Isnin, 25 Mei 2009

Cicak

Kalau pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semua kecewa dengan suasana masyarakat hari ini, pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semuanya wajiblah merenung kesilapan diri kerana sewaktu muda dahulu tidak menyokong total perjuangan KMM, PKM, API, dan AWAS. Pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik seharusnya menyesal menyokong kuat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dengan nama Inggerisnya - UMNO.

Aku faham, pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semua masa tu tak boleh tak tengok betis minah Inggeris yang memerah jambu di atas rumput hijau. Lebih-lebih lagi mat-mat Inggeris ni lebih terbukti bijak dan bertamadun. Pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik semua mana yakin mat-mat Melayu seperti Ahmad Boestamam tu tadbir negeri!

Tadi, kerajaan UMNO baru sedar dan tahu bahawa fahaman komunis masih lagi menular dan disebarkan melalui internet. Orang-orang bijak pandai UMNO ni pun bagitau bahawa fahaman komunis ni bahaya dan bimbang ia menusuk masuk ke pemikiran anak muda hari ini. Fahaman komunis sepatutnya tidak wujud di dalam negara yang mengamalkan demorasi - kata mereka.

Cet, apa punya bodoh la...

Kemudian, pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik ni pun cerita lah keadaan dia orang waktu zaman komunis tu. Nasib baik ada askar-askar Inggeris datang tolong. Kalau tak, dia orang tak merasa naik LRT hari ini.

Cerita-cerita menakutkan orang akan bahaya komunis ni samalah dengannya cerita 'cicak musuh nabi'. Jika ternampak cicak, haruslah dibunuh kerana cicak inilah yang mengeluarkan bunyi semasa Muhammad bersembunyi di gua ketika diburu Abu Jahal dan geng. Maka, berduyunlah budak-budak mencari lastik untuk memburu cicak di masjid.

Halo, cicak yang jadi musuh tu cuma cicak yang dalam gua tu je lah! Tak pasal-pasal seluruh keturunan cicak kena lastik! Apa la... Kalau cicak tu berak atas sejadah, angkat buang je lah taik dia. Apa susah!

Tapi ini pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik yang disekat pengetahuannya, tidak dibenarkan membaca bahan-bahan ilmiah, tidak memikir lojik, terlalu mengharap metafizik, maka mereka pun ikut saja pemimpin UMNO. Sepandai-pandai Mahathir Mohamed, ada juga bodohnya. Dia fikir dengan berkempen 'celik IT', dia boleh bikin bisnes. Tapi dia tak tahu bahawa IT telah membongkar segala rahsia!

Kalau mereka risaukan fahaman komunis ni akan tersebar ke pemikiran anak muda, aku syorkan supaya mereka tak perlu risau tetapi mereka cuma perlu mengucap. Dah terlambat dah... Fahaman komunis ni sudahpun tersebar dengan riangnya di minda anak muda dan anak muda hari ini sudah tahu sejarah sebenar pembentukan negara Malaysia malah anak muda hari ini pemikirannya lebih demokratik dan liberal berbanding pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik yang kononnya mengamalkan demokrasi-islam.

Cet!

Cet!

Ptuih!

Janganlah pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik ni salahkan fahaman komunis pulak bila kadar jenayah meningkat! Hahahahahaha UMNO tu cuma makhluk biasa je. Tak ada keramat apalagi mukjizat. Tak ada kesuciannya UMNO tu. Kalau semua benda UMNO ni bikin yang mulia-mulia je, aku cadangkan tukar nama kepada 'Pertubuhan Rasul Ulul Azmi'. Hahahahahahaha Faham ke tidak ni? Hahahahahahaha

Sultan ada daulat? Hahahahaha ini satu lagi. Kalah nabi Muhammad rasul junjungan pakcik-pakcik dan tokcik-tokcik ni. Sultan tak boleh dihina. Kahkahkahkahkahkah... Nabi Muhammad tu jenuh kena hina. Siap luka lagi masa berperang. Daulat ke, syirik yang sultan ni ada? Wei, pikio (berfikir) la sikit! Kata islam.



