Semua orang buat andaian, kerana andaian adalah permainan akal. Selagi tak saksikan kebenaran, selagi itu hidup berandaian. Jadi, bagaimana mahu menyaksi kebenaran? Pergilah kepadanya...
Aku mahu Cinta, Kasih dan Sayang - tapi aku rabun dekat. Kuman seberang laut, nampak. Gajah depan mata, tak nampak. Ini maknanya, aku bodoh. Tak tahu menilai, mana yang tulen, mana yang palsu - bak kata lagu Slam. Selalu saja salah letak, sebabnya - ikut andaian. Bukan ikut kata hati.
Bila dah selalu sangat ikut andaian, walaupun kebenaran depan mata, jangan nak salahkan sesiapa lah kalau datang belati menikam dan pedang menghunus - tak boleh elak punya! Terima lah saja kelukaan... Biar parut yang mengajar pula. Nak bicara soal malu, orang degil mana tahu malu!