Selasa, 16 Mac 2010

SembangSumbang

Dahulunya, dia adalah pelajar seni. Dia juga pernah bercita-cita untuk menjadi seniman. Karya-karyanya mungkin saja mempersoalkan sistem dan yang pasti - sebuah karya pemberontakan! Jiwa anak muda adalah jiwa bebas. Anarki! Tiada sempadan! (Oh ya, dunia tanpa sempadan bukan wujud kerana kemunculan internet. Tapi wujud sejak azali. Kalau tak, Nabi Noh tak bikin kapal la, beb.)

Kemudiannya, dia mula putus asa kerana tuntutan ekonomi dan impian mak bapak dan juga kehendak awek. Jadi seniman tak kaya kerana duit banyak habis pada dadah dan todi. Lagipun strok idea seninya taklah sehebat mana. Maka, dia pun kecundanglah. Dia pun mula mengalihkan cita-citanya dari seniman kepada kakitangan awam yang DIJAMIN MASA DEPAN KERANA ADA PENCEN (tuhan orang Melayu ni sebenarnya ialah PENCEN. Agama orang Melayu yang sebenarnya ialah PEKIDA).

Sebagai kakitangan awam yang berkhidmat di Jabatan Kesenian, sudah pastinya dia mahu berjasa pada dunia seni tanahair. Dia diberi peluang, lalu dia mula menyambung pelajarannya ke peringkat master. Habis segala buku dibacanya, dari khutubkhanah Lincoln kedutaan Amerika Syarikat sehinggalah khutubkhanah desa Kampung Laneh. Ilmu yang dia pungut ni adalah untuk dunia seni tanahair. Selain dari itu, sijil master yang diperolehinya membolehkan dia berkuasa menguasai jabatan.

Bila tiba takdir dan saatnya dia berkuasa, maka segala ilmu yang dipungut, dicurahkanlah pada proposal-proposal. Di dalam bilik berhawa dingin, kerusi beroda kusyen empuk bersalut PVC yang penyandarnya lebih tinggi dari tubuh, di mejanya yang bersaiz 4 kaki kali 8 kaki itu lah dia merencanakan segalanya. Kuasa ada di tangannya. Hanya dengan tandatangan dia boleh meluluskan atau membatalkan. Kurang hebat sikit dari firaun.

Dengan kuasa yang dia ada, dia telah menetapkan bahawa seni itu ada formatnya. Seni itu sudah ada acuannya : "Seni kita adalah budaya timur. Jangan mungkarkan kesenian timur yang suci."

Lan*** dia!