Hahahahahahahahahahahaha

Sabtu, 23 Mei 2009

Lagenda 'Jun Gila'

Nama sebenarnya Zul atau Tajul. Aku tak tahu, Tapi orang kampung panggil dia 'Jun Gila'. Dia anak kepada arwah Man Ikan. Ops, sebelum tu, si Jun ni pun dah arwah. Dia ni lelaki.

Jun bukan lah gila macam orang gila yang lain. Untuk menjadi SB, jauh sekali - Jun tak layak. Jun cuma mengidap penyakit epilepsi ataupun sawan babi. Oleh kerana dia miskin, suka berbaju kemeja dan berseluar 'bell-bottom' yang sama selang sehari, berbau hancing sepanjang masa, maka itu orang menggelarnya gila.

Jun gila.

Masa aku budak-budak dulu, aku selalu ditakutkan dengan retorik makcik jiran aku - "pergi lah main jauh-jauh, culik dek Jun gila nanti baru tau!" Dan aku yang jujur lurus ni pun takut setiap kali melihat kelibat Jun berjalan kaki di jalanraya. Badannya tinggi, sasa, tegap. Rambutnya pendek macam komando. Matanya meliar, cukup untuk menakutkan aku yang masa itu baru darjah tiga atau empat.

Kalau aku ke kedai untuk membeli 'bon bon' atau 'cintan', selalunya aku nampak dia lepak dengan pakcik-pakcik. Aku langsung tak mahu pandang dia, terus laju capai basikal dan pecut! Takut beb.

Bila aku dah tingkatan, aku cuba buang rasa takut pada dia. Kemudian, aku dah tahu dia sebenarnya sakit sawan babi. Aku tak lari lagi setiap kali berhadapan dengan dia. Aku menegur dia setiap kali berselisih di jalanraya atau di kedai sebagai tanda aku juga kenal kau, Jun.

Satu ketika, di sebuah kenduri saudara-mara di kampung, Jun datang untuk membantu. Dia tidak digalakkan membuat kerja. Tapi dia akan menjadi penghibur pakcik-pakcik yang penat menyiang, menggulai dan melantak. Aku melihat di hadapan mata aku, beberapa orang pakcik ni menyuruh Jun ni hisap rokok. Jun pun hisaplah. Kemudian, Jun disuruh hembus asap ikut telinga. Jun pun mencubanya, tapi tak berjaya. Salah seorang dari pakcik ni mencadangkan supaya Jun menutup mulut dan hidungnya, barulah asap keluar ikut telinga. Jun pun buat.

Asap keluar ikut telinga juga, ikut matanya... Merah mata dia, tercungap nafas dia.

Sewaktu aku tingkatan, aku tinggal di asrama, jadi aku tak tahu apa lagi yang berlaku kat dia. Akhirnya aku dapat berita yang dia mati lemas kat sungai ketika diserang epilepsi.

Al fatihah dan sejuta 'salute' gua pada lu sebab boleh kasi keluar asap rokok ikut telinga!

Jumaat, 22 Mei 2009

Mat saleh

Sultan Melaka hari ini


Asal-usul perkataan 'mat saleh', yang kita selalu panggil bagi lelaki dari Eropah dan Amerika Syarikat.

***

Pada zaman kesultanan melayu Melaka, para pedagang-pedagang dari seantero dunia telah singgah di pelabuhan Melaka dan menjadikan pelabuhan itu mahsyur lagi gemilang, cemerlang, terbilang, dan pailang. Pedagang-pedagang dari Eropah, yang mengambil lautan sebagai jalan alternatif untuk ke China, selain dari 'jalan sutera' yang telah turun-temurun sebelumnya menjadi jalan utama.

Jika pedagang itu datangnya dari kepulauan Inggeris, pelayarannya tentu melalui Lautan Antlatik, kemudian singgah di Tanjung Harapan, kemudian menempuh pula Lautan Hindi, singgah di Goa, memasuki Selat Melaka, ke Laut China Selatan, dan baru tiba di negeri China. Ianya sebuah pelayaran yang panjang dan lama.

