Khamis, 19 Mac 2009
Jatuh ke lubang arnab!
Ditulis oleh Charles Lutwidge Dodgson atau nama samarannya Lewis Carrol pada tahun 1865.
Kisah pengembaraan budak bernama Alice ni berjaya mempengaruhi budak-budak di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan bantuan Walt Disney. Nak harap budak-budak baca buku ni, hmmm, aku tak pasti budak yang dok kat Kampung Paya Lintah berminat untuk membacanya walaupun di khutubkhanah sekolah tersedia bukunya. Aku mengaku, aku menonton 'Alice In Wonderland', tapi aku tak membaca 'Alice's Adventures In Wonderland' semasa budak-budak aku.
Fantasi aku semasa budak, tidaklah seperti yang difantasikan oleh Alice. Fantasi aku lebih kepada jelmaan hantu di 'Batu ABC' (sebiji batu jeram yang besar, tiba-tiba ada di tepi jalan, dan dikatakan berhantu - "ada hantu bertenggek atas batu") Fantasi hantu ni memang femes di kalangan budak-budak kampung masa zaman aku. Pokok beringin, kubur lama, lubuk di sungai, rumah tinggal, hutan, malah masjid juga dikatakan berhantu! Habis kuat pun, fantasi sebagai askar dan polis ketika main 'combat'. Menjadi wira yang selamat dari sebarang peluru biji kopi atau terung belanda, dan berjaya menembak semua musuhnya.
Budak-budak perempuan pula berfantasi menjadi puteri raja dan isteri yang solehah, serta mendapat suami yang kacak tak ingat. Fantasi memasak untuk suami ketika bermain pondok-pondok dilihat sebagai sebuah kejayaan. Dan budak perempuan bila memakai 'gaun maxi' (betul ke ejaan ni? dan ini berdasarkan pemerhatian aku waktu budak-budak) dilihat sebagai cantik seperti seorang puteri dan berhak berjalan sombong. Apalagi bila mereka diletak gincu, bedak dan 'eye-shadow', bagi budak perempuan yang kakak mereka suka melaram. Hehehehe...
Apabila seorang budak, berfantasi dengan mengatakan bahawa kucing-kucing di rumahnya adalah sebuah keluarga di-raja, dan mengaitkan kematian kucingnya (sama ada dilanggar, ataupun mati termakan rumput yang baru disembur racun 'round-up') sebagai konspirasi dan kehidupan keluarga di-raja ini sangat tragedi! Perebutan kuasa, siapa yang bakal menaiki takhta, dibuang negeri dan peperangan dengan raja wilayah lain, semua kisah ini difantasikan dari kucing-kucing di rumahnya. Malah, budak ini juga pernah meletupkan reban ayam tinggal yang difantasikannya sebagai istana dengan membakar tong 'ridsect'. Kolah di bilik mandi difantasikannya sebagai lautan yang tak bertepian. Semak-samun di belakang reban difantasikannya sebagai rimba belantara yang bersedia menelan mangsa. Tangki kelubung tahi pula difantasikannya sebagai pusat tenaga nuklear. Almari-almari di rumahnya difantasikannya sebagai bangunan-bangunan di dalam bandar. Corak-corak di karpet menjadi lanskap sebuah dataran. Kabinet hi-fi dan peti TV menjadi Angkasapuri. Bilik dan katil menjadi studio filem seperti Universal Studio.
Tiba-tiba fantasi budak ni terbantut apabila ditegur oleh abang-abangnya - berangan, 'lawyer-buruk', main je kerjanya, bla, bla, bla, bla...
Bila budak ni dah besar, dah bekerja, dan pandai menghisap ganja, dia cuba untuk berfantasi seperti itu kembali. Tapi, dia berjaya berfantasikan Cytherea dengan pancutan inzalnya -<klik>
Hehehehehehehehe...
"Down the Rabbit-Hole," the Chapter 1 title, has become a popular term for going on an adventure into the unknown. In computer gaming, a "rabbit hole" may refer to the initiating element that drives the player to enter the game. In drug culture, "going down the rabbit hole" is a metaphor for taking hallucinogenic drugs.