Pokok dan alam Melayu tak dapat dipisahkan. Bak kata Janggut dalam blognya, nama tempat di Tanah Melayu ini juga banyak diambil dari nama pokok - begitu senang menamakan sesebuah tempat. Tapi, ada sebuah kampung yang namanya tak diambil dari pokok iaitu Kampung Bunohan, Tumpat. Khabar sejarahnya, di situ terjadi banyak sangat kes bunuh - dahsyat kan?
Gautama Buddha juga mendapat inspirasi di bawah pokok yang diberi nama pokok suci bodhi. Yasu' al-Masih dilahirkan di bawah pohon tamar. Adam dan Hawa dibuang syurga kerana pokok khuldi.
Orang Melayu sangat berbangga jika rumah mereka bertiang seri kan batang pokok cengal. Orang Melayu juga boleh dikatakan sangat fasih tentang nama-nama pokok di hutan - meranti, jelutong, jati, nyatoh, kapok, ketapang dan sebagainya. Sangat berbangga sesebuah keluarga Melayu jika ada salah seorang dari mereka menjadi taukeh balak - kekekekeke. Adalah pekan sangat jika seseorang Melayu itu tidak tahu nama pokok.
Aku nak cerita pasal 'Pokok Demokrasi' atau 'PUN' (Pokok Undangan Negeri). Sebagai rakyat yang menghargai sejarah, marilah kita bersama-sama memagarkan dan pertahankan pokok itu agar tidak ditebang. Biarlah ianya pokok yang dicipta sejarahnya oleh Pakatan Rakyat, tapi kepada UMNO, bak kata pepatah Melayu (baru) "jangankan kerana Speaker, pokok ditebang" - kekekekeke.
Aku menyeru kepada rakyat Perak amnya, rakyat Ipoh khususnya, marilah kita pagarkan pokok bersejarah ini untuk ingatan anak cucu, sama seperti kita pagar pokok getah tertua di Kuala Kangsar (padahal pokok getah ni bukan disimbolkan sebagai patriotik malah simbol penjajahan). Samalah juga dengannya kita berbangga dengan bangunan-bangunan kolonial yang merata-rata di negeri Perak ni (ye lah, Sultan Perak juga yang panggil British masuk).
Hehehehe