Ketika singgah di pelabuhan Melaka, Dato' Syahbandar seperti biasa menjalankan tugasnya dengan benar, amanah, tabligh dan fatonah mengutip cukai dari setiap kapal-kapal dan pedagang-pedagang yang berlabuh di pelabuhan tersebut. Saat ketika Dato' Syahbandar ini sedang mengutip cukai dari kapal Inggeris ini, maka kedengaranlah pesta riuh-rendah, gegak-gempita dari atas kapal milik Inggeris ini. Maka adanya mereka itu berhibur sakan dan bermabuk sayang lah mereka di atas dek setelah penat berlayaran. Kelakuan mereka itu telah menimbulkan pertanyaan pada jemala Dato' Syahbandar dan dengan tidak keberatan, bertanyalah dia kepada kapten kapal itu.

"Hu ar dei? (who are they?)" tanya Dato' Syahbandar.

"O... They're 'mad sailor'. Don't worry about them. Now give me back my change!" jawab kapten kapal Inggeris itu sambil Dato' Syahbandar segera memulangkan baki duit cukai. Setelah itu, beredarlah kapten itu naik semula ke dek untuk turut sama berhibur.

Tinggallah Dato' Syahbandar terpinga-pinga mengingat kembali perkataan 'mad sailor' tetapi disebutnya 'mat saleh'...

Wallahua'alamfissawwab...

***

Rabu, 20 Mei 2009

SembangSumbang

"Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka."

Petikan dari http://tukartiub.blogspot.com/2009/05/republikan-dari-perak.html

Masyarakat malang


Aku bersembang dengan taukeh tempat aku bekerja yang ada pengalaman kemalangan dan mengakibatkan kedua-dua tulang pahanya patah. Ceritanya, selagi kita tak bayar, selagi itu doktor takkan masukkan besi untuk sambungkan tulang yang patah (bagi tulang patah teruk). Dan selagi tak habis bayar, selagi itu juga doktor takkan buka besi yang ditanam apabila tulang sudah sembuh. Bagi yang tak ada duit, tak ada insurans, nah, amek kau KESAKITAN!!!

Ngeri.

Kata Salleh kawan aku, sakitnya sakit di Malaysia.

Gila.

Perubatan adalah perniagaan yang sangat menguntungkan selain dari pelancongan, pendidikan dan pelacuran. Aku tak tahu, sama ada kursus kedoktoran ada belajar untuk rasa tidak berperikemanusiaan. Dalam kes di atas, tidakkah doktor itu lebih kejam dari mamat yang kerja bawak kembalik ('tow-truck'), tuang minyak kat jalanraya supaya ada kereta berlanggar!

Bagi mereka yang mengagungkan kemajuan, mungkin mereka tak nampak ini tapi pada masa yang sama, mereka mengeluh. Dunia hari ini nak masuk jamban pun kena bayor bak kata Os dalam lagunya. Pengagung kemajuan ini bertebaran di muka bumi untuk cari duit, duit dan duit kerana hidup mereka ialah duit! Kerja siang malam tapi hasil duitnya tidak ke mana. Walaupun sudah menipu gaji pada borang DBKL untuk dapatkan flat, tapi duit tidak juga menjamin kebahagiaan kerana gaji sebulan dihabiskan pada petrol, bas sekolah, astro, prabayar, henfon terkini, kopi tongkat ali kacip fatimah cendawan guarano dan duit jaminan hidup yang dibayar kepada PEKAIDA.

Mungkin mereka sudah salah tafsir ayat 62:10 -

And when the prayer is ended, then disperse in the land and seek of Allah's bounty, and remember Allah much, that you may be succesful.

Dan seruan azan "haiya 'alal falah" menjadi sia-sia jika mereka terus-menerus memikirkan bagaimana untuk memiliki sebuah rumah besar, mercedez benz, insurans, kad kredit, gelang damium, dan mahu pergi umrah 400 kali serta pergi haji 42 kali!

Tak mahu jadi ketinggalan. Itu yang mereka pegang. Tidakkah mereka nampak bahawa apa yang mereka cari dan kerjakan itu semakin lama semakin hancur dan kehabisan! Mereka menarah tanah, menebang pokok-pokok - untuk dijadikan sumber kewangan, bekerja di syarikat yang bila-bila masa saja boleh telungkup. Tidakkah mereka nampak bahawa duit mereka hari ini tidak ke mana kerana dihabiskan pada tuntutan hidup!

Mak, pakai baju Zara dan sepatu Bally tapi hati tak bahagia tak guna juga.

