalau dulu, Mahathir berjaya dengan epiknya '10 percent', kali ini Azalina cuba untuk mengatasi epik yang tersohor tu! Wey, mana boleh wey... Mana boleh kau lebih-lebih dari orang tua tu. Kurang ajar namanya. Kau tu dah la 'jantan tak berpelior'. Orang Melayu ni penuh dengan sopan dan santun. Kita ada raja laa... Raja apa? Raja Lawak?

Kakakakakakakaka



Aku ke Taiping Sabtu itu hari, 21 Mac. Ada kenduri saudara. Dari Kuale ke Taiping melalui jalanraya persekutuan memang seronok. Pertama, tak ada tol, kedua, boleh singgah makan mee rebus (mak ex-girlfriend aku punya, serius sedap) kat simpang Cangkat Iboi, Bukit Gantang. Selain tu, ada tapak sejarah Kota Long Jaafar dan semestinya durian! Tapi hari tu, aku pergi dengan keluarga, tak sempat nak singgah untuk bergambar dengan bendera-bendera PAS, PKR dan BN yang terpacak megah di sepanjang jalan dan sekali tengok, aku terus teringat filim 'Ran'.

Cuma masa balik tu, kami sekeluarga singgah di pasar malam Changkat Jering yang terkenal. Kalau dari Kuale, akan tempuh Bukit Gantang dulu, kemudian Changkat Jering, ada simpang empat ke Ayer Kuning, Pantai Remis dan Simpang. Kat sebelah pasar malam ni lah rumah Jins Shamsudin yang berbumbung Minangkabau (tapi hari tu tak nampak pulak rumah ni). Aku sempat juga beli sate, mee rebus, kek span, lompang dan mempelam. Di seberang jalan ada majlis yang dihadiri oleh Noh Omar. Ramailah abang-abang UMNO yang pakai baju kuning tulis 'daulat tuanku' dan abang-abang pulis di situ. Biasanya, harga sate di kawasan aku cuma tiga kupang secucuk. Tapi disebabkan aku ni siap ambil gambar kat situ, dah kena aku secucuk empat kupang. Masa beli mempelam tu pun sama. Biasa sekilo enam ringgit. Dah terkena tujuh ringgit sekilo.

Naya, naya... Nasib baik sedap.