Mengeluh dengan kemalangan ngeri dan muncul pelbagai virus, masalah sosial dan keruntuhan moral, tidakkah mereka nampak itu semua hasil dari kemajuan yang mereka kejar dan kerjakan? Tidakkah mereka nampak bahawa mat rempit memilih sukan rempit kerana tak ada padang bola, gelanggang bola tampar, dewan badminton, lapang memanah dan kuda-kuda untuk ditunggang di kawasan perumahan mereka? Kalau ada pun, semuanya kena bayar!

Tidakkah mereka nampak, apabila mat rempit ni eksiden, patah kaki, dan terpaksa dimasukkan besi yang semestinya kena bayar. Kalau tak mampu nak bayar pun, nak tahan sakit kenalah beli juga Uphamol 650! Tidakkah mereka nampak bahawa kerajaan UMNO hari ini sedang niagakan nyawa kita?

Tak nampak jugak? Apa punya benak la...



Hahahahahahahahahaha

Isnin, 11 Mei 2009

Ape ceghite yob...?





Ape lagi yang dipiko tu, yob wehhhhh.... Ini ke 'ranting zaitun' yang dikatakan tu yob? Yob... Yob... Mike main-mainkan Zambry dengan Lan tu boleh le yob... Oghang PAY-ROCK ghentikan mike memain weh.... Caghi pasei namenye!

Mike punye slogan tu tukor le kepade "SATU MELEISIYA UDAH KENE TIPU!"

http://www.malaysiakini.com/news/104038



Ahax!

Jumaat, 8 Mei 2009

SembangSumbang


jenazah demokrasi

Para 'pallbearer' itu sungguh :(
mengusungmu ke perkuburan
kau sudah mati
tak dapat dinafikan.

Rabu, 6 Mei 2009

Persidangan tikus negeri Perak

Beberapa ekor ahli politik tikus dari parti pemerintah sedang bermesyuarat bagaimana hendak menyelamatkan komuniti mereka dari gangguan parti lawan iaitu si kucing. Beberapa cadangan telah dikemukakan tetapi ditolak mentah-mentah kerana cadangan-cadangan itu sama sekali bodoh dan tidak bernas. Akhirnya, seorang tikus dari kalangan pemuda mencadangkan bahawa leher kucing-kucing itu digantungkan loceng, supaya mereka bersempatan menyelamatkan diri dan bunyi loceng itu sebagai amaran kucing datang menyerang.

Semua orang sukakan idea tikus muda ni tadi, kecuali seekor tikus tua nak mampus, yang diam je ketika semua orang teruja dengan idea tu, kemudiannya dia bangun lalu berkata, "The plan is very clever, and... apa nama... would be succesful if carried out. I would like to know... apa nama... who is going to bell the cat."



Adaptasi kasar dari 'The Mice In Council', koleksi Aesop's Fables.

Hehehehehehehehe....

Isnin, 4 Mei 2009

SembangSumbang

Sila buka link ini:

http://tuban.wordpress.com/2007/01/25/mengundang-tuhan/#more-48

Selepas saja aku bacanya, aku terfikir, kita semua patut boikot la mana-mana parti politik yang sedang gila kuasa ni.



Hahahahahahaha

Jumaat, 1 Mei 2009

Anjing gila, selsema babi!

Babi

"Kau apa nak takut makan babi! Minum bier kau nak pulak? Apa bezanya babi dan bier? Dua-dua haram!" kata kawan aku. Dialog ni biasanya dilontarkan ketika dua orang atau lebih, lelaki atau perempuan, berbangsa Melayu dan beragama Islam (mengikut surat beranak dan kad pengenalan) sedang minum bier atau stout di sebuah restoran Hokkien. Apabila perut lapar setelah dipenuhi al-kohol, makanya dipesan 'mi Hokkien tak nak babi'.

Anjing

Seorang jiran Muslim telah membunuh seekor anak anjing kerana memasuki rumahnya di Langkawi.

Kedua-dua binatang ini sudah jadi taboo oleh masyarakat Melayu Islam.



Hehehehehehehehe

SembangSumbang



Logo Socialist International.



Hehehehe.... "SELAMAT MENYAMBUT HARI BUROH!"